Pages

Monday, June 20, 2011

Karikatur tidak hina Islam


KUALA LUMPUR 18 Jun - Penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan kes rogol' yang disiarkan Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu yang mendapat kecaman banyak pihak, tidak menghina Islam.


Lulusan Pengajian Islam Universiti Mu'tah, Jordan, Shamsul Muda dalam analisisnya yang disiarkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini menegaskan bahawa sebenarnya tiada apa-apa isu berkaitan kartun itu.

Ini kerana, kata beliau, ia tidak mempersenda hukum Islam tetapi hanya mempersenda tanggapan dan kefahaman manusia yang telah terbukti salah tentang hukum Islam.

"Bahkan, boleh diterima jika dikatakan bahawa semua pihak wajar 'berterima kasih' kepada pelukis dan penyiar kartun itu kerana telah memberi sumbangan dalam mengikis kefahaman salah masyarakat berhubung hukum Islam," tegas Shamsul.


Justeru, jelas beliau, penyiaran kartun itu tidak memerlukan apa-apa tindakan mahupun kecaman dan kutukan daripada mana-mana pihak manakala pelukis dan penyiarnya juga tidak perlu memohon maaf kerana mereka sebenarnya tidak menghina Islam.


Sebaliknya, tambah Shamsul, isu sebenar yang lebih besar dan sangat serius ialah mendakwa sesuatu yang bukan hukum Allah sebagai hukum Allah.


"Dalam reaksi banyak pihak, kartun yang mempersenda 'kemestian membawa empat saksi dalam aduan kes rogol oleh mangsa', disifatkan sebagai menghina hukum Allah. Kartun itu disifatkan demikian, tidak lain dan tidak bukan kerana mereka beranggapan apa yang dipersendakan itu adalah hukum Allah.


"Dalam bahasa lebih mudah, mereka mengatakan 'kemestian membawa empat saksi dalam aduan kes rogol oleh mangsa', adalah hukum Islam. Ada yang mengatakan sedemikian secara terang-terangan dan terbuka.


"Sedangkan, sebenarnya ia bukanlah hukum Allah seperti yang difahami daripada hadis yang dinyatakan dan kenyataan Imam al-Baji.


"Inilah isu yang sebenarnya, iaitu mendakwa sesuatu yang bukan hukum Allah sebagai hukum Allah," katanya dalam analisis itu yang bertajuk Benarkah kartun Utusan mempersenda Islam?

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

Krtedit to :warisan-semasa
Post berkaitan :Layanan Nabi s.a.w. terhadap aduan rogol tanpa empat saksi

No comments:

Post a Comment