Pages

Wednesday, December 10, 2014

Hanya yang beragana Islam masuk Syurga? Adilkah Allah?





Hanya yang beragana Islam masuk Syurga? Adilkah Allah?

Orang bukan Islam berkata: "Umat Islam kata Allah ialah Tuhan yang Maha Adil. Jika benar Dia adil, kenapa orang Islam sahaja dijanjikan masuk Syurga sementara kami yang lahir sebagai bukan Islam masuk neraka?"
Jawapan:
Tenang saudara. Ini jawabnya:

1) Bukankah Allah telah kurniakan akal untuk manusia berfikir dan mengkaji sama ada benar atau tidak sesuatu ajaran /agama itu? Kenapa tidak digunakan sebaik mungkin kurniaan Allah ini untuk mengkaji kebenaran ajaran Islam?

2) Ketahuilah bahawa bukan orang kafir sahaja yang diancam masuk neraka tetapi juga mereka yang MENGAKU Islam. Jika mereka melakukan syirik, percaya kepada khurafat dan tahyul, mereka juga masuk neraka bahkan kekal di dalamnya. Dalam ajaran Islam sesiapa yang mati dalam keadaan Syirik tanpa bertaubat sebelum matinya, seluruh pahala amalannya akan dibatalkan Allah dan dia terkeluar dari ajaran Islam. Ini sekalipun pelakunya memakai nama Islam dan mengaku beragama Islam.

3) Namun Allah tidaklah akan mengazab suatu kaum selama mereka jahil dan tidak ada yang menerangkan kebenaran ajaran Islam kepada mereka. Oleh itu tak perlu bimbang jika ada orang yang mati dalam keadaan belum memeluk Islam dan tidak sampai risalah Islam kepada mereka. Di akhirat kelak mereka juga akan diuji dan diberi peluang sekali lagi, sama ada terima Islam atau ingkar padanya.

 Mohd Hairi Nonchi

No comments:

Post a Comment