IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Wednesday, September 19, 2012
Muhasabah Diri: Sikap “TERLALU”
Muhasabah Diri: Sikap “TERLALU”
Sikap ‘terlalu’ ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak
dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau
menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh
itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala
‘terlalu’ dalam diri kita.
1. Terlalu Manja - Sifat manja
wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak
lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan
sifat melindunginya. Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan.
Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling
teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum.
Pasti akan memalukan teman lelakinya.
2. Terlalu Tertutup -
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat
komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan
setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui
pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.
3. Terlalu
Terbuka - Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun
sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan.
Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa
melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia dan yang lebih buruk
adalah kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had
sempadan.
4. Terlalu Cerewet - Ada sebahagian orang yang kurang
menyedari, betapa buruknya jika terlalu cerewet. Jika seorang ibu
cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan.
Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan
“Kerana aku sayang padamu”.
5. Terlalu Sensitif - Wanita yang
terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas
untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal
dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling
mengungkapkan perasaannya dengan bebas. Kadangkala gurauan juga dapat
mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya
tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.
6.
Terlalu Mengongkong - Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk
melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang
dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi
dirinya sendiri. Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk
sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak
untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga
boleh menjejaskan hubungan.
7. Terlalu Memperlekeh - Lelaki
tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi
memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak
membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang
dihamburkan. Apabila anda hendak memperbaiki kekasih anda yang
terlalu banyak kelemahannya, anda perlulah mendorongnya untuk berubah
sedikit demi sedikit dengan cara yang sewajarnya iaitu tidak
memperlekehkannya.
8. Terlalu Memiliki - Tidak ada seorang pun
yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu sahaja dia
kekasih anda, namun bukan milik peribadi anda. Jadi biarkan dia juga
dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan
oleh orang lain. 9. Terlalu Menyanjungi - Kebiasaan memuji dan
saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia
juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih anda. Tetapi
kalau anda terlalu dan sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan,
anda tidak sahaja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si
dia merasa bosan. Dia juga menganggap anda tidak ikhlas. 10.
Terlalu Menuntut - Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun
terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had
kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut
itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu
menurut kehendak pasangannya.
-------------------------------------------------------- 11.terlalu
bagus..ianya sikap yg akan membuatkan anda bosan bersamanya..ada
positif dan negatifnya.. - Adam Ahmad
No comments:
Post a Comment