Pages

Saturday, August 20, 2011

NUZUL AL-QURAN


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ القُرْآنُ هُدًى لِلنَّاِس وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالفُرْقَانِ ،

(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). (Al-Baqarah : 185)

Pengajaran Ayat :

1. Diantara ciri-ciri insan yang bertqwa adalah beriman atau percaya terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

Hakikat ini termaktub pada awal surah Al-Baqarah sebagai sifat orang-orang yang bertaqwa (muttaqin) :

Mereka beriman kepada apa yang durunkan kepadamu dan apa yang diturunkan sebelummu (Al-Baqarah : 4).
Ayat diatas menegaskan bahawa permulaan Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan iaitu lima ayat pertama dari Surah Al-‘Alaq ketika Rasulullah SAW berkhlawat (bersendirian) di dalam gua Hira’. Allah SWT telah mengutus Jibrail AS untuk menyampaikan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

2. Peristiwa Nuzul (penurunan) Al-Quran berlaku pada 17hb Ramadhan. Hari ini oleh Umat Islam diseluruh dunia dijadikan sebagai hari yang sangat bersejarah, sebab matlamat Al-Quran diturunkan adalah sebagai Hidayah (petunjuk) bagi seluruh umat manusia dan pembeza antara yang Haq (benar) dengan yang Batil (salah), sebagaimana dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam ayat diatas.

Allah SWT juga menggambarkan betapa hebatnya kandungan Kitab Langit terakhir ini bahawa tidak terdapat di dalamnya kebengkokan walaupun sedikit tetapi semua kandungannya adalah lurus belaka. Sila lihat Nota 07Dua Nikmat Agong.

3. Disebabkan betapa hebat dan agongnya Hari Nuzul Al-Quran iaitu 17hb Ramadhan ini, maka sesetengah Negara Islam menjadikannya sebagai Public Holiday atau Cuti Umum.

Hari ini Rabu 17hb Ramadhan 1432H bersamaan dengan 17hb Ogos 2011M adalah cuti umum di di beberapa Negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Negeri Selangor. Pada masa yang sama Negara jiran kita Indonesia pula merayakan Hari Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia. Kita berdoa ke hadirat Allah SWT semoga tiga Negara Asian berjiran yang ditakdiran Allah sama-sama mendapat kemerdekaan pada bulan Ogos senantiasa rukun damai dan diberkati Allah ‘Azza Wa Jalaa, khasnya penduduknya yang beriman dan taat kepada-Nya, Amin.

4. Betulkah Nuzul Al-Quran pada 17hb Ramadhan ? Tidakkah itu bercanggah dengan ayat pertama dari surah Al-Qadr ? Bukankah ayat tersebut dengan jelas menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam “ Lailatul Qadr “ sedangkan ketika Rasul SAW ditanya bila “ Lailatul Qadr “ itu akan turun ? Baginda SAW hanya menjawab : Ia akan turun pada 10 akhir dalam bulan Ramadhan, khasnya pada malam-malam ganjilnya. Bukankan 17hb Ramdhan terletak pada 10 pertengahan Ramadhan dan bukan 10 akhir Ramadhan ? Jadi mana yang betul ?

5. Untuk makluman semua, sebenarnya tidak ada percanggahan antara dua tarikh tersebut sebab Al-Quran diturunkan melalui dua peringkat.

Peringkat Pertama : Al-Quran diturunkan sekali gus 30 juzuk dari Lauh Mahfuz ke Langit Dunia. Dan penurunan ini berlaku pada malam Lailatul Qadr. Inilah yang diisyaratkan oleh ayat satu dari surah Al-Qadr : Sesungguhnya Kami turunkan ia (Al-Quran) pada malam lailatulqdr.

Peringkat Kedua : Penurunan Al-Quran secara berangsur-angsur selama 23 tahun ; 13 tahun ketika baginda SAW berada di Mekah (Makkiyah) dan 10 tahun ketika di Madinah (Madaniyah).

Penurunan yang pertama sebanyak lima ayat pertama dari surah Al-‘Alaq iaitu :

( اقْرَأ بِاسْمِ رَبِّكَ الذِي خَلَقَ ...... ) berlaku pada 17hb Ramadhan. Dan perlu dimaklumi bahawa penurunan pertama dan kedua tidak semestinya berlaku pada tahun yang sama. Wallahu ‘Alam. Jangan lupa ikuti Nota berikutnya tentang “ Lailatul Qadr “.

by Abdullah Yasin on Wednesday, August 17, 2011

No comments:

Post a Comment