Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

BERSIH - AGENDA YAHUDI HANCURKAN NEGARA ISLAM

 
 
 
 BERSIH - AGENDA YAHUDI HANCURKAN NEGARA ISLAM

Nama asal Bersih adalah Joint Action Committee for Electoral Reform yang ditubuhkan pada July 2005 oleh 3 NGO iaitu :

a) SUARAM - dana daripada NED sebanyak USD 85,000
b) Women's Development Collective - dana drpd Open Society
c) Writers Alliance for Media Independence (WAMI) - ditaja NED

Selepas 2-3 tahun, barulah Bersih menyerap masuk NGO yang lain. Kini Bersih merupakan sebuah gabungan 81 buah NGO di mana 60 daripadanya adalah haram dan tidak didaftarkan.

Ambiga Sreevenasan telah mengaku dalam The Malaysian Insider pada 27 Jun 2011 bahawa BERSIH ~2.0 ditaja oleh dua badan dana yang berpengkalan di Amerika iaitu National Democratic Institute (NDI), salah satu cabang daripada NED dan Open Society Institute (OSI.

NED milik Carl Gershman, NDI milik Madeline Albright, manakala OSI pula milik George Soros. Ketiga-tiga orang berbangsa Yahudi ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hubungan yang terjalin semasa Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ini bukan sekadar tuduhan atau fitnah yang dilemparkan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim.

Laporan Maxim News melaporkan bahawa Anwar Ibrahim adalah Ahli Majlis Eksekutif International Crisis Group (ICG). Anwar difahamkan telah dilantik pada sekitar June 2006 iaitu 2 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada penjara

Sesuatu yang harus diberikan perhatian di sini ialah semua ahli ICG termasuk George Soros dan pengasas ICG Mark Malloch Brown adalah berbangsa Yahudi, kecuali Anwar Ibrahim.

Antara mereka ialah Bekas Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat, Morton bramowitz, Kenneth Adelman Pengerusi Kawalan Senjata Api Amerika, dan Zbignew Brzezinsk Bekas Penasihat Pertahanan Negara President Amerika Syarikat.

Penglibatan Anwar dalam organisasi seperti ICG dan NED tidak harus diambil ringan. Analisa penglibatannya adalah penting untuk mengaitkan tujuan dan motif sebenar penubuhan BERSIH.

Ada muslihat di sebalik setiap demonstrasi BERSIH. Lihat di bawah :

BERSIH 1 : JUMPA AGONG.

Serahkan memorandom yang mengemukakan 4 permintaan iaitu (dalam B.Inggeris) :

Clean up of the electoral roll
Use of indelible ink
Abolition of postal voting for military and police personnel
Free and fair access to mass media for all parties

BERSIH 2 : the Walk for Democracy (demonstrasi jalan raya dalam erti kata lain)

Serahkan memorandom yang mengemukakan 8 permintaan (dalam B.Inggeris)

Clean up of the electoral roll
Reform of postal ballot
Use of indelible ink
Minimum 21 days of campaign period
Free and fair access to mass media for all parties
Strengthening of public institutions
No corruption
No dirty politics

BERSIH 3 : Duduk Bantah (Percubaan untuk lakukan Arab Spring)

Kali ini, demonstrasi tetap dilakukan walaupun 7 daripada 8 permohonan yang dikemukakan oleh BERSIH telah dipersetujui untuk diimplementasi oleh Parliament Select Committee(PSC). 1 permintaan yang tidak dapat ditunaikan ialah tempoh kempen di Sabah dan Sarawak untuk 21 hari tetapi permintaan tersebut juga masih dibincangkan.

Namun, demonstrasi tersebut dijalankan atas alasan BERSIH khuatir dan tidak mempercayai perlaksanaan permintaan mereka. Adakah ini satu alasan yang berbaloi?

HAKIKATNYA BERSIH 3 TERPAKSA DIJALANKAN WALAU DENGAN APA JUA CARA KERANA IA MERUPAKAN AGENDA TERAKHIR PERANCANGAN UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN.

Rancangan tersebut dirancangkan oleh Maureen Aung (seorang ahli OSF). Rancangan tersebut merangkumi

Tujuan BERSIH 1 memberi memorandom kepada YDP Agong agar apabila penggulingan kerajaan berlaku, rakyat tidak boleh tuduh ianya satu penderhakaan terhadap Raja. Alasan yang bakal digunakan ialah memorandom tersebut diserahkan kepada Agong. Namun Agong tidak mengambil sebarang tindakan.

Langkah ini sememangnya bijak kerana walaupun mengikut Perlembagaan, Agong yang melantik Pengerusi serta Pegawai-pegawai SPR, namun dalam secara realiti YDPA sekadar MENGIKTIRAF perlantikan atas nasihat Perdana Menteri

Asas inilah yang mendorong BERSIH (atas nasihat Maureen) untuk menggunakan WARNA KUNING, iaitu WARNA DIRAJA. Sebagai simbol Kuasa Rakyat telah memenangi Kuasa Raja.

Ini adalah Modus Operandi, cara dan kaedah yang sememangnya telah digunakan oleh NED dan Open Society di beberapa buah negara yang lain.

Gelaran Operasi tersebut ialah 'REVOLUSI WARNA'

Freedom House, National Democrat Institute, International Republican Institute, CIA, MOSSAD, USAID, CIDA, Albert Einstein Institution dan Open Society Institute telah mengaku penglibatan secara langsung melalui dana, pengaruh media asing dan latihan untuk membuat rusuhan di beberapa negara sebelum ini.

Antaranya negara yang menjadi mangsa campur tangan badan-badan asing ialah:

Georgia (Rose), Nicaragua, Ukraine (Orange), Kyrgyzstan (Tulip), Pakistan (Black), Occupied Palestine, Lebanon (Cedar), Kuwait (Blue), Myanmar (Safron), Tibet (Crimson) dan Iran (Green)

Sumber : Yuktes Vijay (Bekas Peguam Anwar ibrahim).

ASSU
-JJ-
~Perjuangan Sejati

Monday, April 30, 2012

PAKATAN RAKYAT MAHU HANCURKAN MALAYSIA



Kejadian mencederakan anggota polis serta merosakkan kereta peronda oleh perusuh Bersih 3.0, Sabtu lalu, telah menyerlahkan wajah sebenar penganjur perhimpunan haram tersebut.

Lebih-lebih lagi ia mendedahkan agenda sebenar pihak pembangkang yang menjadi dalang rusuhan jalanan yang kononnya untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih.

Agenda utama pembangkang tidak lain tidak bukan pada hari itu ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Melihat kepada keadaan sekitar Kuala Lumpur selepas rusuhan oleh peserta Bersih yang mengganas dan bertindak di luar tata susila sebuah masyarakat yang bertamadun yang hidup di dalam sebuah negara yang berdaulat, menjurus rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah ini bentuk pemerintahan sekiranya pembangkang berkuasa?

Pembangkang terutama ketuanya, Anwar Ibrahim menaruh penuh keyakinan bahawa dunia akan menyokong perjuangan mereka.

Tetapi melihat apa yang telah dilakukan oleh peserta Bersih, besar kemungkinan masyarakat antarabangsa yang bencikan keganasan akan turut melabelkan Bersih dan pembangkang sebagai golongan perosak dan penganas.

Daripada keyakinan memburuk-buruk kerajaan Malaysia kini Anwar dan kuncu-kuncunya menerima bahana kutukan dan cacian rakyat yang melihat betapa ganasnya peserta Bersih pada hari Sabtu lalu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan penganjur Bersih, Ambiga Sreenevasen telah menipu pihak berkuasa dengan berjanji bahawa perhimpunan mereka adalah aman dan berhemah.

Sebaliknya, apa yang berlaku peserta Bersih bertindak ganas seperti orang hilang akal dan melanggar setiap janji yang mereka lafazkan.

Tidak ada duduk dan bantah seperti yang dijanjikan, malah penyokong pembangkang merusuh dan merempuh hadangan di Dataran Merdeka.

Pihak polis memberi arahan tidak ada sebarang perarakan diadakan, tetapi apa yang berlaku Ambiga memberi arahan supaya peserta Bersih bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

Apatah lagi apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan lantang membakar hari penyokongnya supaya merempuh dan masuk ke Dataran Merdeka secara ganas.

Hati rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu tergurus apabila melihat anak-anal muda Melayu yang sepatutnya menjadi generasi harapan bangsa, bertindak memukul anggota polis yang sebangsa dengan mereka tanpa belas kasihan.

Dalam pertembungan perusuh dengan pihak keselamatan, pihak yang menangguk di air keruh ialah DAP.

Melihat kepada kehadiran mendadak kaum Cina pada perhimpunan haram kali ini berbanding dengan Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu, bolehlah dikatakan DAP dan penyokong-penyokong Cina telah berjaya memperbodohkan pemimpin-pemimpin Melayu dari PKR dan PAS untuk menjayakan agenda licik mereka.

Orang Cina kini yakin mereka mampu menumbangkan kerajaan BN hasil sokongan membabi buta dan persengkokolan PKR dan PAS.

DAP hanya menunjukkan sokongan kepada PKR dan PAS di dalam Pakatan Rakyat kerana mahukan kuasa ang lebih besar setelah berjaya menawan Pulau Pinang.

Agenda pertama DAP jika mereka berkuasa di Malaysia ialah untuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi pelindung dan tunggak kedaulatan bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Seterusnya DAP mahu memansuhkan apa jua institusi yang ada kaitan dan kepentingan Melayu dalam senua bidang seperti MARA, UiTM, MRSM, PNS, PUNB, Tekun dan sebagainya.

Anwar akan membenarkan perkara ini berlaku kerana inilah syarat utama sokongan DAP kepadanya.

Yang penting bagi Anwar ialah memastikan agenda Zionis-Yahudi dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia tanpa memperdulikan hidup mati bangsa Melayu.

Kerajaan dan pihak polis menunjukkan sikap cukup berlembut kepada peserta Bersih sehinggalah mereka sendiri bertindak di luar batas undang-undang.

Anwar, Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain wajib dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas rusuhan yang berlaku.

Kini Ambiga tidak menolak kemungkinan terus mengadakan perhimpunan haram selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Bak kata peribahasa Melayu, pembangkang sudah 'banyak lemak' dan kini sudah tiba masa untuk bertindak tegas terhadap mereka sebelum negara terjerumus dalam kancah kehancuran



----------------------------------------------
Apa Selepas Demonstrasi BERSIH?: Pengajaran Dari Mesir

Manusia belajar dari kesilapan. Malangnya memperbaiki kesilapan tidak selalunya mudah dan adakalanya ia tidak dapat diperbaiki lagi. Kesilapan pula sering dibayangi dosa dan adakalanya dosa tersebut mungkin dapat diampunkan dan mungkin juga tidak. Di kala itu, yang tinggal hanyalah penyesalan. Maka hiduplah kita dalam keadaan tidak keruan akibat kesilapan yang dibuat.

Mungkin ada yang melihat bahawa soal kesilapan memilih kerajaan sebagai soal remeh kerana ia boleh diperbetulkan dalam masa 5 tahun lagi.

Atau mungkin juga kita tidak sedar yang kita telah berbuat silap malah begitu yakin yang kita benar dan cukup arif membuat pilihan. Kerana itu, banyak negara-negara di dunia mengalami kehancuran akibat kesilapan rakyat memilih kerajaan.

Untuk pengetahuan semua, soal memilih kerajaan sebenarnya bukan seratus peratus terpulang kepada rakyat negara tersebut. Ini kerana mengikut pendedahan bekas pegawai CIA, Phil Agee, CIA telah lama terlibat dalam menggulingkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan Amerika. Ini telah dilakukan sejak berdekad-dekad dahulu. Dalam bukunya, beliau menyebut antara negara yang beliau sendiri terlibat dalam menggerakkan pemberontakan dan penggulingan kuasa ialah Chile, Brazil, Albania, Filipina, Panama dan banyak lagi.

Kita faham bahawa apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Iraq, Libya dan beberapa lagi negara akhir-akhir ini adalah juga kerja CIA. Dan inilah yang kita cuba fahamkan kepada rakyat Malaysia iaitu tentang betapa membuat keputusan yang bijak dalam pilihanraya adalah penting, kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan polisi dalam negara tetapi juga kedaulatan, kemerdekaan malah kehidupan seharian kita.

Penulis enggan menyentuh lebih jauh tentang Modus Operandi CIA kerana ia boleh dibaca sendiri dalam buku Phil Agee, Inside the Company: CIA Diary. Apa yang penting untuk kita renungkan ialah apakah yang berlaku selepas sesuatu pemberontakan, huru-hara atau selepas kerajaan yang sah digulingkan bukan melalui pilihanraya?

Kita ambil contoh apa yang terjadi di Mesir selepas protes besar-besaran pada 25 Januari 2011 yang ‘berjangkit’ dari Tunisia. Protes bertukar menjadi rusuhan dalam sekelip mata dan kemudiannya, keganasan. Seperti yang kita sedia maklum, ketika Mesir sedang kecoh, Amerika Syarikat pantas menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pihak pemberontak sehingga akhirnya Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatannya, sekali gus, membuktikan pendedahan Phil Agee.

Semua ini berlaku selama 18 hari sebelum membawa kepada kehancuran Mesir yang belum tentu pengakhirannya.

Apakah kemenangan pihak pemberontak membawa kepada Mesir yang lebih baik? TIDAK!!!

Hari ini, Mesir terpaksa menapak membangunkan kembali negara mereka dari bawah. Kini, rakyat yang bersungguh-sungguh ingin menggulingkan kerajaan mula tertanya-tanya apakah mereka telah berbuat kesilapan?

Pemberontakan membawa kepada lumpuhnya ekonomi dan pentadbiran di Mesir menyebabkan rakyat termasuk pemberontak terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana kemudahan asas juga sukar untuk didapati. Bangunan-bangunan yang menempatkan pejabat, kedai dan pusat perkhidmatan runtuh, terbakar dan musnah. Ramai yang kehilangan kerja dan makanan juga sukar didapati. Pemberontak dan rakyat yang lapar mula menceroboh dan mencuri bagi menyambung kehidupan.

Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa lama.

Pada 25 Januari 2012 yang lalu iaitu ulangtahun pemberontakan menyaksikan keresahan rakyat yang memuncak akibat pergolakan politik, pemerintahan tentera serta kebangkitan parti-parti Islam. Walaupun telah setahun berlalu, kehidupan rakyat termasuk para pemberontak belum pulih seperti sediakala malah lebih teruk dari sebelumnya.

Dengan lumpuhnya prasarana dan struktur sosial, Mesir mengalami krisis ekonomi yang amat buruk. Pemerintahan tentera dan kebangkitan parti-parti Islam kini meletakkan negara dalam keadaan sukar yang menjurus kepada penurunan nilai matawang dan hutang negara meningkat. Kerajaan Mesir kini terpaksa membelanjakan sehingga USD2 billion sebulan bagi mengimbangi kejatuhan nilai tersebut sedangkan rizab matawang asing pula hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum penggulingan kerajaan. Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga pastinya menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.

Sikap rakyat Mesir terhadap subsidi sebelum ini adalah tidak jauh dari sikap rakyat Malaysia iaitu merasakan bahawa itu adalah kewajiban kerajaan atau menjadi hak mereka sejak lahir, tanpa mengambil kira keadaan ekonomi negara dan dunia. Penarikan subsidi ini tentunya menambahkan kemarahan rakyat, cuma kini mereka mungkin tidak tahu lagi kepada siapa kemarahan tersebut harus ditujukan.

Perkembangan terbaru,, kerajaan telah menjual saham di beberapa bank dengan harga yang rendah dari nilai sepatutnya. Hari ini, rakyat Mesir tidak berani menyimpan wang mereka di dalam bank kerana bimbang apa yang akan berlaku di masa depan.

Keadaan menjadi lebih teruk dengan kadar pengangguran kini berada di tahap 12 – 24 peratus berdasarkan angka rasmi dan tidak rasmi. Sedangkan sebelum ini, kadar pengangguran berada di tahap 9 – 12 peratus yang mana menjadi faktor utama pemberontakan bermula. Ini adalah tanda jelas bahawa keadaan adalah jauh lebih teruk dari sebelumnya.

Kemelut pemilihan Presiden juga tidak membantu Mesir sebaliknya menambahkan kemarahan, keresahan dan kesusahan rakyat. Justeru, bagi melepaskan kemarahan, pemberontakan berterusan setiap minggu walaupun pemberontak telah berjaya menggulingkan kerajaan sebelumnya.

Pada 20 April lepas, beribu-ribu rakyat berhimpun lagi kerana mencurigai peralihan kuasa yang bakal berlaku bulan depan.

Jika dulu pemberontak memberontak terhadap pemerintah kerana merasakan hidup mereka susah, tetapi hari ini hidup mereka jauh lebih susah. Jika dulu rakyat secara puratanya membelanjakan USD300 untuk sebuah majlis perkahwinan, tetapi kini mereka hanya mampu membelanjakan sekitar USD100. Jika dulu, pihak pengantin lelaki menghadiahkan emas tetapi kini tidak lagi. Kini mereka terpaksa berlapar dan berebut untuk makan. Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa minyak adalah satu bentuk kemewahan.

Semua ini adalah kesan langsung dari pemberontakan dan penggulingan kerajaan secara demonstrasi ganas yang dibakar oleh semangat kebencian dan sifat tidak tahu bersyukur. Maka benarlah bahawa sesuatu perjuangan yang digerakkan oleh rasa benci dan marah adalah perjuangan yang diilhamkan oleh iblis.

Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan bisikan iblis dan belajar menghargai segala nikmat keamanan, keselesaan dan kesenangan yang dimiliki hari ini. Sebelum kita memBERSIHkan segala apa yang lain, eloklah kita BERSIHkan dulu hati nurani dan fikiran sendiri.
~Mohd Faidz Massari

Wednesday, July 20, 2011

BERSIH: Pergerakan Dibiayai Dana Luar Merealisasikan Agenda Asing




Tony Cartalucci, Land Destroyer Report, Thailand – Tiada siapa yang waras dapat menafikan kemuliaan usaha menerapkan ketelusan serta kredibiliti supaya sesebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan tindakan yang diambil.

Bagaimanapun, apabila sekelompok rakyat melancarkan demonstrasi jalanan yang disokong, dibiayai kuasa asing dan lebih buruk lagi apabila ia dipimpin oleh mereka yang menghambakan diri kepada kepentingan luar, nyata ia telah diperalatkan bagi mengeksploitasi agenda tertentu untuk menunggang sentimen segelintir masyarakat yang kecewa.

Dalam hal demikian pergerakan tersebut akhirnya akan gagal mencapai matlamat yang di dokong, dan seterusnya membuka ruang kepada rasuah dan kezaliman yang tidak dapat dibayangkan pengikutnya.


Satu contoh fenomena ini berlaku dalam konteks senario politik Malaysia apabila sebuah pergerakan yang menamakan diri mereka “BERSIH” atau “Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih” telah menawan minda serta imaginasi kelompok muda dan progresif di negara ini dan di serata dunia.


Walaupun pemimpin BERSIH, Ambiga Sreevenasan dengan kenyataan tidak masuk akal mendakwa “kami berjuang untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih,” namun beliau tidak memberitahu pengikutnya bahawa pergerakan tersebut juga dibiayai dan menerima latihan daripada kerajaan Amerika Syarikat serta beberapa buah yayasan yang dibiayai syarikat korporat asing.


The Malaysian Insider melaporkan pada 27 Jun lalu bahawa pemimpin BERSIH Ambiga Sreevenasan “mengaku menerima wang daripada dua buah organisasi Amerika – the National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) untuk membiayai projek-projek lain yang menurutnya tidak mempunyai kaitan dengan perhimpunan 9 Julai.”

Paparan laman web NDI sebelum perkataan BERSIH dikeluarkan

Dalam laman web NDI, apa yang diakui Ambiga terbukti adalah benar, tetapi maklumat tersebut kemudian diubah dan digantikan dengan informasi yang lebih lembut tanpa menyebut perkataan BERSIH.

Dalam usaha menjelaskan kononnya pengakuan Ambiga tidak memberikan kesan negatif, tindakan NDI yang tergesa-gesa menukar maklumat itu membuktikan pertalian BERSIH dengan NDI pada laman web itu telah menimbulkan syak wasangka.

Lebih meragukan lagi tentang agenda sebenar BERSIH, ialah pembabitannya dengan gerombolan pembangkang Pakatan Rakyat apabila beberapa orang pemimpin berjanji akan membawa beratus ribu orang penyokong untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.


Pakatan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim bersama gabungan parti-parti pembangkang yang mempunyai susur galur sejarah panjang dengannya.

Diambil sewaktu majlis penganugerahan “Democracy Award 2007” tajaan NED di Washington. Anwar Ibrahim (kiri) mengambil bahagian sebagai ahli panel pemilihan. Tidak menghairankan bagaimana NED menajanya untuk meraih kembali kuasa di Malaysia


Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998, selain menjadi pensyarah di School of Advanced International Studies John Hopkins University, perunding Bank Dunia, dan ahli panel pemilihan “Democracy Award” dan ahli panel pembiaya dana rangkaian neocon yang ditaja National Endowment for Democracy (NED), iaitu organisasi yang secara kebetulan membiayai dan menyokong BERSIH, ketara mensahihkan syak wasangka terhadap agenda tersirat mereka.

Realitinya, pemimpin BERSIH bersekongkol dengan Anwar bersama para penaja luar dalam usaha mengeksploitasi keresahan rakyat Malaysia bagi meletakkan dirinya di persada kuasa.


Walaupun ramai yang merasakan “perjuangan” menuntut “pilihan raya adil dan bersih” sebagai matlamat asas BERSIH dan Anwar, dan menyatakan pembiayaan Amerika melalui dana NED/NDI berserta Open Society yang dimiliki petualang kewangan antarabangsa, George Soros sesuatu yang tidak berbahaya[?], namun secara realiti, jika diteliti struktur dan modus operasi badan-badan tersebut dalam konteks BERSIH, jelas apa sebenarnya agenda yang tersirat di sebalik penajaan itu.


NED, NDI, IRI & Freedom House Operasi Imperialis Pencetus Perang


Kita perlu perhalusi wajah kesemua organisasi ini dengan melihat kepada keahlian lembaga pengarah NED, badan induk yang membiayai NDI.


Dengan berpandukan misi kononnya menyokong “kebebasan di serata dunia,” ia sepatutnya dilantik dari kalangan pemenang-pemenang Hadiah Keamanan Nobel, dan para diplomat terkemuka yang bergerak di atas contoh-contoh kepimpinan demokrasi tersohor.


Tetapi di sebaliknya, kita mendapati tokoh-tokoh seperti John Bohn, seorang ahli perbankan antarabangsa yang mempunyai 13 tahun pengalaman, dan kini berkhidmat dengan firma perunding dan penasihat, GlobalNet Partners untuk membantu syarikat-syarikat luar membolosi pasaran China dengan mudah.


Tidak dapat dinafikan kemampuan Bohn untuk memanipulasi lanskap politik China menerusi aktiviti-aktiviti licik NED dan persisian pinggirnya jelas membuktikan konflik kepentingan. Bagaimana pun, “konflik kepentingan” sentiasa berlaku dalam pergerakan NED dan Freedom House.


Turut berkhidmat bersama Bohn, adalah Rita DiMartino yang pernah bertugas dengan Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat (CFR), sebagai ahli korporat AT & T, sebagai “Naib Presiden Perhubungan Kongres Amerika” dan sebagai ahli CFR.


Turut serta termasuk Kenneth Duberstein mewakili senarai Fortune 500, ahli lembaga pengarah Boeing, syarikat petroleum ConocoPhilips dan Mack-Cali Realty Corporation. Duberstein pernah berkhidmat sebagai pengarah syarikat Fannie May hingga 2007. Beliau juga ahli CFR.


Selepas mengenali tokoh-tokoh yang disebutkan di atas, kita perlu pula mempertimbangkan kedudukan beberapa orang penghasut peperangan yang berada dalam lembaga pengarah NED, termasuk Francis Fukuyama, Zalmay Khalilzad, Will Marshall dan Vin Webber.


Kesemua mereka merupakan penyokong dasar pro-peperangan, pro-korporat dan kegilaan untuk merealisasikan Project for a New American Century (PNAC).


Tersirat dalam dokumen-dokumen yang dihasilkan “badan pemikir” itu termasuk rayuan kepada beberapa orang presiden Amerika supaya berperang dengan negara-negara berdaulat di dunia, selain menambahkan bilangan tentera Amerika di negara-negara yang sedang dikuasai tentera Amerika.


Agenda yang sama juga ketara dalam dokumen ala-Hitler sepanjang 90 muka surat berjudul “Rebuilding America’s Defenses” (Membina Semula Pertahanan Amerika), yang merupakan usaha Amerika untuk mewujudkan hegemoni global.


Kita akan melihat kemudian, bagaimana badan pemikir yang berpendirian sebagai penghasut peperangan ini juga bertindak sebagai pusat penghubung yang dipaut kepada “pejuang hak asasi” Freedom House.


“Penyata Prinsip” yang ditandatangani barisan pengerusi NED seperti Francis Fukuyama, Zalmay Khalilzad dan Vin Weber mengakui prinsip mereka yang berbunyi seperti berikut:

“Kita perlu bertanggungjawab kepada peranan unik Amerika dalam usaha memelihara dan memperluaskan orde antarabangsa yang mesra dengan keselamatan, kejayaan dan segala prinsip negara ini (Amerika).”

Tentu sekali apa yang mereka maksudkan dengan “orde antarabangsa” adalah campur tangan di luar sempadan Amerika Syarikat. Ungkapan tersebut digunakan sekadar merujuk kepada imperialisme global.


Petualang – pertualang lain yang memperturunkan nama dalam penyataan tersebut termasuk Paula Dobriansky dari Freedom House, Dan Quayle, Donald Rumsfeld, Paul Wolfowitz, Dick Cheney, Eliot Cohen dan Elliot Abrams.


“Penyata Pasca Perang Iraq” dari Project for a New American Century (PNAC) mengenai sokongan padu ciri-ciri pembangunan negara diperkukuhkan dengan pembabitan pengerusi NED, Will Marshall, Frank Carlucci (Freedom House 2002) dan James Woolsey bersama Martin Indyk (ahli lembaga Lowy Institute dan pengarang bersekutu laporan “Which path to Persia?), William Kristol dan Robert Kagan – kedua-duanya merupakan penghasut peperangan yang aktif dalam Inisiatif Dasar Luar Amerika.

Perlu diingat, Inisiatif Dasar Luar (Foreign Policy Initiative, FPI) sebenarnya penjelmaan terbaru PNAC.


Baru-baru ini FPI telah mengemukakan surat terbuka kepada seluruh ahli Republikan Kongres Amerika yang menyeru supaya dibelakangi kehendak rakyat Amerika dan meneruskan perang terhadap Libya.


Surat FPI itu juga mengatakan bahawa resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan perang ke atas Libya sebenarnya mengikat tangan Amerika.


Justeru itu, FPI menyarankan supaya sikap agresif Amerika diperluaskan demi untuk “membantu pihak pembangkang di Libya.”

Sepucuk surat PNAC yang tidak bertajuk dan dialamatkan kepada Presiden Amerika, George Bush mengenai saranan am supaya digalakkan hasutan peperangan dengan pantas dipersetujui oleh Ellen Bork (Freedom House), Ken Adelman (bekas pelobi Thaksin Shinawatra melalui Edelman), dan James Woolsey.

Turut menyokong, petualang-petualang neo-con itu seperti Richard Perle, William Kristol, Robert Kagan dan tokoh popular yang sentiasa prejudis kepada Islam, Daniel Pipes.


Berpandukan semua ini maka bolehlah dianggap NED tidak berminat sama sekali untuk “menyokong kebebasan di serata dunia,” atau pun untuk memperjuangkan agenda “pilihan raya adil dan bersih” di Malaysia,” tetapi sebaliknya menggunakan segala ideal ini bagi menubuhkan oligarki (kerajaan diktator/proksi) korporat global untuk kepentingan sendiri.


Di kalangan PNAC dan komponen-komponennya seperti FPI dan Foundation for Defense Democracies, kesemua badan petualang yang bertopengkan“demokrasi dan hak asasi manusia” telah mencipta dan mempromosikan kesinambungan bab-bab paling zalim dan lucah melalui pembunuhan beramai-ramai, pencerobohan, penjajahan dan peperangan yang tidak putus-putus sepanjang sejarah manusia.

Penunjuk perasaan Thai di hadapan Kedutaan Malaysia, Bangkok bagi pihak penunjuk perasaan BERSIH yang ditangkap sebelum perhimpunan haram 9 Julai di Kuala Lumpur. Peristiwa ini mendapat liputan Prachatai yang dibiayai NED dan menggunakan ahli-ahli “People’s Empowerment Foundation” yang bergiat bagi pihak BERSIH Malaysia

Sebagai konsep membalas sokongan yang diberikan, NED sebuah organisasi yang Anwar Ibrahim bergiat aktif, turut membiayai pula pelbagai cabang dan komponen propagandanya, termasuk Freedom House, International Republican Institute (IRI) dan National Democratic Institute (NDI) yang terbukti jelas menyalurkan bantuan kewangan kepada pergerakan BERSIH di Malaysia.


Dalam hal ini, kumpulan-kumpulan penghasut peperangan seperti Freedom House telah sejak sekian lama berkempen menyokong BERSIH.


“Laporan-laporan” terpilih mereka boleh dibaca di bawah. Kesemuanya disebut dan dipetik oleh media korporat antarabangsa untuk memantapkan kesahihan BERSIH yang tidak pernah wujud.

Sokongan retorik Freedom House untuk BERSIH:

“Tangkapan Sebelum Perhimpunan Menuntut Reformasi Pilihan Raya di Malaysia menimbulkan Kebimbangan”
“Tindakan Keras Kerajaan Malaysia Melanggar Hak Asasi”
“Kebebasan Berpersatuan Terancam: Tindakan Autoritarian melanggar Masyarakat Sivil”
“Surat Kepada Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton Mengenai Tindakan Ganas Kerajaan Malaysia”

Council on Foreign Relations (CFR)

Council on Foreign Relations (CFR) atau Majlis Perhubungan Luar, adalah sebuah badan pemikir Amerika yang mewakili pelbagai kepentingan dan agenda syarikat-syarikat Fortune 500 juga turut membabitkan diri dalam pergerakan BERSIH Malaysia.

CFR berbangga dengan kejayaan memecahbelahkan masyarakat Malaysia.

Juga perlu diingat bahawa CFR memuji liputan menyeluruh dan terperinci mengenai BERSIH oleh blog New Mandala yang dikendalikan ahli akademik palsu Australian National University, Andrew Walker.

Walker sebelum ini didedahkan sebagai terbabit dengan aktiviti Lowy Institute. Beliau seorang daripada puluhan ahli akademik, wartawan dan pakar dasar palsu yang dibayar oleh Fortune 500.

George Soros & Open Society Institute (OSI)

Open Society Institute (OSI) yang dimiliki George Soros bukan hanya satu-satunya dana yang disebut pemimpin BERSIH Ambia Sreevenasan sebagai pembiaya pergerakan tersebut.

Organisasi itu turut membiayai beberapa kumpulan “demokrasi dan hak asasi manusia” yang memperjuangkan kepentingan korporat selain sokongan retorik oleh media korporat bagi memberikan kesahihan kepada BERSIH.

Open Society juga membiayai organisasi sekutu NDI “Transparency International” yang turut menerima bantuan daripada syarikat ExxonMobil, General Electric, Shell, Pfizer, British Petroleum, HSBC Holdings dan Proctor & Gamble.

Sementara itu, Open Society turut membantu Amnesty International (muka surat 10) dan Human Rights Watch (HRW) – kedua-duanya tergesa-gesa tampil membela BERSIH sebelum dan selepas perhimpunan jalanan BERSIH pada 9 Julai.

Sokongan Human Right’s Watch yang dibiayai Soros untuk Pergerakan BERSIH Malaysia:

“Malaysia: Siasat Tindakan Ganas Ke atas Perhimpunan Pro-Demokrasi”
“Malaysia: Hentikan Keganasan Ke atas Tunjuk Perasaan Aman”
“Malaysia: Bebaskan 30 Aktivis Politik Aman”
“Surat Bersama Kepada Perdana Menteri Mengenai Pencabulan Ke atas BERSIH 2.0”

Surat bersama itu ditandatangani Amnesty International yang juga dibiayai Soros dan kumpulan syarikat-syarikat Fortune 500, termasuk NED, dan International Federation for Human Rights (FIDH) yang dibiayai Tides Foundation.


Sokongan Amnesty International Kepada BERSIH:

“Malaysia: Maklumat Lanjut: Penindasan Berterusan Selepas Perhimpunan Reformasi”
“Malaysia: Polis Menggunakan Taktik Ganas Ke atas Tunjuk Perasaan Aman”
“Malaysia: Ratusan Peserta Tunjuk Perasaan Aman di Tangkap”
“Malaysia: Aktivis Malaysia ditahan di lokasi rahsia”
“Malaysia: Ahli Parlimen, aktivis ditahan kerana menyertai tunjuk perasaan”
“Malaysia: Hentikan Penindasan Ke atas Aktivis Pro-Reformasi”
“Malaysia: Surat Terbuka Bersama: Pencabulan hak Asasi manusia ke atas BERSIH 2.0”

Kesimpulan

Jika terdapat pihak yang masih sangsi mengenai wajah sebenar NED, Open Society dan pelbagai bentuk ‘pejuang’ yang menyokong agenda global Amerika, mengenai siapa yang diberikan sokongan dan mengapa, buktinya jelas terpampang pada dokumen pengakuan yang dikeluarkan Project for a New American Century (PNAC) yang menggesa dipercepatkan penguasaan Amerika ke atas dunia.

Seperti mana Empayar British dan Empayar Rom sebelum ini yang turut menggunakan konsep mengembangkan konsep “masyarakat bertamadun” sebagai topeng kepada aspirasi penjajahan ke atas mereka yang jahil, sama jugalah peranan oligarki pembiaya korporat Anglo-Amerika menggunakan konsep menyebarkan “hak asasi manusia,” “demokrasi,” dan “kebebasan” bagi menjajakan agenda mereka, iaitu “orde antarabangsa.”

Rangkaian imperialis moden yang membina orde antarabangsa pembiayaan korporat Anglo-Amerika

Orde tersebut digambarkan oleh petualang neocon, Robert Kagan sebagai usaha memenuhi “keperluan Amerika Syarikat dan sekutunya.”

Apa yang ditaja bukanlah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan demokratik seperti yang disangka.

Petikan daripada HistoryWorld.Net:

“Matlamatnya ialah untuk membiasakan mereka dengan kehidupan aman dan tenteram melalui penyediaan pelbagai kelengkapan. Berpandukan objektif ini beliau menghulurkan bantuan bagi membina rumah berhala, medan orang ramai dan sebagainya. Beliau memberikan pendidikan sastera kepada anak-anak pemimpin tempatan dan mempengaruhi mereka supaya lebih mengutamakan cara hidup menurut acuan British berbanding kemahiran orang Gaul.

Semua strategi tersebut menghapuskan kebencian kepada bahasa Latin dan sebaliknya memupuk semangat untuk menggunakan bahasa itu dengan berkesan. Pendekatan itu sama dengan cara pemakaian toga (pakaian rasmi orang Rom) dipopularkan. Dengan cara demikian seluruh masyarakat yang dijajah semakin dijinakkan dengan godaan dan tarikan melekakan seperti berpelesiran di arked, pusat-pusat mandi wap dan urut serta kehidupan yang narsisistik. Justeru itu, tanpa disedari minda orang British yang ditakluki empayar Rom sentiasa sebati dengan konsep ‘tamadun’ walhal apa yang sebenarnya berlaku, bangsa mereka ditawan dan diperhambai.

- Daripada Pengisahan Oleh Tacitus Mengenai Empayar Rom yang diterjemahkan
oleh Michael Grant, Penguin (1975), muka surat 72.

Oleh itu, apa yang diwar-warkan sebagai “pilihan raya adil dan bersih” yang dicadangkan kepada Malaysia oleh NED dan Freedom House melalui jentera BERSIH hanyalah bagi merealisasikan perhambaan rakyat Malaysia.


Untuk membayangkan bentuk masa depan Malaysia yang dilakarkan mereka itu, lihat saja kepada pergolakan yang berlaku di Mesir baru-baru ini – pergolakan yang digunakan sebagai sumber inspirasi perjuangan mereka dalam BERSIH.


Dalam usaha rakyat Mesir bersatu untuk “membebaskan” diri, mereka telah menjatuhkan kerajaan kebangsaan sendiri dan meraikan pelantikan Mohamad ElBaradei yang sebenarnya boneka Amerika Syarikat melalui campur tangan licik International Crisis Group (ICG), yang berkait rapat dengan Presiden Rejim Zionis Shimon Peres, Gabenor Bank of Israel, Stanley Fischer dan penyibuk geopolitik Amerika, Zbigniew Brzezinski.


Baru-baru ini Senator John McCain, Pengerusi International Republican Institute (IRI), sebuah NGO yang dibiayai NED, dan yang pernah direkodkan sebagai dalang “kebangkitan Arab” sekarang ini, telah membawa beberapa orang wakil syarikat-syarikat korporat Fortune 500 untuk melawat Bandaraya Kaherah yang baru “dibebaskan semula”.

Agenda mereka tidak lain tidak bukan untuk “liberalisasi ekonomi” dan integrasi negara yang sebelum ini berdaulat ke dalam empayar Anglo-Amerika.


Seperti bangsa British zaman silam, generasi muda Mesir masa kini terlalu sebati dengan cara hidup Barat dan konsep demokrasi liberal baru yang diserapkan melalui tangan-tangan tersembunyi yang didalangi oligarki global dan diketuai oleh seorang agen Barat yang amat dikenali.


Malaysia menghadapi persimpangan yang serupa. Rakyatnya kini perlu memutuskan sama ada inginkan perubahan secara sendiri melalui pendekatan pragmatik, dan aktivisme akar umbi bebas atau membuka jalan kepada penjajah.


Dilema seperti ini lumrah berlaku di negara-negara berdaulat. Oleh itu jika mereka mengikuti agenda politik yang jelas merugikan diri sendiri – agenda yang di manipulasi dan didalangi kuasa-kuasa asing bagi memecahbelahkan rakyat dan menggugat negara, maka akan mudahlah kuasa-kuasa luar meletakkan boneka mereka sebagai pemimpin dan sekali lagi menghumban Malaysia ke dalam kancah penjajahan.

sumber:AIDC
artikel berkaitan :

Saturday, July 9, 2011

Menjawab Hukum Mengharuskan Demonstrasi Bersih 2.0


Demonstrasi seperti yang ditakrifkan di dalam Kamus Dewan bermaksud tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dan lain-lain.

Apakah hukum dan pandangan Islam terhadap demonstrasi?

Para ulama berbeza pendapat dalam perkara ini. Di sana terdapat pandangan yang mengharuskan berdemonstrasi dan terdapat juga pandangan yang mengharamkannya.

Sebenarnya tidak ada nas yang qati’e (muktamad) samada dari al Quran atau hadith-hadith shahih yang mengharuskan atau mengharamkan berdemonstrasi.

Tulisan ini akan mengupas mengenai persoalan hukum dan justifikasi agama terhadap Perhimpunan Bersih 2.0. anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah suatu bentuk demonstrasi atau bantahan jalanan terhadap pihak pemerintah Muslim.

Pihak penganjur mendakwa ia bertujuan mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia melalui tuntutan-tuntutan seperti yang terkandung di dalam memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Mereka juga mendakwa Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah suatu demonstrasi aman dan merupakan hak-hak rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 10 (1) (b) yang menyatakan semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

Berdasarkan sirah Nabi dan sahabat, demonstrasi terhadap pemerintah Muslim dalam bentuk seperti ditunjukkan oleh masyarakat dunia hari ini (sama ada secara aman atau liar) tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat radhiallahu ‘anhum.

Walaupun demikian, ada golongan yang mengharuskan demonstrasi terhadap pemerintah dengan berhujjahkan kepada suatu riwayat bahawa kononnya Rasulullah s.a.w. pernah melakukan demonstrasi aman di Kota Makkah dahulu.

Peristiwa itu kononnya berlaku setelah Nabi s.a.w. diperintahkan oleh Allah Taala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Kaabah.

Satu barisan dipimpin oleh Umar bin al Khattab r.a. dan satu lagi dipimpin oleh Hamzah bin Abdul Muthalib r.a. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci “La ilaha illallah”, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Kaabah. Kononnya Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut dan memberi arahan kepada mereka.

Kisah ini telah diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 1/40 berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Hasan, berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Utsman bin Abi Syaibah berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid bin Shalih berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Aban dari Ishaq bin Abdullah dari Aban bin Shalih dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Umar bin al Khattab.

Abu Nu’aim juga meriwayatkan kisah ini dalam Dala’ilun Nubuwwah no.194 dengan sanad yang sama.

Sebenarnya taraf riwayat ini sangat lemah dan ia bertentangan dengan hadith-hadith shahih yang lain. Kelemahannya adalah dari segi sanad dan matan.

Adapun - dari segi sanad adalah kerana di dalam riwayat tersebut terdapat seorang yang bernama Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah.

Imam an Nasa’i berkata: “Dia seorang yang matruk (orang yang ditinggalkan haditsnya)”.

Imam al Bukhari berkata: “Para ulama’ meninggalkannya”.

Imam Baihaqi berkata: “Dia matruk“.

Imam Yahya bin Ma’in berkata: “Dia pendusta”.

Imam Ibnu Hibban berkata: “Dia membolak-balikkan sanad, memarfu’kan hadith mursal, dan Imam Ahmad melarang meriwayatkan hadithnya”.

Sementara - dari segi matan pula, kisah ini bertentangan dengan beberapa riwayat shahih yang menceritakan tentang kemasukan Umar ke dalam agama Islam.


Di antaranya hadith yang terdapat di dalam Shahih al Bukhari mengenai Islamnya Umar bin al Khattab adalah seperti yang diriwayatkan dari Abdullah bin Umar.

Begitu juga hadith yang dinukilkan di dalam Bidayah Wan Nihayah 3/81 oleh Imam Ibnu Katsir.


Golongan yang menyetujui demonstrasi turut berhujah dengan beberapa hadith lain yang walaupun ada di antaranya shahih tetapi maksudnya telah diinterpretasikan mengikut kefahaman mereka sendiri.

Satu-satunya hadith shahih yang kerap digunakan oleh mereka ialah suatu riwayat di mana Nabi s.a.w pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan.

Dalam hadith itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. [Hadith Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih]


Hadith ini sebenarnya adalah berkaitan dengan hak-hak jiran. Ia tiada kaitan dengan hak-hak rakyat terhadap pemerintah.


Bolehkah hadith berkenaan hak-hak jiran seperti ini disandarkan sebagai hujah yang kuat untuk membenarkan demonstrasi atau bantahan jalanan terhadap pemerintah?

Sedangkan hubungan rakyat dengan pemerintah adalah tidak sama dengan hubungan di antara jiran dengan jiran.


Malah tidak terdapat satu pun panduan dari ulama salaf yang berdalilkan hadith ini sama ada bagi membenarkan atau menyuruh rakyat melakukan bantahan jalanan untuk menegur pihak pemerintah!

Ada juga sebahagian ulama yang membela amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah turut menggunakan hujjah-hujjah lain seperti perhimpunan haji di Makkah dan perbuatan Rasulullah s.a.w. yang menghimpunkan kaum Quraisy di Bukit Safa untuk menyeru dakwah Islam.

Semua hujjah-hujjah tersebut adalah terlalu lemah untuk meng’agama’kan demonstrasi dan bantahan jalanan.


Amalan agama yang bersifat pasti dan qati’e berkaitan aqidah dan rukun Islam tidak boleh disamakan dengan amalan muamalat atau hubungan sesama manusia yang bersifat kurang pasti dan dzanni.

Demonstrasi merupakan antara komponen demokrasi dan ia sebenarnya berasal dari Barat.

Amalan berdemonstrasi adalah sesuatu yang bid’ah dhalalah (perkara yang diada-adakan dan sesat hukumnya) jika ia dikaitkan dengan amalan beragama (contohnya mewajibkan orang ramai menyertai demonstrasi atas ‘fatwa’ agama atau justifikasi bahawa ia merupakan suatu ibadah).


Namun jika ia tidak dianggap sedemikian, amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah dengan cara seperti hari ini tetap merupakan bid’ah keduniaan yang tidak ada contohnya dari Nabi s.a.w.

Kita tidakharus terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nas) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.

Dalam hal muamalah, ia mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah, manakala dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan teks syarak atau nas.


Justeru, untuk menghukumkan sama ada Perhimpunan Bersih 2.0 ini haram atau tidak, kita akan meninjau perspektif dan kaedah hukum yang lebih menyeluruh.

Dalam bab muamalah, ulama usul fiqh telah membina satu kaedah usul iaitu “al-aslu fil asyyia al-ibahah ma lam yurid dalil at-tahrim” bermaksud “hukum asal sesuatu perkara itu adalah harus kecuali ada dalil tentang pengharamannya”.


Apakah justifikasi atau hujjah para ulama yang mengharamkan berdemonstrasi terhadap pemerintah seperti Himpunan Bersih 2.0 tersebut?

Di sana terdapat banyak kemungkaran-kemungkaran yang didapati dari amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah Muslim.

Tasyabbuh

Amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah adalah berbentuk tasyabbuh, iaitu menyerupai perbuatan orang-orang kafir.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa demonstrasi adalah salah satu komponen dalam sistem demokrasi yang berasal dari Barat.

Tidak semua perkara atau perbuatan orang-orang kafir mesti ditolak atau dilarang iaitu sesuatu yang bukan merupakan ciri-ciri khusus orang-orang kafir, sama ada aqidah, adat-istiadat, atau peribadatannya, dan hal itu tidak bertentangan dengan nas-nas serta prinsip-prinsip syariah, atau tidak dikhuatiri akan membawa kepada kerosakan. Maka yang demikian itu tidaklah termasuk dalam tasyabbuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka termasuk golongan tersebut.” [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani berpendapat bahawa perbuatan demonstrasi adalah termasuk dalam bentuk tasyabbuh terhadap orang kafir.

Pendapat beliau ini boleh dipakai terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 kerana demonstrasi Bersih yang pertama dahulu telah membuktikan bahawa ia telah menimbulkan kerosakan, kesusahan dan kerugian harta benda kepada masyarakat awam.

Walaupun penganjurnya mendakwa ia suatu demonstrasi aman, tetapi hakikatnya mereka tidak mampu mengawal para peserta yang bertindak liar, tidak kiralah sama ada ia akibat daripada provokasi pihak luar atau tidak.

Tingkah-laku puluhan ribuan para peserta Perhimpunan Bersih pada 20 November 2007 yang mana majoritinya adalah Muslim boleh dijadikan ukuran sejauh mana penyerupaan mereka terhadap orang kafir dan. Antaranya ialah percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilath) tanpa batasan, sepanduk-sepanduk dan pidato berapi-api memaki hamun, mengutuk dan mengaibkan pihak pemerintah di hadapan umum.

Khuruj

Demonstrasi terhadap pemerintah juga boleh dimasukkan ke dalam kategori khuruj (keluar menentang pemerintah) yang mana ia dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadith shahih.

Ada yang berpandangan bahawa Perhimpunan Besih 2.0 tidak boleh disifatkan sebagai amalan Khawarij kerana mereka tidak pun mengangkat senjata.

Dalam hal ini kita perlu membuka pemikiran kita, adakah semua kelompok Khawarij itu sifatnya mengangkat senjata semata-mata? Perbuatan memerangi pemerintah dengan mengangkat senjata atau keganasan memang salah satu daripada ciri-ciri Khawarij, tetapi di sana terdapat banyak lagi manhaj dan ciri-ciri lain termasuklah mencela pemerintah dan mengingkari ketaatan kepadanya seperti larangan berhimpun tanpa permit dalam negara kita hari ini.

Diriwayatkan bahawa Said bin Jahman r.a. berkata:

“Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, matanya buta, aku mengucapkan salam." Beliau bertanya kepadaku: "Siapa engkau?" "Said bin Jahman, jawabku." Beliau bertanya: "Kenapa dengan ayahmu?" Aku katakan: "Al-Azariqah telah membunuhnya." Beliau berkata: "Semoga Allah melaknat Al-Azriqah, semoga Allah melaknat Al-Azriqah. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka." Aku bertanya: "(Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) Al-Azriqah sahaja atau Khawarij semuanya?" Aku katakan: "Beliau menjawab: Ya! Khawarij semuanya." Aku katakan: "Tetapi sesungguhnya pemerintah telah berbuat kezaliman kepada rakyatnya?" Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: "Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a'zham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a'zham. Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya." [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

Mengaibkan Pemerintah

Menceritakan aib pemerintah di hadapan umum dalam bentuk pidato atau ucapan adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

Apabila demonstrasi dilakukan terhadap pemerintah, ia tidak boleh lari dari perbuatan memburuk-burukkan atau mengaibkan pemerintah secara terbuka.

Selain daripada pidato berapi-api bertujuan menghasut rakyat membenci pemerintah, tidak kurang juga pasti terdapat pelbagai slogan dan kata-kata kesat mencaci pemerintah terpampang pada sepanduk-sepanduk yang dibawa oleh peserta demonstrasi jalanan. Senario inilah yang berlaku semasa Perhimpunan Bersih 1 dahulu.

Islam memang mewajibkan rakyat menegur pemerintah yang zalim. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih lagi masyhur:

“Agama itu adalah nasihat”. Kami (Sahabat) bertanya: ‘Untuk siapa?’ Jawab baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan awam mereka”. [Hadith Riwayat Muslim]

Dan sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Jihad yang afdal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim” [Hadith Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad dan hadithnya shahih]

Nasihat kepada pemerintah itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin di hadapan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t:

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Surah Taha: 43-44]

Istidlalnya adalah jika kepada Firaun yang kafir pun Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka lebih utama lagi dilakukan kepada pemerintah Islam.

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

Hadith ini menjelaskan mengenai kewajipan menasihati pemerintah dan melakukannya dengan cara yang baik. Dalam sebuah riwayat dinyatakan:

“Daripada Ziyad bin Kasib al-Adwi katanya: Aku bersama Abu Bakrah di bawah minbar Ibn Amir ketika dia sedang berkhutbah dengan memakai pakaian yang nipis maka berkata Abu Bilal: ‘Lihat pemimpin kita itu, dia memakai pakaian orang fasiq’. Maka berkata Abu Bakrah r.a: Diamlah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menghina Sultan Allah di bumi maka Allah akan menghinanya”. [Hadith Riwayat al-Tirmizi, shahih]


Oleh itu, jelas sekali dalam manhaj Syarak yang benar, perbuatan berdemonstrasi dan bantahan jalanan terhadap pemerintah yang zalim sekalipun adalah maksiat dan perbuatan itu hanyalah menambah dosa atas dosa semata-mata.

Abu Ishaq al-Sabi’i r.h. daripada pembesar ulama Tabiin berkata:

“Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani]

Perbezaan Pendapat

Polemik percanggahan pendapat mengenai hukum berdemonstrasi terhadap pemerintah sentiasa berterusan.

Masing-masing mengemukakan pandangan berserta hujjah-hujjah tersendiri. Namun yang pasti tidak ada nas yang muktamad atau qat’ie berkenaan isu ini.


Pendapat yang mengharamkan demonstrasi jalanan seperti Himpunan Bersih 2.0 dilihat lebih kuat untuk dipegang atas hujjah-hujjah yang disebutkan sebelum ini.


Apatah lagi dalam persoalan khilafiah seperti ini, pemerintah lebih berhak menentukan pendapat mana untuk diterima pakai dan sudah jelas bahawa pemerintah di Malaysia ketika ini mengharamkan demonstrasi jalanan seperti Perhimpunan Bersih 2.0.


Dari sudut undang-undang sivil negara kita, larangan berhimpun tanpa permit ini termaktub dalam Akta Polis 1967 (Akta 334) di bawah Seksyen 27 (2) yang menetapkan bahawa adalah disyaratkan bagi mana-mana kumpulan untuk mendapatkan lesen untuk berhimpun dan Seksyen 27 (5) yang menyatakan adalah menjadi satu kesalahan untuk berhimpun tanpa lesen.


Walaupun undang-undang dan ketetapan yang diambil oleh pihak pemerintah ini ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia, namun hakikatnya itulah yang terpakai ketika ini sekalipun kita membencinya.


Telah sabit daripada hadith Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Ubadah bin al-Samit r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w memanggil kami lalu baginda mengambil baiat daripada kami dan antara yang baginda syaratkan adalah dengar dan taat (pada pemimpin) dalam perkara yang kami suka dan benci (selagi bukan maksiat), dalam keadaan senang dan susah kami dan dalam perkara yang merugikan kami dan janganlah kami menandingi hak ahlinya melainkan kamu melihat kufur yang jelas yang padanya kamu mempunyai dalil di hadapan Allah nanti”.

Jalan Penyelesaian

Pengharaman demonstrasi dalam undang-undang negara ini bukanlah bersifat mutlak kerana hak berhimpun telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia bertitik tolak dari kebarangkalian yang wujud akibat daripada perjumpaan atau perarakan itu mungkin boleh memudaratkan kepentingan dan keselamatan negara atau ia boleh membangkitkan kekacauan dan merosakkan keamanannya.


Dalam kerangka pemahaman Islam yang progresif, demonstrasi dalam ertikata perhimpunan awam dengan cara menunjuk perasaan (protest) secara aman, dengan mematuhi syarat-syarat tertentu dan dibenarkan oleh pemerintah maka ia masih memerlukan ruang perbincangan yang lebih luas untuk dibicarakan bagi mengharuskannya dari sudut syarak.


Antara syarat-syarat yang diketengahkan oleh pihak yang mengharuskannya ialah tujuan yang hendak dicapai melalui demonstrasi adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Keduanya, penganjur dan peserta demonstrasi dapat menjaga hak-hak jalanan yang digariskan dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. seperti tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain, menjawab salam apabila disapa, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Ketiga, perhimpunan tersebut hendaklah tidak disertai dengan perbuatan maksiat lain, seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, mengeluarkan perkataan atau memaparkan tulisan maki hamun dan mencarut, menyerupai orang kafir contohnya dari sudut pakaian serta merosakkan harta benda awam dan orang lain.


Barangkali pertikaian Perhimpunan Bersih 2.0 boleh diselesaikan dengan pemerintah sekiranya mereka memanfaatkan tawaran pihak pemerintah untuk membenarkan mereka untuk mengadakannya di dalam stadium seperti di Stadium Melawati atau Stadium Shah Alam.


Dengan mengadakan perhimpunan aman di stadium, pihak penganjur Bersih 2.0 mempunyai lebih berkemampuan dan jaminan untuk memastikan tiga syarat-syarat di atas dipenuhi serta menghalang dari provokasi pihak luar.


Apakah motif sebenar mereka tetap bertegas mahu berdemonstrasi jalanan di tengah-tengah ibu kota yang sesak itu? Sekalipun mereka mendakwa mempunyai niat yang bersih, tetapi umum dapat membaca agenda kotor mereka iaitu menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam masyarakat, mewujudkan persepsi negatif dunia luar terhadap keadaan di Malaysia dan mengalih masalah peribadi tokoh utama mereka.


Islam mempunyai jalan penyelesaian dalam isu ini. Pada situasi sekarang, masalah yang timbul bukan sahaja terjadi akibat satu aspek, misalnya keadilan dalam pilihanraya, tetapi juga terjadi pada aspek lainnya, seperti ekonomi, politik dan sosial. Krisis ini tidak boleh sembuh secara total jika dibasmi dengan cara berdemonstrasi.



Suatu negara yang dipimpin oleh pemimpin yang zalim yang didalamnya ditaburi dengan perbuatan-perbuatan mungkar orang yang berkuasa seperti rasuah dan nepotisme merupakan hasil dari sikap dan tindakan rakyatnya juga. Maka kalau rakyatnya baik, nescaya Allah Taala akan menganugerahkan kepada mereka pemimpin yang baik, arif dan bijaksana. Hal ini sudah dibuktikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para Khulafa' Ar-Rasyidin.


Adapun setiap situasi yang kacau-bilau, maka jalan keluar dan penyelesaiannya bukanlah dengan demonstrasi, tetapi dengan amar makruf nahi mungkar (termasuk menegur pemerintah) dengan cara yang tepat dan benar.

Kemudian menyebarkan ilmu yang haq di kalangan umat agar muncul generasi-generasi yang berbekal ilmu.

Perlu difahami bahawa hikmah di sebalik kekangan syarak terhadap perbuatan menegur secara wewenang atau menjatuhkan pemerintah melalui jalan demonstrasi sebenarnya lebih kepada memelihara kestabilan ummah itu sendiri.

Ulama terkenal, Ibn Abi al `Izz menyebutkan:

“Adapun wali al Amr berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah, ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka
"Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan.“

Firman Allah Taala:

“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah Ali Imran: 165]


Dan Allah Taala berfirman:

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.” [Surah al An`am: 129]


“Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan (taubat dari) kezaliman yang sedang mereka lakukan”. [Syarh al `Aqidati at Tohawiyah, juz 2, hal. 542]


Sebagai akhirnya, diharapkan nanti setiap langkah yang kita lakukan diukur dengan ilmu syarak yang haq. Dengan demikian akan musnahlah penyakit penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyakit-penyakit lain. Wallahua'lam.

mfundamentalist.blogspot.com