Pages

Thursday, January 22, 2015

Hasan Ali as-Saqqaf & Tauhid 3 Bahagian.

 
 
 
 
Hasan Ali as-Saqqaf & Tauhid 3 Bahagian.

Tokoh pencela sahabat Nabi, Syiah, Muktazilah, Jahmiyyah semasa iaitu Hasan Ali as-Saqqaf menyatakan bahawa pembahagian tauhid kepada 3 bahagian (al-Rububiyyah, al-Uluhiyyah dan al-Asma' wa as-Sifat) oleh Wahhabi adalah bid'ah yang tidak pernah dilakukan oleh generasi Salafus Soleh.
Jawapan:
Kenyataan Hasan Ali as-Saqqaf tersebut hanyalah menzahirkan kejahilannya yang bertingkat-tingkat. Sebenarnya pembahagian tauhid kepada tiga telah pun wujud sejak zaman Salaf dan dinyatakan oleh sekian banyak nas, baik secara at-tasrih atau pun secara al-isyarah. Memadai dibawakan kata-kata salah seorang tokoh Ahlus Sunnah yang hidup pada zaman Salafus Soleh.

Imam ath-Thahawi rahimahullah (321H), iaitu salah seorang tokoh besar Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang hidup pada zaman Salafus Soleh berkata :
نقول في توحيد الله معتقدين بتوفيق الله : إن الله واحد لا شريك له ، و لا شيء مثله ، و لا شيء يعجزه ، و لا إله غيره.
"Kami mengatakan tentang ketauhidan kepada Allah meyakini dengan taufiq dari Allah: Sesungguhnya Allah adalah satu tidak ada sekutu bagi-Nya, tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya, tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan-Nya dan tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia." [Kitab al-‘Aqidah ath-Thahawiyyah, ms. 8]

Perkataan yang diungkapkan oleh salah seorang tokoh Salafus Soleh di atas jelas membayangkan kewujudan konsep pembahagian tauhid kepada tiga bahagian. Agar lebih jelas, berikut diterangkan perinciannya:

1. "Sesungguhnya Allah adalah satu tidak ada sekutu bagi-Nya..." ungkapan ini merujuk kepada tauhid al-Uluhiyyah iaitu pengesaan Allah dalam urusan ibadah.
2. "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya..." ungkapan ini merujuk kepada tauhid al-Asma’ wa as-Sifat iaitu pengesaan Allah pada nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
3. "Tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan-Nya..." ungkapan ini merujuk kepada tauhid al-Rububiyyah iaitu pengesaan Allah dalam urusan penciptaan, pemilikan dan pengaturan alam semesta.
4. "Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia..." ungkapan ini merujuk tauhid al-Uluhiyyah iaitu pengesaan Allah dalam urusan ibadah.

Lain-lain tokoh Salafus Soleh yang turut membahagikan tauhid kepada tiga bahagian ialah:
1) Imam Abu Hanifah (150H) menerusi kitabnya al-Fiqh al-Absat.
2) Imam Ibnu Jarir ath-Thabari (310H) dalam kitab tafsirnya Jami’ al-Bayan (tafsir ke atas surah Muhammad, ayat 19).
3) Imam Abu ‘Abdullah ‘Ubaidillah bin Muhammad bin Battah al-‘Aqbari (387H) dalam kitabnya al-Ibanah ‘an Syari’ah al-Firqah al-Najiyah wa Munajibah al-Firq al-Mazmumah.
4) Imam Ibnu Hibban al-Basti (354H) dalam kitabnya Raudhah al-‘Uqala’ wa al-Nuzhah al-Fudhala’.
Catatan: Hati-hati dengan mana-mana Ustaz di Malaysia yang menterjemahkan buku-buku Hasan Ali as-Saqqaf atau menjadikan tulisannya sebagai rujukan kerana ajaran yang mereka bawa menjurus kepada ajaran Syi'ah, Muktazilah dan Jahmiyyah tulen. Mereka semua mengaku sebagai Ahlus Sunnah wal Jama'ah (ASWJ) yang sebenarnya, padahal merupakan agen kepada aliran yang disepakati sesat di sisi para tokoh Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang hidup pada zaman Salafus Soleh.

Mohd Hairi Nonchi

No comments:

Post a Comment