Pages

Saturday, April 12, 2014

Kelebihan istighfar.



Nuh ‘alaihis Salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an:


فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
“Maka aku katakan kepada mereka, 

Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.
[Surah Nuh, 71: 10-12]


Imam Al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Bashri rahimahullah:

ان رجلا شكى إليه الجدب فقال استغفر الله وشكى إليه آخر الفقر فقال استغفر الله وشكى إليه آخر جفاف بستانه فقال استغفر الله وشكى إليه آخر عدم الولد فقال استغفر الله ثم تلا عليهم هذه الآية
“Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka Al-Hasan Al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

Kemudian datang pula orang lain mengadu kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka Al-Hasan Al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka Al-Hasan Al-Bashri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian al-Hasan al-Bashri pun membacakan ayat ini (Surah Nuh, 71: 11-12) kepada mereka.” [Tafsir Al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, 11/98]

Baca selengkapnya di, http://www.ilmusunnah.com/menjemput-rezeki-dengan-istighfar-dan-taubat/


~ Abu Numair Nawawi Subandi

No comments:

Post a Comment