Friday, July 8, 2011

Liberalisasi , SELEPAS reformasi ...

Selepas ‘REFORMASI’ berjaya, bermaharajalela pula LIBERALISASI di Indonesia


[
AIDC menterjemah artikel dari website musliminsuffer.wordpress.com, yang menghuraikan pasca-Reformasi Indonesia. Liberalisasi adalah wajah sebenar di sebalik slogan "Reformasi" dan "Demokrasi" yang hari ini menjadi satu barah kepada masyarakat Indonesia. Artikel asal klik di sini]

Ada seorang perempuan muslimah taat beragama di
Jakarta. Pakaiannya panjang sampai mata kaki dan longgar (jilbab).
Tudungnya pun panjang ke bawah dan lebar. Ibadahnya rajin. Siapa yang
bertemu dengannya pada saat itu tentu akan mencitrakan dirinya sebagai
seorang muslimah yang taat.


Namun, siapa sangka dalam beberapa waktu
kemudian dia berubah 360 darjat. Pada mulanya dia mengubah gaya
pemakaian menjadi trend terkini. Memakai jeans dan baju ketat.
Tudungnya pun tak lagi panjang dan lebar. Lama-kelamaan ditanggalkan
tudungnya. Bajunya pun mulai memperlihatkan bahagian-bahagian tertentu
tubuhnya. Siapapun yang melihat, pasti mencitrakannya bukan lagi
sebagai muslimah yang taat.


Perubahan itu terjadi secara mendadak setelah dia menyertai NGO Hak Asasi Manusia (HAM) di Jakarta. Perempuan itu didoktrin (dibrainwash) dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia (HAM) ala Barat yang mengagungkan kebebasan serta membebaskan manusia dari aturan Ilahi. Sedikit demi sedikit pemahaman Islamnya luntur diganti dengan pemikiran sekular. Seperti aktivis-aktivis HAM lainnya, kini dia menjadi pejuang HAM yang mendewakan Barat dengan segala kebebasannya.


Kisah perempuan itu hanya satu contoh kecil dari proses serangan pemikiran kepada kaum Muslim. Liberalisasi dalam segala bidang berlangsung secara meluas pelbagai bidang; melalui pendidikan di sekolah formal, media massa, dan ceramah-ceramah oleh kalangan aktivis sekular-liberal di pelbagai tempat.


Liberalisasi Politik

Liberalisasi politik berlaku secara besar-besaran sejak reformasi pada tahun 1998.Pilihanraya umum yang biasanya hanya disertai oleh tiga parti sejak
tahun 1971 telah berubah. Sekarang individu mudah menubuh parti politik. Parti politik yang dulu wujud pada era Orde Baru telahberpecah-belah. Parti-part politikbaru pun tumbuh bak cendawan di musim hujan. Mereka menikmati keseronokan reformasi. Pilihanraya
pertama di era reformasi pada tahun 1999 disertai 48 parti politik.

Pujian demi pujian pun datang dari Amerika Syarikat dan negara-negara
Eropah.

Selepaszaman reformasi, Gus Dur dinaikkan oleh Amerika melalui proksinya Amin
Rais menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999-2001. Foto di atas Gus
Dur menghadiri World Economic Forum Annual Meeting Davos 2000.

Proses pilihanraya tersebut didahului dengan proses perubahan undang-undang
politik. Di sinilah proses liberalisasi politik bermula. Barat mengawal
proses ini dengan serius.


Menteri Luar Negara Australia, Alexander Downer, mengutarakan agenda tersebut dalam pernyataannya di depan World Economic Forum, di Davos, Swiss tahun 1999,

Hal ini (Pilihanraya akan datang), secara fundamental, merupakan suatu jangka waktu yang sangat penting untuk Indonesia. Pilihanraya mendatang di Indonesia harus berjaya. Pilihanraya itu selayaknya menjadi ‘alat keselamatan’ untuk meredakan gejolak dan tekanan dalam negara. Tetapi,apabila pilihanraya yang diyakini gagal diselenggarakan dengan baik, maka potensi ketidakstabilan akan bertambah besar dan integriti negara akan dipersoalkan.”


Di dalam negara mula ditubuhkan NGO CETRO (Centre for Electoral Reform)
atau Pusat Reformasi Pilihanraya yang mendapat dana asing melalui
pelbagai institusi penaja asing yang beroperasi di Indonesia seperti USAID (United States Agency for International Development) dan UNDP (United Nations Development Programme).


Keputusan pilihanraya ini kemudian mencetuskan rombakan politik secara
besar-besaran. Ini dimulakan dengan amandemen (pindaan) Undang Undang
Dasar 1945. Akhirnya, Indonesia berubah secara fundamental (dasar)
menjadi sangat liberal dalam semua sektor.


Secara politik,Indonesia yang pada mulanya menjalankan sistem kesatuan, secara perlahan-lahan melaksanakan sistem yang mirip federasi (pembahagian
kuasa). Kuasa Otonomi daerah dibuka. Ketua daerah menjadi raja-raja
kecil di daerahnya. Hubungan dengan kekuasaan di pusat seolah-olah
hanya sekadar hubungan pentadbiran. Akibatnya, birokrasi pemerintahan
tidak dapat dilaksanakan harmoni.


Pilihanraya yang diikuti oleh banyak parti politik tidak mampu melahirkan kestabilan politik. Para perancang pembangunan pula beranggapan ini disebabkan presiden kurang mendapat sokongan rakyat. Keputusannya, presiden dan wakil presiden serta seluruh ketua daerah harus dipilih oleh rakyat. Akhirnya,
Pilihanraya tak cukup hanya memilih wakil rakyat, tetapi juga presiden
dan wakil presiden serta para ketua daerah.


Namun, hingga 10 tahun proses liberalisasi politik ini, rakyat belum mencapai impiannya, iaitu mahukan pemerintah yang mampu mensejahterakan mereka. Presiden sejak dari zaman “reformasi” hanya sekadar berganti orang, sementara wakil-wakil rakyat ramai yang mengkhianati rakyat. Mereka hanya
memikirkan diri sendiri dan kelompoknya demi survival jawatan dan
kekuasaan. Akibatnya, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan wakil
rakyat kian hari kian menurun.


Liberalisasi Ekonomi

Yang paling menonjol dari perubahan tersebut adalah liberalisasi ekonomi.
Undang-undang Dasar Indonesia 1945 yang baru membuka peluang
seluas-luasnya kepada masuknya pelabur asing. Tak menghairankan jika
kemudian lahir Undang-Undang Migas(minyak dan gas), Undang-undang
Kelistrikan (eletrik), Undang-undang Sumber Daya Air, dan undang-undang
Penanaman Modal sebagai kesan langsung daripada pindaan Undang-undang
Dasar 1945. Pihak asing boleh menguasai sektor-sektor yang sebelum ini
milik rakyat (bumiputera).


Liberalisasi ekonomi ini wujud atas
kesepakatan kerajaan Soeharto­ dengan IMF (International Monetary Fund)
sebagai jalan penyelesaian menangani krisis ekonomi Indonesia sejak
1997. Resepi IMF itu adalah: Menghentikan subsidi harga, subsidi
kerajaan, dan dilucutnya segala halangan yang sebelum ini menyukarkan
pelabur asing.

Jelas liberalisasi ekonomi yang paling ketara
kepada rakyat adalah kenaikan harga bahan bakar minyak (BBM).
Berdasarkan Undang-undang Migas No 22 Tahun 2001, harga BBM disesuaikan
dengan harga pasar BBM dunia. Pertamina (Perusahaan Tambang Minyak
Negara) tidak boleh lagi menjadi penentu tunggal di sektor hilir.
Kesannya, perlahan-lahan kerajaan mencabut subsidi BBM.


Tahun 2005, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menaikkan harga BBM hingga 125 persen. Tahun ini kerajaan menaikkan lagi sekitar 30 persen. Rancangan
kenaikan itu akan terus dilakukan hingga harga BBM dalam negera sama
dengan harga BBM internasional.


Bahkan Bappenas (Badan Perencanaan dan Pembangunan Nasional) telah menyusun jadual untuk menaikkan harga BBM ini setiap bulan. Jika harga BBM sudah sesuai dengan harga pasaran internasional, pihak asing akan turut serta dalam perniagaan BBM.


Ini sesuai dengan kenyataan Menteri Energi Sumber Daya Mineral, Purnomo Yusgiantoro,

“Liberalisasi sektor hilir migas membuka kesempatan kepada pelabur asing untuk terlibat dalam perniagaan migas…Namun, liberalisasi ini menaikkan harga BBM yang disubsidi kerajaan. Sebab, kalau harga BBM masih rendah kerana disubsidi, pelabur asing enggan terlibat”(Kompas, 14 Mei 2003).

Walaupun harga BBM masih belum selaras dengan pasaran antrabangsa, namun para pelabur asing telah meminta izin untuk membuka stesen pengisian bahan
bakar untuk umum (SPBU).


Menurut Dirjen Migas Dept. ESDM, Iin Arifin Takhyan,
terdapat 105 syarikat yang sudah mendapat keizinan untuk menjalankan
perniagaan di sektor hilir migas, termasuk membuka stesen pengisian BBM
untuk umum (SPBU) (Trust, edisi 11/2004). Di antaranya adalah
perusahaan migas raksasa seperti British Petroleum (Amerika-Inggris), Shell (Belanda), Petro China (RRC), Petronas (Malaysia), dan Chevron-Texaco (Amerika).


Masuknya syarikat multinasional ke sektor hilir migas kian menambah cengkaman
asing di sektor itu. Sebelum ini mereka hanya menguasai sektor hilir
(eksplorasi dan penambangan). Hingga tahun 2008, berdasarkan data dari
Syarikat Pekerja Pertamina, syarikat asing menguasai sekitar 90 persen
migas Indonesia. Bahkan penguasa tambang emas terbesar di dunia di
Timika, Papua, adalah Freeport Mcmoran (AS).


Di sektor lain, kerajaan melalui Undang-undang Sumber Daya Air memberikan
kesempatan kepada pelabur asing masuk ke dalam penguasaan air di
Indonesia. Privatisasi air ini dimulakan dengan wujudnya dua syarikat
asing di Ibu kota negara, iaitu Thames (Inggeris) dan Lyonase (Prancis).


Beberapa syarikat asing lain telah menjalin kerjasama dengan PDAM (Perusahaan
Daerah Air Minum) di daerah. Bahkan Perusahaan Air Kemasan terbesar di
Indonesia kini telah jatuh ke tangan Danone dari Prancis.


Syarikat-syarikat asing telah berjaya menguasai Indosat
iaitu perusahaan yang mengendalikan satelit dan seluruh bidang
komunikasinya. Hutan-hutan Indonesia pun menjadi milik mereka, termasuk
perkebunan kelapa sawit. Beberapa perusahaan simen milik kerajaan juga
telah berpindah kepada asing.


Terakhir, syarikat asing mahu memiliki Krakatau Steel, salah satu perusahaan strategik dan syarikat baja terbesar di Indonesia.


Proses liberalisasi ekonomi ini menjadi semakin ketara dengan pindaan
Undang-undang Penanaman Modal. Undang-undang itu tidak lagi menghalang
siapa pun yang mahu menjalankan perniagaan di Indonesia, lokal mahupun
antarabangsa. Malah, dengan Undang-undang itu, pihak asing boleh
mendapatkan hak guna usaha (HGU) selama 95 tahun! Padahal pada zaman
VOC (Vereenigde Oostindische Company)- zaman pemerintahan Belanda lagi
hak guna usaha ini semaksima 75 tahun sahaja.


Liberalisasi Sosial

Tidak
cukup hanya bidang politik dan ekonomi, liberalisasi pun menjalar di
bidang sosial. Ini nampak jelas daripada penentangan terhadap Rancangan Undang-Undang Antipornografi dan Pornoaksi (RUUAPP).
Lebih dari 7 tahun RUUAPP itu tidak berjaya disahkan menjadi
undang-undang. Di kalangan liberal tidak mahu Indonesia menjadi lebih
baik. Mereka berharap Indonesia bebas sehingga semua produk pornografi
dan pornoaksi boleh masuk ke Indonesia dengan berleluasa.


Majalah Playboy Indonesia pernah ditentang hebat oleh Muslim Indonesia

Perlu
diingat, produk ini merupakan salah satu barang yang paling besar
keuntungannya di dunia. Bahkan survey yang dilakukan oleh pejabat
berita Associate Press (AP) menunjukkan, Indonesia berada diurutan
kedua setelah Rusia yang menjadi syurga untuk pornografi. (Republika,
17/7/03).


Beberapa waktu lalu, kalangan sekular telah menggugat
undang-undang Perfileman. Mereka mahu lembaga penapisan filem
dihapuskan kerana dianggap menghina kreativiti insan perfileman. Para
pendokong kebebasan itu menginginkan filem Indonesia seperti filem di
Amerika, tidak ada tapisan. Selama ini mereka kesal kerana
adegan-adegan lucah dipotong oleh lembaga penapis filem.


kebelakangan ini muncul pula kempen penggunaan kondom. Bahkan beberapa mesin ATM kondom didirikan di pusat membeli belah di kota-kota besar. Sesetengah pihak berpendapat ini bukan sekadar kempen penggunaan kondom
semata-mata, tetapi lebih dari itu, merupakan kempen seks bebas di
kalangan remaja.


Menurut budayawan Taufik Ismail, semua itu terjadi kerana Indonesia sedang dikepung apa yang disebutnya sebagai Gerakan Syahwat Merdeka (GSM).
Gerakan ini menyebabkan hilangnya rasa malu rakyat Indonesia. Dia
khuatir hilangnya rasa malu ini lambat laun meruntuhkan bangunan
bangsa.

Gerakan Syahwat Merdeka ini tak berupa organisasi
rasmi dan jelas tidak berdiri sendiri, tetapi bekerjasama, bahu-membahu melalui jaringan dunia, dengan kapital raksasa yang menajanya. Ideologi gabungan yang menyokongnya, dan banyak media massa sama ada cetak dan eletronik menjadi lidah suaranya,
kata Taufiq.

Taufik menyebut sekurang-kurangnya terdapat 13 pihak yang menjadi pendukung fanatik gerakan ini.

Pertama, amalan seharian kehidupan peribadi dan
kelompok seks bebas hetero dan homoseksual, sama ada secara
terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Kedua, para penerbit majalah
dan tabloid lucah secara haram dan tidak perlunya SIUPP (permit
penerbitan).

Ketiga, produser, penulis skrip, dan pengiklan televisyen.

“Semua pihak tahu betapa kuatnya pengaruh televisyen.
Setiap tayangan televisyen ditonton kira-kira 170 juta orang. Untuk
website porno kini mencecah pelawat 4.2 juta di dunia dan 100 ribu di
Indonesia. Untuk mengaksesnya tidak perlu dibayar, sama mudahnya
dilakukan baik dari San Fransisco, mahupun Klaten,”
tegasnya.

Pendukung
keempat adalah penulis, penerbit, dan propagandis buku-buku sastera dan
bukan sastera. Di Malaysia, penulis buku-buku lucah adalah lelaki. Di
Indonesia sebaliknya. Penulis yang asyik menulis wilayah ‘kangkang dan
sekitarnya’ majoriti adalah perempuan. Ini membuat para penulis di
negera jiran itu heran.

Kelima, penerbit dan pengedar komik
lucah.

Keenam, produser VCD/DVD porno.

Ketujuh, syarikat kilang alkohol.

Kelapan, produser, pengedar, dan pengguna dadah.

Kesembilan,Kilang, pengiklan, dan penghisap rokok. Hal ini berlatar-belakang kenyataan dalam masyarakat tolenransi, interaksi antara seks, dadah,
dan nikotin akrab sekali; sukar dipisahkan.

Selanjutnya,
komponen ke-10 adalah para pelacur perempuan dan lelaki panggilan.


Ke-11, ibu ayam dan pelanggan pelacur.

Ke-12 adalah bomoh dan doktor
menjalankan aktiviti penggugguran anak secara haram.

“Bayangkan
data menunjukan angka penggugguran anak di Indonesia mencapai 2.2 juta setahun. Maknanya, setiap 15 detik seorang calon bayi di suatu tempat di negeri kita meninggal di suatu tempat akibat dari salah satu atau gabungan faktor-faktor di atas,”
tandas Taufik.

Bahkan bahana liberalisasi sosial ini MENULAR melebihi negara penaja idea itu sendiri iaitu, Amerika.

Will Tuchrello,Direktor Perpustakaan Kongres AS Perwakilan Indonesia, menyatakan di Amerika tidak ada tayangan seperti yang ada di televisyen Indonesia ketika ini.


Tayangan berbau pornografi dan pornoaksi ditayangkan pada
waktu pagi jam 03.00. Di Indonesia tayangan ini mendapatkan tempat di
prime time/jam tayangan utama (pukul 19.00-21.00). Tak mengherankan
jika generasi muda rosak kerananya.


Liberalisasi Agama

Satu perkara lagi yang menjadi serangan kaum liberal, adalah liberalisasi
agama, khususnya Islam.


Pelbagai usaha dilakukan agar Islam boleh
menerima penafsiran baru yang datang dari luar Islam.


Mereka membawa Islam ke arah ‘Islam moderat’, yakni Islam yang lebih pro-Barat dan tercabut dari akar pemahaman Islam yang sebenarnya.

Buku
perancangan membina rangkaian Muslim Moderat yang diterbitkan Rand
Corporation. Menurut strategi Rand Corporation sekiranya lebih ramai
rangkaian Muslim Moderat berjaya dibina, dengan sendirinya Muslim
Fundamentalis yang dilabel Muslim Radikal berjaya ditumpaskan. Di dalam
kata pengantar, Rand Corporation mengucapkan terima kasih kerana semua
pendokong Islam Liberal Indonesia dan Malaysia yang telah menyumbangkan
pemikiran untuk menjayakan penerbitan buku itu.. Nama wakil Malaysia
yang disebut dalam buku itu ialah Anwar Ibrahim. klik di sini

Munculnya Ahmadiyah merupakan salah satu jalan untuk menggugat pemahaman Islam. Dengan pelbagai cara, kaum liberal mendukung kewujudan aliran sesat ini,
termasuk aliran sesat lainnya seperti Salamullah (Lia Eden), Bahai, dan Al-Qiyadah (Mosadeq).


Ini adalah projek besar. Jika Ahmadiyah diakui sebagai sebahagian dari
Islam, maka ini menjadi pintu masuk untuk merosak bahagian-bahagian
Islam lainnya.


Projek liberalisasi agama ini muncul dari
cendekiawan yang telah dididik di Amerika dan Barat.


Pemahaman menyimpang itu masuk melalui beberapa perguruan tinggi Islam dan program biasiswa kepada anak bangsa yang belajar ke Amerika dan Barat.
Aktiviti mereka didukung sepenuhnya oleh media massa.


Akhirnya,kesan dari projek liberalisasi di segala bidang itu, maka berjayalah
penjajahan Barat di negeri-negeri Muslim. Mereka menciptakan situasi
yang kondusif agar mereka boleh berleluasa mengaut sumberdaya alam
Indonesia tanpa dihalang.


Selain itu, Amerika dan Barat berusaha mencegah Islam politik tampil ke permukaan sebagaimana jatidiri Islam yang sebenarnya. Dokumen Rand Corporation makin memperjelaskan tujuan itu.

Pemerhati intelijen Wawan Purwanto,
menegaskan, Barat tak ingin Islam wujud di Indonesia secara kaffah,
kerana
kalau itu terjadi, kekuatannya tidak dapat dihalang. Inilah yang
sangat ditakuti oleh Barat. [Mujiyanto]

anwaraidc.com


artikel berkaitan :Wake Up Project : suci 1.0

Indonesia masuk ciri-ciri negara gagal

Penderitaan tanpa akhir

Ibu-bapa menjerit

2 comments:

  1. The wise person is the one who learns from others and does not become a lesson for others. ~ History is to be learnt, not just narrated.
    Ambillah peringatan wahai mereka yang mampu berfikir....

    ReplyDelete
  2. Sebahagiannya terutama liberalisais sosial sudah mula menular di Malaysia - tapi yang tidak faham menyalahkan satu pehak sahaja, ...usaha bersekutu diperluka dalam mengatasi akibat yang timbul dari PROJEK Besar ini...seluruh komponen masyarakat harus bersatu bukan makin berpecah menyalahkan satu samalain...

    ReplyDelete