Pages

Wednesday, September 12, 2012

BERITA DARI IRAQ: NAIB PRESIDEN, TORIQ HASYIMI (SUNNI) DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI



Selepas kerajaan Sunni Saddam Husein digulingkan oleh Amerika Syarikat yang jelas dibantu oleh penduduk Syiah Iraq, Amerika telah melantik Perdana Menteri Iraq mewakili kaum Syiah, Nuri Maliki. Bagi menunjukkan 'keadilan' dalam kerajaan baru dengan memberikan peluang kepada semua agama dan mazhab, maka dilantik seorang warga tempatan bermazhab Sunni, Toriq Hasyimi sebagai Naib Presiden negara itu (gambar).

Kebelakangan ini, terdapat komplot dari golongan Syiah Iraq yang diketuai oleh PM Nuri Maliki (Syiah) bagi menjatuhkan Hasyimi tanpa sebarang sebab munasabah melainkan hanya semata-mata Hasyimi seorang Sunni. Maka dicipta pelbagai isu bagi mengaitkan 'kesalahan jenayah' Hasyimi. Akhirnya, keadaan yang semakin meruncing telah memaksa Hasyimi meninggalkan Iraq dan kini menetap di Ankara, Turki.

Pada 31 Ogos 2012, Hasyimi membuat kenyataan media mengejutkan dunia apabila mendakwa kerajaan Iraq pimpinan Nuri Maliki memberikan sokongan kepada rejim Basyar. Sokongan yang dimaksudkan menurut Hasyimi ialah menghantar askar militia ke Syria bagi membantu askar Syria melakukan pembunuhan ke atas rakyat awam. Ini bermakna, selain Iran dan Hizbullah, Syiah Iraq juga bersubahat.Selain bantuan ketenteraan, Hasyimi mendakwa rejim Nuri Maliki juga membantu rejim Syria dari sudut ekonomi bagi menstabilkan ekonomi negara Syria dari merudum.

Pada 9 September 2012 iaitu 9 hari kemudian, mahkamah negara Iraq menjatuhkan hukuman mati kepada Hasyimi. Hasyimi dalam respon segera dari Turki mendakwa hukuman yang dikenakan ke atasnya itu berunsur "mazhab", bukan sebab kesalahan jenayah atau politik.

Persoalannya, jika Syiah Iraq boleh melakukan kekejaman demikian ke atas seorang yang bergelar NAIB PRESIDEN, apa jaminan golongan Sunni berstatus rakyat awam di Iraq akan selamat? Golongan Sunni di Iraq juga ditindas waktu ini sama seperti nasib saudara mereka yang lain di Iran.

ANDA MENYEDARINYA?
 

No comments:

Post a Comment