Pages

Sunday, September 16, 2012

Membina Sebuah Keluarga Umpama Membina Sebuah Negara



 


Membina Sebuah Keluarga Umpama Membina Sebuah Negara

Jika kita mempunyai kelapangan waktu, apa kata kita duduk sebentar. Bukan duduk kosong sahaja, tetapi duduk yang ada isinya. Hasilnya, insyaallah ada jika kita betul-betul menginginkannya. Kita cuba isikan sisa-sisa masa duduk kita ini dengan sesuatu yang lebih bermakna. Ayuh, renungkan seketika. Renungan buat diri kita juga.

Cuba kita lihat negara kita, negara Malaysia. Jangan kita lihat dengan pandangan kosong sahaja, tetapi kita cuba selitkan beberapa persoalan-persoalan yang tidak perlu ditanya pada orang lain, tetapi cukuplah persoalan-persoalan itu kita sendiri yang bertanya dan menjawabnya sekalipun kita tidak mampu mengatakannya secara zahir.
Bagaimanakah dengan negaraku, Malaysia?

Adakah ini negaraku, Malaysia?

Beginikah rupa negaraku, Malaysia?

Siapakah yang ada di dalam negaraku, Malaysia?

Cukup pentingkah Malaysia dengan diriku?

Rasakan serapan soalan dan tanamkan ia dalam jiwa kita. Biar rasa itu menjelma pada diri kita, biar kita buka mata walaupun hanya seketika. Kerana kitalah makhluk yang bernama MANUSIA.

Buat diri kita yang masih lagi belum bekeluarga ataupun sudah bekeluarga, umpakanlah membina sebuah keluarga itu seolah-olah kita membina sebuah negara. Biar nanti, kita mempunyai visi dan misi. Bukan sekadar kahwin, melahirkan berapa banyak orang anak, dan mengumpul harta, kita katakan bahawa hidup kita bahagia. Adakah ini sahaja? Jika itu sahaja, alamatnya hidup kita sama sahaja seperti monyet-monyet didalam hutan. Berkahwin, melahirkan anak, mengumpul makanan, tidak ubah seperti haiwan!

Mahukah kita sama seperti haiwan?

Sedarlah bahawa kita ini adalah manusia. Makhluk yang dimuliakan. Dan jangan sekali-kali kita hinakannya dan menjahanamkannya. Apakah yang akan kita bawakan di hadapan Tuhan nanti? Kita mahu tonjolkan sebuah keluarga, sebuah negara yang hidupnya sama coraknya seperti haiwan?

Jika tidak mahu, ubahlah. Persiapkan diri adalah perkara penting yang harus ada pada setiap diri kita. Jangan nanti, kita baru mahu sedar apabila kita sudah berada di alam seterusnya. Alam kematian. Memang kita tidak boleh buat apa-apa lagi pada ketika itu.

Membina sebuah keluarga, adalah titik permulaan kita untuk membina sebuah negara. Jika membina sebuah keluarga itu ada jalan sukarnya, pasti membina sebuah negara juga ada payahnya.

Tapi, itu bukan alasan untuk kita meraih simpati atau belas kasihan sahaja. Tidak perlu kita terlalu memikirkan perkara-perkara negatif. Kerana, untuk berjaya perlu kita mulakan dengan bersangka baik dan laluinya dengan baik. Tidak kira apa pun ujian yang melanda diri kita, perlu bersifat baik dan perlu sentiasa baik. Dalam dan luar.

Jadi, ketika ini kita mahukan sebuah negara dan keluarga yang bagaimana? Jika kita inginkan sebuah keluarga dan negara yang bahagia di dunia, sematkanlah dalam diri kita untuk kita meraih sebuah keluarga dan negara yang bahagia di akhirat juga. Ayuh berusaha demi-Nya!

~Ceciter Ilmu

No comments:

Post a Comment