Pages

Wednesday, December 25, 2013

Siapakah golongan yang mana doa-doa mereka mustajab di sisi Allah SWT?


Assalamualikum, ustaz saya ada 3 soalan minta pencerahannya :

1. Siapakah golongan yang mana doa-doa mereka mustajab di sisi Allah SWT?

2. Apakah hikmah dan kebaikan berpoligami di dalam Islam? Apakah hukumnya jika ada dikalangan kita memandang rendah dan menghina perlaksanaan poligami?

3. Apakah kebaikan bersedekah . Sekiranya seseorang tak mampu bersedekah apakah cara-cara lain boleh dilakukan untuk mendapat pahala sedekah.? Sekian terima kasih. Wassalam
 
 ~Pendakwah Khalifah

1)Terdapat 7 golongan doa mereka mustajab di sisi Allah SWT :
  • Pertama : Do'a ibu bapa kepada anak-anaknya.

    Kisah yang boleh kita ambil pengajaran adalah kisah Juraij.
    Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab do'a seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

    Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"

    Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"

    Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.

    Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

    Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

    Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

    Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"

    Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

    Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

    Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

    Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij kerana tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.

    Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat do'a seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.

    Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
    "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
    (Surah al-Luqman ayat 14)

    Kedua : Do'a orang yang di aniaya.
    Do'a seorang yang di zalimi dan di anianya tidak ada hijab disisi Allah s.w.t samaada dia seorang Muslim atau bukan Muslim .

    Dari Mu’adz bin Jabal RA bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
    “Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)”.
    (Hadis Shahih Muslim)

    Dari Abu Hurairah bahawa dia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya :
    “Do'anya orang yang teraniaya terkabulkan, apabila dia seorang derhaka, maka kederhakaannya akan kembali kepada diri sendiri”.
    (Hadis Riwayat Ahmad . Dihasankan sanadnya oleh Mundziri dalam Targhib dan Haitsami dalam Majma’ Zawaid , dan Imam ‘Ajluni )

    Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
    “Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini! Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali. Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama Muslim,setiap Muslim haram menumpahkan darah saudara sesama Muslim. Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya”
    (Hadis Riwayat Muslim)

    Ketiga : Do'a seorang musafir.
    Kenapakah do'a seorang musafir dimakbulkan oleh Allah s.w.t.?
    Seorang musalifir adalah sesaorang yang keluar rumah dan kampung halamannya untuk menuju sesuatu distinasi. Tujuannya adalah murni semata-mata kerana Allah iaitu untuk :

    1. Menuntut ilmu : Para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya kepada mereka yg bertujuan untuk menuntut ilmu.
    2. Berdakwah, berjihad di jalan Allah dan membantu mangsa bencana alam.
    3. Menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai untuk merapatkan hubungan silaturahim dan menunaikan jemputan.
    4. Mencari nafkah untuk menyara ahli keluarga.

    Allah s.w.t. memberi keistimewaan kepada hamba-Nya yang bermusafir hinggakan Allah s.w.t memberi kelonggaran boleh berbuka diwaktu bulan Ramadan semasa ia musafir. Solat lima waktu juga diberi rukshah (kelonggaran) iaitu boleh dikerjakan dengan cara jama' dan qasar.

    Oleh kerana besarnya pahala yang akan diperolehi oleh seorang musafir dengan tujuan yang baik seperti di atas maka do'anya semasa musafir itu amat mustajab di sisi Allah s.w.t.

    Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
    "Ada tiga do'a yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu do'a orang yang dianiaya, do'a seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."
    (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)
     
      Keempat : Do'a orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa :
     
    Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang
    yang berdo'a tadi akan ditunaikan t
    etapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan
    perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti do'anya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

    Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa
    adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita
    bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membalas pahala orang yang berpuasa di hari akhirat nanti dan do'anya juga amat mustajab di sisi Allah s.w.t.

    Sesiapa yang banyak berpuasa ada pintu khas untuk mereka memasuki Syurga Allah s.w.t.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,”Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman : Di manakah orang yang berpuasa? Mereka berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah seorang yang terakhir dari mereka masuk. Pintu itu ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.”
    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dari Anas bin Malik r.a. bahawa dia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
    “Tiga do'a yang tidak ditolak ; do'a orang tua terhadap anaknya ; do'a orang yang sedang berpuasa dan doa seorang musafir”.
    (Hadis Riwayat Baihaqi. Dishahihkan oelh Al-Albani dalam Silsilah Shahihah).

    Kelima : Doa Seorang Muslim Terhadap Saudaranya Daripada Tempat Yang Jauh

    Daripada Abu Darda’ bahawa dia berkata bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda maksudnya :
    “Tidaklah seorang Muslim berdo'a untuk saudaranya yang tidak di hadapannya, melainkan maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata : “Amin, dan bagimu seperti yang kau do'akan”.
    (Hadis Riwayat Muslim).

    .Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
    "Do'a seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah s.w.t."
    (Hadis Riwayat Muslim)

    Imam An-Nawawi berkata bahawa hadis di atas menjelaskan tentang keutamaan seorang Muslim mendo'kan saudaranya daripada tempat yang jauh, Jika seandainya dia mendo'akan untuk sejumlah atau sekelompok umat Islam, maka dia tetap mendapatkan keutamaan tersebut. Oleh kerana itu sebahagian ulama salaf tatkala berdo'a untuk diri sendiri dia menyertakan saudaranya di dalam do'a tersebut, kerana di samping terkabul dia akan mendapatkan sesuatu semisalnya.
    (Syarah Shahih Muslim karya Imam An-Nawawi )

    Keenam : Do'a seorang pemimpin yang adil.

    Seorang pemimpin yang adil adalah pemimpin yang meletakkan hukum-hukum Allah ditempatnya. Keadilan bukan saja dilihat daripada dia mengagihkan kekayaan kepada rakyat jelata, tetapi adil yang sebenarnya adalah menjalankan peraturan dan undang-undang Allah di dalam masyarakat dan menolak sistem lain selain daripada sistem Islam. Do'a pemimpin yang seperti ini amat mustajab do'anya di sisi Allah s.w.t.. Contoh para Khalifah ar-Rasyidin dan Khalifah Umar bin Abd Aziz.

    Pemimpin yang zalim dan perasuah bukan saja do'anya tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t. tetapi dia mendapat kutukan para malaikat kerana kezalimannya dan jiwanya akan sentiasa resah gelisah kerana tidak ada keberkatan dalam kehidupan.

    Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
    "Ada tiga jenis perkara yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. iaitu do'a orang yang berpuasa sampai berbuka, do'a seorang pemimpin yang adil dan do'a orang yang dianiaya."
    (Hadis Riwayat Turmudzi)

    Ketujuh : Do'a anak soleh terhadap orang tuanya.

    Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
    "Apabila seorang diantara kamu meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendo'akannya."
    (Hadis Riwayat Muslim)

    Untuk merealisasikan maksud hadis di atas, maka berlumba-lumbalah para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pengajian Tahfiz, pondok atau sekolah agama. Pada satu segi, tindakan ini boleh dikira sebagai satu sikap positif ibu bapa yang merasakan amalan mereka masih kurang cukup untuk membela nasib mereka di alam barzakh kelak. Oleh itu, langkah termudah ialah dengan menghasilkan anak-anak yang soleh yang mampu dan bakal mendo'akan mereka.

    Manakala pada satu sudut lain pula, ianya merupakan satu manifestasi rasa terima kasih ibu bapa terhadap ibu-bapanya dahulu yang sudah berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh. Lalu anugerah soleh itu dipanjangkan kepada anak-anaknya sendiri agar legasi soleh in berterusan kepada generasi berikutnya.
     
    2) Kebaikan poligami di dalam Islam :
     
     Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang lelaki jika dia mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka lebih utama baginya untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga batin) sehingga dia mampu menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan hartanya sehingga dia boleh memberi nafkah yang layak bagi isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya maka itu lebih utama.

    Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini adalah yang paling banyak isterinya."(tidak lebih daripada 4 isteri)

    Hikmah dan kebaikan poligami :

    Hukum poligami telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala yang mempunyai nama al-Hakim, ertinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Maha Adil dan yang Maha Sempurna, maka hukum Allah Ta’ala yang mulia ini tentu memiliki banyak hikmah dan faedah yang agung, di antaranya:

    Terdapat 12 hikmah dan manfaat di dalam hukum berpoligami :

    Pertama: Terkadang poligami harus dilakukan dalam keadaan tertentu. Misalnya jika isteri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak poligami dikhawatirkan dia tidak boleh menjaga kehormatan dirinya. Atau jika suami dan isteri sudah dianugerahi ramai anak dan cucu, sehingga kalau dia harus menceraikan isterinya, dia merasa berat untuk berpisah dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam perbuatan zina jika tidak berpoligami. Maka masalah ini tidak akan boleh diselesaikan kecuali dengan poligami, insya Allah.

    Kedua: Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan terikatnya di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah Ta’ala berfirman,

    {وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا}

    “Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan kerana pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa” (Surah al-Furqaan ayat 54).

    Maka poligami adalah sebab terjalinnya hubungan dan mendekatkan antara banyak keluarga, dan ini salah satu sebab poligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

    Ketiga: Poligami merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita akan dapat dipenuhi keperluan hidup mereka dengan mendapat nafkah daripada suami , tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang ramai, dan ini merupakan tuntutan syariat.

    Keempat: Di antara kaum lelaki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang isteri, sedangkan dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Akan tetapi dia takut terjerumus dalam perzinaan dan dia ingin menyalurkan keperluan syahwatnya ditempat yang halal . Jelaslah ini adalah rahmat Allah S.W.T. kepada manusia membenarkan poligami sesuai dengan syariat-Nya.

    Kelima: Kadangkala setelah menikah ternyata isteri mandul, tetapi suami berkeinginan untuk mendapatkan zuriat keturunan. Maka berpoligami adalah lebih baik daripada suami menceraikan isterinya.

    Keenam: Kadangkala juga seorang suami sering bermusafir untuk mencari nafkah, sehingga dia perlu untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia berada jauh daripada isterinya.Maka adalah lebih baik dia bernikah ditempat dia mencari nafkah.

    Ketujuh: Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang ini menjadikan ramai lelaki yang terbunuh sedangkan jumlah wanita semakin ramai, padahal mereka perlukan suami untuk melindungi mereka. Maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

    Kelapan: Kadangkala seorang lelaki tertarik atau kagum terhadap seorang wanita atau sebaliknya, kerana kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.

    Kesembilan: Kadangkala terjadi masalah besar antara suami-isteri, yang menyebabkan terjadinya perceraian, kemudian suami menikah lagi dan setelah itu dia ingin kembali kepada isterinya yang pertama, maka dalam keadaan seperti ini poligami merupakan penyelesaian terbaik.

    Kesepuluh: Umat Islam sangat memerlukan lahirnya banyak generasi muda, untuk mengukohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir, ini hanya akan boleh diperolehi dengan poligami dan tidak membataskan jumlah keturunan.

    Kesebelas: Termasuk hikmah yang lain dengan suami berpoligami , seorang isteri memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah isterinya yang lain. Kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan oleh isteri yang suaminya tidak berpoligami.

    Keduabelas: Dan termasuk hikmah dan kebaikan poligami, semakin kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya. Kerana setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari isteri-isterinya, maka suami dalam keadaan sangat rindu pada isterinya tersebut, demikian pula isteri sangat merindukan suaminya. Masing-masing isteri cuba memberi khidmat terbaik kepada suami mereka, keadaan ini hanya berlaku dengan adanya poligami.

    Mereka yang menentang dan membenci poligami adalah mereka yang membenci hukum-hukum Allah SWT kerana hukum poligami terdapat di dalam al-Quran secara nyata. Firman Allah S.W.T. :

    {وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ
    لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ}

    Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

    Perintah Allah dalam ayat ini tidak menunjukkan wajibnya poligami, kerana perintah tersebut ada dijelaskan dengan ayat yang lain iaitu firman-Nya,

    {فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

    Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

    Maka dengan adanya ayat ini, jelaslah bahwa ayat di atas meskipun berbentuk perintah, akan tetapi maknanya adalah larangan, iaitu larangan menikahi lebih dari satu wanita jika dikhawatirkan tidak dapat berbuat adil atau maknanya, “Janganlah kamu menikahi kecuali wanita yang kamu senangi”.

    Ini seperti makna yang ditunjukkan dalam firman-Nya,

    {وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ}

    Maksudnya : “Dan katakanlah:'Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”
    (Surah al-Kahfi:29).

    Maka tentu saja makna ayat ini adalah larangan melakukan perbuatan kafir dan bukan perintah untuk melakukannya.

    Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdulah bin Baz ketika ditanya, “Apakah poligami dalam Islam hukumya mubah (boleh) atau dianjurkan?”

    Beliau menjawab : “Poligami hukumnya disunahkan (dianjurkan) bagi yang mampu, kerana firman Allah Ta’ala (beliau menyebutkan ayat tersebut di atas), dan kerana perbuatan Rasulullah S.A.W. menikahi sembilan orang wanita, Allah memberi manfaat yang besar bagi umat ini dengan adanya para isteri Nabi S.A.W. tersebut, dan ini (menikahi sembilan orang wanita adalah khusus untuk baginda sahaja.)

    Adapun selain daripada Nabi S.A.W. boleh bernikah tidak lebih dari empat orang wanita. Kerana dalam poligami banyak terdapat kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan poligami akan memudahkan bagi lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan (kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan, dan memudahkan bagi lelaki untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan penyimpangan.
     
     3) Kebaikan bersedekah : Firman Allah SWT maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)
    Berapa banyak kalian telah bersedekahlah setiap hari?

    Siapa yang ingin usaha maju mendapat keuntungan yang berlipat-lipat? maka bersedekahlah!

    Siapa yang ingin penyakit segera sembuh? maka bersedekahlah!

    Siapa yang ingin cepat mendapat jodoh? maka bersedekahlah!

    Siapa yang ingin urusannya dimudahkan? maka bersedekahlah!

    Siapa yang ingin lulus dalam pepereksaan? maka bersedekahlah!

    Berapakah seharusnya kalian bersedekah?

    Segera buktikan ayat-ayat Allah SWT bahawa infak atau sedekah akan dilipat gandakan sebanyak 10 kali ganda bahkan boleh lebih dari 700 kali ganda, kalian mesti yakin.

    Jika itu terbukti, kalian mesti menjadi orang yang ketagihan dalam berinfaq. Lihatlah orang-orang yang disekeliling kalian yang lebih memerlukan dari kalian. Kunjungilah orang-orang yang tak mampu.

    Alihkan perbelanjaan kalian daripada pasaraya-pasaraya besar kepada peniaga kecil-kecilan , seperti kedai runcit dan warung-warung kecil dengan niat untuk membantu mereka yang susah. Sesungguhnya niat yang mulia untuk membantu saudara-saudara kita yang miskin akan membuka lebih besar lagi pintu-pintu rezeki untuk kalian.

    Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada satu pagi pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.

    Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”,sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhary 5/270)

    Dari Abu Hurairah r.a: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. lalu berkata: “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang teragung pahalanya?” Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) : “Jikalau engkau bersedekah, sedangkan engkau itu masih sihat, dan sebenarnya engkau merasa sayang mengeluarkan sedekah itu, kerana takut menjadi fakir dan engkau amat mengharap-harapkan untuk menjadi kaya. Tetapi janganlah engkau menunda-nunda, sehingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkong lalu berkata: “Untuk si Fulan itu, yang ini dan untuk si Fulan ini, yang itu, sedangkan orang yang engkau maksudkan itu telah memiliki apa yang hendak kau berikan.”
    (Hadis Riwayat Muttafaq ‘alaih)
     
      Sedekah tidak perlu menunggu harta cukup nishab atau menunggu banyak harta.
    Dianjurkan untuk senantiasa bersedekah dalam keadaan apa sekalipun.
     Sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud :
    "(iaitu) orang-orang yang menafkahkan/menyedekahkan (hartanya), baik di waktu lapang (banyak rezeki) maupun sempit (tidak banyak rezeki), dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran(3) ayat 134)

    Saidina Ali bin Abi Thalib k.w. dalam sebuah riwayat ketika memiliki empat dirham. Ia menyedekahkan satu dirham waktu malam, satu dirham semasa siang hari, satu dirham secara terang-terangan, dan satu dirham lagi secara diam-diam. Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipat ganda rezeki.

    Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah (2) ayat 261)

    FirmanNya lagi yang bermaksud : ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, Dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), Maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah (kejayaan).”
    (Surah al-Lail (92) ayat 5-7)

    Senantiasa terus memperbaiki diri dan memberikan kemanfaatan bagi yang lain. Hendaknya kehadiran kita ada sesuatu manfaat yang boleh dirasakan oleh orang-orang yang ada di sekeliling kita, samaada tenaga, fikiran, kebendaan dan lain-lain lagi. Sentiasalah berlumba-lumba untuk mencari dan mengejar kebaikan dan takwa.

    Firman Allah SWT maksudnya : “Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan” (Surah al-Baqarah ayat 245)

    Harta tidak akan pernah boleh mempertahankan kehidupan di muka bumi. Sehebat apapun usaha manusia untuk memperpanjang hidupnya, kematian pasti akan tiba pada saat yang telah ditentukan. Sebelum menyesal, masih ada kesempatan untuk membuat harta kita menjadi abadi. Caranya? Pindahkanlah harta kalian ke akhirat. Salurkan kekayaan kalian melalui badan-badan kebajikan yang membantu fakir miskin dan anak yatim, lebih dari itu wakafkan harta kalian untuk sedekah jariah seperti pembinaan masjid, sekolah agama dan dan maahad tahfiz atau hospital. Dari sini harta kalian akan bergerak mencarikan pahala untuk kalian sendiri. Dari sini pengorbanaan yang selama ini kalian lakukan tidak akan menjadi sia-sia. Harta yang kalian infakkan akan menanti kalian di hari akhirat nanti.

    Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah, amalk soleh dan amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Bersihkan harta dengan mengeluarkan zakat, tumbuh suburkan harta kita agar lebih berkah dan semakin berkembang sehingga dapat memberikan manfaat lebih banyak dengan menginfaqkannya di jalan Allah nescaya Allah akan ganti dengan yang lebih baik, jika di dunia belum ada ganti di akhirat kita menyesal, mengapa tidak menginfaqkannya lebih banyak lagi.

    Salurkan sebagian rezeki kalian kepada orang-orang yang ada di sekitar kalian dan juga teruskan berinfak iaitu : 1. Zakat 2. Infaq/sedekah, 3. Wakaf 4. Anak Yatim dan 5. Qurban (Hari Raya Haji)
     
     
     
     Jika kita tak mampu bersedekah dengan wang maka kita boleh bersedekah dengan perbuatan, lidah dan hati : http://abubasyer.blogspot.com/.../Sedekah%20%28hati...
     
 

No comments:

Post a Comment