Pages

Sunday, April 13, 2014

Kemuliaan Ulama MurabbiBukan Haraki




KEMULIAAN ULAMA
MURABBI BUKAN HARAKI

Al'allamah Syeikh Muhammad Bin Abdullah Az-Zabidi Hafizahullah Sewaktu Perbahasan Di Dalam Seminar Petang Kelmarin (Sabtu-21 Disember 2013) Di Bawah Tajuk - "Ummat Di Antara Tipu Daya Musuh Dan Penjagaan Allah" Bertempat Di Dewan Konvensyen, International University Of Africa (IUA), Khartoum - Sudan.

Beliau Menaqalkan, Salah Seorang Daripada Guru Beliau Berkata :
"Sepertiga daripada sejarah ketamadunan islam adalah terdapat di Benua India suatu masa dahulu (kini termasuk juga negara Pakistan)"
Dikisahkan, suatu masa di sana terdapat Seorang Pemimpin Yang Memerintah pada waktu itu ialah seorang yang zalim dan juga ahli maksiat. sering melakukan zina, minum arak dan sebagainya.
Jadi, sejumlah daripada kalangan alim Ulama' pada waktu itu bercadang membuat pakatan untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim tersebut dan mengantikan pemimpin yang baru.

Namun, salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya mereka terlebih dahulu pergi meminta pandangan seorang syeikh sereka yang murobbi dan rabbani yang masih hidup
AlimUlama' tersebut bersetuju, lalu pergilah mereka bertemu dengan syeikh mengadu akan masalah yang berlaku berkaitan pemimpin mereka dan meminta pandangan beliau.

------------------------------
Syeikh langsung bertanya kepada mereka
"Adakah Terdapat Di Antara Kalian (Dalam Kalangan Rakyat Dan Masyarakat) Yang Berzina, Meminum Arak Dan Sebagainya Juga Melakukan Seperti Yang Dilakukan Oleh Pemimpin Kalian ?"
Kesemua Ulama' Tersebut Mengiyakan Pertanyaan Syeikh Mereka
Lalu Syeikh Itu Menasihatkan Mereka Supaya Pulang Dan Memperbaiki Masyarakat Dengan Membina Madrasah, Menyampaikan Kefahaman Islam Yang Sebenar, Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa) Dan Dakwah.
Maka Pulanglah Para Alim Ulama' Tersebut Ke Tempat Mereka Dan Melaksanakan Apa Yang Dinasihatkan Oleh Syeikh

Dalam Tempoh Lima Tahun Sahaja, Keadaan Rakyat Di Sana Telah Berubah Menjadi Lebih Baik Dengan Usaha Gigih Para Ulama' Tersebut. Kesannya Masih Dapat Dilihat, Di India Dan Pakistan Terdapat Banyak Madrasah (Pondok-Pondok) Hingga Sekarang.
------------------------------------------
Jadi, Pemimpin Yang Zalim Pada Waktu Itu Telah Terkesan Dengan Perubahan Yang Berlaku Dalam Kalangan Rakyat, Dia Sudah Insaf Dan Meninggalkan Perbuatan Maksiat Yang Pernah Dilakukan.

 Lalu Bertemu Dengan Para Alim Ulama' Tersebut, Menyatakan Hasrat Untuk Letak Jawatan Dan Melantik Pemimpin Baru Yang Lebih Layak.
Mereka Bersetuju, Namun Salah Seorang Daripada Mereka Mencadangkan Supaya Berjumpa Dan Meminta Pandangan Syeikh Mereka Terlebih Dahulu.

Mereka Pergi Berjumpa Dengan Syeikh Dan Meminta Nasihat Siapa Yang Layak Untuk Menggantikan Jawatan Tersebut Dan Dilantik Menjadi Pemimpin.
Syeikh Berkata ; "Kekalkan. Kalian Tidak Perlu Menukar Pemimpin, Kerana Pemimpin Merupakan Cermin Bagi Kalian. Apabila Rakyat Sudah Menjadi Baik, Pemimpin Juga Akan Menjadi Baik."

No comments:

Post a Comment