Pages

Tuesday, November 25, 2014

KISAH 1: SIFAT ALLAH BELUM SUCI ?


ASWAJA: “Di mana Allah?” 

Wahhabi: “Allah di atas langit sebagaimana yang dikhabarkan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.” 

ASWAJA: “Kalau begitu, adakah Allah itu bertempat di langit?” 

Wahhabi: “Seperti yang saya katakan tadi, Allah di atas langit sebagaimana yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Adapun persoalan sama ada Allah bertempat atau tidak, ia termasuk dalam perkara yang didiamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu lebih baik sahaja perkara ini jangan dibahaskan.” 

ASWAJA: “Sungguh pelik akidah kamu wahai golongan Wahhabi. Kamu menetapkan Allah di atas langit kemudian kamu menafikan pula Allah memiliki tempat. Bukankah langit itu adalah tempat?” 

Wahhabi: “Izinkan saya bertanya kepada anda.” 

ASWAJA: “Silakan.” 

WAhhabi: “Adakah kamu beriman bahawa Allah itu memiliki sifat mendengar?” 

ASWAJA: “Ya, saya beriman.” 

Wahhabi: “Kalau begitu, adakah Allah memiliki telinga untuk Dia mendengar sebagaimana makhluk-Nya?” 

ASWAJA: “Saya hanya beriman kepada sifat pendengaran Allah. Adapun telinga, ia tidak disebutkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu saya mohon kepada sudara agar usah dihubungkan sifat pendengaran Allah dengan persoalan adakah Allah bertelinga atau tidak. Sebab lafaz ‘telinga’ itu sendiri tidak disebutkan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah." 

Wahhabi: “Nah, kamu sendiri tidak suka apabila perbicaraan mengenai sifat-sifat Allah dikaitkan dengan persoalan yang tidak disebutkan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Namun kenapakah kamu tetap berdegil mengaitkan perkhabaran al-Qur’an dan as-Sunnah bahawa Allah di atas langit dengan persoalan ‘tempat? 

ASWAJA: “Baik, saya akui saya silap. Izinkan saya bertanya kepada anda pula. Boleh?” 

Wahhabi: “Boleh, apa pertanyaan anda?” 

ASWAJA: “Adakah anda meyakini Allah itu memiliki Tangan?” 

Wahhabi: “Saya yakin sebab al-Qur’an dan as-Sunnah sendiri menetapkannya. Namun kami percaya bahawa makna Tangan di sini tidaklah sama dengan makna yang difahami dan wujud di sisi makhluk-Nya.” 

ASWAJA: “Tetapi bukankah perkataan ‘Tangan’ itu akan membayangkan bahawa Allah itu memiliki anggota sebagaimana makhluk-Nya? Bukankah lebih baik sahaja lafaz dan makna ‘Tangan’ itu digantikan kepada lafaz dan makna yang lain supaya Allah dapat disucikan daripada memiliki kesamaan dengan makhluk-Nya?” 

Wahhabi: “Itu hanyalah sangkaan anda. Pertama, siapakah yang memerintahkan anda supaya membayangkan bagaimana ‘Tangan’ itu? Kedua, cadangan anda agar  lafaz dan makna ‘Tangan’ digantikan dengan lafaz dan makna lain menunjukkan seakan-akan Allah telah tersilap memfirmankan sejumlah ayat di dalam al-Qur’an sehingga itu ia perlu digantikan dengan lafaz pilihan kalian. Ketiga, dengan demikian juga, kalian telah menganggap sifat-sifat yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasululullah masih belum ‘suci’ daripada keserupaan dengan makhluk, sehinggalah kalian datang untuk mensucikan-Nya. Maha Suci Allah daripada mainan akal kalian.”

ASWAJA: .................

*** ASWAJA / ASWJ = Ashbah, Sufi wal Jahmiyyah. Boleh uga disebut sebagai Amalan Syirik Warisan Jahiliyyah.

~ Mohd Hairi Nonchi

--------------------------------------------- 
Mohd Anuar wali ada 2, wali Allah atau wali syaitan...nak jadi wali Allah, kena ikut cara yang nabi saw ajarkan...nak jadi wali syaitan, buatlah ikut hawa nafsu...lainlah klu nak jadi wali nikah ataupun ahli waliband...

No comments:

Post a Comment