IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Wednesday, July 11, 2012
ketika kamu umpama buih..
Dari
Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana
bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengemuruni kamu (umat
Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan
mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari
kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw menjawab,
“Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi
kamu
umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap
kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam
hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah
wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta pada dunia dan
takut pada mati.” [Riwayat Abu Daud]
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Sepertimana kita lihat umat Islam pada ketika ini berjumlah lebih
kurang 1.6 billion seluruh dunia tetapi kita dijadikan seperti ‘lauk di
dalam talam’ oleh orang kafir. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya.
b. Hadis ini merupakan motivasi kepada seluruh umat Islam agar bangkit
dan kembali dengan sebenar-benar kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah
dan bukannya hanya menyerah dan lembik kepada orang kafir.
c.
Allah yang Maha Agung akan mencabut kemuliaan orang Islam apabila umat
Islam cenderung kepada cinta dunia (tamak, rakus dan cinta pada harta
umumnya) dan takut mati (leka dan lupa pada hari pembalasan dan takut
berjihad di jalan Allah yang Maha Tinggi.
No comments:
Post a Comment