Pages

Tuesday, July 24, 2012

Perlukah kita berwuduk bila hendak angkat/pegang Kitab Al-Quran?




Hadith: Daripada ‘Abdullah bin Abi Bakr bahawa di dalam surat yang Rasulullah saw tulis untuk ‘Amr bin Hazm ada tersebut, “tidak boleh menyentuh Quran melainkan orang yang bersih”.
Diriwayatkan oleh Malik dengan mursal. Nasa’i dan Ibnu Hibban riwayatkan dia (hadtih ni) dengan maushul (sampai ke Nabi saw), tetapi itu ma’lul (cacat).

Hadith: “Seseorang yang berada dalam keadaan junub dan haid tidak boleh membaca sesuatu daripada Al-Quran”
- Riwayat Tirmidzi

Dalam hadith ini, terdapat perawi bernama Ismail bin Iyyas. Beliau mengeluarkan hadith ini sewaktu beliau sudah lanjut usia. Pada saat ini, beliau terkenal sebagai org yg pelupa. Senang kata, beliau ialah perawi yg ditolak. Oleh itu, hadith ini hadith da’if dan harus ditolak.

Keterangan:

I. Di zaman Nabi saw, Quran belum terkumpul seperti keadaan sekarang; jadi tiap-tiap lembar yang ada tertulis ayat Quran di atasnya, dinamakan Quran.
~(An example for this is Muqoddam)

II. Hadith ini tidak sah (da’if). Selain drpd itu, Rasulullah saw ada berkirim surat kepada beberapa raja dan ketua kafir dengan menggunakan padanya ayat atau ayat-ayat Quran, dan surat-surat itu dibawa oleh orang-orang yang tak bisa jadi sepanjang-panjang jalan di dalam keadaan berwuduk.
~(Sahabat-sahabat yg Nabi saw biasa hantar utk kirim surat ialah antara sahabat-sahabat yg susah nk jaga wuduk mereka, mksdnya mereka sng terbuang angin and smthg like that yang membatalkan wuduk)

Penulis-penulis wahyu Rasulullah saw, apabila datang sahaja wahyu, dengan lekas mereka tulis wahyu itu, dan berat sekali buat dianggap bahwa semua mereka selamanya di dalam keadaan berwuduk.
~(Zaman Nabi saw, bila Nabi saw baru dapat wahyu, baginda saw akan hebohkan atau iklankan kpd para sahabat, and sahabat-sahabat yg ditugaskan menulis wahyu, tulis immediately, tkd siapa pn yg pergi ambil wuduk terlebih dahulu)

III. Adapun ayat 79 drpd al-Waqi’ah yang berbunyi: “La yamassuhu illal muthahharun”

Terjemahan:

1) Tidak menyentuh dia melainkan (makhluq) yang dibersihkan.
2) Tidak menyentuh dia melainkan hamba-hamba yang disucikan.

Tafsir: “dia” = bukan Quran, tetapi al-Lauhil Mahfuzh
“menyentuh” = bukan bereti memegang, tetapi mengetahui isinya.
“muthahharun” atau “yang dibersihkan/disucikan” = bukanlah orang-orang yang berwuduk, tetapi Malaikat (Malaikat adalah makhluq yang dibersihkan daripada dosa-dosa).

Tambah lagi, dalam Bahasa ‘Arab atau Istilah Islamiah, tidak dipakai kalimah “muthahharun” buat orang yang berwuduk.
~(Zaman Rasulullah saw, para sahabat atau Nabi Muhammad saw sendiri, tak pernah gunakan term “muthahharun” bagi gelarkan diri sudah berwuduk)

IV. Nasa’i ada riwayatkan sabda Rasulullah saw: “Aku tidak diperintah berwuduk melainkan apabila hendak solat”.
~(Bukalah al-Quran, Allah hanya perintah kita utk ambil wuduk bila hendak dirikan solat sahaja. Cnth: “Izhaa qumtum ilas solah faghsiluu wujuuhakum……”
Hence, bila lelaki terkeluar air mani atau perempuan terdatang haid, tk perlu hendak mandi hadas that time, unless that person wanna pray- tp nk mandi hadas that time juga tak salah, seperti utk kebersihan mungkin)

V. Ringkasnya, tidak ada alasan yang dapat diterima tentang wajib wuduk untuk memegang atau menyentuh Quran.
~(Tiada dalil/hujjah daripada Quran atau Hadith atau Ijma’ Ulama yang jadi sbb kita harus berwuduk bila hendak pegang/angkat/baca Quran)

- Selain daripada penerangan saya sendiri, semua yang di atas juga dipetik daripada Kitab Bulughul Maram yang sudah diterjemahkan oleh A. Hassan.



Dalam dunia ini, berapa ramai Muslimah yg pndi ngaji? Dalam semua yg pndi ngaji itu, berapa yg amalkan ngaji hari-hari? Dlm semua yg amalkan ngaji hari-hari itu, berapa yg akn terdtg haid? Makin jauhlah Quran daripada Muslimah. — 
~Ghuraba' Fi Zamani
 

No comments:

Post a Comment