Pages

Tuesday, June 3, 2014

Demam Panas




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabatsss.

DEMAM PANAS 

Demam panas adalah daripada api neraka.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Demam panas adalah daripada serpihan neraka, maka sejukkanlah ia dengan air.
(Sahih: Hadis daripada Ibn Abbas, Ibn ‘Umar, Rafi’ bin Khadij dan A‘isyah radiallahu ‘anhum dengan beberapa lafaz yang sedikit berbeza, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, di atas dengan lafaz al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 3261 (Kitab Permulaan ciptaan, Bab Sifat neraka.........).
# Kemusykilan:
Kita sama-sama tahu bahawa suhu badan yang naik ketika demam adalah kerana tindakan daya tahanan badan manusia yang ingin melawan virus-virus yang menyerangnya. Akan tetapi dalam hadis ini diterangkan pula bahawa kepanasan tersebut adalah merupakan serpihan daripada api neraka. Bagaimana mungkin demam panas ada mempunyai kaitan dengan api neraka ?
Penjelasan:
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengaitkan suasana kepanasan yang dialami manusia dengan Neraka bagi mengisyaratkan bahawa sumber kepanasan atau tenaga haba yang kita alami ini semuanya berasal dari Neraka.

Neraka adalah salah satu ciptaan Allah ‘Azza wa Jalla yang terawal dan dari Neraka itu diambil sebahagian kecil daripada tenaga habanya lalu disebarkan ke alam ini. Semua bentuk tenaga haba yang kita alami asalnya adalah dari Neraka.

Justeru hadis di atas dan beberapa hadis lain yang menyusulinya bukan bertujuan menerangkan sebab kepanasan tetapi adalah bagi mengisyaratkan asal usul kepanasan itu sendiri. Hadis ini secara tersendirinya menjadi cabaran bagi para ahli sains, di mana mereka semua sedia mengetahui tentang tenaga haba tetapi mereka masih gagal untuk mencari sumber asal tenaga haba.

Sebahagian mereka berpendapat bahawa sumber asal tenaga haba ialah matahari. Ini mungkin benar tetapi hadis-hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa tenaga haba memiliki sumber asal yang lebih terdahulu daripada matahari, malah matahari itu sendiri dipersoalkan – dari manakah ia memperolehi tenaga habanya ?
Al-Imam al-Bukhari sedia mengetahui maksud yang tersirat di dalam hadis-hadis ini maka kerana itulah beliau menyusun hadis-hadis ini dalam kitab Sahihnya dalam bab Kitab Permulaan Ciptaan, iaitu satu bab khusus yang menerangkan perkara-perkara pertama yang dicipta oleh Allah Tabaraka wa Ta‘ala di alam ini.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Demam panas adalah daripada serpihan neraka, maka sejukkanlah ia dengan air tetap memiliki nilai perubatan yang benar di dalamnya. Sehingga kini di zaman perubatan serba moden, kaedah paling berkesan untuk meredakan suhu badan yang tinggi kerana demam panas adalah dengan air, malah adakalanya direndamkan seluruh badan pesakit ke dalam kolam yang berisi ais jika didapati suhu badannya terlalu tinggi.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.
Wallahua'lam
Sekian wassalam ....!!!
☆ Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil Adzim.
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat.
Allahumma salli ala saidina Muhammadin wa ala ali Muhammad.

No comments:

Post a Comment