Pages

Wednesday, December 10, 2014

Perkenalan dan berkenalan.



Perkenalan

Perkenalan dan berkenalan. Nampak mudah, tapi sebenarnya tidak semudah itu. Ada yang sudah berkenalan bertahun-tahun, tapi cuba tanya mereka,adakah benar-benar saling kenal?

Kebelakangan ini saya menyedari sesuatu,kunci ‘perkenalan’ yang sebenar adalah merasa selesa. Berkenalan itu bukan sekadar tahu latar belakang,tapi termasuk sebahagian sejarah hidup, tabiat,pemikiran dan (mungkin) ramalan tindakan.

Sudah hampir 3 tahun saya mengenali sahabat saya. Tapi mungkin selama ini saya cuma mengenali luarannya sahaja sebab topik perbualan kami biasanya lebih kepada latar belakang. Namun kebelakangan ini, saya membuka sedikit fakta tentang saya (sebenarnya terlepas cakap), tapi respon dia di luar jangkaan.

Saya terlepas 1 fakta, tapi dia dengan rela melepaskan 10 fakta tentang dirinya. Saya sebenarnya agak terkejut tapi saya tetap mendengar. Saya dapat rasakan dia perlahan-lahan menunjukkan dirinya yang sebenar. Hasilnya, saya bertambah selesa dengannya. Setelah itu,kami saling bertukar cerita, cerita yang bakal menjadi rahsia antara dua orang.

Jika orang lain tahu namanya,saya tahu nama keluarganya. Jika orang lain tahu makanan kegemarannya,saya tahu makanan yang dibencinya. Jika orang lain perlu bertanya tentang fikirannya, saya sudah tahu tanpa bertanya. Apa yang orang kain tidak tahu,saya tahu. Bagi saya,inilah yang dimaksudkan dengan ‘kenal dengan seseorang’, dan kuncinya adalah mencari titik keselesaan , sama ada dengan cara membuka diri,mencari persamaan ataupun berjuta cara yang lainnya.

" Selagi tak ditemukan titik keselesaan, engkau tak akan dapat mengenal seseorang,buat selama-lamanya."
Angin.

~ Aku Islam

No comments:

Post a Comment