Pages

Sunday, December 15, 2013

Dua Sifat Iblis yang Menjangkiti Sebahagian 'Orang Agama'.


Dua Sifat Iblis yang Menjangkiti Sebahagian 'Orang Agama'.

Iblis mempertikaikan Allah apabila dia diperintahkan untuk sujud kepada Adam. Dengan sikapnya itu, Allah menjadikan dia sesat bahkan seburuk-buruk makhluk sepanjang zaman. Di sini terserlah dua sifat Iblis yang perlu kita jauhi.

Pertama:

Iblis mengunggulkan logiknya di atas perintah Allah. Menurutnya sungguh tidak rasional untuk dia sebagai makhluk yang diciptakan daripada api sujud kepada Adam yang diciptakan daripada tanah yang busuk.

Sikap ini tidak jauh berbeza dengan mereka yang suka menentang firman-firman Allah dan sunnah-sunnah Nabi yang sahih hanya semata-mata tidak searah dengan logik dan kebiasaan / bid'ah mereka.

Kedua:

Iblis meremehkan Adam kerana merasakan dirinya lebih baik daripada Adam.

Sikap Iblis ini menyerupai sebahagian orang agama masa kini yang ujub pada diri sendiri dan suka meremehkan kebenaran yang disampaikan oleh orang lain hanya kerana yang menyampaikan tidak berlatarbelakangkan pendidikan agama secara khusus. Padahal mereka sendiri menyedari akan kebenarannya dan tidak berkemampuan untuk menolaknya dengan hujah dan fakta kukuh.


~
Mohd Hairi Nonchi

No comments:

Post a Comment