Pages

Tuesday, November 25, 2014

Kembali Kepada Islam Menurut Jalan Para Sahabat




Kembali Kepada Islam Menurut Jalan Para Sahabat 

Ramai yang merasakan telah benar dia Islam dengan tafsiran dan pemahaman dia sendiri. Terkadang berdasarkan apa yang disangka-sangka, selalunya pula dengan yang diikut-ikut.

Demikianlah apa yang difaham dan dianuti.

Sesungguhnya kecelaruan mereka telah dijawab oleh golongan ummat yang mulia. 


Dari Abdullah Ibnu Mas'ud Rhu. dia berkata :

"Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka ikutlah jejak sunnah (bimbingan) orang yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para Sahabat Muhammad shallallahu alaihi wassalam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan syari'at)."


"Mereka adalah qaum yang dipilih oleh Allah Ta'ala untuk berdampingan dengan nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka dan ambillah akhlaq dan agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus."


Rujukan :

Imam Ibnu Abdil Barr Rhm. Jaami' al ilm wa Fadhlihi, hal. 368.
Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah Rhm. I'lam ul Muwaqi'in, jilid 2, hal. 202-203

Maka, faham, anutilah dan amalkan Islam sepertimana yang dianuti, difahami dan diamalkan oleh para Sahabat Nabi Shallallahu alaihi wassalam.
— with Juanda Jaya.

No comments:

Post a Comment