IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Wednesday, August 29, 2012
Soal Jawab Agama Siri 10: Hukum tabur bunga di atas kubur
Bersama Ustaz Dr. Fadlan Mohd. Othman
Soalan: Apakah hukumnya menabur bunga dan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi? Ahmad Syukri Naim Mohd. Tahir Kampar, Perak. Jawapan: Berkenaan
dengan menabur bunga, saya merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004. Mereka
telah membincangkan Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur.
Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan membawa bunga ketika menziarahi
kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.
Oleh itu,
dapatlah saya rumuskan bahawa amalan membawa bunga dan menabur bunga di
kubur tidak menepati ajaran Islam dan tidak mempunyai dalil yang sahih
daripada hadis-hadis Nabi SAW.
Begitu juga
dengan amalan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi, amalan ini
juga tidak mempunyai sandaran yang kukuh mahupun dalil yang sahih.
Oleh
itu adalah menjadi satu kewajaran bagi umat Islam untuk menghafal
bacaan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya semasa
menziarahi kubur. Bacaan itu ialah,”Assalaamu
‘alaikum ahlad diyaar minal mukminiina wal muslimin. Wa innaa
insyaAllahu lalaahiquun. As-alullaaha lanaa wa lakumul ’aafiah.”(Hadis riwayat al-Imam Muslim. No. 975).
Maksud bacaan
ini ialah, Sejahtera ke atas anda semua penghuni tempat tinggal di
kalangan orang-orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya dengan izin Allah,
kami akan menyusuli. Saya memohon daripada Allah agar mengurniakan
kepada kami dan anda semua kesejahteraan”.
Semoga Allah mengampuni semua orang yang beriman yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin. Siaran akhbar Mingguan, Ahad 26 Ogos 2012
No comments:
Post a Comment