Pages

Monday, July 23, 2012

Kaedah Usul Fiqh dalam darurat

Ushul Fiqh berasal dari dua perkataan iaitu Ushul yang bermaksud "asal, sumber, asas, akar, kaedah atau dalil", dan Fiqh yang bermaksud "memahami suatu perkara". Ushul Fiqh secara istilahnya ialah satu ilmu yang mengkaji dalil-dalil al-fiqh yang umum dan cara mengeluarkan hukum darinya.
 
Firman Allah swt.(mertinya)

"Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mela
mpaui batas."(Al-An'aam 6:119)

Imam Qurtubi berpendapat: Darurat biasanya berkaitan dengan paksaan oleh golongan zalim agar kita melakukan sesuatu. Ia juga berkaitan dengan kelaparan di saat kebuluran.  
Imam Fakhrul Razi pula berpendapat: Darurat mempunyai dua sebab, pertama, kebuluran yang bersangatan tanpa mendapati sebarang makanan yang halal dan kedua, dipaksa untuk melakukan sesuatu. 
Imam Ibn Arabi pula berkata: Darurat ialah keadaan dipaksa untuk melakukan sesuatu, suasana kebuluran ataupun kefakiran tanpa memiliki sesuatu.
 Ulama Maliki berkata: Darurat ialah takutkan kehancuran ataupun kematian secara pasti (qathii) ataupun berdasarkan andaian yang kuat (zanni). Hukum darurat wujud apabila seseorang mengkhuatiri kehancuran akan menimpa ke atas dirinya berdasarkan andaian yang kukuh, walaupun tidak dapat dipastikan secara seratus peratus. 

Kaedah Usul Fiqh dalam darurat :
1. Keadaan darurat mengharuskan yang haram :
الضرورات تبيح المحظورات

Imam Syafie ( Al Umm) menyatakan setiap pekara yang dihalalkan daripada pekara yang diharamkan berlaku dalam satu – satu makna, tidak menjadi halal kecuali dalam ruang lingkup makna tersebut secara khusus sahaja. Apabila makna tersebut hilang , maka kembali semula hukum haram. Misalnya memakan bangkai yang diharamkan memakannya adalah dihalalkan apabila seseorang berada dalam darurah, tetapi setelah keadaan darurah tersebut hilang kembali semula hukum asal haram memakan bangkai.

2. Kemudaratan hendaklah dihilangkan :

الضرويزال
Dalam sebuah hadis riwayat Ubadah bin Samit ra. Katanya Rasulullah saw bersabda :
لاضررولاضرار
Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain

Ibn Qayyim berkata , hikmah syarak mewajibkan dihapuskan kemudaratan dari orang – orang mukallaf sedaya mungkin.
-------------------------------------------------------
Ust Rafidi Hashim Babi Hukumnya HARAM - harus dlm darurat - kena usaha keluar dari darurat. Wang kertas palsu HARAM - harus dlm darurat (penggunaan belum meluas) - kena usaha keluar dari darurat - Aktivis dinar dan dirham.
Ust Rafidi Hashim Pendokong Bank Islam - Wang Kertas Halal - Bank Islam Alternertif riba - Darurat tak ada - hukum wang kertas = Emas - Dinar memudaratkan.

No comments:

Post a Comment