IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Sunday, September 16, 2012
Lelaki Bosnia Berjalan Kaki Ke Mekkah Menunaikan Haji
Lelaki Bosnia Berjalan Kaki Ke Mekkah Menunaikan Haji
Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki
Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan
mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki.
Laporan daripada Portal The Muslim Village
“Jujur saja sebelum
saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya
menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan
perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan
Bulgaria” kata Senad Hadzic 47 tahun.
Bercita-cita untuk
melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat
untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara
Bosnia pada Disember 2011.
Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akan menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari.
Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur’an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu.
Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan
diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan
tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.
Di Istanbul
contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan
kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang
menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan.
Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak.
“Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah” kata Hadzic.
“Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini:Insya Allah, saya
akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut
kereta kebal atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke
Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua.”
Jutaan Muslim
dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan
haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang
berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji
wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur
hidup.
Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic
mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak
orang.
“Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia
tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki
maka ingin memberika saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan
terus ke Makkah untuk haji” kata Hadzic.
“Tapi saya saya
menolaknya.” Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan
dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan
panjangnya.
“Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kaki” kata Hadzic.
“Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk
tinggal di rumahnya. Ini profesor Serbia yang beragama Kristian
mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah
di rumahnya dalam hidupnya. Ini adalah kehormatan besar bagi saya.”
Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki
kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai
manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya.
“Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allah” kata Hadzic.
“Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang
saya lakukan.” Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah
Hadzic pelajari.
“Pengalaman yang paling beharga yang saya
dapat ialah, belajar erti ‘berterima kasih’ dan bersyukur dengan apa
yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah
dan menyokong saya dengan kemurahan hati” kata Hadzic.
No comments:
Post a Comment