Wednesday, February 9, 2011

Young grads in M'sia sell bodies for easy money


Kuala Lumpur (The Star/ANN) - Young and beautiful female graduates in Malaysia are picking more lucrative "jobs" than the ones their paper qualifications can get them -- they are willing to sell their bodies and offer massage services to earn five-digit incomes, reported Malaysian newspaper Harian Metro.

The daily interviewed three graduates, who even showed their diplomas to reporters.

One girl, Lala from Kedah, said she has obtained a tourism diploma at a college in Malacca last year.

"This 'job' is easy and does not require long hours to earn big bucks," said the 24-year-old.

Another graduate, Baby, was a professional dancer before going into the sex business.

Liyana, 24, said she "cheated" hundreds of men by "selling" her seductive pictures on social networking sites like Tagged and Facebook.

"Through my online profile, I openly offer massage services. However, those offers are actually fake. In a day, I can cheat five to six men. Before even meeting me, they are willing to bank in 100 ringgit (US$33) to 150 ringgit into my account," she said, adding she disappears or give excuses to the men after receiving the money.



Monday, February 7, 2011

Kebebasan Dan Demokrasi : Agenda Utama Melumpuhkan Negara Islam...

SUNDAY, JULY 12, 2009

Kebebasan dan demokrasi senjata utama lumpuhkan negara Islam

Kebebasan dan demokrasi adalah kunci persefahaman hubungan antara Islam dan Barat, begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, semasa berucap di Persidangan Antara Agama, Perth, Australia (Perth Interfaith Conference), 11 Julai.

Menurut Anwar, intipati ajaran Islam menganggap 'kebebasan' adalah satu daripada objektif tertinggi dalam hukum Tuhan yang menyerupai ciri-ciri perlembagaan demokrasi iaitu kebebasan hak asasi, kebebasan bersuara menentang kezaliman, seruan untuk pembaharuan terhadap hak milik harta.[?]

Menurut Anwar, hanya kebebasan dan demokrasi sahaja dapat melumpuhkan agenda sesetengah pihak di negara Islam yang mahu menubuhkan sebuah 'negara Islam' berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Keghairahan pihak tertentu melaungkan slogan 'negara Islam' itu akan mewujudkan semangat jihad dan lebih cenderung dengan aktiviti teroris.
Anwar berharap, Presiden Obama tidak melakukan kesilapan sama yang pernah dilakukan oleh Presiden-presiden Amerika sebelum ini dalam menjayakan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam.


Semasa Presiden Bush, beliau telah menumpukan usaha melawan teroris di dunia Islam itu dengan memberi bantuan kewangan kepada program 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam. Namun usaha Presiden Bush menemui jalan buntu kerana Presdien Bush menjalan dasar terpilih, iaitu sesetengah negara Islam, Bush menyokong program 'kebebasan' dan 'demokrasi', tetapi di sesetengah negara Islam lain Bush menyokong golongan autokrasi (kuku besi).

Walaupun, di sesetengah negara muslim yang diperintah oleh autokrasi itu terdapat golongan moderat dan pembaharuan (yang sama aspirasi dengan Amerika Syarikat), tetapi Presiden Bush memilih pendekatan untuk menyokong autokrasi. Menurut Anwar, inilah faktor utama agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' gagal dilaksanakan sepenuhnya di negara-negara muslim itu.

Menurutnya lagi, hanya Turki sahaja berjaya menjadi model 'kebebasan' dan 'demokrasi' serta kegiatan teroris dapat dibendung sepenuhnya di negara itu.

Dasar tidak bijaksana pentadbiran washington merupakan penyumbang kegagalan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi', misalnya operasi CIA menumbangkan Perdana Menteri Iran, Mossadegh, semasa pemerintahan Shah Iran Pahlavi, kerana selepas itu Iran jatuh ke tangan Republik Islam, Ayatollah Khomeini.

Anwar berharap, Presiden Obama tidak mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan oleh presiden-presiden Amerika Syarikat sebelum ini, dalam menjayakan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam.

Selain Anwar, perceramah lain yang turut berceramah dalam program itu adalah Reverend Professor James Haire, former President of the Uniting Church in Australia and the current Executive Director of the Australian Centre for Christianity and Culture, Imam Afroz Ali, Founder and President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah, president of the People’s Justice Party of Malaysia and Father Charles Waddell, Interfaith Delegate of the Catholic Church.


sumber :

Tamatnya sokongan Melayu pada pemimpin India



Lebih 100 NGO yang bergabung dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM) berikrar tidak akan lagi sesekali memberikan sokongan kepada pemimpin India daripada pelbagai parti dalam mana-mana mana pilihan raya selepas ini.

Ini kerana, gabungan itu berpendapat,
pemimpin dan aktivis kaum India telah memutarbelit dan berjaya mempengaruhi kerajaan untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan dalam menangani isu novel kontroversi Interlok.

"
Langkah kami yang pertama dalam usaha ini ialah menyebarkan gerakan bahawa orang Melayu tidak akan sekali-kali memberikan apa jua sokongan kepada mana-mana pemimpin India, baik dalam BN mahupun pembangkang, bermula dari mana-mana pilihan raya akan datang," demikian ikrar itu, seperti dipetik daripada memorandum mereka kepada Perdana Menteri Najib Razak semalam.

Semalam, MPM dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) menyerahkan dua memorandum berasingan pada tangan Najib sendiri di ibu negara bagi membantah tindakan kerajaan mahu meminda novel Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain selepas didesak berterusan pemimpin MIC dan NGO India.

Antara yang hadir semalam Presiden PENA
Mohamad Saleeh Rahamad dan dua ahli jawatankuasa pemandu MPM Datuk Kamaruddin Kachar dan Datuk Seri Helmi Ismail.

Dalam memorandum itu,
gabungan 138 NGO - sebilangan besarnya kelompok karyawan, cendekiawan, aktivis, usahawan, pelajar dan pendidik Melayu - itu juga berpendapat, akibat desakan demi desakan, kerajaan kini berjaya dipengaruhi untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan yang diberikan.

"Dengan penjelasan ini ia akan
menampakkan betapa lemahnya kerajaan yang terlalu berkerompomi dengan mereka ini sehingga sanggup mengenepikan apa jua analisis rasional yang dihasilkan bagi menangkis ugutan dan tuntutan mereka itu," memorandum tujuh halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, gabungan itu menegaskan, tindakan mereka
bukan bermakna mahu menimbulkan sentimen hasutan untuk membenci kaum india tetapi bagi menyatakan kekesalan terhadap kelemahan kerajaan yang tunduk dengan mudah kepada ugutan dan tekanan.
Malah,
tiada sebarang tindakan diambil terhadap kumpulan yang membakar novel Interlok dan gambar poster penulis novel berkenaan - yang dianggap berbaur hasutan - juga dikesalkan, menurut memorandum itu.

Sementara itu, Mohamad Saleeh pula dilporkan berkata,
permintaan mereka perlu difahami sebagai "suara Melayu keseluruhannya" dan tidak sama sekali berniat jahat atau menggugat kerajaan.

“Kami hanya menjaga kepentingan dan maruah Melayu sebagai pemilik ketuanan dan negara dan tanah air kami,” katanya dalam memorandum itu, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini. [malaysiakini.com]

Thursday, February 3, 2011

Demonstrasi Mesir Didalangi Oleh Kuasa Luar


Jasmine Revolution yang berlaku di Tunisia selama 28 hari daripada 17 Disember hingga 15 Januari 2011 dikatakan menjadi inspirasi kepada demonstrasi seterusnya di Mesir. Benarkah Jasmine Revolution adalah kepingan puzzle pertama untuk mencetuskan teori domino kebangkitan yang sama di Lubnan, Jordan dan Yemen? Atau Jasmine Revolution adalah sebahagian daripada revolusi yang sudah dirancang untuk memenuhi sebahagian agenda penjajahan regime change barat. Rakyat yang terlibat dalam uprising tersebut tidak tahu dari mana rancangan sebenar itu diadakan. Apa yang mereka tahu setelah emosi bercampur baur adalah untuk menggulingkan pemerintah.

25 Januari 2011, bermula satu protes besar-besaran daripada rakyat di Mesir terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Hosni Mubarak. Perhimpunan yang diseru oleh satu kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "April 6 Youth" ini dimulakan selepas solat Jumaat. Semuanya diadakan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dikatakan sebagai tyranny. Siapakah kumpulan "April 6 Youth" ini?

Logo kumpulan "April 6 Youth" yang dipimpin oleh Ahmed Maher adalah satu kumpulan yang berasaskan cyber networking yang diasaskan pada 6 April 2007. Ahmed Maher menjadikan Orange Revolution yang dilakukan oleh orang Serbia untuk menggulingkan Slobodan Milosevic sebagai inspirasinya. April 6 Youth menggunakan medium media baru (Facebook, Twitter dan Blog) untuk membangkitkan perasaan marah rakyat pada Hosni Mubarak. Kumpulan April 6 Youth yang dipimpin oleh Ahmed Maher terlibat dalam sebahagian rancangan regime change ini sebagaimana yang didedahkan oleh The Telegraph.

The Telegraph, 1 Februari 2011 telah mendedahkan satu dokumen rahsia yang dihantar daripada kedutaan Amerika Syarikat ke Washington berkaitan sokongan Amerika Syarikat untuk mengadakan regime change di Mesir (baca sini). Turut terlibat dalam kerangka besar rancangan color revolution ini adalah George Soros (Pengerusi Open Society Institute) yang dipercayai membiayai Radio Kalima di Tunisia serta menyediakan geran latihan kepada NGO di Mesir iaitu The Egyptian Initiative for Personal Rights (baca sini).


Selain Soros, National Endowment for Democracy (NED) turut memainkan peranan di Mesir dan Tunisia (baca sini). NED telah menyedikan dana sejumlah USD$19,000 untuk youth forum bagi 150 pelajar universiti dari Gharbeya, Suez, Minya dan Assiut. Latihan tentang kesedaran politik dan teknik media baru didedahkan kepada pelajar tersebut. Koordinasi rancangan Soros dan NED ini dilakukan oleh satu kumpulan yang dinamakan sebagai International Crisis Group (ICG). Mengapa El Baradei yang mahu dipilih sebagai pengganti? Apa hubungan hubungan El Baradei dan Soros dalam ICG? El Baradei dan Soros adalah Executive Committe dalam International Crisis Group, ICG. Menggantikan Hosni dengan pemimpin yang sudah ditunjuk oleh barat sendiri.

Ada rakyat Malaysia yang suka melihat kejadian di Mesir berlaku begitu di negara ini. Sedangkan dalam masa yang sama, ibubapa pelajar di Malaysia amat bimbang keselamatan anak mereka akibat kekacauan yang berlaku di Mesir. Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain yang marah dengan Hosni Mubarak hanya menyertai gerakan demonstrasi tersebut selepas ianya telah dicetuskan. Sedangkan apa hakikat sebenarnya, punca dan perancangan tersebut dicetuskan oleh kuasa luar. Memang Hosni dikatakan sebagai punca demonstrasi namun majoriti rakyat lain tidak harus diheret sama dalam kancah kekacauan dan ketidakstabilan yang dicetuskan melalui demonstrasi. Siapa yang perlu dipersalahkan bila 5,000 orang banduan lari dari penjara dan mengganggu orang awam?

2 Feb 2011, pada jam 2.30 petang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menyeru ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di Wisma Putra, Putrajaya. Motifnya adalah untuk berhimpun dan menyerahkan memorandum. Mahasiswa perlu mengkaji dan banyak menganalisa, jangan terus termakan dengan cara revolusi yang sedang berlaku di Mesir. Perlunya rakyat Malaysia memahami bahawa Soros adalah pelindung dan penaja utama color revolution yang berlaku di seluruh dunia.

Rose Revolution di Georgia pada 2003

Rose Revolution di Georgia, Orange Revolution di Ukraine,Tulip Revolution di Kyrgyzstan, Green Revolution di Iran, Jasmine Revolution di Tunisia dan yang terbaru adalah di Mesir. Kejadian yang berlaku di Tunisia bukanlah puzzle permulaan, ianya adalah sebahagian rancangan regime change oleh pihak luar. Sewajarnya umat Islam bertindak secara berhikmah bagi mengelak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jangan terperangkap dalam jerat yang sudah dipasang oleh barat. Sesama Islam bergasak, barat ketawa melihat mangsa mereka memakan umpan yang sudah lama dipasang.

Sumber : http://anginperubahan.blogspot.com/2011/02/demonstrasi-mesir-didalangi-oleh-kuasa.html

-http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/8289698/Egypt-protests-secret-US-document-discloses-support-for-protesters.html

- http://www.eipr.org/en

Tuesday, February 1, 2011

Buku: Syiah Rafidhah

PRAKATA EDISI KE EMPAT

Sebenarnya buku ini ditulis hampir dua puluh tahun lalu susulan polemik Sunnah Syiah yang telah berlaku antara saya (penulis) dengan Hassan Salleh dan beberapa orang Syiah lain di dalam akhbar Watan yang kemudiannya terhenti. la terhenti dengan diakhiri maqalah seorang Syiah bernama Mustafa Harun (nama samaran?) yang tidak dapat dijawab oleh penulis berikutan akhbar berkenaan tidak lagi mahu melanjutkan polemik tersebut.

Oleh kerana pada ketika itu penulis tidak mempunyai saluran lain untuk menjawab kekeliruan-kekeliruan dan kekarutan-kekarutan yang ditaburnya di dalam maqalahnya, maka penulis telah bertindak menulis buku ini dengan tidak lagi terikat kepada perbahasan-perbahasan yang telah berlarutan di dalam polemik sebelumnya malah sebaliknya penulis menekankan dan memfokuskan kepada pengenalan ajaran Syiah itu sendiri yang tidak diketahui masyarakat umum di samping mengemukakan pandangan-pandangan dan fatwa-fatwa yang telah diberi oleh ulama' Islam yang mu`tabar tentang Syiah di sepanjang sejarah ummat.

Tajuk buku ini tepat sekali dengan keadaan masyarakat Islam setempat khasnya dan di seluruh dunia `amnya terutama pada ketika is mula-mula diterbitkan kerana rata-rata ulama' Islam cuai dalam menangani persoalan ini manakala ummat pula benar-benar kebingungan dalam menghadapinya.

Banner Iklan buku Karya Maulana Mohd AsriBanner Iklan buku Karya Maulana Mohd AsriKetika itu belum lagi keluar fatwa majlis fatwa kebangsaan atau mana-mana institusi agama Islam yang lain di tanah air kita tentang sesat atau tidaknya ajaran Syiah yang digembar-gemburkan oleh pengembang-pengembangnya di seluruh Nusantara. Penulis malah dijadikan bahan ejekan dan momokan pengikut-pengikut Syiah kerana sering mereka mengatakan bahawa tidak ada satu pun majlis agama atau mana-mana badan keagamaan lain menyenaraikan Syiah sebagai satu ajaran sesat dan menyeleweng. Hanya penulis dan segelintir peribadi jua yang beria-ia sangat meniupkan semangat anti Syiah di kalangan masyarakat!

Sekarang setelah keluarnya fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan juga fatwa dari Majlis-Majlis Ugama Islam di setiap negeri berhubung dengan kesesatan dan kekufuran Syiah di samping kesedaran yang agak meluas di kalangan 'ulama' dan masyarakat, keadaan telah banyak berubah.

Buku-buku yang mendedahkan kebatilan Syiah karangan ulama Arab dalam bahasa 'Arab juga sudah berlambak-lambak.

Jawapan-jawapan kepada buku-buku propaganda Syiah seperti buku "Dialog Sunnah-Syiah" dan buku "Akhirnya Ku Temui Kebenaran" telah diterbitkan dan disebarkan secara meluas.

Namun saya tidak mengatakan segala-gala permasalahan telah selesai, Syiah tidak wujud lagi di bumi Malaysia ini, semua 'ulama' sudah tidak cuai lagi dan ummat pula sudah tidak kebingungan lagi justeru masih ramai ummat yang terus kebingungan dan tidak kurang pula bilangan 'ulama' yang terus cuai, meskipun telah terbit fatwa-fatwa tadi dan telah banyak pembongkaran hakikat ajaran Syiah telah dibuat oleh para 'ulama' kita di seluruh dunia.

Alhamdulillah buku ini walaupun kecil, telah berjaya menghilangkan kekeliruan sebilangan besar orang-orang yang telah terpedaya dengan Syiah bahkan ada yang menceritakan kepada penulis bahawa dia hampir-hampir menganut fahaman Syiah kerana diayah dan propaganda yang disebar mereka dengan begitu meluas menerusi buku-buku dan majalah-majalah tetapi telah terselamat daripada terjebak ke dalam gaung kesesatan mereka setelah membaca buku ini. Alhamdulillah sekali lagi.

Pembaca yang budiman!

Biar apa pun, anda mestilah ingat dan mengerti bahawa orang-­orang yang telah menganut fahaman Syiah di kalangan masyarakat kita ini sudah tentu ramai di antara mereka masih tetap di atas ajaran yang salah itu dan terus aktif mengamal di samping menyebarkannya walau pun secara senyap-senyap dan sulit.

Andaikan seseorang telah menganut ugama Syiah dari tahun tercetusnya revolusi Iran (1979) dan ketika itu dia telah mendapat anak, tentu sekali anak itu sekarang telah berumur 26 tahun. Seorang anak yang dididik dan diasuh dalam keluarga Syiah dengan ajaran-ajaran Syiah yang melampau, sudah tentu langsung tidak akan terdedah dengan ajaran Islam yang dihayati oleh kita Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

Ini bererti bahawa bilangan orang-orang Syiah akan sentiasa bertambah secara tabi'i dengan berkembangnya sesebuah keluarga mereka dan akhirnya mereka akan membentuk satu kelompok masyarakat yang entah berapa pula jumlahnya.

Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah usaha kita sebagai `ulama' yang tidak cuai, ummat yang tidak kebingungan? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh insitusi-institusi agama yang telah mengeluarkan fatwa tentang kesesatan Syiah untuk mengembalikan mereka kepada Islam sejati dan seterusnya memulihkan 'aqidah mereka yang rosak itu benar-benar telah membawa kejayaan yang memuaskan? Atau segala yang dilakukan hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja??

Lihat saja kepada pergaduhan, kekecohan dan bunuh-membunuh yang saban hari berlaku di negara-negara Islam yang malang. Puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah perbezaan 'aqidah Ahli as-Sunnah dan Syiah. Sejarah menyaksikan bahawa golongan Syiahlah sentiasa menjadi talibarut kuasa-kuasa besar kuffar dalam usaha mereka menghancur clan memporak-perandakan ummat Islam.

LihatIah apa yang berlaku di hadapan anda sendiri di zaman ini, betapa peranan mereka dalam memecah-belahkan negara dan ummat Islam di 'Iraq, Afghanistan, Pakistan, Lubnan dan lain-lain. Kekecohan cetusan mereka sentiasa membawa kepada pertumpahan darah.

Mahukah kita melihat keadaan seperti itu berlaku juga di negara kita yang tercinta ini? Jika tidak maka marilah sama-sama kita hapuskan atau paling tidak kita kawal wabak ajaran sesat ini dengan serius seperti mana kita bersungguh-sungguh mahu menghapuskan dan mengawal penyakit-penyakit menular atau virus-virus yang mengancam nyawa manusia. Malah ajaran sesat ini bukan sahaja mengancam nyawa masyarakat bahkan menggugat kestabilan sesebuah negara dan yang paling dahsyat bagi ummat Islam ialah ia memusnahkan 'aqidah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya yang mulia.

Di dalam edisi baru terbitan Pustaka Bisyarah ini, sedikit perubahan dan pindaan dilakukan di sana sini. Apa yang diharapkan sangat ialah agar seramai mungkin pembaca akan mendapat manfaat dari penjelasan yang diberikan dan penulis berdoa semoga Allah memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada orang-orang yang telah terpengaruh dengan fahaman Syiah. Tiada tempat memohon taufiq dan hidayah kecuali kepada Allah jua.

Muhammad `Asri Yusoff
Kubang Kerian,
Kota Bharu Kelantan.
22/11/2005
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6167:mesti-milik-prakata-edisi-ke-empat-buku-syiah-rafidhah&catid=59:dunia-buku
(untuk pembelian buku :
email darulmarketing@gmail.com atau SMS 014-5026621 (Ustaz MARWAN) atau fax 09-7655203

Monday, January 31, 2011

The Top 5 Healthiest Fat-Burning Foods

(some may surprise you!)

If you want to lose body fat faster, try incorporating these 5 healthy super-foods into your diet & regular meal plans.

by Mike Geary, Certified Personal Trainer, Certified Nutrition Specialist
Author - The Truth about Six Pack Abs


grass-fed beef healthier than grain-fed beef1. Grass-fed beef or bison (NOT your typical grocery store beef!) - I know most people think that red meat is unhealthy for you, but that's because they don't understand how the health of the animal affects how healthy the meat is for consumption. Keep this in mind -- "an unhealthy animal provides unhealthy meat, but a healthy animal provides healthy meat".

Typical beef or bison that you see at the grocery store is raised on grains such as corn and soybeans. Soy and corn are NOT the natural diet of cattle or bison, and therefore changes the chemical balance of fats and other nutrients in the beef or bison. Grain-fed beef and bison is typically WAY too high in omega-6 fatty acids and WAY too low in omega-3 fatty acids.

grass-fed steaks, healthy fat burning foodOn the other hand, grass-fed beef from cattle and buffalo (or bison) that were raised on the type of natural foods that they were meant to eat in nature (grass and other forage), have much higher levels of healthy omega-3 fatty acids and lower levels of inflammatory omega-6 fatty acids (that most people already eat way too much of) compared to grain fed beef or bison.

Grass fed meats also typically contain up to 3 times the Vitamin E as in grain fed meats.

Not only that, but grass-fed meat from healthy cattle or bison also contain a special healthy fat called conjugated linoleic acid (CLA) in MUCH higher levels than grain-fed meat. CLA has been proven in scientific studies in recent years to help in burning fat and building lean muscle (which can help you lose weight!). These benefits are on top of the fact that grass-fed meats are some of the highest quality proteins that you can possibly eat... and this also aids in burning fat and building lean muscle.

Grass-fed meats are a little harder to find, but just ask your butcher or find a specialty grocery store and they usually have cuts available. I've also found a good site to order grass-fed meats online - http://healthygrassfed.2ya.com


avocados - healthy fats and high nutrition2. Avocodos - Even though these are typically thought of as a "fatty food", it's all healthy fats! Not only is this fruit super-high in mono-unsaturated fat, but also chock full of vitamins, minerals, micro-nutrients, and antioxidants.

Also, I think guacamole (mashed avocados with garlic, onion, tomato, pepper, etc) is one of the most delicious toppings ever created, and you can be happy to know that it's also one of the healthiest toppings you can use on your foods. Try sliced avocados or guacamole on sandwiches, burgers, scrambled eggs or omelets, in salads, or as a side to just about any meal.

The quality dose of healthy fats and other nutrition you get from avocados helps your body to maintain proper levels of hormones that help with fat loss and muscle building. Also, since avocados are an extremely satiating food, eating them helps to reduce your appetite in the hours after your meal. Say goodbye to junk food cravings and bring on that lean body!


eggs - another healthy fat burning, muscle building food3. Whole Eggs, including the yolk (not just egg whites) - Most people know that eggs are one of the highest quality sources of protein. However, most people don't know that the egg yolks are the healthiest part of the egg... that's where almost all of the vitamins, minerals, and antioxidants (such as lutein) are found in eggs.

Egg Yolks contain more than 90% of the calcium, iron, phosphorus, zinc, thiamin, B6, folate, and B12, and panthothenic acid of the egg. In addition, the yolks contain ALL of the fat soluble vitamins A, D, E, and K in the egg, as well as ALL of the essential fatty acids. Also, the protein of whole eggs is more bio-available than egg whites alone due to a more balanced amino acid profile that the yolks help to build.

Just make sure to choose free-range organic eggs instead of normal grocery store eggs. Similar to the grass-fed beef scenerio, the nutrient content of the eggs and the balance between healthy omega-3 fatty acids and inflammatory omega-6 fatty acids (in excess) is controlled by the diet of the chickens.

Chickens that are allowed to roam free outside and eat a more natural diet will give you healthier, more nutrient-rich eggs with a healthier fat balance compared with your typical grocery store eggs (that came from chickens fed nothing but soy and corn and crowded inside "egg factories" all day long).


nuts - more healthy foods to burn fat4. Nuts: Walnuts, Almonds, Pecans, Macadamia, etc -- Yes, this is yet another "fatty food" that can actually help you burn fat! Although nuts are generally between 75-90% fat in terms of a ratio of fat calories to total calories, this is another type of food that is all healthy fats, along with high levels of nutrition such as vitamins, minerals, and antioxidants. Nuts are also a good source of fiber and protein, which of course, you know helps to control blood sugar and can aid in weight loss.

Nuts also help to maintain good levels of fat burning hormones in your body as well as helping to control appetite and cravings so that you essentially eat less calories overall, even though you're consuming a high-fat food. My favorite healthy nuts are pecans, almonds, pistachios, and walnuts, and by eating them in variety, you help to broaden the types of vitamins and minerals and also the balance of polyunsaturated to monounsaturated fats you obtain.

Try to find raw nuts instead of roasted nuts if you can, as it helps to maintain the quality and nutritional content of the healthy fats that you will eat.

Also, try to broaden your horizons beyond the typical peanut butter that most people eat, and try almond butter, pecan butter, or macadamia butter to add variety to your diet.


healthy berries - a superfood for fat loss and a lean body5. Berries - including blueberries, strawberries, raspberries, and even the "exotic" Goji berry: Berries are a powerhouse of nutrition... packed with vitamins and minerals, and also some of the best sources of antioxidants of any food in existance. Berries also pack a healthy dose of fiber, which slows your carbohydrate absorption and digestion and controls your blood sugar levels to help prevent insulin spikes (which can stimulate fat gain).

Get creative and mix up your berry intake by using the basics -- blueberries, strawberries, blackberries, and raspberries... but also get adventurous and give a more "exotic" berry a try, such as Goji berries (which are one of the most nutrient-dense and highest protein berries on the planet).

I like to add berries to my yogurt and cottage cheese mixtures, as well as oatmeal or oat bran, salads, or just taking a bag of mixed berries and mixed nuts with me for the day as a mid-day healthy snack!

I hope you enjoyed this look at some of the healthiest fat-burning foods you can possibly eat. I could list a ton more, but wanted to give you my favorites for now

- http://www.truthaboutabs.com/fat-burning-foods.html

Monday, January 24, 2011

Syiah Imamiyah Mazhab Yang Diiktiraf Oleh Islam?

Petikan Sumber Berita Syiah Imamiyah---
Berikutan-" penindasant " - erhadap Syiah Malaysia
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia: Syiah Imamiyah adalah sebuah Mazhab

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan penindasan terhadap Syiah di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi telah mengadakan pertemuan bersama pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Abdul Ghani Shamsudin setelah Solat Jumaat (14-01-2010).

Hujjatul Islam Wahidi menerangkan harapan pengikut mazhab Syiah Imamiyah di seluruh dunia daripada para ulama, pensyarah universiti dan cendiakawan ialah membendung tidakan yang membawa risiko perpecahan di kalangan umat Islam. Perpaduan antara Mazhab dalam Islam merupakan topik yang penting untuk diketengahkan kepada masyarakat umum hari ini.

Hujjatul Islam Wahidi berkata para ulama dan ahli Fiqh Syiah sudah memberikan penjelasan terhadap pendirian sebenar mazhab mereka dan tersebarnya fitnah-fitnah baru-baru ini disebabkan kurang informasi yang tepat serta kemunculan konspirasi yang ingin menghancurkan Islam.

Syaikh Abdul Ghani Shamsudin selaku pemimpin SHURA menerangkan memang sudah wujud perancangan musuh yang ingin memusnahkan Islam dari dalam adalah bertentangan dengan pandangan umat Islam di Malaysia. Beliau menambah, "Empat Mazhab iaitu Imamiyah, Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zahiriyah sudah diakui secara rasmi oleh umat Islam dan tidak ada sesiapa pun berhak mengkafirkan mereka".

Abdul Ghani berkata satu pendekatan dialog harus dilaksanakan supaya dapat membetulkan tanggapan umat Islam di waktu mendatang. Kata beliau lagi, "Memperbaharui pandangan dan meluruskan pendapat yang tidak sahih adalah satu kewajipan dalam agama".

"Iran merupakan sebuah negara yang sudah berjaya dalam perkara ini, dan ulama Iran tidak seperti di Malaysia, mereka ada pengaruh dan kekuatan yang sepatutnya di tengah masyarakat. Matlamat penjajah tidak mampu menghancurkan negara ini. Walau bagaimanapun ulama Islam di Malaysia membela Iran demi kekuatan agama ini dan penganutnya".

Pertemuan ini juga turut membincangkan kerjasama antara rakyat Iran dan Malaysia untuk mengasaskan sebuah institusi yang membincangkan masalah Tauhid dan Pendekatan Antara Mazhab. Mereka berdua turut bertukar-tukar fikiran tenang Seminar Perpaduan Umat Islam yang akan dianjurkan di Tehran nanti. [abna.ir]






-----------
Persoalannya..

Benarkah apa yang diutarakan oleh Ustaz Abd Ghani Shamsuddin ini atau ianya satu pandangan seorang yang silau dengan "pertunjukan " tentang hebatnya Syiah di Iran selepas Revolusi (sehingga berjaya menubuhkan kerajaan
...yang sudah tentunya atas perancangan Amerika di belakangnya ). Seolahnya menutup mata dan tidak mahu melihat realiti dari apa yang sebenarnya berlaku serta dari buku-buku yang ditulis oleh ulamak Shi'ah Imamiah sendiri (yang mudah diperolehi selepas revolusi )...barangkali inilah contoh ulamak malaysia yang pengikut Syi"ah sifatkan sebagai "Mursyid "mereka di Malaysia....

credit to : al Ahkam .net