Sunday, July 3, 2011

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai #Bersih2




Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.


Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.


Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.


Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara- . — BERNAMA


1 comment:

  1. Mohd said...

    Lim Kit Siang dah bersuara yg rakyatyg tidak puas hati dgn Kerajaan akan berkumpul macam di Tahir Square di Mesir baru2 ini.
    Kita semua tahu yg Mat Sabu adalah seorang pakar membuat demonstrasi. Disebabkan Mat Sabu berhutang budi kpd Lim Guan Eng dan DAP Penang, maka DAP akan membiayai dan mengarahkan Mat Sabu utk mengumpulkan lebai2 PAS beramai2 dan membuat rusuhan.
    Kaum Melayu sedang dibuai mimpi2 indah dgn asyiknya menonton video seks Anwar dari 4 sudut dan mengkagumi saiz torpedonya.
    Sedarkah anda bhw Armada Amerika berada hampir saja dekat Singapura kononnya utk latihan perang?
    Bila rusuhan berlaku diantara tentera Kerajaan dan puak2 perusuh, tentera Amerika akan masuk campur dgn membantu puak perusuh spt yg berlaku di negara2 Arab baru2 ini.
    Kaum Cina DAP akan membiayai perusuh2 dan melihat dari jauh sahaja.
    Inilah cara yg paling sesuai utk Cina DAP menguasai politik Malaysia.
    Melayu mudah lupa ....

    ReplyDelete