Pages

Tuesday, September 11, 2012

Wasiat Syaikh Hassan bin Ali Al Barbahari


Wasiat Syaikh Hassan bin Ali Al Barbahari

Syaikh Al Albani Rahimahullah dlm penutup kitabnya Hijjatun Nabi shalallahu'laihiwasalam dgn sebuah nasehat dari Imam besar diantara Ulamak kaum muslimeen terdahulu,Syaikh Hassan bin Ali Al Barbahari (sahabat Imam Ahmad rahumahullah) .

Dia Rahimahullah berkata,

" Waspadalah dari hal-hal baru yg kecil-kecil kerana sesungguhnya bid'ah2 kecil yg dibiasa kan menjadi besar.Demikian juga setiap bid'ah yg diadakan di tengah umat ini mulanya kecil menyerupai kebenaran sehingga terpedaya olehnya org2 yg masuk kedalamnya. Kemudian dia tidak boleh keluar lagi darinya. Kemudian ia menjadi besar dan menjadi agama yg dilakukannya.Perhatikan..semuga engkau di kasehi Allah..setiap org yg engkau dengar perkataannya yg ada dimasa engkau khususnya, lalu jgn terburu-buru dan jangan masuk sama sekali ke perkataan itu sehingga engkau bertanya, "

"Apakah diantara para sahabat Rasulullah shalallahu'laihiwasalam atau diantara para ulamak ada yg mengatakan hal itu ?", Jika engkau dapati bahawa yg di katakan itu adalah atsar dari mereka ,berpeganglah kepadanya dan jangan langgar sedikit pun, Jangan pilih sesuatu utk menggantikannya sehingga engkau terjerumus ke dlm neraka.

Dan ketahuilah ,semoga engkau di kasehi oleh Allah, tidak akan sempurna Islam seseorg sehingga dia menjadi pengikut ,Pembenar dan Muslim. Barangsiapa yg mendakwa bahawa dirinya mengabadikan sedikit perkara Islam yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah shalallahu'laihiwasalam ,dan dia telah mendustakan mereka. Dan dgn itu sudah cukup utk berpisah dan mancacatkan mereka. Dia adalah Pelaku Bid'ah yg sesat dan menyesatkan, pengada-ngada didlm Islam apa-apa yg bukan darinya .
[ Thabaqat Al hanabilah, karya Ibnu Abi Ya'la ]

No comments:

Post a Comment