Pages

Sunday, August 21, 2011

5 tabiat yang membuatkan tubuh cepat lelah



lelaki lelah penat
Tubuh yang cepat lelah / penat pasti membuatkan anda tidak dapat bekerja dengan semaksima mungkin. Penyebabnya mungkin ada banyak di samping beberapa yang akan diberikan di bawah.

Jika anda tidak mengidap penyakit tertentu tetapi seringkali merasa lelah, cuba perhatikan tabiat / kebiasaan sehari-hari. Itu kerana ada lima tabiat yang membuat tubuh cepat lelah. Ketahui tabiat-tabiat itu yang dikutip dari Shine.yahoo.com ini, agar anda boleh menghindarinya.

1. Kecanduan kopi atau minuman bersoda

Kafein dalam kopi atau minuman bersoda sangat tinggi. Terlalu banyak kafein ini boleh menambahkan beban pada kelenjar adrenalin, kesannya adalah tubuh jadi mudah merasa lelah.

Sulit untuk menghentikan kebiasaan minum kopi atau minuman bersoda. Tetapi jika anda terbiasa minum lebih dari empat gelas atau lebih setiap hari, sebaiknya mulai kurangkan.

2. Postur / kedudukan tubuh yang buruk

Duduk berjam-jam atau tubuh yang membongkok juga membuatkan anda mudah lelah / letih. Ini kerana postur tubuh yang buruk menyebabkan banyak masalah kesihatan.

Dr Adrian Couzner, ahli perubatan tulang belakang, yang berasal dari Australia, menekankan bahawa sikap tubuh yang buruk memberikan sumbangan pada keletihan kerana membuat mobiliti sendi dan otot berkurang dan membuang tenaga. Bila membongkok, anda membuat tubuh bekerja lebih keras hanya melakukan gerakan sederhana.



3. Nafas pendek

Pernafasan yang pendek menghadkan jumlah oksigen yang mengalir ke otak dan tubuh, dan membuat tubuh mudah lelah kerana kekurangan oksigen. Jika anda bekerja di depan komputer sepanjang hari, perhatikan ritma pernafasan anda.

Nafas pendek sangat mudah anda alami, jika tidak banyak bergerak selama berjam-jam. Untuk itu, ambil masa untuk berehat, lakukan regangan, berjalan-jalan, atau lakukan latihan pernafasan agar aliran oksigen kembali lancar.


4. Mengambil makanan segera

Menurut Nadine Saubers, penulis buku 'The Complete Idiot's Guide to Fighting Fatigue', mengungkap bahawa makanan segera adalah pencetus utama rasa pening dan lelah. Untuk itu lebih selektiflah dalam memilih menu makanan. Kurangkan pengambilan makanan segera.


5. Selalu menahan emosi

Pastikan keadaan emosi anda sentiasa stabil dan tersalur dengan baik. Ini kerana, menahan emosi boleh membuat anda mudah stres / tertekan dan keletihan luar biasa. Jika anda sedih atau kesal, salurkannya pada tulisan atau ceritakan pada orang yang dipercayai. Jangan memendamnya sendiri.


Kaedah yang terbaik untuk mengawal stres ialah ikut seperti yang diajar dalam Islam iaitu ambil wudhu', kemudian duduk dan rehat-rehatkan diri[berzikir, baca Quran, solat]. Biasanya bagi stres kerana penat, maka tidur juga insyaAllah akan membantu.

16 Jun 2011

unikversiti.blogspot.com

[Diolah dari VivaNews , Foto kredit: lifelongsharing.com]

No comments:

Post a Comment