Pages

Wednesday, September 12, 2012

Ketua Samseng Mesir, Sabri Nakhnukh akan dibicarakan di Mahkamah Jenayah Mesir

 
 
 
Pejabat Peguam Negara Mesir hari ini telah membawa kes Ketua Samseng Mesir, Sabri Nakhnukh untuk dibicarakan di mahkamah jenayah atas pelbagai kes jenayah berat.

Nakhnukh (gambar), ketua nombor satu kumpulan samseng (baltoji) di Iskandaria
h dan Kaherah telah ditangkap beberapa hari lalu dan sewaktu tangkapan dilakukan telah ditemui di rumahnya lima ekor singa, beberapa ekor harimau dan ular yang berbisa. Kekayaan luar biasa dan kekuasaan yang dimiliki Nakhnukh itu telah menyebabkan akhbar melabelkannya sebagai "Presiden Republik bertaraf samseng".

Di bawah Nakhnukh, dia menguasai 150,000 orang samseng di Iskandariah dan Kaherah yang mampu digerakkan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Nakhnukh 'dipelihara' sebelum ini oleh beberapa orang kenamaan "fulul Mubarak" walaupun namanya telah disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

Pada zaman Mubarak, Nakhnukh dipelihara oleh Menteri Dalam Negeri masa itu, Habib Adli yang menggunakan kumpulan samseng bagi menjaga kepentingannya dan parti Mubarak. Calon-calon dari parti Mubarak yang bertanding dalam Pilihanraya Parlimen kebanyakkannya menggunakan 'khidmat' Nakhnukh bagi memenangkan mereka dengan bayaran sebanyak LE2 juta bagi memastikan mereka berjaya memasuki Parlimen dan bergelar YB.

Kini, kumpulan samseng ini telah tumpas. Jawapan kepada siri peristiwa berdarah yang mengorbankan banyak nyawa rakyat sebelum ini telah diketahui. Kita maklum, semua peristiwa berdarah sama ada di Tahrir, Port Said atau di mana-mana didalangi oleh puak samseng tetapi persoalannya siapa mereka dan kenapa mereka masih belum ditangkap. Hanya beberapa minggu selepas pengunduran Musyir Husin Tantawi, Ketua Pemerintah Tentera dan timbalannya, Sami 'Annan maka Presiden Dr.Mursi bebas membuat sebarang keputusan termasuk dalam usahanya mengembalikan keamanan di Mesir tanpa campurtangan dua 'tali barut' Mubarak ini.

Insya-Allah dengan tertangkapnya Nakhnukh selepas ini Mesir kembali aman tanpa peristiwa berdarah lagi.
 

No comments:

Post a Comment