Pages

Tuesday, May 3, 2011

Pengajaran DariTaubatnya Imam Abul Hasan Al Asya'ari




Kisah Taubat Imam Abul Hasan Al Asya’ari

Ada sebuah kisah yang sangat menarik untuk dicermati. Kisah tentang seorang tokoh kelompok yang sesat , yang kemudiannya bertaubat lalu menjadi seorang yang terkemuka dalam mazhab Ahlus Sunnah. Ibnu Asakir berkata dalam kitab beliau;

Abul Hasan Al Asya’ari adalah seorang yang bermazhab Mu’tazilah dan menganut mazhab ini selama 40 tahun. Dalam pandangan mereka beliau adalah imam. Kemudian beliau menghilangkan diri selama 15 hari lantas tiba-tiba muncul di masjid jami’ di kota Basrah dan naik mimbar setelah solat Jumaat seraya berkata: ‘Para hadirin sekelian, aku menghilang dari kalian selama beberapa hari kerana ada dalil-dalil yang bertentangan dan sama kuat, namun aku tidak dapat menetapkan mana yang haq dan mana yang batil dan tidak mampu membezakan mana yang batil dan mana yang haq. Kemudian aku memohon kepada Allah swt maka Dia memberiku petunjuk dan aku tuangkan ke dalam bukuku ini. Dan aku melepaskan semua aqidahku yang dahulu aku pegang sebagaimana aku melepaskan bajuku ini”. [Tabyiin]

Abul Hasan Al Asyaari telah " menyesatkan" umat manusia selama 40 tahun sehingga mazhab ini bertambah kuat dan menguasai pemikiran kaum mulimin. Beliau bukan sahaja menyebarkan kesesatan ini malah menganjurkannya.

Aqidah yang beliau sebarkan itu berupa aqidah yang batil. Sebuah kesalahan yang sangat berat; melebihi dari membunuh sejuta jiwa, melebihi dari mencemar nama Islam dan sunnah – yang dengan aqidah ini banyaklah umat akan digiring ke neraka. Malah Islam yang asalnya satu wajah itu berubah rupa dan bentuk. Islam Mu’tazilah tidak lagi serupa dengan Islam yang dianut oleh Para Sahabat.


Namun hidayah itu milik Allah jua. Abul Hasan Al Asya’ari berkata tentang ‘kehilangan 15 hari’:

“Selama beberapa malam aku gelisah dengan aqidah yang sedang aku anut. Lantas aku berdiri melaksanakan solat dua rakaat. Lalu aku mohon kepada Allah swt agar Dia menunjuki kepada jalan yang lurus, kemudian aku tertidur. Aku melihar Rasulullah saw dalam mimpiku lantas aku mengadukan kepada baginda tentang masalah yang sedang menyeliputiku. Rasululla saw bersabda kepadaku ‘Peganglah sunnahku!’ kemudian aku pun terbangun.

Setelah itu aku membandingkan masalah-masalah ilmu kalam yang aku dapati, dengan Al Qur’an dan Hadith. Aku pun berkesimpulan untuk berpegang teguh dengan Al Qur’an dan As Sunnah serta membuang ilmu-ilmu selainnya”. [Al Ibanah: Buku Putih Imam Asyaari]


Ajaran Mu’tazilah Melahirkan Islam Rasional

Mazhab Mu’tazilah ketika itu sangat berpengaruh sehingga menjadi mazhab rasmi kerajaan. Gandingan sang penulis yang hebat – Al Jubai – dengan sang pemidato yang petah – Abul Hasan – menyebabkan Ahlus sunnah semakin terpinggir. Manusia tidak mahu menaruh perhatian kepada Sunnah tetapi lebih gemar untuk mendepankan rasional. Sunnah sudah tidak memberi kepuasan dalam hati mereka melainkan sunnah itu harus ditafsir mengikut akal fikiran manusia.


Tokoh-tokoh Mu’tazilah bukanlah orang badawi, sebaliknya adalah para alim yang mendalam ilmunya. Mereka membaca ratusan kitab, menulis puluhan buku, mengajar dan berfatwa, berserban dan berjubah. Tetapi semua itu tetap tidak menjadikan mereka berdiri atas kebenaran.


Namun dengan taubatnya Abul Hasan ini menyebabkan kaum Mu’tazilah terkedu dan akhirnya menguncup. Tetapi mazhab ini tidak lah hapus langsung dari dunia melainkan menjelma pada setiap zaman dengan berbagai-bagai nama dan rupa.


Namanya bukan lagi Mu’tazilah . Mereka tidak lagi mengagungkan nama Washil Bin Atha . Tetapi mereka tetap berpegang teguh kepada falsafah Mu’tazilah iaitu:

“Sesuatu dalil itu harus bersesuaian dengan akal. Jika sebuah dalil menyalahi akal waras, bererti dalil tersebut batil, lantaran dalil yang sah harus dicerna oleh akal yang waras”
.

Oleh itu lahirlah beberapa aliran yang berasaskan falsafah ini antaranya adalah Ikhwan As Safa’ dan juga Hizbut Tahrir. Malah mazhab ini turut berkembang menjadi Islam Liberal atau Islam Rasional. Semua mereka ini mengangungkan akal dalam beragama. Lebih malang lagi fikiran rasional yang mereka tempuh itu bersumber dari barat.


Penafian Adalah Alasan ManusiaYang kehilangan Hujjah


Kembali kepada Imam Abul Hasan Al Asyaari; setelah beliau taubat maka beliau mengarang beberapa kitab untuk menjelaskan aqidahnya dan kemudian merobohkan aqidah-aqidah sesat yang lain. Lahirlah dari hujung jarinya kitab Al Ibanah Al Ushul Ad Diyanah yang menjelaskan aqidahnya. Sebuah aqidah yang mengikut aqidah Imam Ahmad. Inilah aqidah Ahlus Sunnah. Kemudian kitab Al Luma, begitu juga kitab Maqalat Al Islamiyyin.


Ironinya apabila ada manusia yang menafikan kitab tersebut sebagai hasil buah tangan beliau. Bersungguh-sungguh mereka mengatakan bahawa kitab itu dikarang oleh orang lain. Ada juga dari mereka yang mengatakan bahawa kitab itu dikarang ketika awal kehidupannya iaitu sebelum beliau bertaubat. Dan kelompok yang terakhir pula mengakui bahawa kitab Al Ibanah itu memang hasil tulisan beliau tetapi sudah diubahsuai oleh kelompok Wahabi.


Ada dua pilihan dalam ketiga-tiga fitnah ini iaitu:

pertamanya adalah melihat kitab Al Luma dan Maqalat Al Islamiyyin; bahawa ketiga-tiga kitab ini menceritakan hal yang sama sehingga menafikan tuduhan tersebut.

Keduanya adalah meninggalkan keseluruhan kitab beliau dengan anggapan “berjaga-jaga” dengan kegelinciran beliau, dan melihat terhadap kitab-kitab ulama Ahlus Sunnah sebelum beliau yang tidak pernah menganut ajaran sesat dan tersohor dikalangan ulama Sunnah seperti Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Barbahari, Imam Al Laalikai dan Imam Shabuni. Maka dari kitab-kitab aqidah mereka, kita akan menemui aqidah Ahlus Sunnah yang tulen, seterusnya aqidah tersebut sama seperti yang tertuang dalam Al Ibanah.

Justeru, sikap menafikan sesuatu yang nyata kebenarannya adalah lumrah bagi kelompok yang sudah tidak memiliki hujjah [dan yang tinggi keegoannya dari menerima kebenaran yang disampaikan oleh orang lain.Nabi SAW menjelaskan makna Sombong dengan sabdanya yg ertinya " kesombongan itu ialah (apabilaseseorang itu ) menolak kebenaran dan menghina manusia (lain )"]


Selain itu mereka juga akan menabur fitnah agar masyarakat meninggalkan kebenaran dan berpihak kepada mereka. Walhal mulut mereka sentiasa mensenandungkan lagu keagamaan dan kebenaran sedangkan hati mereka merasa benci kepada as sunnah dan para pejuangnya.


[Jadi kita sebagai umat Islam tidak seharusnya menyemarakkan kebencian ini dengan elakkan diri dari 'mencela' tuhan-tuhan mereka (yang mereka sekutukan dengan Allah - ikutan-ikutan mereka yang Allah tak izinkan, bahawa Allah dan RasuNya serta mereka yang mengikuti JalanNya sahaja yang boleh diikuti, yang selain itu adalah penyelewengan dari Jalan yang lurus . Malah lebih baik lagi apabila kita mampu "menolah keburukan dengan menggunakan yang lebih baik ", bukan menolak keburukan dan kekasaran dengan keburukan dan kekasaran juga -pny ]


Merasionalkan Agama Adalah Perbuatan (kerja) Mu’tazilah

Puncanya kerana setengah manusia percaya bahawa akal yang Allah berikan merupakan alat terbesar dalam menentukan baik – buruk, halal – haram, pahala – dosa dan benar – salah. Padahal akal adalah sebuah alat yang mempunyai batas kemampuan dan terdedah kepada kerosakan dan kecederaan.

Tetapi pengagung akal tidak memandang masalah tersebut sebagai dalil untuk tunduk kepada hujjah agama – dalil naqli. Oleh itu seluruh sendi-sendi agama yang dibangunkan melalui Al Qur’an dan As Sunnah yang mengikut acuan Pemahaman Sahabat dirubah mereka atas semangat “mordenisasi”.

Semua kelakuan yang menentukan baik – buruk dalam sesuatu masalah agama disandarkan pada akal adalah kesinambungan Mu’tazilah. Apabila dibawakan sebuah hadith – malah berpuluh-puluh hadith yang semakna sekalipun – maka mereka akan tetap membantahnya dengan menggunakan rasional(akal ).


Kaedah Menasihati Pemimpin Yang Melakukan Kesalahan

Contohnya apabila ulama Ahlus Sunnah membawakan sekian banyak hadith untuk tidak melepaskan ketaatan kepada pemimpin Muslim yang berkuasa selagimana mereka menunaikan solat Jumaat dan Solat Eid berjamaah.

Namun orang yang mengagungkan rasional neo mu’tazilah – ini akan menyangkal hadith tersebut dengan membawakan rasional nya.

Begitu juga ketika ulama Ahlus Sunnah membawakan hadith untuk menasihati pemimpin secara sembunyi-sembunyi: maka mereka sekali lagi melawan hadith tersebut dengan akal mereka.

Lalu ketika tampil seorang alim yang mengikuti manhaj Salaf – jalannya para sahabat – dengan menasihati kaum muslimin dari terjerumus dalam berbuat dusta atau ghibbah dan mengingatkan umat untuk menasihati pemimpin atau isteri mereka dengan kaedah yang telah Rasulullah saw gariskan, maka golongan yang mengagungkan akal ini menuduh bahawa pemuda alim ini penjilat penguasa dan membela kebatilan. Mereka yang berpandangan dan menentukan begitu sedangkan tiada dalil yang bersama dengan mereka. Bagi mereka dalil naqli sudah tiada maknanya lagi apabila aqal sudah memutuskan sesuatu.[1]

Walhal beliau itu – adalah murid kepada para masyaikh ahlus sunnah terkemuka dunia seperti Syeikh Muhsin Al Abbad, bekas Direktor Universiti Islam Madinah – menasihatkan kita untuk berjaga-jaga dalam berkata dan bertindak. Dan beliau ingatkan kepada kita juga pesan dari Rasulullah saw tentang kaedah khusus menasihati pemimpin negara.

Lebih " lucu " lagi apabila ada daripada beberapa “ustaz” yang meminta tokoh tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas kapasiti beliau sebagai penaung program IFF tersebut. Mungkin para ustaz itu juga harus menyuruh Imam Abul Hasan Al Asyaari memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana telah menyesatkan sekian banyak manusia dan mengembangkan mazhab sesat ketika beliau menganut faham Mu’tazilah.


Sedangkan yang tercatit dalam sejarah hidup beliau adalah ucapan taubat beliau, bukannya permohonan maaf kepada seluruh umat Islam. Beliau bertaubat dari menyebarkan ajaran kesesatan dan membuat Islah dengan menjelaskan yang batil dan menggantikannya dengan yang Haq.. Sementara tokoh tersebut tidaklagi-berhenti-[2] menyebarkan aqidah yang batil. Dan seorang yang dihukum rejam, tidak pernah diminta oleh Rasulullah saw untuk memohon maaf kepada khalayak.

[Semoga taubat Imam Abul Hasan al Asya'ari diterima Allah dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang Mukmin .Jadi janganlah kita pula merosakkannya dengan menyambung tali amal yang telah dibuangnya.]

* Artikel ini telah diterbitkan dalam Sinar Harian

sumber :

http://loluconagama.wordpress.com/2011/03/21/pengajaran-dari-mantan-tokoh-ajaran-s


---------------------------------------------------


Ikuti huraian mereka yang tiada kepentingan ini , apa yang ingin beliau-beliau ini kongsikan bersama umat Islam.....

No comments:

Post a Comment