Pages

Monday, December 23, 2013

Siapa Sebenarnya Boneka dan Hamba Kepada British?

 

Siapa Sebenarnya Boneka dan Hamba Kepada British?

Antara fitnah yang lahir dari lidah suci pihak yang mendakwa sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah Sebenar dan pendokong pihak ini adalah mereka menfitnah bahawa Ulama di Makkah dan Madinah adalah Wahabi. Bahkan menurut si pe'masuk bakul, angkat sendiri' (Ketua Ahlus Sunnah Wal Jamaah Malaysia(lah sangat)), Wahabi adalah sesat, terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan pernah juga menyatakan Wahabi adalah berakidah Yahudi dan mereka Kafir.  Betapa riaksi mereka panas dan tidak senang duduk apabila Imam al-Haramain datang ke negara kita, terpancar. 

Antara lain tuduhan pihak yang bijaksana, bijaksini, bijak'there' (suka memandai-mandai) ialah Ulama Saudi yang kononnya Wahabi ini juga merupakan tali barut, boneka dan hamba Barat. Menuduh Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab melakukan gerakannya semata-mata untuk membantu keluarga Su’ud agar dapat menguasai tanah-tanah yang banyak dan keluar dari kekuasaan Daulah ‘Utsmaniyah. Mereka juga mengatakan bahawasanya beliau adalah agen inggeris di Baghdad. Selalu juga mereka mengeluarkan foto beberapa orang Arab yang bergambar bersama Sir Percy Cox, yang kemudian mengatakan salah seorang dari mereka adalah Muhammad Bin Abdul Wahhab bagi menyatakan tuduhan mereka adalah berdasarkan bukti. Persoalannya apakah bukti ini benar? Apakah tuduhan ini benar? Apakah ini sejarah yang sebenar atau ciptaan khayalan kepeningan pihak yang gemar berzikir sambil ber'Spinning'? Sehinggakan kesan Spinning zikir mereka terkesan juga dalam perkataan mereka yang juga gemar Spin! Telah banyak ilmuan Salafi yang menjawap tohmahan ini. Salah satunya ialah apa yang akan dipaparkan dalam blog ringkas ini.

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab lahir pada tahun 1703 M, dan Wafat : 1792 M
Teknologi fotografi pertama kali ditemukan pada tahun 1822 oleh Joseph Nicéphore Niépce.
Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab berfoto? Bagaimana mungkin foto manusia yang telah pun meninggal dunia sebelum teknologi kamera dicipta boleh dikeluarkan. Ajaibnya hal ini dan penjelasannya yang berasas mengenainya tidak lain ialah ia adalah fitnah.

Untuk merungkai fitnah yang menyatakan Ulama 'Wahabi' Saudilah yang menjadi talibarut atau boneka Barat, beberapa persolan berkaitan sejarah akan dikemukan untuk kita berfikir.

1) Siapakah yang ditabalkan oleh Ratu Ingland untuk menjadi Raja Iraq dan Raja Transjordan?

2) Lawrance of Arabia dihantar oleh Bristish untuk membantu siapa? Apakah dihantar untuk membantu Sharif Makkah yang memperjuangkan aqidah Asyaariyah?

3) Siapakah yang melancarkan perang melawan Turki? Iaitu ketika Revolusi Arab dimana Revolusi ini di susun dan di rancang oleh ejen British!

4) Siapakah yang dijanjikan oleh British untuk menggantikan Khalifah Islam jika Turki tumbang? Lalu akhirnya British tidak kotakan janji namun sekadar menghadiahkan Jordan!

5) Siapakah yang membuat perjanjian dengan tentera British bagi menyerang orang-orang di Najd; dimana Tentera British akan menggempur melalui laut? Peristiwa ini berlaku setelah Amir Sa'ud dipancung oleh Ibrahim Pasha!

6) Siapakah yang menulis surat tazkiyah (rekomandasi) kepada Snock Hagronje untuk datang ke Tanah Jawa bagi membenteras Wahabi? Snock belajar di bawah bimbingan Mufti Makkah tersebut sehingga dianggap ulama' dan diterima oleh ulama Jawa. Tetapi rupanya Syeikh Abdul Gaffar a.k.a Snock memurtadkan umat Islam Jawa!

7) Siapakah yang menjemput Belanda untuk menentang Tunku Nan Ranceh dan Imam Bonjol, penguasa Minangkabau? Mereka berjanji kepada Belanda untuk memberi sedikit kuasa dan wilayah jika mampu menewaskan Kaum Paderi. Tetapi akhirnya Belanda menjajah mereka!

Jawapan:

1) Ratu Ingland menganugerahkan Transjordan dan Iraq kepada dua anak Sharif Husein, Penguasa Makkah yang beraqidah Asyaariyah. Mufti Sharif Makkah itulah yang bernama Ahmad Zaini Dahlan!

2) Lawrance of Arabia dihantar British untuk duduk merancang menggulingkan Turki. Dihantar ke Makkah untuk 'bercium mulut' dengan Sharif Makkah. Dia jugalah antara orang yang terawal mengambil gambar Makkah dan sekitarnya.

3) Soalan ini dijawab oleh soalan no 2.

4) Soalan ini dijawab oleh soalan no 1.

5) Yang membuat perjanjian dengan British tatkala Najd dimusnahkan oleh Ibrahim Pasha, dan dia memancung kepala Amir Saud, adalah Kerajaan Mesir di bawah pemerintahan Gabenor Turki Uthmaniyah, iaitu bapa kepada Ibrahim Pasha! Mesir akan menyerang saki baki tentera Wahabi di darat dan British akan menyerang melalui laut.

6) Ahmad Zaini Dahlan menulis surat tazkiyah untuk anak murid kecintaan dan kesayangannya, dengan harapan anak murid yang dia cintai ini akan membasmi Wahabi di Nusantara! Tetapi dia tertipu oleh anak murid kesayangannya yang bernama Syeikh Abdul Ghaffar atau mengikut IC Belanda "Snock Hagrinje".

7) Yang menjemput Belanda untuk menyerang Kaum Paderi adalah Ulama Pondok dan Kaum Tua.

Beberapa Foto 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011865036100&set=p.10152011865036100&type=1
 Inilah gambar saat sebelum Penguasa Asyaariyah ditabal oleh British!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011866321100&set=p.10152011866321100&type=1
 Anak Sharif Makkah yang ditabal sebagai Raja, bersama Lawrance of arabia!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011867291100&set=p.10152011867291100&type=1
Syeikh Abdul Ghaffar atau Snock Hagronje, murid KECINTAAN DAN KESAYANGAN AHMAD ZAINI DAHLAN!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011869976100&set=p.10152011869976100&type=1
Spy British St Philby yang dihantar ke Saudi terpaksa jadi MUNAFIK dengan besyahadah dan menukar nama menjadi Abdullah. Tetapi akhirnya dihalau dan dibuang negara ke Beirut setelah didapati dia adalah MUNAFIK dan SPY British. Bandingkan nasib Spy British seorang lagi, Lawrance yang bercium mulut dan berpelukan dengan Sharif Makkah tanpa tukar nama daan tanpa jadi munafik agama!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011875341100&set=p.10152011875341100&type=1
 Sharif Hesein mengetuai Revolusi Arab. Muftinya bernama Ahmad Zaini Dahlan

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011877331100&set=p.10152011877331100&type=1
Mesranya Lawrance dengan Putera Abdullah, Anak Sharif Makkah!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011878921100&set=p.10152011878921100&type=1
 Lawrance bersama dengan anak Sharif Makkah
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011880231100&set=p.10152011880231100&type=1
 Lawrance bersama tentera British dalam Revolusi Arab bagi menjatuhkan Turki.

Siapa Sebenarnya Boneka dan Hamba Kepada British? Kaum Asyaariyah patut jawap!

Pelajari sejarah fotografi dan tarikh fotografi sampai ke Hijaz. Dan pelajari juga apakah Lawrance dan Snock adalah merupakan antara orang terawal membawakan teknologi foto. Lalu mohon jangan membodohkan diri kalian dengan mengambil sekeping gambar dan berkata "ini gambar Muhammad Bin Abdul Wahhab". Kesimpulannya, janganlah melaung sana-sini melabelkan Saudi dengan ejen Barat lagi, jika pada hakikatnya kalian sendiri yang sebegitu.

Kerajaan Arab Saudi Teruk?

Tidak dinafikan sememangnya kerajaan Arab hari ini tidak sempurna (terdapat kelemahan dan kekurangan di sana sini.) Tetapi yang dijawap disini ialah tuduhan yang tidak benar, yang dilemparkan pada Saudi. Yang kelihatannya ada pihak yang mengambil kesempatan atas kelemahan kerajaan Saudi pada hari ini.


Berkata Maulana Asri Yusoff:~ https://www.youtube.com/watch?v=0gcKGsB0K-I

“..kito tahu doh lo ni dunio Islam ni setakat mana? Semua terok. Doh nok lebih setaro mano? Nok suruh setaro zaman khulafa ar Rasyidin? Kito tu sendiri setara mana? Kito? Dengan sebab itu, kito bersederhanalah dalam perkaro ni, jangan dok lebih-lebih. Dan orang yang ghoyak tu cubo pikir molek, cubo pikir molek..”


Terjemahan:

"Bukankah kita telah tahu (jelas), bahawa dunia Islam hari ini setakat (ditahap) mana? Semuanya teruk (apabila menjelang akhir zaman). Nak suruh setaraf zaman Khulafah ar-Rasyidin (di ketika akhir zaman ini)? Keadaan diri kita sendiri pula bagaimana (kesempurnaan individu dan kerajaan/parti kita)? Dengan sebab itu, kita bersederhanalah dalam perkara ini. Jangan berlebih-lebihan. Dan pihak yang mengkhabarkan itu (Wahabi sesat, Arab Saudi talibarut Barat) Cubalah fikir dengan baik.” (Maulana Muhamad Asri Yusoff, Youtube/maulanaasri2/Jangan melampau membenci Wahabi, nanti memakan diri, Minit 8:13/10:59, 19/Dhu al-Hijjah/1430)
 
p/s:Semua maklumat ini berdasarkan kajian dan perkongsian Abu Amru Radzi Othman. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dunia dan akhirat. Ameen.

 http://mahaguruprime.blogspot.com/2013/12/menjawap-tuduhan-ulama-wahabi-arab.html
 

http://www.facebook.com/mohd.radzi.othman/posts/10152011772751100

No comments:

Post a Comment