Pages

Sunday, December 15, 2013

Menbina Generasi Ammar (Ahmad Ammar)


  • Saya langsung tidak pernah mendengar tentang Allahyarham Ahmad Ammar (Ammar) sebelum ini. Namun saat mengetahui berita kematiannya, saya tertanya-tanya sendiri, siapakah Ammar?

    Saya tunjuk video itu kepada isteri, dan dia turut asyik melihatnya berulang kali. Masa saya menonton video Ammar lebih kurang 500 ribu sudah menontonnya. Kini angka tersebut mungkin sudah melebihi 1 juta. Apakah rahsia yang ada pada diri Ammar melayakkan beliau diberi penghormatan sebegitu rupa?

    Bukan setakat surat khabar dan laman sosial, majalah dalam dan luar negara turut membuat liputan mengenai beliau. Kisah Ammar betul-betul sudah jadi fenomena luar biasa. Banyak ibubapa mengimpikan agar dapat melahirkan lebih ramai anak muda seperti Ammar.

    Tak banyak maklumat yang saya perolehi dari komen-komen pada post terdahulu (13/12/2013), maka saya terpaksa menyelidik sendiri untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan rahsia diri Ammar untuk dikongsikan dengan fans ibubapa cemerlang.

    Berikut adalah rumusan saya:-

    1. Semua orang bersetuju bahawa ibubapa beliaulah yang memainkan peranan dalam mendidik beliau sehingga menjadikan beliau sebegitu rupa.

    Menurut Ibunya, Nur Azlina Abdul Aziz, Ammar merupakan anak yang cukup mudah dijaga. Malah sukar untuk mengingati bila kali terakhir beliau memarahi anaknya itu."Anak saya seperti remaja-remaja lain, cuma beza Ammar ialah akhlaknya. Ketika orang sibuk bertanya tentang keperibadian arwah, saya cuba ingat kembali, berapa kali saya meninggikan suara atau jika pernah terdetik perasaan marah kepadanya."Baru saya tersedar, tidak pernah sekali saya melakukan semua itu kepadanya. Dia anak yang mudah dijaga dan tidak pernah merungut," cerita Nur Azlina yang aktif dalam badan kebajikan amal kepada akhbar itu.Malah ujarnya, Ammar merupakan seorang yang pendiam dan hanya bercakap apabila perlu sahaja sama ada bersama teman mahu pun ahli keluarganya. Sehinggakan kata Nur Azlina, guru sekolahnya pernah menelefon beliau semata-mata mahu memberitahu Ahmad Ammar tergelak di dalam kelas. Masa kecilnya, ujar Nur Azlina, dahi arwah sudah mempunyai garis-garis halus. Optimis wanita itu, anaknya mungkin berfikir tentang umat Islam di seluruh dunia.

    Dalam isu yang sama bapanya Ahmad Azzam berkata “Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips yang mungkin berguna dalam medidik anak-anak.“Bagi saya antara tips yang penting ialah mengajar anak-anak dengan visi wawasan ummati, iaitu kita terapkan kepada anak-anak supaya satu hari nanti mereka menjadi salah seorang manusia yang dapat memberi kebahagian serta kemuliaan kepada Islam.“Memberi nama yang baik supaya mereka mengikut contoh kepada individu tersebut, misalnya nama Muhammad, ajari mereka mengenai ketinggian adab kepada ALLAH, Rasul, ulama, guru, ajari mereka al-Quran."Wajibkan mereka solat, ajari mereka sejarah Islam supaya mereka bersemangat ntuk memperjuangkan agama ALLAH ini serta yang terakhir ajari mereka supaya mempelajari bahasa asing (sebab itu saya hantar Ammar ke Turki supaya dia faham sejarah Islam Uthmaniah dan dapat memberi sumbangan pada Islam satu hari nanti, namun ALLAH lebih menyayangi beliau, saya reda dengan ketentuan-NYA ,” katanya.

    (Rujukan Akhbar Kosmo)

    2. Walaupun ada faktor lain yang mempengaruhi keperibadian Ammar seperti rakan seperjuangan dalam ABIM, gerakan amal dan misi dakwah yang disertai oleh beliau semasa hayat beliau ke merata tempat dan pelbagai pelusuk dunia, namun faktor yang paling menarik minat saya ialah faktor Madrasah Yayasan Hayrat yang berkait rapat dengan Sheikh Badiuzzaman Said Nursi dan Risalah An-Nur.

    Hal ini diperakui sendiri oleh bapa beliau "Ammar adalah permata yang belum bergilap, Madrasah Hayrat telah menggilap dia sehingga menjadi orang muda yang sangat baik...saya berterima kasih kepada Madrasah Hayrat Vakfi kerana menjadikan beliau seorang lelaki yang baik. Madrasah Hayrat melakukan tugas yang sangat baik!"

    Dan beliau menambah "On behalf of my family, I wish to express my profound thanks and gratitude to Hoca Said Nuri, leader of Hayrat Vakfi , a Foundation that propagates the teaching of Imam Badiuzzaman Said Nursi through his book, Risalah i Nur for personally giving his respect and honour to my beloved son, the late Ahmad Ammar during his funeral in Istanbul last 4th of November 2013.I was deeply touched by his love for students of Risalah i Nur. His concern and care for Ahmad Ammar while he was his student at Hayrat Madrasah will be cherished in my memories till eternity. Hayrat Vakfi had transformed Ahmad Ammar into a dedicated student of Risalah i Nur, polished his character into an examplery model for Muslim youth, selfless and willing to sacrifice anything for the good cause of Islam."

    Imam Badiuzzaman Said Nursi said that one of the essence of Iman is al Faqr - the understanding that human being does NOT own anything in this world. The ultimate owner and creator of everything in this world is ALlah Subhanahu wa ta'ala.

    3. Oleh itu mana-mana individu yang ingin mengikut jejak langkah Ammar wajib berusaha memiliki tahap iman yang sebenar, ikhlas dan diredhai Allah yang menjadi isi dan rahsia utama Kitab Risalah An-Nur. Iman tahap yang tertinggi yang mencapai tahap ilmu faqir yang mengakui sebenar-benarnya bahawa makhluk tiada kuasa dan daya upaya sedikitpun, hanya Allah yang sebenar-benar berkuasa. Ilmu faqir sebenarnya adalah ilmu yang menjadi pegangan para wali dan kekasih Allah dan orang yang makrifat kepada Allah. Ammar sangat beruntung kerana dalam usia yang sangat muda beliau sudah benar-benar dapat memahami dan menghayatinya dalam kehidupan beliau. Sesungguh benarlah sebagai mana kata bapa Ammar ia adalah sebuah "kematian yang menghidupkan."

    Untuk menurut jejak Ammar ibubapa perlu keberanian luarbiasa untuk berhijrah dari keadaaan yang biasa kepada keadaan yang luar biasa. Tanpa keberanian kita akan tetap kekal dalam keadaan lama. Seperti yang disebut oleh Hafiz ahli puisi terkenal "i have to be brave tracking God into the unknown" Muga Allah membukakan jalan.

    Memang ramai ibubapa yang sudah bertanya-tanya dan ingin mengetahui berkenaan Risalah berkenaaan.

    Untuk maklumat lanjut sila rujuk:-
    https://www.facebook.com/ahmad.ammar.9659
    https://www.facebook.com/letsfollowammar
    https://www.facebook.com/ahmad.a.rahman.5
    https://www.facebook.com/nur.azlina.54
    https://www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi


    Pihak kami mohon maaf andai apa yang kami rumuskan tidak menepati yang sepatutnya. Ia hanyalah pandangan kami sendiri dan bukan bertujuan untuk menidakkan sumbangan mana-mana pihak.

    ~ ibubapa cemerlang

No comments:

Post a Comment