Thursday, December 9, 2010

Bulan dimana Nabi berhijrah....




Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat.


Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul.

Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam.


Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit.


Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).



1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.


Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.


Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.


3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).


Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.


gua_thur.jpg

Gambar Hiasan - Gua Thur

4 Jadi jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.


5. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam.

Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam.

Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.


6. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.


7. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru.

Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.

Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung.

Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan.

Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.



8 Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan.

Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu?

Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.

sumber :minda tajdid

Merancang: Tradisi Orang Bertaqwa






Tahun 1431 Hijriyyah telah meninggalkan kita. 1432 Hijriyyah pula mendatang di hadapan kita. Bersyukurlah kerana Allah masih tidak putus memberikan kita rezeki nyawa, nikmat Iman, dan kurnia Islam, Alhamdulillah.

Cuba tanyakan soalan ini kepada diri kita semua , "berapakah umur ku?"

Sudah pasti anda mampu menjawabnya. 18 tahun? 19 tahun? 20, 21, 23 tahun? Atau 30 tahun?

Dan berapa kalikah sudah kita lalui Sambutan Tahun Baru atau Sambutan Maal Hijrah? 5 kali? 10 kali? 15 kali?


Lazimnya, setiap kali sambutan Maal Hijrah, manusia biasa akan memperbaharui azam barunya untuk tahun tersebut. Atau sekurang-kurangnya berfikir untuk memperbaiki kelemahan lalu. Atau paling kurang pun, merasakan bahawa kualiti dirinya sudah peningkatan sedikit berbanding tahun yang sebelumnya.


Cuba bayangkan, kalau benarlah setiap tahun kita berjaya memperbaharui azam kita, memperbaiki kualiti diri kita, meningkatkan nilai hidup kita, dan memperelok masyarakat sekitar kita, maka pada tahun ini, sudah berapa banyakkah kualiti diri kita yang berjaya ditingkatkan?

Sudah berapa jauhkah kita memperbaiki nilai hidup kita? Sudah berapa elokkah masyarakat kita? Tanyakan kepada diri kita sendiri.

Bagaimana pula realitinya? Adakah kualiti diri kita kini 5 kali lebih baik daripada diri kita 5 tahun lalu? Tidak dinafikan, sedangkan iman pun ada naik dan turunnya seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW,


الاءيمان يزيد و ينقص


ertinya , "iman itu (sifatnya) bertambah dan berkurang"

Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak maju ke hadapan.


Merancang, Tradisi Orang Bertaqwa

Ramai di kalangan kita mengaku bahawa dialah penuntut ilmu yang hebat. Ada pula mengatakan dialah pejuang Islam yang mantap. Ada juga yang 'berangan-angan' menjadi orang yang mampu mengubah dunia pada suatu hari nanti, tetapi lupa pada sunnatullah.

Sunnatullah apa? Sunnatullah bahawa, kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.Dan kata kuncinya adalah, PERANCANGAN!


Allah berfirman di dalam surah Al-Hasyr, ayat ke-18,

"Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada ALlah, dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Hari Akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."


Ya, kata kuncinya, merancang! Kalau nak tengok kehebatan seorang manusia itu, kita lihat sejauh manakah perancangannya. Dan menjadi tradisi orang bertaqwa, untuk merancang untuk Hari Akhirat, perancangan paling jauh! Maka, dalam Islam kita diajar menjadi orang yang paling hebat, kerana perancangan kita adalah yang paling jauh.


Namun, selalunya akan timbul salah faham terhadap konsep 'Akhirat'. Ramai yang gagal menemui jalan untuk merancang ke Akhirat. Jawapannya mudah sahaja, kita bayangkan sahaja jika kita hendak ke Kuala Lumpur dari Seremban. Matlamat kita adalah Kuala Lumpur, tetapi lojik akal mengatakan, kita perlu menempuh Highway PLUS Seremban-KL terlebih dahulu. Begitu juga Akhirat. Bukankah dunia itu 'Highway' Akhirat?

الدنيا مزرعة الأخرة
"Dunia itu ladang Akhirat"


Membina Azam, Sunnah Yang Selalu Diabaikan

"Alah, azam aku tahun biasa-biasa je lah..."

"Takda apa-apa azam pun, life goes on..."

"Isy, apa azam-azam ni! Banyak sangat azamnya, nanti tak buat jugak..."


Saya berasa kecewa apabila mendengar ucapan-ucapan sedemikian terbit dari mulut seorang Muslim. Jika anda salah seorang dari mereka ini, cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri.

"Apakah yang anda tahu tentang sunnah Rasulullah?"


Jawapan yang selalu keluar dari mulut ramai dalam kalangan kita adalah, menyimpan janggut, bersugi, memakai jubah, memakai kopiah, memakai celak, bahkan ada yang terus mengatakan, "poligami!"


Marilah kita renungi satu Hadith yang mahsyur, ketika Ummat Islam Madinah sedang bersiap sedia menggali parit untuk menghadapi Perang Khandak, Rasulullah SAW bersabda,

"Akan pasti dibuka kota konstantinopel itu. Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya, dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya" (al-Hadith Ahmad bin Hanbal)


Tidak semena-mena, dalam ketegangan waktu perang, di bawah panas terik padang pasir, dengan kepenatan menggali parit, Rasulullah saw bersabda sedemikian.


Saya bayangkan, kalaulah kita ada di waktu itu, kita akan katakan dalam bahasa kita, "Bagaiman ni ?" Cuba bayangkan, Ummat Islam ketika itu hanya berapa kerat sahaja berbanding Kaum Musyrikin Mekah, kelihatannya seperti itu hanyalah angan-angan kosong sahaja , tetapi lihatlah, bagaimana Allah dan Rasul-Nya mengajar Ummat Islam agar sentiasa yakin dengan janji dan pertolongan Allah dan sentiasa 'think big'!


Dan, dengan Rahmat Allah kurniaNya, perkara itu benar-benar terjadi ! Bukan di zaman Rasulullah, bukan pula di zaman Saydina Abu Bakr, atau Zaydina Umar, atau Saydina Uthman. Bukan juga di zaman Saydina Ali, tetapi 800 tahun selepas itu, ketika pemerintahan Khalifah ke-7 Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fatih![kerana apa yang Rasululla s.a..wasallam perkatakan, semuanya adalah wahyu dari Allah..."tiadakla ia (nabi s.a.wasallam ) itu berkata-kata dari keinginannya sendiri tetapi adalah wahyu yang diwahyukan"

Dan juga, Spethen R. Covey di dalam bukunya berjudul '7 Habits Of Higly Effective People' MENIRU konsep Sunnah Rasulullah ini, di dalam habitnya yang kedua, 'Begin with the End in Mind'. =)


Pangkal Penentu Penghujung

Setelah mempunyai visi dan matlamat yang jelas, atau dengan kata lainnya kita dah tahu 'penghujung' [yang menjadi matlamat kita ], barulah kita dapat memulakan langkah baru. Matlamat akhir kita akan menentukan permulaan kita. Namun, begitu juga sebaliknya, langkah pertama kita, akan menentukan bagaimana keadaan penghujung kita. Langkah pertama akan menentukan momentum kita untuk bergerak.


Kesilapan ramai dalam kalangan kita adalah, setelah merancang matlamat dan visi, mereka gagal memulakan 'langkah pertama'. Antara sebab yang popular adalah, malu tak bertempat, tidak ada keyakinan diri, segan, malas, tak tahu macam mana nak mula, dan tiada semangat. Have a vision, share the vision.


Memetik satu kata hikmah,

من لم يكن في بدايته محركة, لم يكن في نهايته مشرقة

Siapa yang di permulaannya tidak bergerak, penghujungnya tidak akan bernyala(atau bercahaya/cerah/hebat)

Kata kuncinya adalah, GERAK!

Maka lepas ini, moga-moga tiada lagi kata-kata "tak mampulah" atau "seganlah" atau

" malaslah" keluar dari mulut seorang Muslim, kerana ia melanggar dan menyalahi ajaran Rasulullah SAW. [Rasulullah malah mengajarkan kepada umatnya untuk mengamalkan doa agar terhindar dari sifat-sifat negatif dan merugikan... (iaitu : "Allahumma a'uzubika minal hammi wal hazan, .....-sampai akhir)..]


Kalau ada yang masih juga berfikiran begini, ingat pula kata-kata Imam Junid [?]

من طلب شيء بجدّ و صدق الاّ نال كله فاءن لم ينال كله ينال بعضه

"Barangsiapa yang menuntut (mencari) sesuatu dengan sungguh-sungguh dan benar, melainkan dia akan dapat semuanya (yang dia mahu). Kalau tak dapat semuanya pun, dia akan dapat sebahagiannya."


Maka kalau niat anda ikhlas kerana Allah, dan perkara yang anda mahukan itu benar dan halal, sertakan sekali dengan kesungguhan, insyaAllah, jika anda tidak dapat kesemuanya, anda akan dapat juga sebahagiannya. Yakinlah. Kan untung begitu?


Sekian dahulu ucapan pemantapan semangat Maal Hijrah saya untuk tahun 1432. Semoga kita semua mendapat keampunan bagi dosa-dosa kita pada tahun lalu, dan terhindar dari dosa pada tahun mendatang.

Semoga kita juga beroleh pahala dan keredhaan di atas segala alam kita pada tahun lalu, dan diberi petunjuk dan keberkatan di atas segala amal perbuatan kita pada tahun mendatang.

Selamat menempuh tahun baru Hijrah 1432

oleh : Ahmad Ibrahim Yahaya

- iluvislam.com

KECERDIKAN : Di Manakah Letaknya?






Akal merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. . Dengan akal, manusia menjadikan ianya sebagai panduan dalam melayari hidup di atas muka bumi dan dengannya juga iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi sempurna.


Begitu banyak hadis yang menyatakan tidak sempurna akhlak, budi pekerti dan iman seseorang tanpa sempurna akalnya.

Sabda Nabi s.a.w:

"Tidak sempurna kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah dan melawan godaan iblis dan syaitan." (Riwayat Ibnu Mahbar dari 'Amr bin Syu'ib)


Ovum-Ovum

Secara biologinya, proses kejadian manusia tiada bezanya dengan binatang. Benih sperma dari air mani bergerak untuk mensenyawakan ovum. Dari banyak-banyak sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya menembusi ovum dan mensenyawakannya (sperma itulah anda).


Dari situ terbentuklah satu sel baru yang akan membahagi kepada dua, empat dan seterusnya sehiggalah menjadi gumpalan sel yang dinamakan embrio. Dari segumpal darah ini terbentuk pula daging dan seterusnya tulang. Kemudian tulang itu dibalut pula dengan daging sebelum terjadinya makhluk bernama manusia.


Namun, di sebalik dijadikan dari air mani yang hina, Allah menganugerahkan manusia dengan akal fikiran, justeru mengangkat manusia di kedudukan yang mulia. Namun begitu, fakta ini hanyalah benar jika akal tersebut digunakan untuk mencari keimanan, menolong agama Allah dan membentuk akhlak yang mulia.


Bagi manusia yang gagal menggunakan akal untuk merenung ciptaan Tuhan dan seterusnya mengabdikan diri kepada Allah, sesungguhnya mereka lebih hina daripada binatang. Logiknya kerana binatang selaku makhluk Allah yang tidak mempunyai akal tidak berpeluang untuk berfikir dan memilih jalan, tidak seperti mana manusia yang mempunyai pilihan untuk memilih jalan kebaikan dengan menggunakan akal.


Firman Allah:

"Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka terdiri dari golongan yang mempunyai hati tetapi tidak memahami(memikirkan ) [menghayati ayat-ayat Allah ] dengannya.. Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat( tanda-tanda kekuasaan Allah) dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar( ayat dan nasihat Allah )dengannya. Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raf:179)


Kecerdikan - Adakah Diukur Dengan IQ?

Dalam islam, kecerdikan tidak di ukur dengan dengan kelulusan yang dimiliki atau keputusan ujian IQ yang diperolehi. Jika itu ukurannya, maka mengapa masih ada orang yang bijak pandai tetapi terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan? Tetapi Islam mendefinasikan kecerdikan seseorang dari segi sejauh mana dia berusaha menyelamatkan diri dari kerosakan hidup di dunia, justeru beroleh kebahagian di akhirat.


Sabda Rasulullah:

"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)


Dalam sabda di atas Nabi tidak menyatakan orang yang cerdik adalah orang yang kaya, ataupun berpangkat besar, mempunyai banyak ijazah tetapi sebaliknya dengan perkataan yang mudah; iaitu mereka yang selalu mengingati mati.


Kenapa?

Jawapannya mudah.

Orang yang selalu mengingat mati tahu sesudah kematiannya dia akan melalui alam lain yang semestinya berbeza dengan apa yang dilaluinya di dunia ini. Jika di dunia dia disanjung dan dihormati kenalan-kenalan, kaya raya dan mampu memiliki apa yang dihajatinya, tetapi di alam itu semuanya itu sudah tidak berguna lagi.


Apa yang dimilikinya di dunia tidak dapat menolongnya ketika berhadapan dengan malaikat-malaikat yang sedia menyoalnya atas apa yang dilakukan di dunia. Yang dibawanya hanyalah amalan-amalan mulia yang dilakukan sepanjang perjalanan hidupnya di dunia.


Hanya selepas beberapa langkah ahli keluarganya pulang dari perkuburan, malaikat-malaikat mula datang untuk menjalankan perintah Allah. Jika amalannya baik, maka terlepaslah ia dari seksaan dahsyat kubur tetapi jika dia gagal menggunakan peluang hidup di dunia untuk mentaati Allah, maka alam kubur akan menjadi permulaan kepada seksaan.

Ya, permulaan kerana di neraka nanti banyak lagi pembalasan yang akan diterimanya.


Jadi orang yang selalu mengingati mati akan sentiasa muhasabah dengan apa yang dilakukannya dan berusaha untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Dia akan sentiasa melakukan kebaikan kerana dia tahu apa yang dilakukannya akan dibalas dengan balasan kebaikan yang berganda di saisi Allah , di dunia lagi dan disempernakan di akhirat...

Begitulah rationalnya hadis tersebut. Sesungguhnya, mengingati mati adalah satu motivasi.


Melakukan apa yang diperintah Allah lantaran selalu mengingati mati bukan sahaja dianggap cerdik oleh Nabi s.a.w tetapi juga menambahkan akal.


Sabda Nabi kepada Abu Darda:

"Tambahlah akalmu, nescaya hampirlah kamu kepada Allah."

Abu Darda' bertanya, "Demi ibu dan bapaku, bagaimana caranya aku mendapatnya?"

Jawab Nabi s.a.w, "Jauhilah larangan-larangan Allah dan tunaikanlah kewajiban-kewajiban sepertimana yang difardhukan-Nya, nescaya kamu akan menjadi orang yang berakal." (Riwayat At-Tirmizi)


Jadi, gunakanlah akal semaksimum yang mungkin dalam usaha mencapai bukan sahaja kebahagiaan tetapi juga keselamatan di dunia dan akhirat.

Keselamatan di dunia bermakna ketenangan jiwa, kebahagian dan redha dengan apa yang dilaluinya dan keselamatan akhirat ialah terlepas dari seksaan api neraka, dapat melalui titian sirat dengan selamat serta dapat merasai nikmat syurga.


Tetapi harus diingat penggunaan akal perlu dibimbing oleh agama. Penggunaan akal sahaja tanpa bimbingan al-Quran dan hadis boleh sahaja menyesatkan seseorang


. Lihat sahaja Albert Eistein, orang yang paling bijak di dunia dan Stephen Hawking, manusia cacat yang dikatakan manusia paling bijak selepas Eistein, kedua-duanya menolak untuk bertuhan (atheist) walaupun pernah mengaku akan kewujudan Tuhan melalui kajian sains yang dijalankan mereka.

Mungkin kerana angkuh akan kehebatan akal mereka dalam mempelopori bidang sains.


Tetapi jadilah seperti penceramah terkenal US, Sheikh Yusuf Estate dan Prof Dr. Muhammad Al-Mahdi yang pada usia muda mereka merupakan aithest tetapi memeluk islam setelah melakukan kajian yang terperinci dan melihat kekuasaan Allah melalui Al-Quran. Mereka ini adalah golongan-golongan yang telah memanfaatkan sepenuhnya penggunaan akal fikiran.

[semoga memberi manafaat]

-Sekadar renungan untuk diri sendiri dan anda semua.

- iluvislam.com

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Wednesday, December 8, 2010

Yuk Jalan Kaki, Bisa Cegah Kepikunan


Efektif membantu seseorang yang mengalami gejala kehilangan daya ingat, termasuk terdiagnosis Alzheimer Hidayatullah.com--Penelitian terbaru di Amerika Serikat menunjukkan bahwa berjalan kaki sekitar lima mil atau sekitar tujuh kilometer per minggu mengurangi risiko terserang penyakit daya ingat atau Alzheimer.

Seperti dikutip dari laman Daily Mail, berjalan kaki secara teratur memperkuat kerja memori di otak.


Ini berkesan membantu seseorang yang mulai mengalami gejala kehilangan daya ingat, termasuk mereka yang sudah terdiagnosis Alzheimer.

Menggunakan teknik pemindaian MRI,pasukan peneliti mempelajari hubungan antara aktivitas tubuh secara teratur dan pengaruhnya terhadap struktur otak penderita Alzheimer atau penyakit memori lainnya.

Dr Cyrus Raji dari Sekolah Pengobatan Universitas Pittsburgh mengatakan, "Kami menemukan bahwa berjalan kaki lima mil setiap minggu melindungi struktur otak selama 10 tahun pada orang dengan Alzheimer. Kami menemukan bahwa penurunan memori mereka lebih lambat lima tahun."


Pasukan peneliti menarik kesimpulan itu melalui analisis berkelanjutan selama satu dekad. Mereka melibatkan sedikitnya 426 orang usia antara 70 dan 80 tahun, yang terdiri dari 299 orang sehat, 83 pasien dengan gejala kehilangan daya ingat, dan 44 pasien Alzhaimer. Mereka mencatat kebiasaan dan intensitas berjalan kaki seluruh responden.

Sepuluh tahun kemudian, mereka melakukan pemindaian untuk melihat perubahan volume otak seluruh responden. Hasilnya, responden yang melakukan banyak aktivitas fisik memiliki volume otak yang lebih baik daripada mereka yang kurang gerak.

"Alzheimer adalah penyakit yang merusak otak. Penyakit ini tak bisa disembuhkan dengan berjalan kaki, tapi paling tidak aktivitas itu bisa meningkatkan ketahanan otak sehingga mengurangi efek buruknya," kata Raji. [MP/DM/hidayatullah.com]

Jabat Tangan Dapat Tunjukkan Usia Seseorang?



Kekuatan cengkeraman dan kemampuan untuk bangkit dari kursi menunjuk resiko kematian yang dimiliki seseorang

Hidayatullah.com--Kekuatan jabat tangan Anda bisa menjadi petunjuk berapa lama Anda akan hidup, ujar para ilmuwan dari Universitas College, London.

Jabatan tangan ini menggambarkan keseimbangan hidup orang berusia tua, kekuatan cengkeraman dan kemampuan untuk bangkit dari kursi menunjuk pada resiko kematian yang dimilikinya. Mereka yang melakukan semua itu dengan lebih baik kemungkinan besar akan hidup lebih lama, British Medical Journal melaporkan.


Diharapkan melalui ujian yang sederhana ini dapat membantu para dokter untuk menemukan spot ‘yang beresiko’ pada pasien. Sejalan dengan waktu hal ini bisa menjadi relevan bagi orang muda untuk mendapatkan obat pencegahannya.

Penelitian yang dilaksanakan di Medical Research Council yang didanai oleh unit Lifelong Health and Ageing, digabungkanikan dengan hasil lebih dari 30 projek penelitian sebelumnya, dan melibatkan puluhan ribu orang yang melihat perkaitan ‘kemampuan fisik’ dan kematian.


Mereka yang terlibat dalam penelitian ini sebagian besar berusia di atas 60 tahun, dan tinggal di dalam komunitas masyarakat bukan di rumah sakit maupun di rumah perawatan. Para peneliti menemukan bahwa angka kematian selama periode penelitian adalah 67% lebih tinggi pada orang dengan kekuatan cengkeraman terlemah dibandingkan dengan cengkeraman yang kuat.

Kesimpulan ini berdasarkan 33 studi dari seluruh dunia, termasuk lebih dari 50.000 orang laki-laki dan wanita yang diikuti selama hamper 43 tahun.

Pola serupa ditemukan dalam penelitian lain, dimana pejalan kaki yang melangkah paling lambat hampir tiga kali lebih mungkin meninggal dibandingkan yang berjalan paling cepat. Mereka yang paling lambat bangkit dari kursi, dua kali lipat tingkat kematian dibandingkan dengan mereka yang bangkit dengan cepat dari tempat duduk saat berdiri.


Bahkan menyeimbangkan diri dengan menggunakan satu kaki tampaknya juga dihubungkan dengan penurunan resiko kematian. Meskipun kelemahan cengkeraman yang dibarengi dengan penyakit dan kesehatan yang menurun secara keseluruhan dapat menjelaskan banyak perbedaan, dalam hal kekuatan perbedaan pegangan tangan, tingkat kematiannya adalah nyata bahkan pada beberapa orang di bawah usia 60 tahun yang secara fisik tidak menunjukkan tanda-tanda adanya masalah kesehatan.


Profesor Avan Aihie Sayer, seorang geriatrician dan wakil penulis studi yang dilakukan Southampton University, mengatakan bahwa dirinya saat ini mendorong penggunaan yang lebih luas akan tindakan menggenggam tangan pasien di rumah sakit sebagai cara menyelamatkan para pasien dengan masalah kesehatan yang lebih serius.


Sayer mengatakan, Salah satu bagian terbaru dari penelitian yang dilakukan di rumah sakit menemukan bahwa perbedaan dalam kekuatan cengkeraman bahkan terkait dengan lamanya tinggal di rumah sakit, dan menjadi sebuah penemuan yang cukup penting.


Saat ini kita sedang membicarakan orangtua yang lemah, tetapi dengan waktu yang ada hal ini menjadi relevan bagi mereka yang muda sebagai pencegahan.

Sayer mengatakan beberapa studi menyarankan mungkin saja untuk mengidentifikasi perbedaan yang signifikan dalam kekuatan cenkeraman bahkan pada orang yang berusia jauh lebih muda untuk menunjuk ke masalah kesehatan masa depan.


Dr Rachel Cooper dari Medical Research Council's Unit for Lifelong Health and Ageing, yang memimpin penelitian ini mengemukakan, langkah-langkah seperti ini dapat membantu para dokter mengidentifikasi mereka yang paling rentan terhadap gangguan kesehatan di kemudian hari. [lip/independent/cha/hidayatullah.com]

Hikmah Di Sebalik Tawakkal



Hikmah Di Sebalik Tawakkal

MENURUT bahasa “tawakkal” itu beerti berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan. Menurut syariat pula tawakkal beerti “mempercayakan diri kepada Allah SWT dalam melaksanakan suatu rancangan, bersandar kepada kekuatan-Nya dalam melaksanakan suatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindungan-Nya pada waktu menghadapi kesukaran”.


Dengan pengertian tersebut dapatlah ditegaskan bahawa tawakkal itu berkaitan dengan suatu rencana yang tetap (keputusan) atau kemahuan (azam) yang disertai dengan ikhtiar melaksanakan rencana itu.

Ikhtiar dilakukan dalam memenuhi tertib atau sunatullah sahaja. Namun keyakinan tetap bulat kepada Allah SWT.


Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakanlah musyawarah dengan mereka dalam beberapa urusan, dan bila engkau telah mempunyai ketetapan hati, maka berserah dirilah kepada Allah.” (Surah Ali-Imran: 159)


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Berpalinglah dari mereka itu, dan berserah dirilah kepada Allah. Dan cukuplah Allah itu sebagai pelindung.” (Surah An-Nisa’: 81)

Berhubungan dengan perkaitan erat antara tawakkal dengan rencana yang matang (ketetapan hati) dan ikhtiar melaksanakan rencana itu, maka adalah sesuatu kekeliruan jika tawakkal itu diertikan sebagai berdiam diri tanpa ikhtiar sama sekali, misalnya mengharapkan sembuh dari penyakit tanpa berubat atau mengharapkan hidup makmur tanpa bekerja.


Banyak dalil dalam Al-Quran dan hadis yang menjelaskan pentingnya ikhtiar, usaha dan bekerja. Dalam berikhtiar itulah proses usaha dan redha menerima “buah” daripada pekerjaan itu, banyak ataupun sedikit.

Suatu contoh digambarkan dalam suatu hadis:

“Telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang dikendarainya terlepas begitu saja di pintu masjid, tanpa ditambatkan terlebih dulu.

Dia bertanya: ‘Ya Rasulullah! Apakah unta itu saya tambatkan lebih dahulu kemudian saya tawakkal, atau saya lepaskan saja dan sesudah itu saya tawakkal? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tambatkan lebih dahulu dan kemudian bertawakkallah engkau!” (Riwayat Tirmidzi)


Tawakkal itu termasuk pekerjaan hati, terpaut di hati dalam menghadapi sesuatu persoalan atau pekerjaan, di mana manusia merasa bahawa dengan kekuatan sendiri tidak akan sanggup menghadapinya tanpa bersandar kepada kekuatan Allah SWT.


Apa yang terpaut dalam hati dengan keyakinan tersebut dipancarkan ke luar dengan mengucapkan ‘hasballah’ sebagai berikut:

"Hasbiyallahu wa ni’mal wakil "ertinya:“Allah cukup bagiku dan Ia sebaik-baik Penjaga”


Demikian juga dengan lafaz-lafaz ‘hauqalah’:"Laa hawala walaa quawwata illa

billaah" ertinya :“Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”


Selain daripada itu dalam hadis ditemukan sejumlah doa dan zikir yang isinya mengandungi pernyataan tawakkal kepada Allah dalam menghadapi urusan penting dan keadaan genting.


Salah satu kaifiat tawakkal dalam menghadapi suatu rencana penting yang masih samar hasilnya, apakah kelak membahayakan ataukah menguntungkan dunia dan agama, ialah dengan cara solat istikharah, mengerjakan solat dua rakaat kemudian mengucapkan doa istikharah, mohon kepada Allah agar dipilihkan dan ditakdirkan mana yang lebih baik dan bermanfaat bagi dunia dan agama kemudian redha menerima keputusan apa saja yang berkaitan dengannya.


Perintah Bertawakkal dan Bidang Penerapannya

Bertawakkal dalam segala urusan bukan hanya termasuk antara sikap rohani yang baik dan terpuji, bahkan ianya memang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tawakkal adalah satu manifestasi keyakinan kepada kekuasaan Allah SWT bahawa hanyalah Allah yang berkuasa berbuat sesuatu, sedangkan makhluk tidak berkuasa dan lemah sekali, di mana pada setiap ketika memerlukan pertolongan Allah SWT:

“Dan bertawakkallah engkau kepada Tuhan yang hidup, tiada mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya.” (Al-Furqan: 58)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan kepada Allah-lah hendaknya berserah diri orang-orang yang beriman.” (Ibrahim: 11)

  • Penerapan tawakkal pada prinsipnya meliputi segala urusan dan pekerjaan yang baik dan segala keadaan yang sulit. Salah satu di antaranya ialah dalam melaksanakan sesuatu perancangan yang sudah matang dalam suatu usaha, pembangunan, perjuangan dan sebagainya. Apabila hati telah padu dan jitu dalam melakukan sesuatu, maka selainnya diserahkan kepada ketentuan Allah jua. Dia Yang Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu:


“Apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (azam) maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali-Imran: 159)

Demikian juga dalam kegiatan ekonomi, berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup hendaklah disertai pula dengan tawakkal, sesuai dengan pernyataan Al-Quran:

“Tiap-tiap yang melata di muka bumi ini sudah ditentukan Allah rezekinya. Dia mengetahui kediamannya dan tempat penyimpanannya.” (Hud: 6)

Sewaktu menghadapi musuh dalam peperangan, setelah mempersiapkan alat-alat perlengkapan perang, pengetahuan taktik dan strategi haruslah disertai dengan kekuatan mental, berupa tawakkal kepada Allah SWT.

Di sebalik kekuatan alat-alat, otot dan otak - harus dilandasi dengan kekuatan hati yang penuh tawakkal. Demikian sikap tawakkal ini telah dihayati oleh tentera Islam dalam peperangan-peperangan antara lain dalam perang Ahzab.

“Dan tatkala mukminin melihat golongan-golongan (masuk Islam) itu, mereka berkata: ‘Inilah dia apa yang dijanjikan kepada kita oleh Allah dan Rasul-Nya, dan benar Allah dan Rasul-Nya. Dan tiadalah menambah bagi mereka melainkan Iman dan penyerahan diri (kepada Allah).” (Al-Ahzab: 22)


Dalam bidang siasah ( politik) untuk mencapai kemenangan perjuangan Islam, umat Islam wajib berjuang mengatur pula siasah dalam menghadapi lawan, seraya bertawakkal kepada Allah SWT:

“Dan jika mereka mahu menipumu, maka sesungguhnya cukuplah bagimu Allah. Ialah yang teguhkan dengan pertolongan-Nya dan dengan mukminin.”

(Al-Anfal: 62)

Sewaktu menghadapi bencana dan bahaya yang akan menyerang diperlukan bertawakkal, seraya melakukan segala persiapan yang diperlukan untuk menolak bahaya itu.

Misalnya ketika kaum muslimin di zaman Rasulullah dihasut untuk dihancurkan oleh tentera musuh yang besar jumlahnya. Mereka sedia bertempur seraya berkata: “Hasbunallah wa ni’mal wakill” (cukuplah bagi kami Allah SWT dan sebaik-baik Pemelihara).

Suatu contoh lagi di kala menjangkitnya wabak, di samping mengambil langkah-langkah pencegahan (tindakan berjaga-jaga) ia hendaklah disertai juga dengan tawakkal.

Suatu peristiwa terjadi di zaman Khalifah Umar. Rombongan sahabat yang menuju Syam mendengar berita berjangkitnya wabak taun di negeri yang dituju itu. Dalam rombongan timbul dua pendapat, sebahagian ingin meneruskan perjalanan dan sebahagian lagi ingin pulang.

Umar bin Khattab memutuskan pulang. Tetapi timbul pertanyaan yang menentang:

“Apakah anda akan melarikan diri dari takdir Allah SWT?”

Umar menjawab: “Ya, lari dari takdir Allah kepada takdir Allah juga [takdir yg

lain ].”

Diberikan perbandingan jika mempunyai ternakan di mana tersedia dua bahagian, yang satu kering dan yang lainnya subur, tentu saja lebih baik memilih bahagian yang subur.

Perkara ini menunjukkan bahawa ikhtiar menghindari penyakit (tindakan berhati-hati) perlu dilakukan, seraya bertawakkallah kepada Allah.

Pendapat Umar ini diperkuat oleh sabda Nabi yang disampaikan oleh Abdurrahman bin Auf:

“Apabila kamu mendengar penyakit berjangkit terjadi di suatu negeri, maka janganlah kamu datang ke tempat itu. Dan kalau kamu sedang berada dalam negeri yang tengah berjangkit penyakit menular itu, maka janganlah kamu keluar dari negeri itu, kerana hendak melarikan diri.” (Riwayat Bukhari)

Bertawakkal di kala menghadapi bahaya ditunjukkan pula oleh Nabi Ibrahim AS ketika akan dicampakkan ke dalam api oleh orang kafir, dengan membaca: “Hasbiyallahu wa ni’mal wakil.”

Dalam pada itu di kala hendak tidur, di mana seseorang akan kehilangan kekuatan dan tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang waktu tidur itu, maka hendaklah bertawakkal kepada Allah, mempercayakan diri dalam perlindungan-Nya, sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW:

“Ya Allah, aku menyerahkan diri kepada-Mu, dan aku menyerahkan urusanku kepada-Mu, dan aku menyerahkan kekuatanku kepada-Mu, kerana takut dan cinta kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tidak ada tempat lari daripada-Mu melainkan kepada-Mu. Aku percaya kepada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.” (Riwayat Bukhari)

Bagi seseorang yang keluar rumah, maka banyak perkara yang akan ditemui dalam pelbagai urusan. Mungkin ada, yang menyenangkan dan ada pula yang menyusahkan, sebagai sebahagian daripada kehidupan. Sebagai makhluk yang dianugerahi fikiran, sebelum keluar rumah sebaiknya mempunyai pertimbangan, pemikiran dan rencana-rencana yang baik dan kemudian segala sesuatunya dipasrahkan kepada Allah SWT.

Selain ketenangan jiwa, maka tawakkal juga membuahkan sikap syaja’ah, keberanian. Terbukti ketika Rasulullah SAW diacukan dengan pedang oleh Da’tsur (pimpinan orang-orang kafir). Da’tsur menggertak Rasulullah SAW: “Siapakah yang dapat mencegah pedang ini terhadap engkau hai Muhammad?” Dengan sikap tawakkal Rasulullah SAW menjawab tenang: “Allah!” Pedang terjatuh dari tangan Da’tsur, dan tibalah giliran baginda mengambil pedang itu. Sikap tawakkalnya Rasulullah SAW melahirkan syaja’ah dan kemenangan di mana Da’tsur menyaksikan kehebatan Rasul Allah itu, lalu dia memeluk Islam bersama kaumnya.

Kemenangan yang gilang gemilang banyak kali diraih oleh umat Islam berkat tawakkal. mereka yang bertawakkal kepada Allah mempunyai iman yang jitu kepada kekuasaan-Nya.

Ingatlah bahawa makhluk semuanya adalah ciptaan Allah SWT, mereka tidak boleh memberi manfaat dan tidak boleh mendatangkan mudarat. Semuanya ditangan Allah SWT. Mudarat dan manfaat dalam genggaman Allah jua.

Walaupun semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepada seseorang, tanpa izin Allah SWT, mereka tidak boleh berbuat yang sedemikian itu:

“Mereka yang hadapkan perkataan: ‘Sesungguhnya kaum (Quraisy) itu telah kumpulkan (tentera, bagi memerangi) kamu. Lantaran itu hendaklah kamu takut kepada mereka!’


Maka (perkataan) itu menambah iman mereka dan mereka berkata: ‘Allah cukup buat kami dan Ia sebaik-baik penjaga’. Maka kembalilah mereka dengan nikmat dan kurnia dari Allah tanpa ditimpa bencana.” (Ali-Imran: 173-174)


Dalam bidang pencarian rezeki (ekonomi), tawakkal kepada Allah, mendatangkan kecukupan dan rezeki yang tidak terduga-duga:

“Siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Ia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan), dan akan diberikan rezeki dari jalan yang ia tidak duga-duga, kerana barangsiapa yang bertakwakkal kepada Allah, nescaya Ia jadi Pencukupnya. Sesungguhnya Allah itu telah adakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq:2- 3)

Dalam hubungan ini Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Andaikan kamu bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki kepadamu sebagaimana burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan kembali di waktu senja hari dengan kenyang.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Pada saat-saat yang berbahaya, di mana wang dan kawan tidak dapat lagi memberikan pertolongan, Allah dapat menolong dan menyelamatkan orang yang bertawakkal.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi pernah bersabda:

“Akhir kalimat yang diucapkan oleh Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api ialah: Hasbiyallah wani’mal wakil.” (Riwayat Bukhari)

Allah SWT telah menyelamatkan Ibrahim, tidak sampai terbakar kerana api menjadi sejuk:

“Kami (Allah) berkata: ‘Hai api, jadilah sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim!” (Surah Al-Anbiya’: 69)

Demikianlah hikmat tawakkal yang menghasilkan pelbagai kebaikan seperti ketenangan, keberanian, kemenangan, pertolongan dan perlindungan Allah SWT yang membawa kepada keselamatan.

Wallahu a'lam...

Oleh: As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah

credit to :ustaz Abdul Aziz Ismail Nuh