Pages

Thursday, January 22, 2015

Kenapa Ahli Bid'ah benci kepada Konsep Pembahagian Tauhid 3?


 




Kenapa Ahli Bid'ah benci kepada Konsep Pembahagian Tauhid 3?

Mungkin ada dalam kalangan para pembaca yang sedang tertanya-tanya: Mengapakah Ahli Bid’ah amat benci kepada konsep pembahagian tauhid kepada tiga di sisi Wahhabi?

Ketahuilah bahawa sebab yang mendorong golongan pembuat bid’ah amat benci kepada konsep pembahagian ini adalah kerana wujudnya tegahan untuk beribadat kepada selain Allah. Ia dikenali sebagai tauhid al-Uluhiyyah, iaitu keyakinan yang meletakkan Allah sebagai satu-satunya Dzat untuk manusia beribadah dan menggantungkan segala pengharapan mereka.

Konsep tauhid ini amat berseberangan dengan akidah kebanyakan Ahli Bid’ah yang membenarkan amalan beristighotsah (meminta bantuan) dan beristi’anah (meminta pertolongan) kepada mayat-mayat di kuburan dan menjadikan mayat-mayat tersebut sebagai wasilah (perantara) antara mereka dengan Allah dalam beribadah.

Perbuatan mereka ini tidak jauh berbeza dengan perbuatan golongan musyrik yang mengakui kewujudan Allah sebagai Tuhan yang mencipta dan mengatur sekalian alam (al-Rububiyyah), namun pada masa yang sama mereka menjadikan sesuatu selainnya sebagai perantaraan dalam beribadah kepada-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

"Dan sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-Nya)?”, sudah tentulah mereka akan menjawab: “Allah.” [Surah al-‘Ankabut, ayat 61]

Ayat di atas menjelaskan tentang pengakuan golongan musyrik terhadap kerububiyyahan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pun demikian pengakuan mereka, namun mereka tetap juga menjadikan selain Allah sebagai sekutu dalam beribadah dan berdoa kepada-Nya. Perhatikan firman-Nya dalam ayat berikut:

"Dan orang-orang (musyrik) yang mengambil selain Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil mereka berkata): “Kami tidak menyembahnya melainkan supaya mereka dapat mendampingkan kami kepada Allah dengan sehampir-hampirnya." [Surah az-Zumar, ayat 3]

~Mohd Hairi Nonchi

2 comments: