IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya
manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga.
Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Pages
▼
Wednesday, June 5, 2013
Hak graduan Melayu dinafikan
Sikap dwi standard syarikat swasta milik kaum Cina, Hak graduan Melayu dinafikan Oleh DHIYA'ZULHILMI DAUD pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Jun - Sikap dwi standard syarikat swasta milik kaum Cina yang lebih memberi peluang pekerjaan kepada graduan Cina menafikan hak graduan Melayu yang mungkin lebih layak mendapatkan pekerjaan terbabit.
Yang
Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia
(UPM), Ahmad Bukhari A. Rahim berkata, tindakan itu juga memperlihat
sikap diskriminasi dan perkauman menebal syarikat milik kaum Cina
tersebut.
"Saya
percaya ramai graduan terutama dalam kalangan Melayu juga berkualiti
tinggi malah kaya dengan kemahiran insaniah namun diketepikan," katanya
ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau
mengulas kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik sebuah universiti
awam yang mengesahkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu yang
memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoritinya dimiliki kaum
Cina dan asing.
Menurut
kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan
dengan graduan kaum Cina menjadi pilihan untuk dipanggil temu duga
berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.
Dalam
pada itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Wan Nur Hidayat Wan Muhamad
berkata, kerajaan perlu lebih tegas menguatkuasakan undang-undang bagi
memastikan setiap rakyat tanpa mengira kaum diberi peluang sama rata
untuk mendapatkan pekerjaan.
Katanya,
ketika ini, penyisihan terhadap graduan Melayu terutama di syarikat
milik kaum Cina dan asing begitu ketara meskipun graduan tersebut
memiliki keputusan pendidikan setara serta merupakan lepasan universiti
sama dengan graduan Cina.
"Kementerian
Sumber Manusia juga perlu menyediakan undang-undang lebih tegas
berbanding Akta Peluang Saksama yang terdapat ketika ini bagi memastikan
perkara ini tidak berlarutan," katanya.
No comments:
Post a Comment