Pages

Wednesday, September 12, 2012

UCAPAN WAKIL SYRIA DI PERSIDANGAN WANITA YANG MEMBUATKAN MEREKA YANG HADIR MENANGIS


 
 
 
 
"BASYAR DAN SYIAH LEBIH ZALIM DARI YAHUDI"-SUMAYYAH MUHAMMAD

Hari ini berlangsungnya Persidangan Wanita Arab Pertama di bandaraya Kaherah anjuran Wanita P
arti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin yang turut disertai wakil Palestin, Jordan, Kuwait, Morocco dan Syria.

Persidangan pertama selepas berlakunya revolusi di Timur Tengah ini menampilkan penyelaras revolusi Syria yang diwakili oleh sayap wanitanya, Sumaiyyah Muhammad.

Ucapan beliau yang mengisahkan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh rejim Basyar Asad membuatkan seluruh mereka yang hadir mengalirkan air mata. Sumayyah menceritakan apa yang dilakukan oleh rejim Basyar dan pembantunya dari kalangan penganut Syiah terhadap rakyat Syria lebih dahsyat berbanding apa yang dilakukan Yahudi terhadap rakyat Palestin. Menurut Sumayyah, di Syria anak-anak disembelih di hadapan ibu bapa, anak-anak gadis dicabul kehormatan di hadapan keluarga sendiri dan paling menyedihkan wanita-wanita yang hamil dibelah perut mereka hingga membunuh ibu dan janin.

Sumayyah turut mengecam sikap membisu kerajaan-kerajaan Arab dan tindakan yang gagal diambil oleh mereka dalam menghentikan pertumpahan darah.

Kata Sumayyah, "Demi Allah! Kita malu untuk bercakap mengenai revolusi Syria dalam keadaan mereka sekarang menggigil ketakutan dan kesakitan sedang kita hari ini di dalam dewan berhawa dingin dan kerusi yang empuk. Tetapi kami meminta maaf kepada mereka dalam doa untuk mereka."

Sumayyah menutup ucapan dengan doa yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah SAW selepas menyampaikan dakwah ke Thoif,Baginda merayu, "Ya Allah! Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami."
 

No comments:

Post a Comment