Pages

Sunday, June 3, 2012

Muslim Awam berpuas hati dengan Islamnya..

‎4/6/2012 AL- HIKAM 1.2
Orang muslim biasa atau muslim awam (muslim a’wam) berpuas hati dengan Islamnya, tidak mahu memperbaiki diri (is’lah an-nafs), tidak mahu menambah ilmu (ziadah” al-i’lm) sedangkan Nabi SAW bersabda: “…jika kamu inginkan akhirat hendaklah kamu menuntut ilmu…”, ingin hidup biasa-biasa ja, berasa selesa walaupun hidup dalam kejahilan (jahalah”) sedangkan Nabi bersabda SAW tentang ahli-ahli ibadat yang jahil (u’bbad juhhal) di akhir zaman yang akan masuk neraka walupun banyak beribadat, sering terlibat dalam dosa dan kemungkaran, meringan-ringankan solat sehingga meninggalkan solat semasa kesibukan atau musafir sedangkan Nabi SAW bersabda : “Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja maka ia telah kafir dengan nyata.”

Imam Ahmad RA mengatakan bahawa ia menjadi kafir iktiqod manakala Imam Syafie RA berpendapat bahawa ia menjadi kafir nikmat dan hanya menjadi kafir iktiqod jika ia beriktiqod bahawa solat fardu tidak wajib.

Muslim awam, iman mereka sangat lemah, duduk di sempadan iman dan kufur (kufr), mudah jatuh di dalam kekufuran dan ingatlah Hadis SAW: “Hampir-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekufuran.”

Golongan ini tiada jaminan syurga untuk mereka kerana mereka sering terlibat dengan dosa-dosa. Ia akan dihisab di Hari Akhirat. Jika Allah ta’ala mengampuninya dengan rahmat kasih-Nya ,ia akan masuk syurga.Jika Allah Ta’ala tidak mengampuni dengan keadilan-Nya, ia akan masuk neraka.

Islam bak menggenggam bara api terutamnya di akhir zaman ini.Nabi SAW menyuruh umat berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnahnya. Nabi SAW tidak risau tentang kemiskinan umat tetapi sangat bimbang dengan fitnah kemewahan hidup dunia di akhir zaman ini sehingga umat hidup bermatlamat kebendaan (hedonisme) seperti orang kafir dan lupa tugas utama hidup mereka iaitu beri’badah menyembah Allah ( i’badah), memperhambakan diri kepada-Nya (u’budiyyah).
 --------------------------------------------

 3/6/2012 AL-HIKAM: MOTIVASI TERBAIK MENUJU KEBAHAGIAAN
HIKAM 1.1: 
Tugas/tujuan hidup muslim di dunia yang fana ini ialah ibadah (tauhid dan beribadah), u’budiyyah (memperhambakan diri) kepada Allah. Dalam Surah Al-Fatihah: “Akan Engkau (Allah) kami menyembah (tauhid dan beribadah) dan akan Engkau kami minta pertolongan.”

 Orang salik (berjalan) menuju kepada Allah untuk meningkatkan maqom mereka bermula daripada mukmin, solihin, muttaqin, mutawakkilin hingga ke muqorrabin , dengan sentiasa memperbaiki (is’lah) diri, menuntut ilmu dan beramal.

 Tujuan utama hidup sebenar ialah untuk menjadi wali Allah (kekasih Allah) dan satu kewajipan setiap muslim menjadi wali/kekasih Allah. 

 Siapakah wali Allah? Mereka ialah orang mukmin bertaqwa yang tidak gentar kepada selain Allah, tidak terus berdukacita kerana redho dengan takdir Allah dan mereka orang-orang yang benar-benar bertaqwa (muttaqin). Maksud firman-Nya: “Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah tidak gentar mereka itu (kepada selain Allah) dan tidak berdukacita (sentiasa tenang dan bergembira), mereka ialah orang-orang beriman dan sentiasa bertaqwa kepada Allah.” Allah ingin berkasih-sayang dengan hamba-hamba-Nya.dengan lafaz “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” Allah hendak menempatkan golongan mukmin di dalam syurga dan berkasih-sayang dengannya selama-lamanya. Dalam Ayat, “…

 Orang-orang mukmin sangat kasih kepada Allah.”Dalam permulaan Surah Al-Baqorah, setelah alaf lam mim, “Demikianlah itu kitab (Al-Quran) menjadi hidayah (dan inayah) bagi orang-orang muttaqin.” 

Kemudian pada ayat kelima, “ Mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk daripada tuhannya dan mereka adalah orang-orang yang berjaya.” Golongan muttaqin dijamin kejayaan mereka di dunia lagi dan mereka bakal masuk syurga.



---------------------------------------------
2/6/2012 HIKAM 1.0 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Syarahan Kitab al- Hikam Ibnu a’t’oillah al-Iskandari.
(min a’lamah” al-ia’timad a’la al-a’mal, nuqs’on ar-roja” i’nda wujud az’-z’alal.)
 Maknanya: ‘Daripada tanda-tanda bergantung (hati) kepada amalan, ialah berkurangan harapan ketika wujud kegelinciran.
Min (daripada/sebahagian daripada), a’lamah” (alamat/tanda), al-ia’timad(pergantungan/
persandaran), a’la (atas), al-a’mal (amalan), nuqs’on (berkurangan/ merosot), ar’roja”(harapan), i’nda (di sisi/ketika), az’-zalal (kegelinciran/kesilapan)
Huraiannya :seseorang mukmin sepatutnya hanya bergantung dan berharap hatinya kepada Allah sahaja, bukan kepada selainnya seperti makhluk-makhluk ciptaan-Nya, bukan juga bergantung/bersandar dengan amalan baik dan buruknya.
 Seseorang muslim bertahap-tahap kedudukan mereka:
 Pertama, muslim (biasa/awam) yang membuat amalan baik/solih yang fardhu tetapi masih melakukan dosa-dosa besar dan kecil. 
Kedua, mukmin, yang membuat semua amalan solih yang fardhu serta bertaubat dari segala dosa-dosa besar (ada lebih 70) dan berusaha menjauhi segala dosa-dosa kecil. 
Ketiga , solih yang banyak mendirikan amalan-amalan sunnat dan menjauhi makruh, syubhah dan pekerjaan sia-sia (lagho)
Keempat, muttaqin iaitu amat takut dengan Allah, tidak takut/gentar kepada selain Allah dan memelihara segala perintah Allah. Di sini permulaan wali kecil dan Allah jamin syurga untuk mereka.
 Kelima, mutawakkilin yakni sangat bertawakal kepada Allah, di sini permulaan wali besar, syurga mereka terjamin.
 Keenam, muqorrabin, maqam (kedudukan) terakhir untuk wali besar dan permulaan maqam Anbiya wal Mursalin.

No comments:

Post a Comment