Pages

Saturday, March 1, 2014

Sekali pun yang asas...


Sewaktu di kampus, saya mengenali ramai rakan yang memiliki semangat yang tinggi dalam berdakwah. Alhamdulillah.

Namun satu hal yang mendukacitakan saya ialah mereka dilihat amat meremehkan usaha mencari ilmu, khususnya berkaitan al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih sesuai dengan kefahaman dan praktik para sahabat terhadapnya.

Kisah-kisah pernikahan di awal usia, jihad di Palastine, memenangi pilihan raya kampus dan upaya meramaikan ahli jamaah serta mengukuhkan kedudukan jamaah di kampus mengisi harian mereka.

Setelah tamat belajar dan kembali ke kampung halaman, tidak ada apa yang mereka bawa melainkan 'semangat' semata yang akhirnya terkubur begitu sahaja. Tidak ada lagi program. Tidak ada lagi penajaan.

Menjadilah mereka kaku dan layu. Hendak berdakwah, tidak ada ilmu yang hendak dicurahkan kepada masyarakat, meskipun pada perkara yang asas.

Ya, sekali pun yang asas.



------------------------
  Tang asas tu macamana tuan? Jawab :Mengajar tauhid, membaca al-Qur'an, solat mengikuti sunnah, zikir dan sebagainya.

Khairy Khairyn Paling mnyedihkan ilmu yg ada tu pun tak mampu utk perbaiki ahli keluarga sendirhi...tapi bukan kenalan kita laa...ni yg aku ckap ni ialah org d Venuezuela sana tuuuu...
 Faiz Kasim sgt setuju!! bla kita menegur visi & misi yg mereka bawa hanya semata2 utk meramaikan ahli tnpa pengisian y betul2 menekankn penekanan dpn mencari ilmu dsbgny kita pula dipersalahkan kerana mengondem pimpinan mereka dgn mudh juga mengatakan kita futur dln berjamaah..masha allah..moga2 kita dijauhkan dri sifat n fitnah2 sebegini..allah maha mengetahui

  Sylar Mee menuntut ilmu asas tu ibarat menyalakan cahaya diri sendiri kemudian barulah mampu menerangi orang lain.  

 Fazli Ikram MHN, semua tempat di mana ada student inilah ceritanya...sedih tengokl

 Mohd Azri Ahmad Kebanyakan usrah yang dilaksanakan kini hanya menjurus membincangkan politik semasa dengan mengambil contoh sejarah Ikhawanul Muslimin. Tetapi isu-isu yang kritikal seperti penyebaran hadith palsu, anti-hadith, fanatik ustaz atas dasar lawak dan sebagainya tidak pula menjadi perbincangan utama. Saya sebelum ini sudah berkali menghadiri usrah yang dianjurkan oleh pertubuhan dot,dot,dot. Tetapi membincangkan mengenai dakwah yang utama iaitu dakwah Tauhid tidak pula menjadi sentuhan melainkan hanya terlalu menyentuh mengenai keperibadian Hassa Al-Banna, Syed Qutb serta perjuangan Ikhwanul Muslimin

 Naizatul Akmal Sgt tepat....ahli jamaah kampus byk dimomokkan dgn semangat jamaah utk kpntingan politik semata...lebih mitos dari realiti....tiada manhaj yg jelas...apabila belajar dan mendalami ilmu alQuran dan sunnah Nabi ni barulah kita akn mgtahui halatuju khidupan kita yg hakiki...jom akhowat.. susuli jln dakwah bteraskn sunnah Rasulullah n para sahabah... inilah cabaran dakwah sebenar kita...


 Mohd Hairi Nonchi Rasanya tidak perlu dimention jemaah apa. Saya rasa hampir semua jemaah memiliki ciri yang sama. Moga status umum ini menjadi pengajaran buat semua.

~ Mohd Hairi Nonchi


~



No comments:

Post a Comment