Risalah Panduan Lengkap Fikih dan Ushul Fikih
Price: RM54.00
Judul: Ar-Risalah Panduan Lengkap Fikih dan Ushul Fikih | Judul Asal ('Arab): Ar-Risalah Imam Asy-Syafi'i | Penulis: Imam Muhammad B. Idris Asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) | Tahqiq: Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377H) | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1kg | Muka Surat: 446m/s.
Judul: Ar-Risalah Karya Imam Asy-Syafi'i | Judul Asal ('Arab): Ar-Risalah Imam Asy-Syafi'i | Penulis: Imam Muhammad B. Idris Asy-Syafi'i | Tahqiq: Syaikh Ahmad Syakir | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1kg | Muka Surat: 604.
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan
Imam
asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) merupakan seorang tokoh dan
seorang imam yang amat masyhur namanya dalam dunia Islam, beliau juga
merupakan tokoh yang hebat dan besar jasanya.
Beliau
merupakan individu yang pertama memiliki gagasan dan idea cemerlang
berkenaan kaedah penggalian hukum-hukum Islam, yang disusun dengan
begitu sistematik ke dalam sebuah karyanya yang diberi judul ar-Risalah (yang bermaksud, sebuah pesanan).
Usaha
pembukuan ini bertepatan dengan kepesatan perkembangan ilmu-ilmu
pengetahuan dalam dunia Islam. Ianya berlangsung di sekitar era khalifah
Harun al-Rasyid (145H-193H), dan kemuncaknya adalah di masa Khalifah
al-Ma’mun (170-218H).
Dengan
lahirnya kitab ini, fasa awal perkembangan ilmu ushul fiqh pun bermula.
Kitab ini menjadi rujukan utama bagi ahli ushul di masa-masa
seterusnya. Kitab ar-Risalah ini juga merangkumi gambaran metodhologi
imam asy-Syafi’i dalam mencari, menyusun, dan menggali/menggubal
hukum-hakam Islam. Ianya sangat baik untuk dijadikan rujukan utama bagi
mereka yang bergelar pengkaji, mahasiswa, pelajar, penggerak akademik,
dan pemerhati. Ia juga turut menjadi rujukan para ulama dulu dan kini.
Kata
Imam ‘Abdurrahman B. Mahdi rahimahullah tentang kitab ar-Risalah,
“Ketika aku melihat kitab ar-Risalah karya asy-Syafi’i, aku tercegang
kerana aku sedang melihat (susunan bahasa) seorang yang bijak, fasih,
lagi penuh dengan nasihat sehingga aku memperbanyakkan doa untuknya.”
(Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 4)
Kata
Syaikh Ahmad Syakir, “Seluruh kitab imam asy-Syafi’i adalah contoh
sastera ‘Arab yang murni dan berada di puncak balaghah yang tertinggi.
Beliau menulis berdasarkan naluri yang bersesuaian dengan fitrah, tidak
dibuat-buat dan tidak dipaksa-paksa. Kitab-kitab beliau adalah
penjelasan yang paling fasih yang pernah anda baca setelah al-Qur’an dan
hadis, tidak dapat ditandingi oleh satu ucapan pun dan tidak
terkalahkan oleh satu tulisan pun.” (Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq
Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 14)
Badruddin
az-Zarkasyi di dalam kitab al-Bahr al-Muhith fii Ushul menyatakan,
“asy-Syafi’i adalah ulama pertama yang menyusun buku tentang ushul fiqh.
Bagi bidang ushul fiqh ini, beliau menulis kitab ar-Risalah, Ahkam al-Qur’an, Ikhtilaf al-Hadits, Ibthal al-Istihsan, Jama’ al-‘Ilm, dan al-Qiyas.
Melalui pelbagai pembahagian bab-bab perbahasan dalam kitab ini, beliau
telah menjelaskan selok-belok penghujahan dengan hadis ahad,
membentangkan syarat-syarat kesahihan hadis, keadilan para perawi hadis,
penolakan khabar mursal dan munqathi’, serta perkara-perkara lain yang
boleh diketahui dengan menyemak isi kandungannya.” (Mukaddimah kitab
ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 13). [Disediakan oleh krew
Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Imam as-Suyuthi mengatakan, “Disepakati
bahawa asy-Syafi'i adalah printis pertama ilmu ushul fiqh yang lengkap
dan bebas. Beliau orang pertama yang menulis ilmu-ilmunya secara
tersendiri.”
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata, “ Dahulu, ilmu fiqih itu terkunci pada ahlinya sahaja, sehinggalah kemudian Allah membukakannya dengan Imam asy-Syafi'i.”
Demikianlah
melalui kitab beliau ini, Imam asy-Syafi'i telah berjaya meletakkan
pasak terpenting penulisan dan percambahan ilmu ushul fiqh. Beliau
menjelaskan ketentuan-ketentuannya dan variasinya. Di dalam kitab
ar-Risalah ini beliau berbicara tentang al-Qur'an dan ilmu-ilmunya, juga
as-Sunnah dan kedudukannya di sisi al-Qur'an, kemudian penjelasan
wajibnya mengikuti wahyu, kemudian memahami ilmu nasikh dan mansukh,
illat hadis, menuntut ilmu, hadis ahad, ijma' ulama, qiyas, ijtihad,
istihsan, perbezaan pandangan di kalangan ulama, atsar-atsar sahabat,
dan kedudukan ijma' serta qiyas di dalam berdalil.
~ http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product%2Fproduct&filter_name=ar-risalah&product_id=658
------------------------------------------------
Ar-Risalah Karya Imam Asy-Syafi'i
Imam
asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) merupakan seorang tokoh dan
seorang imam yang amat masyhur namanya dalam dunia Islam, beliau juga
merupakan tokoh yang hebat dan besar jasanya.
Beliau
merupakan individu yang pertama memiliki gagasan dan idea cemerlang
berkenaan kaedah penggalian hukum-hukum Islam, yang disusun dengan
begitu sistematik ke dalam sebuah karyanya yang diberi judul ar-Risalah
(yang bermaksud, sebuah pesanan).
Usaha
pembukuan ini bertepatan dengan kepesatan perkembangan ilmu-ilmu
pengetahuan dalam dunia Islam. Ianya berlangsung di sekitar era khalifah
Harun al-Rasyid (145H-193H), dan kemuncaknya adalah di masa Khalifah
al-Ma’mun (170-218H).
Dengan
lahirnya kitab ini, fasa awal perkembangan ilmu ushul fiqh pun bermula.
Kitab ini menjadi rujukan utama bagi ahli ushul di masa-masa
seterusnya. Kitab ar-Risalah ini juga merangkumi gambaran metodhologi
imam asy-Syafi’i dalam mencari, menyusun dan menggali/menggubal
hukum-hakam Islam. Ianya sangat baik untuk dijadikan rujukan utama bagi
mereka yang bergelar pengkaji, mahasiswa, pelajar, penggerak akademik,
dan pemerhati. Ia juga turut menjadi rujukan para ulama dulu dan kini.
Kata
Imam ‘Abdurrahman B. Mahdi rahimahullah tentang kitab ar-Risalah,
“Ketika aku melihat kitab ar-Risalah karya asy-Syafi’i, aku tercegang
kerana aku sedang melihat (susunan bahasa) seorang yang bijak, fasih,
lagi penuh dengan nasihat sehingga aku memperbanyakkan doa untuknya.”
(Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 4)
Kata
Syaikh Ahmad Syakir, “Seluruh kitab imam asy-Syafi’i adalah contoh
sastera ‘Arab yang murni dan berada di puncak balaghah yang tertinggi.
Beliau menulis berdasarkan naluri yang bersesuaian dengan fitrah, tidak
dibuat-buat dan tidak dipaksa-paksa. Kitab-kitab beliau adalah
penjelasan yang paling fasih yang pernah anda baca setelah al-Qur’an dan
hadis, tidak dapat ditandingi oleh satu ucapan pun dan tidak
terkalahkan oleh satu tulisan pun.” (Mukaddimah kitab ar-Risalah tahqiq
Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 14)
Badruddin
az-Zarkasyi di dalam kitab al-Bahr al-Muhith fii Ushul menyatakan,
“asy-Syafi’i adalah ulama pertama yang menyusun buku tentang ushul fiqh.
Bagi bidang ushul fiqh ini, beliau menulis kitab ar-Risalah, Ahkam
al-Qur’an, Ikhtilaf al-Hadits, Ibthal al-Istihsan, Jama’ al-‘Ilm, dan
al-Qiyas. Melalui pelbagai pembahagian bab-bab perbahasan dalam kitab
ini, beliau telah menjelaskan selok-belok penghujahan dengan hadis ahad,
membentangkan syarat-syarat kesahihan hadis, keadilan para perawi
hadis, penolakan khabar mursal dan munqathi’, serta perkara-perkara lain
yang boleh diketahui dengan menyemak isi kandungannya.” (Mukaddimah
kitab ar-Risalah tahqiq Syaikh Ahmad Syakir, m/s. 13)
No comments:
Post a Comment