Pages

Wednesday, July 11, 2012

Memeluk isteri-suami boleh panjangkan umur...


 
 
Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.


Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.


Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.


Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.


Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.


So...mulai hari ini tok nak nasihatkan kepada anda semua rajin-rajinlah peluk isteri atau suami anda kerana ianya baik bukan saja dari sudut kesihatan, bahkan dari sudut kerohanian atau jiwa. Tapi menjelang kedatangan Ramadhan, waspadalah agar tidak membatalkan atau mengurangi pahala puasa itu nanti.



Salam Ukhuwah..~
 -Tok Wan 2

No comments:

Post a Comment