Friday, March 25, 2011

Syiah nak tawan Ka'bah?


Keadaan semakin melampau apabila kumpulan Syiah yang mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Arab Saudi di Iran mengangkat sepanduk "Hal tataharrar al-Ka'bah fi hajji 'amina haza?" bermaksud "Adakah Ka'bah akan terbebas pada haji tahun ini?". Nampaknya ini sudah melampau...sejarah tidak pernah menyaksikan Ka'bah terlepas ke tangan Syiah.

Walaupun ketika ini Ka'bah dikuasai oleh kerajaan yang berfahaman Wahabi tetapi mereka masih dianggap Sunni oleh dunia Islam kerana sumber hukumnya tetap sama al-Qur'an dan al-Sunnah. Hati-hatilah wahai umat Islam-Sunni. Syiah-Iran dilihat semakin menunjukkan taringnya akhir-akhir ini. Di mana ada Syiah di situ ada pembelaan Iran. Malah demonstrasi penganut Syiah di Bahrain terbukti dilakukan secara ganas (klik di sini ) bukan seperti demonstrasi di tempat lain. Sepatutnya Iran tak perlu campur apa yg berlaku di Bahrain. Apa jadi kepada umat Sunni di Iran yang didiskriminasikan oleh kerajaan Syiah-Iran? Iran tak pernah mengaku bertanggungjawab bahkan Sunni terus ditindas dan ditindas di sana. Wallahu a'lam.

//mufakkir-islami.blogspot.com



Syiah-Iran ambil kesempatan di Timur Tengah


Ketegangan di Bahrain tidak sama seperti revolusi yang terjadi di negara-negara Arab lain. Begitulah kata Dr. Yusuf al-Qaradawi. Revolusi Bahrain adalah revolusi mazhab dan tidak mewakili tuntutan rakyat Bahrain secara keseluruhan.

"Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab," kata al-Qaradawi, sebagaimana dipetik Al-Arabiya (19/3). Menurut Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu, ada campur tangan asing di sebahagian puak yang ada, sehingga tuntutannya tidak lagi murni dari rakyat Bahrain. Puak yang ingin menggulingkan puak lain hanya mengutamakan kepentingannya sendiri.

"Revolusi di negara Arab lain ada kesamaan di mana yang tertindas melawan pihak penindas. Sedangkan di Bahrain berunsur kemazhaban, di mana Syiah melawan Sunni". Menurutnya lagi, revolusi Mesir melibatkan rakyat dengan latar belakang berbeza seperti Muslim, Kristian, tua, muda, sekular, agama, seperti halnya di Tunisia, Yaman dan Libya. Tetapi tidak di Bahrain yang hanya melibatkan puak Syiah.

Demonstrasi yang dilakukan kumpulan Syiah Bahrain juga bukan secara 'damai' tetapi bersenjata. "Kumpulan Syiah menyerang kumpulan Sunni dan mengambil alih masjid-masjid mereka dengan menggunakan senjata seperti halnya golongan baltajiyyah (samseng) yang kita saksikan di Yaman dan Mesir," al-Qaradawi menjelaskan.

Al-Qaradawi juga memberi amaran bahaya kumpulan Syiah mengusung gambar-gambar pemimpin spiritual tertinggi Syiah Ayatullah Khamenei dan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah. Khamenei dan Nasrallah adalah tokoh negeri Iran, sementara Bahrain bahagian dari negara-negara Teluk bermazhab Sunni. Syiah Bahrain harus menunjukkan kewarganegaraan mereka yang sebenarnya.
Begitu juga tunjuk perasaan yang berlaku di Arab Saudi di bandar timur Qatif. Ia juga didalangi kaum Sy'iah Saudi. Gejolak di Timur Tengah telah memberi inspirasi kaum Syi'ah di Saudi agar terjadi revolusi. Amir Khalid bin Talal menuduh Syiah-Iran sebagai dalang di sebalik semua demonstrasi itu. Saudi merupakan negara yang dipimpin kaum Sunni. Dari 19 juta penduduk, Syiah merupakan minoriti dengan jumlah 15 peratus. (Lihat gambar di atas, puak Syiah di Arab Saudi ada Pergerakan Jihad yang memiliki pasukan bersenjata!)

Fenomena ini mengingatkan penulis kepada peristiwa terputusnya hubungan diplomatik antara Maghribi dan Iran pada tahun 2009. Ia berpunca daripada kenyataan seorang ulama Iran tentang negara Bahrain yang mencetuskan ketegangan di kalangan negara anggota Liga Arab. Maghribi menarik dutanya di Iran, Mohammed Bu Zarif selama satu minggu sebagai bentuk protes atas kenyataan ulama Iran yang dianggap telah menyinggung kedaulatan negara Bahrain. Sebelumnya Bahrain dan Arab Saudi sudah menyampaikan bantahan pada Iran.

Ketegangan ini bermula ketika bekas jurucakap Majlis Iran, Ali Akbar Nateq Nouri mengkritik kerajaan Mohammad Reza Pahlavi yang disebutnya telah menyerahkan kedaulatan pada wilayah ke-14, Bahrain. Kenyataan ini menimbulkan kritikan dan kecaman dari negara-negara anggota Liga Arab yang lain. Salah seorang lagi rujukan Syiah di Maghribi iaitu Idris Hani. Dia telah mendakwa mahu menubuhkan Daulah 'Alawiyyah di Maghribi atas alasan Maghribi adalah negara Syiah [macam Yahudi ..]


Raja Maghribi juga telah menulis surat kepada Raja Bahrain, Syaikh Hamad bin Isa Al-Khalifa. Dalam surat tersebut, Raja Maghribi, Raja Mohammad VI berjanji akan menyokong Manama dan akan mengkritik Iran yang dianggap sudah "melanggar kedaulatan dan kemerdekaan negara Bahrain."


Maghribi turut membongkar bahawa kedutaan besar Iran di Rabat telah melakukan usaha untuk menukar asas-asas keagamaan yang dianut kerajaan Sunni Maghribi. Maghribi juga menuding Iran telah mengancam persatuan negara-negara Arab yang menjadi pusat Sunni.
Kewujudan [firqah] Syiah di Maghribi yang kian hari kian berkembang sememangnya telah menimbulkan keresahan kalangan ulama dan pemerintah negara itu.

Dalam wawancara dengan harian al-Arabiyyah (19/3/2009), Ahli Persatuan Ulama Maghribi Syeikh Abdul Bari al-Zamzami menyatakan, sumber gerakan Syiah di Maghribi berasal dari Eropah, lebih tepatnya lagi Perancis dan Belgium. Di kedua-dua negara tersebut hidup ribuan pendatang Maghribi dalam suasana kebebasan mutlak.

Selain itu, al-Zamzami mengatakan adanya faktor lain yang turut menyokong gerakan Syiah di negerinya, iaitu faktor material. Kedutaan Iran di Maghribi memberikan bantuan tertentu kepada orang-orang Maghribi yang menyebarkan mazhab Syiah, selain banyaknya pelajar asal Maghribi yang belajar di Iran dan akhirnya memiliki pegangan yg kuat dengan Syiah.

Al-Zamzami sendiri menyokong diputuskan hubungan diplomatik antara negaranya dengan Iran. Pada hematnya, kerajaan perlu campur tangan untuk membenteng akidah warganya. Di samping itu, al-Zamzami juga menyeru untuk menarik buku-buku Iran dan Syiah daripada pasaran buku Maghribi.

Lihatlah, inilah yang sedang berlaku di dunia Arab, Teluk dan Timur Tengah. Penulis bimbang dengan kebangkitan masyarakat Muslim-Sunni-Arab untuk menentang pemerintahan diktator di negara masing-masing, tiba-tiba Syiah yang didalangi pihak tertentu bangkit mengambil kesempatan untuk melebarkan pengaruh mereka di negara-negara Sunni. Semoga hal ini tidak berlaku di tempat kita. Tapi ingat! Jika kita leka, suatu masa nanti tunggulah..ia pasti berlaku!

Wallahul musta'an..wa'ilallahi 'aqibatul umur....

http://mufakkir-islami.blogspot.com


Wednesday, March 23, 2011

Lelaki Yang Soleh...


Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?

Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.

lelaki yang baik tidak semestinya soleh, tapi yang soleh itu semestinya baik. Justru menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.

Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?


Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.

Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,

Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.

Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.

Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).


Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:

  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu[berjemaah ], zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.
  • Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya [menjalankan amar ma'ruuf dan nahi munkar ]. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.

Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua.

paradigma mukmin


  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.


  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga [seperti yang diharapkan kebanyakan orang], tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan mengakui atas ketidakmampuannya sambil memohon pertolongan Allah ; dandengan bersangka baik bahawa tiap sesuatu yang berlaku itu adalah dengan izin Allah jua ; bahawa pasti ada hikmahnya jika kita menerimanya secara positif dengan redha ).] Singkatnya, mustahil bagi seorang lelaki soleh untuk [bersikap tidak bertanggungjawab] membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.


  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.


  • Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.


Rasulullah bersabda“ Sesempurna-sempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )

“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )

Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh :)

oleh :Andhika Al-Banjari Mtp

credit to :
Muhd Naim
http://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-yang-soleh/

Kemanisan Iman Itu....


Manisnya] iman (Halawatul Iman) tidak boleh dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya.

Kesedaran diri adalah kata awalan terhadap setiap amalan yang kita buat.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Ada tiga hal (perkara ) , yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman :
- (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya;
- mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah;
-benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”
(Muttafaq alaih)

Anas berkata, “Aku melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun, Baginda tidak pernah memukulku, tidak pernah mencelaku dan tidak pernah bermuka masam di hadapanku. Rasulullah SAW mendoakan Anas dikurnia harta dan anak yang ramai dan doa Baginda dikabulkan Allah.

[Huraian ] hadis ini : ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan merasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.


Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata:

“Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon,

seperti di dalam firman-Nya bermaksud:

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan;

cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan,

daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin,

dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.

Manisnya buah ketika buah sudah matang,

dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak.

Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah iman itu.


Perkara pertama :

MencintaiAllah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada yang selain-keduanya.

Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak,

diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita.


Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati,

kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman.


Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan,

tetapi wajib dimantapkan dalam hati,

dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati.[*]


Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas.

paradigma mukmin

Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, (selepas melakukan ibadat wajib ) ialah :

1)Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya[tadabbur ]

2) Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.

3) Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.

4) Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.

5) Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan [mendampingi] orang soleh

6) Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah. [seperti :memaksiati Allah, lalai , lagho, ..]

Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri [kedua] terpenting yang harus dimiliki sesiapa saja yang ingin mrasakan kemanisan iman. Menyintai Allah dan Rasul-Nya menjadi asas bagi kecintaan terhadap diri sendiri, orang tua, anak dan seluruh manusia.

Suatu ketika Saidina Umar berkata kepada Nabi SAW:

“Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”

Anas juga meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”


Perkara kedua :

Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

#Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal

#Saling mencintai kerana Allah mempunyai hak yang harus ditunaikan antaranya membantu memenuhi keperluan saudaranya dan menolong pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.

#Sentiasa mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak sombong dan tinggi diri. Dimana jalinan seorang Muslim dengan Muslim lain dibangun atas landasan cinta kepada Allah.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Baginda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah antaranya: “Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.”


Perkara ketiga :

[Benci kepada kekufuran pula dapat menjauhkan seseorang dari sebarang perbuatan yang membawanya kepada "kufur - engkar "kepada Allah dan RasulNya . Allah S.W.T berfirman dalam surah al Hujuraat , ertinya ;

"Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah -(maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya) -; kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan ditimpa kesukaran; akan tetapi - (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerananya) -Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan Ia menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus;" - (Al-Hujuraat 49:7)


Demikianlah tiga perkara yang menjadi prasyarat untuk seseorang muslim-mukmin itu dapat merasakan manisnya iman. Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang terpilih ini .Wallahu'alam .]


Oleh: Andhika Al-Banjari Mtp

credit to :Muhamad Naim
http://akuislam.com/blog/renungan/kemanisan-iman-itu/

Tuesday, March 22, 2011

Hail to the Handwritten Note

By some standards, handwriting is already considered an “ancient” skill. Next thing we’ll know, it will be an extinct art form practiced by only a few artisans.

Well, not in my lifetime if I have anything to do with it! These days, the charm of receiving a handwritten note is manifest (any handwriting will do, but do go all out with calligraphy as we mentioned recently) and its message exponentially more resonant than with anything sent electronically. So, if you really mean Thank You or if you really want to appear sincere, write it by hand.

Besides the benefits of having your handwritten note being duly noticed, you’ll want to know, as the Wall Street Journal tells us, that it appears that the very act of hand-writing is a building block to learning: “Recent research illustrates how writing by hand engages the brain in learning”. That’s true for kids but for baby-boomers also, as handwriting is a good cognitive exercise to keep minds sharp.

And, bonus, if you write your handwritten note on carefully chosen paper, you could also be sending a little piece of art, as you can see from our picks below. Whether you chose luxury personalized stationery for the more formal correspondence or a simple note cards for the lighter communications, we recommend that you stock up on a couple boxed sets of blank note cards so that you are always ready to make that lasting impression – in writing.



Elum Stationery Box




Retro & Personalized: Fabulous Stationery proposes over 1500 styles that can be personalized for any occasion, or for every day note-writing. Available in sets of 20 or 100 with prices starting at $35. Of course, they do occasions too.

Puro Papel Indian Spirit

Indian Spirit: I’m madly in love with this Dalmichi stationery set from Puro Papel. It can be personalized and includes 15 note cards and lined envelopes, one paperweight, all neatly tucked in a canvas bag. Elegant gift idea.

Night Owl Paper Goods Wood

Printed Wood: Here’s for the real original and creative communicator. Night Owl Paper Goods will print your logo, photo or design on their eco-friendly birch wood cards. Cool? Just a little, huh?

Fabrinery note cards

Fabric Cards: Need another texture? Try these fabric backed note cards. Each set of Fabrinery (fabric + stationery) cards comes with six imprintable note cards and matching envelopes. Simply choose your fabric and how you want to personalize the set.

9spotmonk for gents

For Men: It’s almost rare to see stationery designed just for men, especially note cards as stylish as these beautiful letterpress designs created specifically for gentlemen. Sold individually or in sets of 10. Great gift idea for the new grad! By 9SpotMonk .

SmudgeInk notes

Just the Note: there are times when an envelope is not required (quick note to a teacher or neighbor) but when a sheet of college-ruled paper is not to be considered either. A pretty pad of printed flat notes is perfect for those occasions. I like this selection by Smudge Ink at $6.00 for a 100 page pad .

hellolucky personalized

Personalized: Hello Lucky offers a great variety of note card designs that can be personalized. Besides being well designed, Hello Lucky is also very eco-sensitive: they use tree-free papers and cards are packaged in biodegradable boxes.

Seed Card Wiley Valentine

Seed Cards: These gorgeous hand-letterpressed cards are printed on 100% recycled paper that is embedded with seeds. Plant the card and see what grows: basil, thyme, parsley, dill, oregano & chive seeds. Sold individually at Wiley & Valentine .

Elum personalized stationery

Blanc sur Blanc: Sometimes, there is something to be said about the absence of color, as with this very elegant all white personalized letterpress stationery set by Elum Designs . It’s right for all occasions.

sky of blue cards stationery

Young & Monogrammed: This set of letterpress monogrammed note cards by Sky of Blue Cards is anything but stuffy. Perfect for the younger set. Get them trained early on writing their thank you cards!

Hearthfish press alphabet

Alphabetic: Though these are not your traditional Emily-Post-recommended note cards, the alphabetic designation are perfect for occasion-driven correspondence. I’d probably get the whole A to Z set and be set for a while!! Modern letterpress with soy-based inks on 100% cotton paper. By Heartfish Press .

Bellinvito letterpress

Couture Stationery: The Bell’Invito letterpress stationery is printed using presses that date back to the late 1800’s. These luxurious designs are perfect for grand statements and declarations.

Also, I’m sure that you have figured out that these boxed sets make a great gift idea for pretty much anyone, in any age group & gender.


http://shine.yahoo.com/channel/life
by Audrey



Monday, March 21, 2011

Persidangan Antarabangsa Berkenaan Riba

(Nota Dari Persidangan Riba')



Assalamu'alikum warahmatullahi wabarakatuh..



Alhamdulillah, selesai sudah persidangan yang amat bermakna bagi diri saya, ianya juga sepatutnya menjadi satu persidangan yang amat penting bagi seluruh umat Islam, akan tetapi melihat pada berita utama di TV pada malam harinya dan begitu juga dengan akhbar tempatan pada keesokan hari, mereka yang mengawal media dinegara kita ini nampaknya menganggap ianya suatu yang tidak penting.

Disini saya ingin berkongsi serba sedikit isi kandungan perbincangan di persidangan tersebut agar usaha kearah hidup yang tidak lagi diperangi oleh Allah SW ini (akibat riba') akan dapat dicapai walau tanpa sokongan media massa kebanyakan.

Dr Mahathir Mohammad telah memberikan ucapan pembukaan, beliau membangkitkan isu mengenai ekonomi dunia hari ini yang seolah-olah tiada kawalan dan disebabkan bebasnya ahli ekonomi seperti bank, syarikat pelaburan dan sebagainya untuk melakukan urusniaga sesuka hati seperti memberi pinjaman tanpa mengambil kira risiko dan sebagainya, maka kegawatan ekonomi terutama dibarat hari ini terjadi.

Terdapat satu fakta yang dikemukakan oleh beliau yang amat menarik perhatian saya iaitu mengenai urusniaga tukaran wang asing (forex).

Menurut beliau urusniaga forex pada masa kini bernilai sebanyak 4 trillion USD sehari, lebih banyak berbanding semasa krisis matawang pada tahun 1997. Jumlah itu bersamaan dengan nilai pengeluaran produk dan perkhidmatan bagi negara Jerman dalam jangka masa setahun, akan tetapi jumlah tersebut telah memberi manafaat kepada negara dan masyarakat negara Jerman itu sendiri dari segi ekonomi sedangkan apakah sumbangan urusniaga forex? Selain dari mengkayakan pengurus forex dan juga pelabur kaya, sumbangan kepada sektor pekerjaan, perniagaan dan ekonomi negara secara amnya hampir tiada.

Bagi kebanyakan penceramah yang lain pula hampir kesemuanya bersetuju bahawa pergolakan ekonomi dunia hari ini adalah kerana sistem kewangan yang diguna pakai itu sendiri adalah suatu penipuan.

Terdapat 3 isu utama yang dibincangkan didalam persidangan ini iaitu:
  1. Wang kertas yang diguna pakai hari ini yang tidak disandarkan dengan nilai sebenar samada emas atau perak.
  2. Keistimewaan yang telah diberikan kepada bank baik konvensional atau pun islamik untuk "mencipta" wang mengikut sistem pecahan simpanan (fractional reserve) menerusi kaedah perakaunan mereka.
  3. Riba', bunga atau kadar faedah yang terbina didalam sistem ekonomi moden itu sendiri yang merupakan bisa yang tersembunyi dan melumpuhkan hampir seluruh golongan masyarakat akan ntetapi mengkayakan segolongan kecil yang lain.
Berapa ramaikah dikalangan kita yang sedar bahawa wang kertas yang kita gunakan setiap hari ini adalah satu penipuan?

Mengapa satu penipuan? Kerana wang kertas sebenarnya tidak mempunyai nilai. Wang kertas hari ini dicipta dengan hutang dan bukan berdasarkan kepada komoditi seperti emas dan perak.

Akan tetapi mengapa ianya diterima pakai? Kerana ianya termaktub didalam undang-undang negara apa yang dipanggil "legal tender law", dan siapa yang menciptanya? Tidak lain tidak bukan British laknatullah yang telah menjajah negara kita dan hanya setelah dua benih syaitan disemai kedalam sistem pemerintahan negara, baru itulah kemerdekaan diberikan. Dan benih syaitan itu adalah undang-undang "legal tender" yang menjadikan wang kertas sebagai medium pertukaran dan juga pemerintahan sekular yang meletakkan undang-undang ciptaan manusia lebih agung dari undang-undang Allah SW.

Kebanyakan ulamak perbankan tersohor menggunakan fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa pada 1986 yang mana telah membenarkan penggunaan wang kertas. Akan tetapi jika 14 tahun dahulu kita boleh membeli teh tarik dengan hanya 50 sen akan tetapi pada hari ini lebih dari seringgit, maka tibalah masanya ulamak hari ini perlu mengishtiharkan wang kertas adalah haram. Apabila diishtiharkan haram, pasti akan ada usaha yang lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk menghentikan penggunaannya atau paling tidak pun menyandarkan ianya kepada suatu komoditi yang mempunyai nilai. Allah SW tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak mahu berubah, maka sudah sampai masanya untuk fatwa baru dikeluarkan mengenai wang kertas ini.

Antara saranan lain didalam persidangan tersebut adalah membenarkan wang secara bebasnya dicipta oleh semua manusia (free money), ini bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh mencipta wang kertas dan mengedarkannya akan tetapi menarik keistimewaan bank atau tidak bergantung lagi kepada mereka untuk mencipta wang (menerusi sistem pecahan simpanan).

Setiap individu yang mengusahakan suatu barangan, komoditi atau perkhidmatan, menerusi sistem dan prasarana sedia ada dizaman ini, beliau boleh "mencipta wang" didalam sistem melalui aliran kredit atau debit didalam sistem tersebut.

Sistem ini kemukakan oleh Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera menerusi sistem yang dipanggil Multilateral Payment System yang mana nilai untuk barangan dan perkhidmatan itu berasaskan nilai emas dan perak.

Sistem sebegini bukanlah suatu yang baru, nama lain untuk sistem ini adalah LETS (Local Exchange Trading System) yang telah banyak digunakan dinegara luar seperti di Australia, Kanada dan Switzerland. WIR Bank di Switzerland telah menggunakan sistem ini dari tahun 1934 hingga kehari ini.

Disebabkan dua unsur iaitu wang kertas dan penciptaan mudahnya oleh bank maka dapat riba' berkembang biak.

Apabila nilai wang tidak lagi berada didalam wang, nilai wang boleh dimanipulasi, dan bank pula dengan mudahnya mencipta wang menerusi pinjaman dan kemudiannya mengenakan riba atas wang yang sebenarnya tidak wujud, bank ibarat lintah yang menyedut darah semua umat manusia baik secara langsung atau tidak, baik bank konvensional atau pun islamik[?].

Secara langsung adalah dengan memaksa peminjam membayar balik dengan jumlah yang berganda, secara tidak langsung pula adalah dengan menurunkan nilai wang itu sendiri atau mencairkannya melalui penciptaan wang baru, maka teh tarik yang dahulunya 50 sen dah naik lebih seringgit.

Kebanyakan masyarakat mengeluh mengenai harga barang yang semakin meningkat, ini tanggapan yang salah, sebenarnya bukan barang yang semakin mahal, nilai wang yang semakin menurun. Harga emas yang semakin meningkat dipasaran dunia hari ini adalah petunjuk untuk nilai sebenar dollar US yang semakin hilang nilainya akibat dicetak tanpa bersandarkan apa-apa nilai yang nyata.

Riba' adalah punca utama masalah sosial, dek kerana tamak, manusia menipu, makan rasuah, rompakan, pecah rumah dan ragut..,,. Kerosakan akhlak muda-mudi disebabkan ibu bapa sibuk bekerja hinggalah kepada kemusnahan alam sekitar baik dari perlancongan atau mengkomoditikan segala sumber alam yang boleh diperolehi untuk membayar balik riba' yang berganda akibat pinjaman bank ataupun bersaing untuk mengaut lebih wang akibat turunnya nilai wang (lebih banyak wang diperlukan untuk membayar barang yang sama, rujuk teh tarik), sebab itu lah Allah SW mengishtiharkan perang terhadap mereka yang terlibat dengan riba' malah dosanya lebih teruk dari berzina.

Ketika Nabi SWA dinaikkan kelangit ketika Israk dan Mikraj, baginda melihat manusia yang perutnya dipenuhi ular dan apabila baginda bertanya kepada Jibrail AS siapa mereka lantas Jibrael menjawab, mereka adalah golongan yang memakan riba' (Ahmad, Ibn Majah).

Benih syaitan yang disemai oleh penjajah telah tumbuh subur menjadi pokok besar yang sukar ditebang, bertambah malang lagi apabila kapak penebang hanya berada ditangan kerajaan (dengan menggubal undang-undang), maka rakyat semua perlulah terlebih dahulu sedar dan bersama meminta pemerintah menebang pokok syaitan tersebut.


Hampir semua manusia diakhir zaman ini telah bergelumang dengan riba' terutamanya pinjaman rumah dan kereta. Baik islamik atau tidak, keduanya sama sahaja, cuma bezanya satu ikut pintu depan dan satu lagi ikut pintu belakang [?].

Saya sendiri sudah terjebak didalam kancah riba' dan sedang berusaha sedaya upaya untuk keluar darinya. Atas kesedaran ini jugalah saya berusaha untuk menyedarkan rakan-rakan yang lain akan bahaya dan besarnya dosa akibat riba' ini.

Salah seorang penceramah dipersidangan itu adalah Prof. Aziuddin Ahmad dari KUIS, apa yang memeranjatkan saya beliau adalah seorang ahli fizik, sempat saya berbual seketika dengan beliau dan berkongsi pandangan bagaimana melihat kehidupan didunia ini dari sudut fizik kuantum, alhamdulillah kami mempunyai pandangan yang serupa.

Dari sudut fizik kuantum, kita semua berkait melalui ruang tenaga yang tidak kelihatan, apa yang kita lakukan mempengaruhi insan lain dan ianya akan berbalik kepada diri kita sendiri.

Semua larangan Allah SW adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, malangnya akibat bisikan syaitan dan percayakan dunia yang sementara ini, manusia beralih dari fitrah yang dilahirkan sebagai muslim kepada sayangkan dunia dan bencikan akhirat.

Insyaallah usaha saya memerangi riba' ini akan berterusan hinggalah ke akhir hayat. Walau pun hanya seorang sahaja insan yang akan sedar dari penulisan saya ini, ianya sudah memadai, harapan saya agar peringatan ini berterusan kepada rakan-rakan yang lain agar dunia yang sementara ini boleh menjadi aman dan sentosa.

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/11/nota-dari-persidangan-
riba.html#ixzz1HJvtuBjm

Isnin, 8 November 2010

ISLAM & SISTEM KEWANGAN ANTARABANGSA :

Menarik gak Ceramah Sheikh Imran ni....

Saya tertarik dengan ceramah bertajuk ISLAM & SISTEM KEWANGAN ANTARABANGSA daripada Sheikh Imran Hossein. Ceramah ini boleh disaksikan di dalam Youtube.Nak tahu sapa Sheikh Imran tengok je http://en.wikipedia.org/wiki/Imran_Nazar_Hosein. Apa yang pasti beliau seorang ulama yang hebat dalam kewangan Islam. Setakat hari ini, dah lebih 18 buah buku telah diterbitkan dalam pelbagai bidang Islam. Berikut merupakan isi ceramah yang disampaikan.....
  • Sheikh Imran berpendapat bahawa pada zaman sekarang orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin dan orang ramai telah terpenjara dalam DUNIA PERHAMBAAN BARU.

  • Hadis dari Abu Said r.a katanya: Bilal pernah menghadap baginda dengan membawa kurma Barni. Rasulullah s.a.w bertanya: Dari manakah kurma ini? Bilal menjawab: Kurma milik aku yang kurang bermutu, maka aku menjualnya dua gantang dengan satu gantang (yang bermutu) untuk juadah Nabi s.a.w. Apabila mendengarnya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Ah, itu adalah riba. Jangan buat seperti itu. Jika kamu ingin membeli kurma yang baik, juallah kurmamu dan belilah kurma yang baik dengan hasil penjualanmu tadi. ( Hadis Muslim). Hadis ini menerangkan bagaimana Bilal membawa sebekas kurma yang berkualiti tinggi untuk diberi kepada Rasullullah s.a.w. Baginda bertanya dimana Bilal mendapatkannya.Maka Bilal pun menjelaskan bahawa beliau mempunyai 2 bekas kurma yang tidak berapa bagus kualitinya dan menukarkannya dengan satu bekas kurma yang lebih berkualiti.Selepas penjelasan itu, Baginda mengatakan itu adalah PATI KEPADA RIBA. Kalau Bilal jual 2 bakul kurma tersebut kemudian dapat duit dan beli kurma yang bermutu, maka ianya adalah halal.

  • Sheikh Imran kemudiannya membawa satu cerita dimana pernah Umar R.A menukar 4 unta dengan 1 unta dan Ali R.A juga pernah menukar 20 unta dengan 1 unta.Transaksi ini adalah HALAL. Persoalannya mengapa kes Bilal adalah HARAM manakala kes Umar & Ali R.A adalah HALAL.Untuk menjawab soalan ini lebih baik kita merujuk hadis Muslim bermaksud " Pertukaran emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam, mestilah dengan kadar timbangan / sukatan yang sama dan mestilah dengan penyerahan serentak (dalam satu majlis)."

  • Daripada hadis tersebut jelas disebut berkaitan alat pertukaran jual beli yang dinamakan WANG SUNNAH yang terdiri daripada Logam Bernilai ( emas & perak atau Dinar & Dirham) dan Komoditi ( barli, kurma, garam, gandum). Apa persamaan keenam-enam pertukaran tersebut. 1) Keenam-enamnya digunakan sebagai duit di Pasar Madinah.Kalau ada kekurangan emas&perak mereka akan menggunakan kurma sebagai duit di Madinah. 2) Keenam-enamnya mempunyai nilai intrinsik (nilai yang wujud dalam barang tersebut)
  • Cerita berkaitan Dinar & Dirham banyak diceritakan di dalam Al-Quran dan Hadis.WANG KERTAS ada ke diceritakan dalam Al-Quran. Takde...

  • Fungsi WANG SUNNAH adalah sama dengan FUNGSI WANG KONVENSIONAL. 1)Wang Sunnah sebagai medium pertukaran walaupun kurma boleh jadi wang tetapi hakikatnya telah dibuktikan sebagai medium pertukaran yang sangat berjaya pada zaman Rasulullah s.a.w.2) Wang Sunnah adalah sebagai pengukur nilai yang setia dan mengukur nilai kepenatan aras bekerja.3) Wang Sunnah sangat setia dalam mengekalkan nilai penat lelah berbanding Wang Kertas. Contohnya begini. Sekarang, wang gaji kita sebulan boleh beli seekor unta.5 tahun akan datang, wang gaji sebulan kita hanya boleh beli kambing.Maksudnya titik peluh kita selama sebulan, lama kelamaan telah kurang.Kerja penat-penat tapi hakikatnya nilai wang gaji kita semakin kurang walaupun mendapat gaji yang sama.Jadi wang yang telah hilang nilainya & mengurangkan keringat orang yang bekerja adalah HARAM.Bak kata Malcorm X " Siapa yang mengambil wang aku & bagaimana mereka mengambilnya. Sesungguhnya kerugian aku adalah keuntungan bagi orang lain. Kehilangan wang ku adalah keuntungan bagi orang lain.Contohnya kita lihat satu ketika dulu di Indonesia. Hanya 1 malam sahaja, Rupiah telah jatuh sangat mendadak hinggakan separuh penduduk Indonesia menjadi miskin
  • Kembali kepada persoalan mengapa kes Bilal Haram manakala kes Umar dan Ali adalah Halal. Jawapannya : Kes Bilal adalah haram kerana kurma digunakan sebagai wang. Bila tukar 2 kurma yang tidak berkualiti dengan 1 kurma yang berkualiti seolah-olah kita membuka pintu untuk wang dipinjamkan dengan faedah.Tapi kenapa tukar unta[ [tidak] haram..ini kerana unta tidak digunakan sebagai wang. Unta adalah binatang yang mudah rosak, mati dan sakit.
  • PULAU JAWA dah buat WANG SUNNAH. Kalau kurang emas dan perak, mereka menggunakan beras.Begitu juga di perkampungan Durban, Afrika Selatan.
  • Semasa pengunduran Eropah daripada tanah jajahan satu ketika dulu, ada 2 benih yang ditanam : 1) Pemahaman sekular. 2) Pengubahan Wang. Wang Sunnah telah digantikan dengan Wang Kertas yang tidak ada nilai di dalamnya.Nilai wang tersebut terletak di luar wang tersebut.

  • Sistem kewangan dunia semakin jatuh dan wang kertas akan hilang.benda yang bakal menggantikan wang kertas adalah WANG ELEKTRONIK.Kita harus sedar, Yahudi Eropah adalah Pengawal seluruh sistem kewangan dunia.Mereka hanya menekan 'Enter' di komputer dan akan keluar segala maklumat kewangan kita semua samaada yang sulit atau tidak sulit. Mereka hanya tekan 'Enter' sahaja untuk nak duit 600 billion US Dollar pada tahun 2009.Buktinya, satu ketika dulu hasil kelicikan Yahudi, kerajaan Argentina pernah membekukan semua akaun bank.

  • Sedikit sejarah WANG KERTAS. Ianya bermula seperti cek dan dikeluarkan oleh Bank Of England pada kurun ke-17. Pada masa itu wang kertas masih bersandarkan dengan emas.Padapenghujung Perang Dunia ke-2 1944, Eropah mengadakan persidangan Wang Antarabangsa di Bretton Woods New York. 2 perkara penting telah dipersetujui : 1) Tidak semua cek boleh ditunaikan, hanya satu cek sahaja iaitu US Dollar (cek- merujuk matawang). Hanya matawang ini saja lah yang boleh ditukarkan dengan emas dengan kadar 35 Dollar setiap auns.Matawang lain tak boleh.Amerika berjanji akan menunaikan janji ini. ( Sebab itu dalam US Dollar ada perkataan 'in God we trust') 2) Tidak semua individu boleh bawa US Dollar untuk ditukarkan kepada emas, hanya kerajaan atau bank pusat yang dibenarkan. Perjanjian Bretwood hanya bertahan dari 1944-1971 sahaja.

  • Sept. 1971, British bawa 3 billion kepada Amerika untuk tukar kepada emas.Richard Nixon sebagai Presiden Amerika pun beri emas kepada British.Disebabkan takut negara lain akan ikut jejak British maka Richard Nixon membuat sidang akhbar di David Camp " Kami berjanji tetapi kami tidak perlu mematuhinya".Maka perjanjian Brentwood runtuh.Bila runtuh maka wang kertas 100% adalah HARAM.
  • Sheikh Imran memberi beberapa bukti kelemahan WANG KERTAS berbanding EMAS. 1) Semasa peperangan Arab Israel 1973. Arab saudi dan negara Arab lain boikot minyak menyebabkan US Dollar turun 400%. Dalam masa sama nilai emas semakin meningkat dari 35 kepada 40 US Dollar. 2) 15 Januari 1980, berlaku revolusi Iran dan penghujung 1979, Rusia menakluk Afghanistan. Dollar US jatuh kepada 850 Dollar bagi setiap auns emas.Mengapa US Dollar jatuh : Sebab Wall Street tahu keseluruhan sistem kewangan antarabangsa ini adalah satu penipuan dan bakal jatuh.

  • Sejak 1980, US Dollar dengan emas kekal agak stabil. Selama lebih 22 tahun hingga sekarang bergerak turun naik tapi tidak runtuh. Mengapa ini berlaku...Jawapannya : mereka mengawal harga emas dengan memonopoli lombong emas, kemudian baru boleh mengawal harga tersebut. Buktinya, kita tengok bagaimana orang yahudi memonopoli pengeluaran berlian.Akhir abad ke 19, berlian dijumpai di Afrika Selatan. Yahudi dibelakangnya dan mereka mahu monopoli. Mereka mahu kekalkan harga tinggi supaya harga tidak rendah. Jadi, yahudi menggunakan orang British bernama Cecil John Rhodes dan dibelakangnya adalah orang kuat berbangsa yahudi bernama Alfred Beit. Dibelakang Alfred Beit ialah Lord Rothschild, ahli bank yahudi di Eropah.Mereka beli lombong berlian lain. Akhirnya membentuk syarikat gabungan diberi nama De Beers Consolidated. Selepas berjaya beli banyak lombong, maka berjaya kawal harga berlian pada paras yang boleh beri keuntungan maksima. Kes berlian ini juga sedang berlaku kepada emas. Bukan tujuan untuk pastikan harganya tinggi tapi dengan tujuan mengelakan sistem itu runtuh. Mereka tak mahu sistem ini jatuh dengan sendirinya, mereka mahu menjatuhkannya bila ia beri kelebihan kepada Israel.

  • Sheikh Imran juga menyentuh sedikit berkaitan RIBA. Riba adalah mengurangkan atau mengecilkan nilai, harta dan penat lelah manusia. Beza perniagaan dan riba ialah perniagaan ada risiko untung dan rugi manakala riba tiada risiko, untung ada tapi tiada rugi. Sebab apa Allah haramkan riba dan halalkan perniagaan. Kerana bila berniaga ada untung dan rugi, jadi Allah aturkan melaluinya, Allah beri kekayaan dan sebarkan kekayaan. Supaya kekayaan boleh tersebar[beredar ] melalui ekonomi. Kalau amalkan pinjaman riba, yang kaya terus kaya dan miskin akan terus miskin.
  • Sheikh Imran menjelaskan bahawa inflasi berlaku apabila nilai wang kertas jatuh maka harga barangan meningkat. Peningkatan harga barangan ini dipanggil INFLASI.

http://ilmuhaizan.blogspot.com/2010/12/islam-sistem-kewangan-antarabangsa.html

December 15, 2010