Thursday, September 30, 2010

ESQ itu satu Ideologi bukan Metodologi.....

Ustaz Aizam Mas'od: ESQ Satu ‘Ideologi’ Bukan ‘Metodologi’



Ketika menyampaikan kuliah Maghrib malam tadi (di Wilayah Persekutuan), kebetulan penulis sampai kepada bab berkenaan ‘Asma dan Sifat Allah SWT’, penulis mengambil kesempatan menjelaskan tentang penyelewengan ESQ dalam mentafsirkan nama-nama Allah SWT yang Maha Baik. Perkara ini bertepatan dengan ayat 74 di dalam surah al—Nahl berbunyi:

فلا تضربوا لله الأمثال
Bermaksud: “Maka janganlah kamu menjadikan perumpamaan-perumpamaan bagi Allah”.

Ayat ini menjadi hujjah kepada aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah seperti yang terkandung di dalam Sifat 20 yang mengajarkan kepada kita bahawa Allah SWT itu bersifat ‘al-mukhalafah lil hawadith’ iaitu ‘bersalahan daripada segala yang baharu’. Tetapi ESQ mengajar sebaliknya apabila cuba mengiyaskan semua sifat-sifat makhluk dengan nama-nama Allah. Kesannya, ada di kalangan alumni ESQ yang memahami bahawa gunung itu tinggi kerana Allah itu Maha Tinggi, alam itu luas kerana Allah itu Maha Luas, bunga itu cantik kerana Allah itu Maha Cantik dan pelbagai lagi. Ini adalah hasil daripada ajaran ESQ yang mengatakan bahawa ‘seluruh alam mewakili sifat Allah’. Lihatlah betapa dangkalnya ajaran ini kerana ia tidak berpijak kepada kaedah mantiq yang betul, bagaimana mungkin gunung dan alam yang mempunyai isipadu, had dan mengambil ruang boleh dikatakan menyamai sifat Allah SWT yang qadim? Malah gunung dan alam itu akan hancur apabila tiba masanya manakala bunga pula akan layu. Ini menunjukkan bahawa sifat alam ini ‘hadith’ (baharu) dan tidak kekal (fana’) sedangkan Allah SWT itu bersifat baqa’ (kekal) dan tidak binasa. Juga menjadi persoalan, bagaimana pula dengan makhluq-makhluq seperti iblis, syaitan, haiwan liar, segala jenis penyakit yang kesemuanya adalah perkara-perkara buruk (pada zahirnya)…adakah ia juga mewakili sifat-sifat Allah yang Maha Baik itu? Apakah bentuk aqidah yang diajarkan oleh ESQ ini sebenarnya?

ESQ juga mengajarkan bahawa manusia itu mewakili sifat-sifat Allah SWT hasil daripada suara hati yang sedia wujud di dalam fungsi ketiga otak manusia yang dinamakan God Spot. Suara hati ini menurut ESQ adalah fitrah yang telah ditiupkan dengan 99 nama Allah SWT ketika Allah SWT meniupkan roh-Nya ke dalam diri manusia. Menurut ESQ suara hati ini universal dan terdapat pada seluruh manusia tanpa mengira agama mahupun kepercayaan termasuk atheis sekalipun. Oleh kerana itu, ESQ mengatakan manusia itu berkasih sayang kerana sifat Allah itu yang Maha Pengasih, manusia itu adil kerana Allah itu Maha Adil, manusia itu berwawasan kerana nama Allah itu al-Aakhir dan pelbagai lagi. Bermaksud kesemua sifat manusia yang benar-benar mengikuti suara hatinya yang fitrah itu adalah merujuk kepada 99 nama Allah SWT yang sedia wujud di dalam God Spot tersebut. Akibatnya kesemua nama-nama Allah SWT termasuk yang mempunyai makna-makna khusus bagi-Nya seperti al-Jabbar, al-Mutakabbir, al-Khaliq, al-Muhyi, al-Mumit diterjemahkan sesuai dengan sifat-sifat manusia. Alasannya kerana manusia itu mewakili sifat-sifat Allah SWT.

Kaedah ESQ ini juga amat jelas menyalahi kaedah mantiq yang betul, jika benarlah manusia yang mengikuti suara hati itu dikatakan mengikuti fitrah sifat-sifat Allah SWT, bagaimana pula dengan sifat-sifat manusia seperti makan dan minum, berkahwin, tidur, bernafsu dan lain-lain. Adakah sifat-sifat ini juga mewakili sifat-sifat Allah SWT kerana ia juga fitrah yang sedia wujud dalam diri manusia. Ia bukan hasil daripada emosi atau fikiran. Malah kaedah literal ESQ yang mengatakan kerana manusia itu berasal daripada Allah SWT maka sifat manusia itu menyamai sifat Allah SWT adalah dangkal kerana ia menyalahi nas dan akal yang sejahtera.

ESQ sebenarnya terperangkap dengan jerangkap ‘spiritual quotient’ yang digagaskan oleh Danah Zohar dan Ian Marshall. Ia didokong oleh hipotesis yang dibuat oleh VS Ramachandran kononnya terdapat fungsi ‘pencarian tuhan’ di dalam otak manusia. Padahal al-Qur’an sendiri telah mengatakan bahawa ‘otak manusia yang sejahtera’ jika berfikir secara rasional sememangnya akan menemui siapakah penciptanya. Oleh itu, di dalam al-Qur’an manusia disuruh berfikir dan bertafakkur tanpa perlu menunggu penemuan Barat ini. Hakikatnya, teori ESQ lahir dalam keadaan worldview Barat yang tidak percayakan tuhan dan berselirat dengan falsafah materialisme. Epistemologinya juga jelas hanya berasaskan kepada falsafah Barat dan hipotesis sains. Logiknya bagaimana mungkin ia boleh menjadi tafsiran kepada Islam?

Penulis tidak fikir ESQ akan berjaya diislamkan. Ini kerana ia adalah satu ‘ideologi’ bukan ‘metodologi’. Ia sama dengan usaha sesetengah orang yang cuba untuk mengislamkan sekularisme, liberalisme, kapitalisme, komunisme dan lain-lain. Jika ada juga yang cuba untuk mengislamkannya maka akan lahirlah muslim sekular, muslim liberal, muslim kapitalis dan lain-lain. Islam adalah Islam. Epistemologinya adalah bersumberkan wahyu bukan akal, falsafah atau dapatan sains. Hal ini berlaku kepada Ary Ginanjar. Dia tidak pernah berjaya mengislamkan ESQ sebaliknya Islam pula yang terpaksa disesuaikan dengan ESQ.

Sebagai contoh, kita tidak pernah mendengar bahawa ihsan itu God Spot atau suara hati atau 99 nama Allah atau tiupan roh Allah. Apa yang kita tahu ‘ihsan’ itu adalah satu martabat tertinggi dalam beribadah. Sama ada seseorang itu mencapai maqam musyahadah atau muraqabah. Syarat ibadah tentulah seseorang itu beriman dan menganut Islam. Ia adalah maqam yang amat eksklusif dan bukan inklusif. Tetapi ESQ telah MEMBARATKAN pengertian ‘ihsan’ dengan mendakwa ia adalah ‘spiritual quotient’ yang berlaku kepada semua manusia tanpa mengira apa jua anutan agama. Ia dianggap sesuatu yang universal dan inklusif hatta kepada mereka yang tidak beragama. Apa yang berbeza hanyalah pada metodologi bagaimana untuk mereka mencapai ‘spiritual quotient’ itu. Ia mungkin dicapai dengan solat, yoga, meditasi, pertapaan atau mendengar muzik kerana ia adalah sesuatu yang ‘built-in’ di dalam diri manusia dan tidak terikat kepada ritual keagamaan untuk memperolehinya. Sebab itulah, Ary telah menyenaraikan peneraju syarikat-syarikat besar seperti Walt-Disney, Starbucks, Body Shop, Visa International, Nokia, Matsushita dan lain-lain sebagai tokoh-tokoh sufi korporat yang telah berjaya mencapai ‘spiritual quotient’ sehingga menepati nama-nama Allah SWT yang telah menjadi fitrah dalam diri mereka. Jenis sufi dan tasawwuf apakah yang diajar oleh Ary Ginanjar ini?

Terus terang penulis katakan, ESQ adalah satu trend halus untuk menerapkan faham ‘perennial philosophy’ ke dalam penganut agama seluruh dunia. Faham ini masuk dengan pelbagai kaedah seperti melalui Global Theology, Global Ethic dan lain-lain. Kesemua faham ini pada zahirnya cuba mencari persamaan nilai yang universal antara semua manusia. Asas kepada ideology ini adalah manusia bersatu pada titik spiritualnya yang disebut sebagai ‘metaphysical unity’ atau kesatuan metafizik (esoteric). Inilah sebenarnya inti pluralisme agama. Amat silap jika sesetengah pihak beranggapan bahawa pluralisme agama itu hanyalah apabila seseorang mengatakan ‘agama itu semuanya sama’. Malah sememangnya ‘perennial philosophy’ itu mengiktiraf agama-agama itu berbeza tetapi hanya pada level eksoteriknya (zahirnya) tetapi kesemuanya menuju atau bertawaf kepada paksi yang sama pada level esoteriknya (batinnya). Lebih daripada itu, ‘perennial philosophy’ juga tidak pernah menyekat penganut mana-mana agama mengamalkan agamanya, apa yang penting penganut agama-agama itu menerima bahawa mereka semua bertemu akhirnya pada titik yang sama. Itulah ‘spiritual quotient’ yang dimaksudkan.

Kesimpulannya, inilah rupa paras ESQ yang sebenar…lihatlah worldview kelahirannya dan epistemology yang mencetuskannya…anda akan kenal apa ESQ yang sebenar! (Baca tulisan penulis tentang http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/KECELARUAN%20BERAGAMA.pdf dan Karen Amstrong Falsafah Abadi). http://mufakkirislami.files.wordpress.com/2009/12/karen-armstrong-penyubur-wahdatul-wujud.pdf

http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/08/esq-lagi.html

Oleh: Ustaz Aizam bin Mas'od (JAKIM)

Wednesday, September 29, 2010

Syaitan Itu Kreatif





Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya men
cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah jadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!


Pahrol Mohd Juoi
credit to : www.iluvislam.com



Tuesday, September 28, 2010

Aqidah golongan Salaf (ahli Hadis )

عقيدة السلف أصحاب الحديث (ASAH 5): Istiwa' Allah di Atas Arasy-Nya


Ahli Hadith berpegang dan bersaksi bahawa Allah subhanahu wa ta'ala berada di atas tujuh langit, di atas Arasy-Nya sebagaimana firmanNya;

(إن ربكم الله الذي خلق السموات والأرض في ستة أيام، ثم استوى على العرش، يدبر الأمر، ما من شفيع إلا من بعد إذنه)

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa`at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?" [QS Yunus (10): 3]

Dalam surah Ar-Ra'd ayat 2, Allah berfirman;

(الله الذي رفع السموات بغير عمد ترونها، ثم استوى على العرش...)
"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas `Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan."

Dalam surah al-Furqan ayat 59, Allah berfirman;
(ثم استوى على العرش الرحمن، فاسأل به خبيرا)
"..kemudian dia bersemayam di atas Arsy , (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia."

Dalam surah as-Sajdah ayat 4, firman Allah;
(...ثم استوى على العرش...)
"..kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy . Tidak ada bagi kamu selain dari padaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa`at . Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"

Firman Allah dalam surah Faathir ayat 10;

"Kepada-Nyalah dinaikkan perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya ."

Firman-Nya;

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya.." [QS As-Sajdah (32): 5]

Dan firman-Nya;

"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?" [QS Al-Mulk (67): 16]

Allah subhanahu wa Ta'ala telah memberitakan tentang Fir'aun -yang dilaknat- berkata kepada Haman;

"Dan berkatalah Fir`aun: `Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta`. Demikianlah dijadikan Fir`aun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Fir`aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian." [QS Ghaafir (40): 36-37]

Sesungguhnya Fir'aun berkata sedemikian kerana dia telah mendengar kata Musa menyatakan bahawa Tuhannya berada di langit.

Ulama' ummah dan para imam yang terkemuka di kalangan salaf -semoga Allah merahmati mereka- tidak berselisih bahawa Allah taala di atas Arasy-Nya dan Arasy-Nya berada di atas langitNya. Mereka menyatakan yang demikian bagi Allah apa yang telah ditetapkan oleh Allah, mereka beriman dengannya dan membenarkan berita daripada Allah jalla jalaluh. Mereka menetapkan (tidak mentakwil) apa yang ditetapkan oleh Allah tentang istiwa'Nya di atas arasy, mereka melaluinya (ayat-ayat yang berhubung denganNya, nama-nama dan sifat Allah) dengan menetapkannya (tidak mentakwil dan tidak menolaknya) dan mereka menyerahkan ilmunya, tentang bagaimana sifat-sifat-nya; kepada Allah. Mereka menyatakan sebagaimana firman Allah;

(...آمنا به، كل من عند ربنا، وما يذكر إلا أولو الألباب...)

"Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur`an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur`an dan yang lain (ayat-ayat) mu-tasyaabihaat . Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta`wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta`wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: `Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.` Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal." [QS Ali-'Imran (3): 7]



Sebagaimana Allah Ta'ala mengkhabarkan tentang 'الراسخين' orang-orang yang mendalam ilmunya yang menyatakan demikian. Allah meridhai mereka dan memuji atas pernyataan mereka itu.

Telah mengkhabarkan Abul Hassan Abdurrahman bin Ibrahim bin Muhammad bin Yahya al-Muzakki kepada kami. (Dia berkata) Muhammad bin Daud bin Sulaiman az-Zahid telah menceritakan kepadaku. (Dia berkata) Ali bin Muhammad bin Ubaid Abul Hasan al-Hafiz daripada bukunya yang lama dia berkata; Abu Yahya bin Bisyr al-Warraq telah menceritakan kepada kami, dia berkata telah menceritakan kepada kami Muhammad bin al-Asyras al-Warraq Abi Abul-Mughirah al-Hanafi, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Qurrah bin Khalid daripada Al-Hasan daripada ibunya daripada Ummu Salamah dalam mentafsirkan firman Allah Taala;

(الرحمن على العرش استوى)
"(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas `Arsy ." [QS Thaaha (20): 5]

Ummu Salamah berkata; "Al-Istiwa' diketahui maknanya, mempersoalkan bagaimana istiwa' itu tidak diketahui, menyatakannya adalah wajib dan mengingkarinya adalah kufur."

Telah menceritakan Abul-Hasan bin Ishak al-Madani kepada kami, beliau berkata; telah menceritakan Ahmad al-Hadar Abul-Hasan As-Syafie kepada kami, beliau berkata; Telah menceritakan Syazan kepada kami, beliau berkata; telah menceritakan Abnu Makhlad bin Yazid al-Qashatani, beliau berkata; Telah menceritakan Ja'far bin Maimun kepada kami, beliau berkata; Ketika Malik bin Anas ditanya tentang firman Allah;

(الرحمن على العرش استوى)
"(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas `Arsy ." [QS Thaaha (20): 5]

Bagaimanakah Istiwa'? Beliau menjawab; "Istiwa' itu diketahui maknanya, bagaimana istiwa' itu tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, dan bertanyakan bagaimana Istiwa' adalah perbuatan bid'ah. Saya tidak memandangmu kecuali sesat (dengan pertanyaan lelaki tersebut). Beliau memintanya agar meninggalkan majlisnya."

Daripada Ja’far bin Abdullah, beliau berkata; Telah datang seorang lelaki menemui Malik bin Anas menanyakan firman Allah Ta’ala (iaitu pertanyaan bagaimana Istiwa’ Allah);
(الرحمن على العرش استوى)
"(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas `Arsy ." [QS Thaaha (20): 5]

Ja’far berkata; Saya tidak melihat kemarahan yang teramat sangat pada Imam Malik melainkan setelah beliau mendengar pertanyaan lelaki itu sehingga menyebabkan keluarlah keringatnya yang banyak. Mereka yang hadir ketika itu semuanya menundukkan pandangan mereka sambil menunggu-nunggu tindakan yang akan diambil oleh Imam Malik. Kemudian setelah keadaan beliau pulih seperti biasa, beliau pun berkata;
“Bagaimana Istiwa’ tidak dapat diketahui, Istiwa’ dimaklumi maknanya, beriman dengannya adalah wajib dan bertanya bagaimana Istiwa’nya Allah adalah perbuatan bid’ah. Sesungguhnya saya takut engkau adalah orang yang sesat. Kemudian beliau pun menyuruh mereka agar mengeluarkan lelaki itu dari majlisnya.

Ketika Abu Ali al-Husein bin Al-Fadl al-Bajali ditanya tentang Istiwa’ dan dikatakan kepadanya Bagaimana Dia (Allah) beristiwa’ di atas arasyNya? Maka beliau pun menjawab; “Saya tidak mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali apa yang telah dikhabarkan kepada kami mengenainya. Allah –jalla’- telah mengajarkan kami bahawasanya Dia beristiwa’ di atas arasyNya dan tidak pun Dia memberitakan kepada kami tentang bagaimana Dia beristiwa’.”

Telah mengkhabarkan (al-Hakim) Abu ‘Abdillah al-Hafiz kepada kami –semoga Allah merahmatinya- beliau berkata; Telah mengkhabarkan Abu Bakr Muhammad bin Daud Az-Zahid, dia berkata; Telah mengkhabarkan Muhammad bin Abdurrahman As-Saami kepada kami, dia berkata; Telah menceritakan Abdullah bin Ahmad bin Syabwaih al-Marwazi kepadaku, dia berkata; Saya telah mendengar Ali bin Hasan bin Syaqiq berkata; Saya telah mendengar Abdullah bin al-Mubarak berkata; “Kami mengetahui Tuhan kami di atas tujuh langit, di atas Arasy. Dia beristiwa’ tidak bersatu dengan makhluqNya. Kami tidak mengatakan sepertimana apa yang diucapkan oleh Jahmiyah di mana mereka mengatakan bahwa Allah di sana iaitu di bumi.” [Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad dalam bukunya “As-Sunnah” (1:111, 175, 307), Abu Said ad-Darimi dalam bukunya “Ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah (67, 162) dan al-Baihaqi dalam bukunya “Al-Asmaa’ wa as-Shifaat” (2:335) dengan sanad yang banyak daripada Ali dengan lafaz-lafaz yang sama maknanya. Isnadnya hasan.]

Saya telah mendengar al-Hakim Aba-Abdillah (al-Hafiz) di dalam bukunya (التاريخ) yang ditulisnya kepada penduduk Nisaabur dan di dalam bukunya معرفة الحديث yang mana kedua-dua buku ini hasil karangannya, belum ada ulama’ sebelumnya yang dapat mengarang seperti dua bukunya itu. Dia berkata di dalam bukunya, Saya telah mendengar Aba Ja’far Muhammad bin Shalih bin Hani, dia berkata; Saya telah mendengar Abu Bakr Muhammad bin Ishak bin Khuzaimah dia berkata; “Barangsiapa yang tidak menetapkan bahawa Allah –‘azza wa jalla- di atas ArasyNya di atas tujuh langitNya, maka dia adalah kafir terhadap TuhanNya. Halal darah ke atasnya. Dia diminta agar bertaubat. Sekiranya dia enggan, dia boleh dipancung lehernya dan mayatnya dilemparkan ke tempat pembuangan kotoran sehingga kaum muslimin dan المعاهدون (orang-orang yang bukan Islam yang telah membuat perjanjian damai dengan pemerintah Islam) tidak terkena kotorannya itu (kesesatannya) dan bau mayatnya. Adalah hartanya menjadi harta rampasan, tidak ada seorang pun kaum muslimin yang boleh mewarisi hartanya kerana seorang muslim tidak berhak untuk mewarisi harta seorang kafir sepertimana sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
" لا يرث المسلم الكافر ولا الكافر المسلم " رواه البخاري.
“Tidak boleh seorang Muslim mewarisi daripada seorang kafir dan tidak juga seorang kafir mewarisi daripada seorang Muslim. [Hadith riwayat Bukhari]

-Ringkasan dari kitab Aqidatus-Salaf (Ahlul Hadith) karya Syaikh Abu Uthman Ismail bin Abdur-Rahman Ash Shabun

-----------------------------------
( perbicangan )
    • Nurul Izzati Ishak
      Jgn sama sekali samakan Allah dengan makhluk. Allah tidak perlukan apa2, sedangkan Dialah yang maha pencipta. Ketika Dia memulakan penciptaan bumi dan langit-langit, ArasyNya telah wujud dan berada di atas air. Pernyataan ini t...urut dijelaskan dalam hadis-hadis sahih berikut:

      عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ ، رَضيَ اللهُ عَنْهُمَا ، قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، وَعَقَلْتُ نَاقَتِي بِالْبَابِ ، فَأَتَاهُ نَاسٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ ، فَقَالَ : اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا بَنِي تَمِيمٍ ، قَالُوا : قَدْ بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا ، مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ دَخَلَ عَلَيْهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ ، فَقَالَ : اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا أَهْلَ الْيَمَنِ ، إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُو تَمِيمٍ ، قَالُوا : قَدْ قَبِلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ ، قَالُوا : جِئْنَاكَ نَسْأَلُكَ عَنْ هَذَا الأَمْرِ ، قَالَ : كَانَ اللهُ ، وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ، وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَىْءٍ ، وَخَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ.فَنَادَى مُنَادٍ : ذَهَبَتْ نَاقَتُكَ يَا ابْنَ الْحُصَيْنِ ، فَانْطَلَقْتُ ، فَإِذَا هِيَ يَقْطَعُ دُونَهَا السَّرَابُ، فَوَاللهِ ، لَوَدِدْتُ أنَِّي كُنْتُ تَرَكْتُهَا .

      Maksudnya: Daripada Imran bin Husain radiallahuanhuma katanya: “Aku masuk menemui Nabi sallallahualaihi wa sallam dan aku ikat untaku di pintu lalu datang sekumpulan manusia daripada Bani Tamim lalu baginda bersabda: “Terimalah khabar gembira wahai Bani Tamim”. Kata mereka: “Engaku telah menggembirakan kami (Wahai Rasulullah) maka berikan kami (khabar gembira itu)”, mereka ucapkannya dua kali. Kemudian datang pula sekumpulan manusia daripada Yaman lalu baginda berkata: “Terimalah khabar gembira wahai Ahli Yaman yang tidak diterima Bani Tamim”. Mereka berkata: “Telah kami terima wahai Rasulullah”. Mereka berkata lagi: “Kami datang ini untuk bertanya berkenaan perkara ini (penciptaan alam)”. Jawab Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam: “Adalah Allah itu wujud dan tiada sesuatu pun selain Dia, dan adalah ArasyNya berada di atas air dan Dia menulis dalam al-Zikr (Lauh Mahfuz) semuanya (daripada takdir makhluk) dan dia mencipta langit-langit dan bumi”. Maka tiba-tiba seseorang menyeru memanggilku (Imran bin HusainThis emoticon has been enhanced by Facicons “Untamu terlepas wahai Ibn Husain!”.Maka aku dapati untaku melalui fatamorgana, demi Allah, aku suka jika aku biarkan saja untaku itu”. [al-Bukhari, Ahmad].

      Dalam lafaz yang lain menyatakan:

      كان الله ولم يكن شيء قبله

      Maksudnya: “Adalah Allah wujud dan tiada sesuatu pun (wujud) sebelumNya…”

      Lafaz ‘Qabla’ lebih tepat kerana sesuai dengan sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:a

      اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَىْءٌ

      Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah yang Awal maka tiada sesuatupun sebelum-Mu..” [Muslim, Abu Dauda, al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad].

      Hadis Kedua:

      عن وكيع بن حدس عن عمه أبي رزين قال قلت : يا رسول الله أين كان ربنا قبل أن يخلق خلقه ؟ قال كان في عماء ما تحته هواء وما فوقه هواء وخلق عرشه على الماء قال أحمد بن منيع قال يزيد بن هارون العماء أي ليس معه شيء

      Maksudnya: Daripada Waki’ bun Hudus (Udus) daripada ayah saudaranya Abu Razin radiallahuanhu katanya: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, di mana Tuhan kita berada sebelum Dia mencipta makhlukNya?” Jawab baginda: “Adalah Dia dalam al-Ama’, tiada di bawahnya udara dan tiada di atasnya udara dan Dia mencipta ArasyNya di atas air”. Kata Ahmad bin Mani’ (perawi hadisThis emoticon has been enhanced by Facicons Berkata Yazid bin Harun: “al-‘Ama’ yakni tiada suatupun bersamaNya”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad-hasan-]

      Hadis Ketiga:

      عن العباس بن عبد المطلب قال : كنت بالبطحاء في عصابة . وفيهم رسول الله صلى الله عليه و سلم . فمرت به سحابة . فنظر إليها . فقال ( ما تسمون هذه ؟ ) قالوا السحاب . قال ( المزن ) . قالوا والمزن . قال ( والعنان ) قال أبو بكر قالوا والعنان . قال ( كم ترون بينكم وبين السماء ؟ ) قالوا لاندري . قال ( فإن بينكم وبينها إما واحدا أو اثنين أو ثلاثا وسبعين ستة . والسماء فوقها كذلك ) حتى عد سبع سماوات . ( ثم فوق السماء السابعة بحر . بين أعلاه وأسفله كما بين سماء إلى سماء . ثم فوق ذلك ثمانية أو عال . بين أظلافهم وركبهن كما سماء إلى سماء . ثم على ظهورهم العرش . بين أعلاه وأسفله كما بين سماء إلى سماء . ثم الله فوق ذلك . تبارك وتعالى )

      Maksudnya: Daripada al-Abbas bin Abdul Muttalib katanya: “Aku berada di al-Batha’ bersama beberapa orang lagi dan bersama mereka Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam lalu terdapat awan berarak dan baginda memandangnya seraya bersabda: “Apakah yang kamu namakan ini?”Jawab mereka: “al-Sahab” (Awan). Kata baginda: “al-Muzni”. Kata mereka: Ya, juga al-Muzni (Awan). Kata baginda: “al-Anan” kata mereka: Ya, juga al-Anan (awan)”. Kata baginda: “Agak-agak kamu berapakah jaraknya antara kamu dan langit?” Jawab mereka: “Kami tidak tahu”. Sabda baginda: “sesungguhnya antara kamu dan langit sama ada 71,72 atau 73 tahun perjalanan, demikian juga antara langit ke langit”. Baginda menyebut sehingga langit ketujuh lalu berkata: “Kemudian di atas langit ketujuh itu terdapat laut, antara atasnya ke bawahnya seperti jarak antara langit ke langit kemudian di atas laut itu terdapat 8 malaikat dalam bentuk Au’al, jarak antara kuku kakinya ke lututnya seperti jarak antara langit ke langit kemudian di atas belakang mereka terdapat Arasyh, jarak antara atasnya dengan bawahnya sama seperti antara langit ke langit kemudian Allah berada di atas Arasyh itu Tabaraka wa Taala”. [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah-sahih-]
    • Nurul Izzati Ishak
      Terdapat asar daripada Ibn Abbas radiallahuanhuma menyatakan:

      عن سعيد بن جبير قال: سئل ابن عباس عن قول اللهThis emoticon has been enhanced by Faciconsوكان عرشه على الماء) ، قال: على أي شيء كان الماء؟ قال: على متن الريح

      Maksudnya: “Daripada Said bin Jubair katanya: Ditanya Ibn Abbas ...berkenaan firman Allah: (maksudnya) ‘dan adalah ArasyNya di atas air’, air itu berada di atas apa pula? Jawab beliau: “Di atas angin”.

      Allah telah mencipta Arasy dan air demikian juga udara yang diletakkan air atasnya berdalilkan hadis:

      عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ - قَالَ - وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ.

      Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amru bin al-As radiallahuanhuma katanya: “Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Allah telah menulis takdir makhluk sekaliannya sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak masa 50,000 ribu tahun”. Baginda berkata: “sedangkan ArasyNya ketika itu berada di atas air”. [Muslim].
    • Nurul Izzati Ishak
      Pengajaran:

      - Allah subhanahu wa Taala adalah Pencipta dan Pentadbir alam ini, maka Dia jualah satu-satunya zat yang berhak disembah.
      - Allah subahanahu wa taala bersemayam di atas ArasyNya dengan sebenarnya tanpa diketahui kaifiatnya.
      - Arasy... adalah makhluk yang mulia dan merupakan bumbung alam ini serta makhluk yang paling besar dalam alam ini.
      - Allah Taala mencipata makhlukNya kerana hikmah yang diketahuiNya tetapi Dia sama sekali tidak berhajat kepada makhlukNya sama ada Arasy atau lainnya.
      - Bukti Tauhid Rububiyah, Uluhiyah, dan al-Asma’ wal Sifat bagi Allah sangat jelas dan terang dan mereka yang ingkar akannya dan mentakwil sifat-sifat Allah adalah kaum yang membodohkan diri sendiri.

      Wallahu a'lam
    • CMohd Rafizi


      JAWAPAN : Dasar ...yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah firman Allah Taala:

      لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

      "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” [al-Syura: 11]."

      Sifat-sifat Allah yg Alah sendiri yg menyifatkan kepada-Nya adalah layak bagi-Nya.Istiwa Allah adalah layak bg Allah. Begitu juga sifat Allah Mendengar dan Melihat adalah layak bg Allah tanpa bertanya bagaimana Allah mendengar atau melihat.

    • CMohd Rafizi
      Berkata al-Imam asy-Syafie rahimahullah (204HThis emoticon has been enhanced by Facicons
      وَأَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ.
      Bahawasanya Allah turun pada setiap malam ke langit dunia berdasarkan khabar dari Rasulullah shallallahu ‘ala...ihi wasallam.

      al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (751H) dalam kitabnya, Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah ‘ala Ghazwil Mu’aththilah wa al-Jahmiyyah (tahqiq: Basyir Muhammad ‘Uyun), ms. 122 menukil perkataan al-Imam asy-Syafie rahimahullah, dia berkata:

      أَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ يَقْرُبُ مِنْ خَلْقِهِ كَيْفَ شَاءَ وَيَنْزِلُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كَيْفَ شَاءَ.
      Bahawasanya Allah ‘Azza wa Jalla di atas ‘Arasy-Nya di langit-Nya, lalu mendekat kepada makhluk-Nya menurut sebagaimana yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah turun ke langit dunia menurut bagaimana yang Dia kehendaki.


    • (...kaifa? serah shj maknanya kepada Allah.)
    • Syamsul Alsabahi Al Kunaki
      salam ya saudariku sekalian...cukup dgn di bwh ..

      لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ...

      "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mel...ihat.” [al-Syura: 11]."
    • sumber : Nurul Izzati Ishak Note's

Manhaj Aqidah Imam As Syafi'i.....

Inilah Akidah Imam Syafi'i: Allah di atas 'Arasy, Allah tidak menyerupai Makhluk, Wajib Beriman dengan Semua Sifat-Sifat Allah.




Inilah akidah yang benar, akidah yang dibawa oleh al-Quran, Akidah yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan diimani oleh para sahabat radhiyallahu 'anhum ajma'in, Akidah Imam Syafi'i, akidah Imam Abu Hanifah, Akidah Imam Ahmad bin Hanbal, Akidah Imam Malik, Akidah Imam Bukhari, Akidah Imam Muslim, akidah para salafush shalih (umat yg beriman pada 3 kurun pertama Islam), dan akidah yang wajib diimani oleh sekalian ummat yang beriman. Di dalam permasalahan akidah, tiada khilaf. Inilah akidah yang satu, yang wajib kita imani.

عن الربيع بن سليمان قال، قال الشافعي: من حلف باللهِ، أو باسم من أسمائه، فحنث؛ فعليه الكفارة. وذلك لأن أسماء اللهِ غير مخلوقة؛ فمن حلف باسم اللهِ، فحنث؛ فعليه الكفارة.

Dari Ar-Robi’ bin Sulaiman: Imam Syafi’i mengatakan: “Barangsiapa bersumpah dengan nama Allah, atau dengan nama-namaNya yang lain, lalu ia melanggarnya, maka ia wajib membayar kaffarat (tebusan). (Manaqib Syafi’i 1/405). Yang demikian itu: “Kerana nama-nama Allah itu bukanlah makhluk, maka barangsiapa bersumpah dengan nama Allah, lalu melanggarnya, maka wajib atasnya membayar kaffarat”. (Adab syafi’i libni Abi Hatim, Al-Hilyah li Abi Nu’aim 9/112, Sunan Kubro lil baihaqi 1/28, Al-Asma was shifat lil baihaqi 255-256, Syarhus sunnah lil baghowi 1/188, Al-Uluw lidz Dzahabi 121, Mukhtashorul Uluw lil albani 77)

عن الشافعي أنه قال: القول في السنة التي أنا عليها، ورأيت أصحابنا عليها، أهل الحديث الذين رأيتهم، وأخذت عنهم مثل سفيان، ومالك، وغيرهما: الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وأن اللهَ تعالى على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء، وأن الله تعالى ينزل إلى سماء الدنيا كيف شاء.

Imam Syafi’i mengatakan: Perkataan dalam sunnah yang aku berjalan di atasnya, dan aku lihat para sahabat kami juga berjalan di atasnya, -yakni para ahlul hadits yang ku temui dan ku ambil ilmu dari mereka, seperti Sufyan Ats-Tsauri, Malik, yang lainnya-, adalah: Berikrar dengan persaksian bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, sesungguhnya Allah itu diatas arsy-Nya, di atas langit-Nya, Dia mendekat kepada makhluknya bagaimanapun Dia kehendaki, dan Allah juga turun ke langit dunia sesuai kehendaknya. (Ijtima’ul juyusyil islamiyah libnil qayyim, hal: 165. Itsbatu Shifatil Uluw, hal:124. Majmu’ul Fatawa 4/181-183. Al-Uluw lidz Dzahabi, hal: 120. Mukhtashorul Uluw lil Albani, hal: 176)

عن يونس بن عبد الأعلى، قال: سمعت الشافعي يقول: إذا سمعت الرجل يقول الاسم غير المُسمى، أو الشيء غير الشيء، فاشهد عليه بالزندقة.

Dari Yunus bin Abdul A’la: Aku pernah mendengar Imam Syafi’i mengatakan: “Jika kau mendengar seseorang mengatakan bahwa ‘nama itu tidak sama dengan yang memiliki nama’ atau ’sesuatu itu bukanlah hakikat sesuatu’ maka persaksikanlah bahwa dia itu zindiq (munafik). (Al-Intiqo’:79) (Majmu’ Fatawa 6/187)

قال الشافعي في كتابه الرسالة: والحمد لله… الذي هو كما وصف به نفسه، وفوق ما يصفه به خلقه.

Imam Syafi’i mengatakan: “Segala puji bagi Allah… yang Dia itu sebagaimana disifati sendiri oleh-Nya, dan lebih agung dari sifat yang diberikan oleh para makhluknya”. (Ar-Risalah, hal:7-8)

عن الشافعي أنه قال: نثبت هذه الصفات التي جاء بها القرآن، ووردت بها السنة، وننفي التشبيه عنه، كما نفى عن نفسه، فقال: { لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ} [سورة الشورى: 11]

Imam Syafi’i mengatakan: “Kami menetapkan sifat-sifat yang disebutkan dalam Alqur’an dan Sunnah ini, tapi kami menafikan tasybih dari-Nya, sebagaimana Dia sendiri menafikan hal itu dari-Nya, Dia berfirman: Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya’ (Surat Asy-Syuro:11) (Lihat Kitab Assiyar lidz Dzahabi 20/341)

عن الربيع بن سليمان، قال الشافعي: من قال القرآن مخلوق؛ فهو كافر.

Dari Ar-Robi bin Sulaiman, dari Asy-Syafii: “Barangsiapa mengatakan Alqur’an itu makhluk, maka dia kafir”. (Syarah Ushul I’tiqodi Ahlissunnah wal Jama’ah lillalaka’I 1/252)

عن أبي محمد الزبيري قال: قال رجل للشافعي، أخبرني عن القرآن خالق هو؟ قال الشافعي: اللهم لا، قال: فمخلوق؟ قال الشافعي: اللهم لا. قال: فغير مخلوق؟ قال الشافعي: اللهم نعم، قال: فما الدليل على أنه غير مخلوق؟ فرفع الشافعي رأسه وقال: تقر بأن القرآن كلام الله؟ قال: نعم. قال الشافعي: سبقت في هذه الكلمة، قال الله تعالى ذكره: {وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلاَمَ اللّهِ} [سورة التوبة: الآية 6] {وَكَلَّمَ اللّهُ مُوسَى تَكْلِيماً} [سورة النساء: الآية 164]

Dari Abu Muhammad Az-Zubairi: Ada seorang lelaki mengatakan kepada Asy-Syafii: “Katakan padaku tentang Alqur’an, khaliq-kah dia?” “Tidak” Jawab Imam Syafii.

Orang itu: “Makhluk-kah dia?” “Tidak” Jawab Imam Syafii.

Orang itu: “Berarti Alqur’an itu bukan makhluk?” “Tentu saja ya” jawab Imam Syafii.

Orang itu: “Apa dalilnya kalau Alqur’an itu bukan makhluk?”

Lalu Imam Syafii mengangkat kepala, seraya mengatakan: “Apa kamu berikrar bahwa Alquran itu kalamullah (firman Allah)?” “Ya”, jawab orang itu.

Imam syafii: “Telah ada yang mendahuluimu dalam jawapanmu itu, Allah ta’ala berfirman: ‘Jika diantara kaum musyrikin ada yang meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah agar dia dapat mendengar kalamullah’ (At-Taubah:6) ‘Dan Allah benar-benar mengajak Musa bicara langsung dengan-Nya’ (An-Nisa:164). (Manaqib Syafii 1/407-408)

وفي جزء الاعتقاد المنسوب للشافعي – من رواية أبي طالب العُشاري – ما نصه قال: وقد سئل عن صفات الله عزَّ وجلَّ، وما ينبغي أن يؤمن به، فقال: للهِ تبارك وتعالى أسماء وصفات، جاء بها كتابه وخبَّر بها نبيه – صلى الله عليه وسلم – أمته، لا يسع أحداً من خلق الله عزَّ وجلَّ قامت لديه الحجَّة أن القرآن نزل به، وصحَّ عنده قول النبي – صلى الله عليه وسلم – فيما روى عنه العدلُ خلافَه، فإن خالف ذلك بعد ثبوت الحجَّة عليه، فهو كافر بالله عزَّ وجلَّ. فأما قبل ثبوت الحجة عليه من جهة الخبر؛ فمعذور بالجهل؛ لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل، ولا بالدراية والفكر.

ونحو ذلك إخبار الله عزَّ وجلَّ أنه سميع وأن له يدين بقوله عزَّ وجلَّ: {بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ} [سورة المائدة: الآية 64] وأن له يميناً بقوله عزَّ وجلَّ: {وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ} [سورة الزمر: الآية 67] وأن له وجهاً بقوله عزَّ وجلَّ: {كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ} [سورة القصص: الآية 88] وقوله: {وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ} [سورة الرحمن: الآية 27]

وأن له قدماً بقوله – صلى الله عليه وسلم: “حتى يضع الرب عزَّ وجلَّ فيها قدَمه.” يعني جهنم؛ لقوله – صلى الله عليه وسلم – للذي قُتِل في سبيل الله عزَّ وجلَّ أنه: “لقي الله عزَّ وجلَّ وهو يضحك إليه.” وأنه يهبط كل ليلة إلى السماء الدنيا، بخبر رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بذلك، وأنه ليس بأعور لقوله النبي – صلى الله عليه وسلم – إذ ذكر الدجال فقال: “إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور”، وأن المؤمنين يرون ربهم عزَّ وجلَّ يوم القيامة بأبصارهم كما يرون القمر ليلة البدر، وأن له إصبعاً بقوله – صلى الله عليه وسلم: “ما من قلب إلاَّ هو بين إصبعين من أصابع الرحمن عزَّ وجلَّ”

وإن هذه المعاني التي وصف الله عزَّ وجلَّ بها نفسه، ووصفه بها رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لا تُدرَك حقيقتها تلك بالفكر والدراية، ولا يكفر بجهلها أحد إلا بعد انتهاء الخبر إليه به، وإن كان الوارد بذلك خبراً يقوم في الفهم مقام المشاهدة في السَّماع؛ وجبت الدينونة على سامعه بحقيقته والشهادة عليه، كما عاين وسمع من رسول الله – صلى الله عليه وسلم، ولكن نثبت هذه الصفات، وننفي التشبيه كما نفى ذلك عن نفسه تعالى ذكره فقال: { لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ} [سورة الشورى: الآية 11]… إلى آخر الاعتقاد.

Dalam Kitab Juz’ul I’tiqad, yang disandarkan kepada Imam Syafii, dari riwayatnya Abu Thalib al-Usyari, dikatakan: Beliau pernah ditanya tentang sifat-sifat Alloh azza wajall dan apa yang diimani?. Maka beliau menjawab: “Allah tabaroka wata’ala memiliki banyak nama dan sifat, yang datang dalam kitab-Nya dan dikabarkan Nabi-Nya -shollallohu alaihi wasallam- kepada umatnya.

Tidak boleh seorang pun -dari makhluk Allah azza wajall yang telah tegak baginya hujjah dari Alqur’an yang turun kepadanya, dan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh perawi yang adil- menyelisihinya. Apabila ia menyelisihinya setelah tegaknya hujjah atasnya, maka ia termasuk orang yang kafir kepada Allah azza wajall. Adapun apabila ia menyelisihinya sebelum tegaknya hujjah atasnya dari sisi nash, maka ia diberikan udzur kerana kebodohannya, kerana pengetahuan tentang itu tidak mungkin dinalar dengan akal, tidak mungkin pula diperoleh dengan mempelajari dan merenunginya."

Di antara contoh hal tersebut adalah:

  • Kabar dari Allah bahwa Dia maha mendengar.
    • Bahwa dia memiliki dua tangan, sebagaimana firman-Nya: “Akan tetapi kedua tangan Allah itu terbuka” (Al-Maidah:64).
    • Bahwa Dia memiliki tangan kanan, sebagaimana firman-Nya: “Dan langit-langit itu digulung dengan tangan kanan-Nya” (Az-Zumar:67).
    • Bahwa Dia memiliki wajah, sebagaimana firman-Nya: “Segala sesuatu pasti binasa kecuali wajah-Nya” (Al-Qoshosh:88) dan juga firman-Nya: “Tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal” (Ar-Rohman:27).
    • Bahwa Dia memiliki kaki, sebagaimana sabda Nabi -shollallohu alaihi wasallam-: “Sehingga Tuhan azza wajall meletakkan kaki-Nya di dalam Jahannam”.
    • Bahwa Dia tertawa, sebagaimana sabdanya tentang orang yang gugur di jalan Allah bahwa ia akan menemui Allah azza wajall, dalam keadaan Dia tertawa padanya”.
    • Bahwa Dia turun ke langit dunia setiap malam, dengan dasar kabar dari Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam-.
    • Bahwa Dia tidak buta sebelah, sebagaimana sabda Nabi -shallallahu alaihi wasallam- ketika menyebut Dajjal: “Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah, sedang Tuhanku tidaklah buta sebelah”.
    • Bahwa sesungguhnya kaum mukminin akan melihat Tuhannya pada hari kiamat dengan mata mereka, sebagaimana mereka melihat bulan purnama.
    • Bahwa Dia memiliki jari, sebagaimana sabdanya: “Tiada hati, melainkan ia berada diantara dua jari dari jari-jarinya Yang maha pengasih”.

Sungguh makna dari sifat-sifat yang diberikan Allah sendiri pada diri-Nya, dan juga diterangkan oleh Rasul-Nya -shollallohu alaihi wasallam- tidak akan diketahui hakikatnya dengan merenungi dan mempelajarinya, dan seseorang tidak dikafirkan kerana tidak mengetahuinya kecuali setelah datang kepadanya nash tentang itu.

Apabila kabar yang menerangkan hal itu dari sisi pemahaman bisa mewakili persaksian dalam pendengaran, maka hal itu wajib dipersaksikan dan diamalkan secara hakiki sebagai agama oleh orang yang mendengarnya, seakan ia menyaksikan dan mendengarnya langsung dari Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam-.

Tapi ketika kita menetapkan sifat-sifat ini, kita juga menafikan tasybih (penyerupaan Alloh dengan makhluk-Nya), sebagaimana Allah nafikan hal itu dari diri-Nya dalam firman-Nya: “Tidak ada sesuatu pun yang sama dengan-Nya, dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” (Asy-Syuro:11)… (lihat kitab Dzammut Ta’wil libni Qudamah, hal:124. At-Thobaqot libni Abi Ya’la 1/283. Ijtima’ul Juyusy Islamiyah libnil Qoyyim, hal:165. As-Siyar lidz Dzahabi 10/79).

-----

Dipetik dari laman Ust. Abu Abdillah Addariny

Jika ada yang ingin ditanyakan berkenaan dengan artikel di atas boleh mengirimkannya dikolum komentar di link tulisan beliau disini http://addariny.wordpress.com/2009/11/03/akidah-imam-syafii-rohimahulloh/

-----

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadits tentang sifat-sifat Allah boleh merujuk di sini http://www.facebook.com/note.php?note_id=396654953413

Imam Abu Hanifah berkata:

لا ينبغي لأحد أن ينطق في ذات الله بشيء؛ بل يصفه بما وصف به نفسه، ولا يقول فيه برأيه شيئاً؛ تبارك الله تعالى رب العالمين). ولما سئل - رحمه الله - عن صفة النزول، فقال:(ينزل بلا كيف)

"Seseorang tidak boleh berbicara sedikitpun tentang Dzat Allah, namun hendaklah ia menyifatiNya dengan sifat-sifat yang telah Allah sifatkan untuk diri-Nya dan tidak mengatakan dalam hal ini dengan pendapatnya semata. Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi, Rabb Semesta Alam" Ketika beliau ditanya tentang sifat Nuzul (turunnya Allah ke langit dunia), beliau berkata: "Dia turun dan (jangan bertanya) 'bagaimana' (Dia turun)"

[Lihat Syarhul 'Aqiidatith Thahaawiyyah tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arna-uth dan Dr 'Abdul Muhsin at-Turki (hlm. 264-269)]

Berimanlah dengan semua sifat-sifat Allah, dan janganlah bertanya bagaimana! Tiada satu pun Zat Allah yang sama atau pun menyerupai Makhluk. Inilah akidah yg benar!


-------------------------------

Biografi Imam Syafi’i -rohimahulloh-.

Nama beliau adalah: Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Utsman bin Syafi’ bin as-Sa’ib Al-Qurosyi, bin Abdul Muththolib bin Manaf. Kun-yah beliau Abu Abdillah.

Ayahnya tinggal di Makah. Saat dia pergi ke kota Gaza, lahirlah anaknya, yang diberi nama Muhammad. Imam Syafi’i ditinggal mati ayahnya ketika umurnya dua tahun. Lalu Ibunya -yang berkebangsaan Yaman, dari Kabilah Azd- membawanya kembali ke Makah.

Beliau telah hapal Alquran saat masih kecil, lalu keluar menuju pedesaan Kabilah Hudzail. Ketika itu mereka adalah Kabilah yang paling fasih bahasa arabnya. Dari hidup bersama Kabilah itu, beliau banyak hapal syair mereka. Lalu beliau kembali ke Makah dan memberi banyak manfaat dari kefasihan dan syairnya.

Beliau menetap di Makah, dan membaca (ilmu) di depan Muslim bin Kholid az-Zanji yang ketika itu adalah seorang syeikh dan muftinya Masjidil Harom Makah. Beliau terus mengaji kepadanya hingga diizinkan berfatwa di sana.

Lalu beliau mendatangi Imam Malik di Madinah, dan membaca kitab Al-Muwaththo’ kepadanya.

Dengan begitu beliau mengambil Ilmu Fikih dari Muslim bin Kholid az-Zanji, dan mengambil Hadits dari Imam Malik bin Anas.

Beliau pernah pergi ke Yaman, dan menjadi pembantunya Qodhi negeri itu, Mush’ab bin Abdulloh Al-Qurasyi. Yaman waktu itu adalah sarangnya Kelompok Syiah, oleh sebab itulah beliau dituduh menjadi penganut paham syiah. Beliau pun dibawa menghadap kholifah Harun Ar-Rosyid, ketika itu beliau di kota Ar-Roqqoh bersama sekelompok orang yang dituduh (oleh pihak kerajaan). Sungguh beliau pada posisi yang sangat berbahaya karena tuduhan itu, tapi karena kehalusan Alloh, lalu syafa’atnya Al-Hajibur Rosyid Al-Fadhl ibnur Robi’ yang terus membela beliau, akhirnya beliau selamat. Beliau juga sempat bicara di hadapan Kholifah, hingga ia simpati kepada beliau, dan memerintahkan agar beliau dilepaskan dan dibebaskan. Peristiwa itu terjadi pada tahun 184 H.

Kala itu Imam Syafi’i tidak lupa untuk memanfaatkan keberadaannya di Iraq, ia masuk Kota Bagdad dan menemui Muhammad Ibnul Hasan Asy-Syaibani, sahabat Imam Abu Hanifah. Maka ia pun menyambut Imam Syafi’i. Lalu beliau mengambil ilmu darinya dan menelaah kitab-kitab para ahli fikihnya negeri Irak dan mengambil pelajaran fikih dari mereka. Dengan begitu berarti beliau telah mengumpulkan antara cara para ahli fikih dan para ahli hadits. Beliau juga telah melakukan banyak diskusi dengan Muhammad ibnul Hasan, yang kemudian diskusi itu banyak tertuang dalam kitab-kitab beliau.

Beliau kemudian kembali lagi ke Mekah, yang merupakan tempat tujuan para ulama dari berbagai negeri, dari situ beliau banyak mengambil sekaligus memberi manfaat kepada yang lain, beliau juga banyak berdiskusi sehingga banyak ulama yang mengambil ilmu dari beliau.

Setelah itu beliau pergi ke Bagdad pada tahun 195 H, yakni masa kekhilafahan Al-Amin, di sana banyak ulama Irak yang mengambil ilmu dari beliau, dan di sanalah beliau mengimla’ (mendiktekan) kitab-kitab beliau yang terdahulu (madzhab lama/madzhabnya ketika di irak).

Beliau juga banyak berkumpul dengan ulama dan para imam dari bagdad, diantaranya: Imam Ahmad bin Hambal, kemudian beliau kembali lagi ke Mekah, ketika namanya telah tersohor di Bagdad, dan banyak ulama’nya mengikuti cara beliau.

Pada tahun 198 H, beliau kembali lagi ke Irak dalam perjalanannya yang ketiga ke kota itu, beliau tinggal di sana sebentar, kemudian pindah lagi ke Mesir. Beliau singgah di kota Fusthoth, bertamu di rumah Abdulloh bin Abdul Hakam, yang ketika itu termasuk sahabatnya Imam Malik.

Ketika itu madzhab Imam Malik telah menyebar luas di kota Mesir. Di mesir inilah beliau menulis kitabnya al-Umm, itu termasuk diantara kitabnya yang baru, yang diimla’ oleh beliau bersama kitab Ushul fikihnya “Ar-Risalah”

Imam Syafi’i adalah salah satu dari empat imamnya Ahlussunnah, beliau telah menyebarkan sendiri madzhabnya dari banyaknya perjalanan yang dilakukannya. Beliau juga yang menulis sendiri kitab-kitabnya, lalu mengimlakkannya kepada para muridnya, keadaan seperti ini tidak dikenal dari ulama kibar lain selain beliau.

Imam Syafi’i adalah seorang ahli syair yang sedikit karya syairnya, makna syairnya jelas, dan mudah dipahami, bahkan dalam tulisan kitabnya banyak kita dapati jiwa penyair beliau.

Beliaulah orang yang pertama kali membukukan ilmu ushul fikih dalam kitab khusus, juga orang yang pertama kali merumuskan ilmu nasikh dan mansukh dalam bidang hadits.

Diantara karya beliau: Kitabul Umm, Risalah fi Usulil Fiqh, Sabilun Najah, kumpulan sya’ir beliau yang dikenal dengan diwanu syafii, dan masih banyak lagi yang lain.

Beliau meninggal di Mesir, pada usianya yang ke-54 tahun.

credit to :Nurul Izzati Ishak.

Friday, September 24, 2010

Ud'u ila rabbik - serulah kepada Tuhanmu , antara tugas asas seorang Muslim




Dari Jeram Pasu: Isnin, 6hb. September, 2010 - 10:11 am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni ( dalm Suasana berbilang kaun dan Agama -dah jadi macam satu budaya.....biarkan sahaja Non_Muslim itu...kerana telah di injek dengan idea berbagai bangsa dan ugama...hormat oranng lain punya agama juga ..last2 semangat daawah untuk non Muslim itu semacam di matikan.....; "tumpu pada sesama Islam" yang sememangnya banyak masaaalah...+sikap "berdakwah itu kerja para Ustaz je ", sibuk dok berbalah sesama sendiri...) [ tidak ada roh jihad (? ), tak ada keinginan untuk berdakwah (? ), macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?] Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin BERDAKWAH !

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

TPU - Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber (tiki md )

Thursday, September 23, 2010

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN

Harun Yahya - Seruan kepadaa kebenaran

PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN

ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu lekas kecewa dan lemah pengharapan. Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar. Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.


ALLAH Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Adil menyediakan jalan keluar pada setiap kesukaran dan menguji manusia dalam lingkungan kemampuan mereka. Cara pengabadian seorang hamba kepada ALLAH, kepayahan yang diberi untuk menguji manusia, tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang, semuanya adalah pada kadar kemampuan individu itu. Inilah berita gembira buat manusia yang bertaqwa dan ia dijelmakan pada sifatNYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ALLAH menyatakan rahsia ini di dalam firmanNYA:


“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil walaupun dia adalah kerabatmu, dan penuhilah janji ALLAH. Yang demikian itu diperintahkan ALLAH kepadamu agar kamu ingat.” (Surah al-An’aam: 152)

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-A’raf: 42)

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)

Tidak sukar untuk hidup berlandaskan agama ALLAH


Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa agama hanya akan menyulitkan kehidupan dan dipaksa untuk mematuhi pada hukum-hukumnya yang sukar dan payah. Ini hanyalah khayalan yang dibisikkan oleh syaitan bagi menyesatkan manusia. ALLAH dengan jelas menyatakan bahawa DIA pasti akan menyediakan jalan keluar pada setiap kesukaran hidup bagi hamba-hambaNYA yang beriman. Di samping itu, perkara-perkara asas dalam Islam seperti beriman kepada ALLAH juga qada’ dan qadar mampu meringankan beban, menghilangkan kesukaran juga mengelakkan diri daripada berputus asa atau murung. Mereka yang patuh pada hukum ALLAH tidak akan ditimpa rasa gundah, sedih atau putus asa. Di dalam firmanNYA, ALLAH berjanji untuk sentiasa membantu hambaNYA yang menyerah diri kepadaNYA dan yang membantu agamaNYA, dan akan mengurniakan kehidupan yang bahagia di dunia dan juga di akhirat kelak. ALLAH, yang tidak mungkin memungkiri janjiNYA, berfirman:

“Dan katakan kepada orang-orang yang bertaqwa: ‘Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘(ALLAH telah menurunkan) kebaikan.’ Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa.” (Surah an-Nahl: 30)

ALLAH menyediakan berita gembira buat para hambaNYA yang beriman berupa kejayaan bagi mereka yang mematuhi agamaNYA:


“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan ALLAH) dan bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyediakan baginya jalan yang mudah.” (Surah al-Layl: 5-7)

Dengan pendedahan rahsia ini, barangsiapa yang memilih untuk patuh pada agamaNYA sedari awal dengan penuh ikhlas, maka mereka telah mengambil jalan paling mudah yang membawa kepada kejayaan dan kelebihan di dunia dan akhirat. Sebaliknya pula berlaku kepada mereka yang tidak beriman. Mereka diselubungi kegundahan, kesedihan juga kerugian di dunia juga di akhirat kelak. Pada saat mereka memilih untuk tidak beriman, mereka kehilangan dunia apatah lagi akhirat. Ini dinyatakan pada firmanNYA:

“Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.” (Surah al-Layl: 8-10)

ALLAH, Tuhan Yang Maha Memiliki juga Maha Menciptakan segala. Pastinya kekuasaan dan pertolonganNYA melebihi apa yang dapat diberikan oleh manusia apabila seseorang itu mengharapkan keakraban, bantuan dan sokongan ALLAH semata-mata. Mereka yang mengambil ALLAH sebagai tempat bergantung dan menyerahkan segalanya pada ALLAH akan hidup dengan limpahan anugerah dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat tanpa rasa bimbang akan apa-apa yang dapat memudaratkannya. Oleh kerana itu, setiap manusia yang bijak dan percaya pada kata hatinya perlu memahami setiap rahsia yang tersimpan di dalam Al-Quran lalu memilih jalan yang lurus dan diredhaiNYA. Manusia yang tidak beriman tidak akan dapat memahami bahawa fakta yang jelas ini merupakan sebuah rahsia kehidupan. Tidak kira bagaimana bijak atau tinggi taraf pendidikan mereka, individu ini tidak menggunakan kebolehan menaakul dengan baik, maka mereka tidak berupaya memahami dan melihat fakta ini dengan jelas.


Apr 05, 2010




FALSAFAH EID AL FITRI




Assalamualaikum, wr wbr.

Pada kesempatan ini izinkan saya menyampaikan sedikit tazkirah agama bertajuk : FALSAFAH EID AL-FITRY :

1. Kalau Ramadhan membawa makna panas yang membakar. Ia dapat diartikan bulan Ramadhan sebagai bulan pembakaran dosa. Sungguh banyak hadis Nabi SAW yang menyebut tentang fadhilat atau kelebihan puasa dan qiyam Ramadhan sebagai penghapus dosa. Malahan terdapat hadis yang menyebut begitu berakhir Ramadhan maka kita bagaikan bayi yang baru dilahirkan ibu yakni suci dari dosa. Tentu saja ini hanya untuk mereka yang melakukan puasa dan qiyam atas dorongan IMANAN (imannya kepada Allah) dan IHTISABAN ( semata-mata mengharap ganjaran pahala dari Allah).

2. Eid Al-Fitry terdiri dari dua perkataan. Eid maknanya kembali sedangkan Al-Fitry pula membawa makna fitrah atau suci. Jadi ungkapan Eid Al-Fitry membawa makna Kembali Kepada Kesucian. Atas sebab itulah kita selalu mendengan ucapan : Minal 'Aaidin Wal Faaizin ( semoga kita termasuk ke dalam golongan yang kembali dan semoga kita termasuk ke dalam golongan yang berjaya ). Jadi siapa yang kembali kepada fitrah semula jadi maka dia layak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

3. Makna kembali kepada Fitrah yang paling utama adalah kembali kepada fitrah agama. Fitrah Agama pula ialah segala yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. Dengan kata lain asal usul agama Islam ialah segala yang datang dari Allah dan Rasul-Nya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Sebagai contoh : Fitrah aqidah ialah Tauhid bukan syirik ; Fitrah dalam ibadat ialah ikut Sunnah Rasulullah bukan bid'ah ; Fitrah dalam akhlak adalah adil bukan zalim, amanah bukan khianat, berkata benar bukan dusta dan lain-lain. Oleh itu, bereidulfitry dalam kontek AGAMA mestilah kembalikan ajaran agama Islam yang kita anuti kepada sumbernya yang asal iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. bukan hanya ikut-ikutan atau bertaklid secara membuta tuli dengan adat istiadat atau tradisi nenek moyang.

4. Syawwal maknanya irtafa'a ( up grade ) atau peningkatan. Maksudnya : Setelah umat Islam melalui latihan demi latihan dalam Madrasah Ramadhaniah ( Sekolah Ramadhan ) selama satu bulan dengan penuh disiplin. Siangnya berpuasa dan malamnya qiyam. Segala anggota dapat dikawal daripada melakukan maksiat maka sangatlah memungkinkan jika diri seseorang menjadi lebih baik dan akan meningkatlah syakhsiah (jadi dirinya) dalam bulan Syawwal. Itulah sebabnya setelah Ramadhan lalu disambut dengan Syawwal. Oleh itu, adalah sangat bercanggah jika jutsru memasuki Syawwal langsung merudum atau merosot agamanya.

5. Pengingkatan yang dimaksudkan dari perkataan Syawwal bukanlah terbatas kepada kwantiti amalan tetapi lebih kepada kontinyuiti atau kesinambungan amalan. Peningkatan dalam ibadat puasa maksudnya kita perlu meneruskan budaya itu pada bulan Syawwal walaupun hanya enam hari, bukanlah mesti lebih daripada 30 hari. Tahajuud tidak semestinya lebih daripada 23 rakaat atau 11 rakaat ; membaca Al-Quran tidak semestinya melebihi 30 juz setiap bulan. Maksudnya : Amalan yang baik yang kita biasakan dalam Ramadhan perlu diteruskan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Rasul SAW bersabda : Sesungguhnya Allah sangat menyukai amalan yang berkekalan walaupun ia dilakukan sedikit sedikit.

Cukuplah setakat ini dulu Tazkirah singkat untuk dijadikan sebagai bahan renungan dalam bulan Syawwal. Semoga berguna untuk kita semua. Mohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan.

Ustaz Dr. Abdullah Yasin,

No 62 Jalan Pauh Kijang ,
Kg. Malaysia Raya - Sg. Besi - KL
+6012 205 6040

Wednesday, September 22, 2010

10 Wasiat Untuk Isteri..



Sepuluh Wasiat untuk Istri yang Mendambakan “Keluarga Bahagia tanpa Problema”

Berikut ini sepuluh wasiat untuk wanita, untuk istri, untuk ibu rumah tangga dan ibunya anak-anak yang ingin menjadikan rumahnya sebagai pondok yang tenang dan tempat nan aman yang dipenuhi cinta dan kasih sayang, ketenangan dan kelembutan.

Wahai wanita mukminah!

Sepuluh wasiat ini aku persembahkan untukmu, yang dengannya engkau membuat ridla Tuhanmu, engau dapat membahagiakan suamimu dan engkau dapat menjaga tahtamu.

Wasiat Pertama: Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat

Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah!!

Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncangkan kerajaan. Maka janganlah engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah dan jangan engkau seperti Fulanah yang telah bermaksiat kepada Allah… Maka ia berkata dengan menyesal penuh tangis setelah dicerai oleh sang suami: “Ketaatan menyatukan kami dan maksiat menceraikan kami…”

Wahai hamba AllahJagalah Allah niscaya Dia akan menjagamu dan menjaga untukmu suamimu dan rumahmu. Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya.

Karena itulah, salah seorang wanita shalihah jika mendapatkan sikap keras dan berpaling dari suaminya, ia berkata “Aku mohon ampun kepada Allah… itu terjadi karena perbuatan tanganku (kesalahanku)…”

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat , khususnya :

- Meninggalkan shalat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat riya’ dan sum’ah.

- Menjelekkan dan mengejek orang lain. Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain(karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan).” (Al Hujuraat: 11)

- Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَحَبُّ الْبِلادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهُمْ وَأَبْغَضَ الْبِلادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهُمْ

“Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya.”1
- Mendidik anak dengan pendidikan barat atau menyerahkan pendidikan anak kepada para pembantu dan pendidik-pendidik yang kafir.

- Meniru wanita-wanita kafir. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Siapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka.”2

- Menyaksikan film-film porno dan mendengarkan nyanyian.
- Membaca majalah-majalah lawakan/humor.
- Membiarkan sopir dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan mendesak.

- Membiarkan suami dalam kemaksiatannya.3

- Bersahabat dengan wanita-wantia fajir dan fasik. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الْمَرْءُ عَلَى دِيْنِ خَلِيْلِهِ “Seseorang itu menurut agama temannya.”4

- Tabarruj (pamer kecantikan) dan sufur (membuka wajah)


Wasiat kedua: Berusaha mengenal dan memahami suami

Hendaknya seorang istri berusaha memahami suaminya. Ia tahu apa yang disukai suami maka ia berusaha memenuhinya. Dan ia tahu apa yang dibenci suami maka ia berupaya untuk menjauhinya, dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah, karena tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al Khaliq (Allah Ta`ala). Berikut ini dengarkanlah kisah seorang istri yang bijaksana yang berupaya memahami suaminya.

Berkata sang suami kepada temannya: “Selama dua puluh tahun hidup bersama belum pernah aku melihat dari istriku perkara yang dapat membuatku marah.”

Maka berkata temannya dengan heran: “Bagaimana hal itu bisa terjadi.”

Berkata sang suami: “Pada malam pertama aku masuk menemui istriku, aku mendekat padanya dan aku hendak menggapainya dengan tanganku, maka ia berkata: ‘Jangan tergesa-gesa wahai Abu Umayyah.’ Lalu ia berkata: ‘Segala puji bagi Allah dan shalawat atas Rasulullah… Aku adalah wanita asing, aku tidak tahu tentang akhlakmu, maka terangkanlah kepadaku apa yang engkau sukai niscaya aku akan melakukannya dan apa yang engkau tidak sukai niscaya aku akan meninggalkannya.’ Kemudian ia berkata: ‘Aku ucapkan perkataaan ini dan aku mohon ampun kepada Allah untuk diriku dan dirimu.’”

Berkata sang suami kepada temannya: “Demi Allah, ia mengharuskan aku untuk berkhutbah pada kesempatan tersebut. Maka aku katakan: ‘Segala puji bagi Allah dan aku mengucapkan shalawat dan salam atas Nabi dan keluarganya. Sungguh engkau telah mengucapkan suatu kalimat yang bila engkau tetap berpegang padanya, maka itu adalah kebahagiaan untukmu dan jika engkau tinggalkan (tidak melaksanakannya) jadilah itu sebagai bukti untuk menyalahkanmu. Aku menyukai ini dan itu, dan aku benci ini dan itu. Apa yang engkau lihat dari kebaikan maka sebarkanlah dan apa yang engkau lihat dari kejelekkan tutupilah.’ Istri berkata: ‘Apakah engkau suka bila aku mengunjungi keluargaku?’ Aku menjawab: ‘Aku tidak suka kerabat istriku bosan terhadapku’ (yakni si suami tidak menginginkan istrinya sering berkunjung). Ia berkata lagi: ‘Siapa di antara tetanggamu yang engkau suka untuk masuk ke rumahmu maka aku akan izinkan ia masuk? Dan siapa yang engkau tidak sukai maka akupun tidak menyukainya?’ Aku katakan: ‘Bani Fulan adalah kaum yang shaleh dan Bani Fulan adalah kaum yang jelek.’”

Berkata sang suami kepada temannya: “Lalu aku melewati malam yang paling indah bersamanya. Dan aku hidup bersamanya selama setahun dalam keadaan tidak pernah aku melihat kecuali apa yang aku sukai. Suatu ketika di permulaan tahun, tatkala aku pulang dari tempat kerjaku, aku dapatkan ibu mertuaku ada di rumahku. Lalu ibu mertuaku berkata kepadaku: ‘Bagaimana pendapatmu tentang istrimu?’”

Aku jawab: “Ia sebaik-baik istri.”

Ibu mertuaku berkata: “Wahai Abu Umayyah.. Demi Allah, tidak ada yang dimiliki para suami di rumah-rumah mereka yang lebih jelek daripada istri penentang (lancang). Maka didiklah dan perbaikilah akhlaknya sesuai dengan kehendakmu.”
Berkata sang suami: “Maka ia tinggal bersamaku selama dua puluh tahun, belum pernah aku mengingkari perbuatannya sedikitpun kecuali sekali, itupun karena aku berbuat dhalim padanya.”5

Alangkah bahagia kehidupannya…! Demi Allah, aku tidak tahu apakah kekagumanku tertuju pada istri tersebut dan kecerdasan yang dimilikinya? Ataukah tertuju pada sang ibu dan pendidikan yang diberikan untuk putrinya? Ataukah terhadap sang suami dan hikmah yang dimilikinya? Itu adalah keutamaan Allah yang diberikannya kepada siapa yang Dia kehendaki.

Wasiat ketiga: Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik

Sesungguhnya hak suami atas istrinya itu besar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَوْ كُنْتُ آمِرَا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku perintahkan istri untuk sujud kepada suaminya.”6

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak mendurhakainya. Bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

إِثْنَانِ لا تُجَاوِزُ صَلاتُهُمَا رُؤُوْسُهُمَا: عَبْدٌ آبَق مِنْ مَوَالِيْهِ حَتَّى يَرْجِعَ وَامْرَأَةٌ عَصَتْ زَوْجَهَا حَتَّى تَرْجِعَ

“Dua golongan yang shalatnya tidak akan melewati kepalanya, yaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan istri yang durhaka kepada suaminya hingga ia kembali.”7

Karena itulah Aisyah Ummul Mukminin berkata dalam memberi nasehat kepada para wanita: “Wahai sekalian wanita, seandainya kalian mengetahui hak suami-suami kalian atas diri kalian niscaya akan ada seorang wanita di antara kalian yang mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.”8

Engkau termasuk sebaik-baik wanita!!

Dengan ketaatanmu kepada suamimu dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjadi sebaik-baik wanita, dengan izin Allah. Pernah ada yang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wanita bagaimanakah yang terbaik?” Beliau menjawab:

اَلَّتِى تَسِرُّهُ إِذَا نَظَرَ، وَتُطِيْعُهُ إِذَا أَمَرَ، وَلا تُخَالِفُهُ فِيْ نَفْسِهَا وَلا مَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

“Yang menyenangkan suami ketika dipandang, taat kepada suami jika diperintah dan ia tidak menyalahi pada dirinya dan hartanya dengan yang tidak disukai suaminya.” (Isnadnya hasan)

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk surga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu, berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

اَلْمَرْأَةُ إِذَا صَلَّتْ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَأَحْصَنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، فَلْتَدْخُلُ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

“Bila seorang wanita shalat lima waktu, puasa pada bulan Ramadlan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, ia akan masuk surga dari pintu mana saja yang ia inginkan.”9
Wasiat keempat: Bersikap qana’ah (merasa cukup)
Kami menginginkan wanita muslimah ridla dengan apa yang diberikan (suami) untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Dalam riwayat disebutkan “Wanita yang paling besar barakahnya.” Wahai siapa gerangan wanita itu?! Apakah dia yang menghambur-hamburkan harta menuruti selera syahwatnya dan mengenyangkan keinginannya? Ataukah dia yang biasa mengenakan pakaian termahal walau suaminya harus berhutang kepada teman-temannya untuk membayar harganya?! Sekali-kali tidak… demi Allah, namun (mereka adalah):
أَعْظَمُ النِّسَاءِ بَرَكَةٌ، أَيْسَرُّهُنَّ مُؤْنَةً

“Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan maharnya.”10
Renungkanlah wahai suadariku muslimah adabnya wanita salaf radliallahu ‘anhunna… Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat padanya. Apa wasiatnya? Ia berkata kepada sang suami: “Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, karena kami bisa bersabar dari rasa lapar namun kami tidak bisa sabar dari api neraka…”

Adapun sebagian wanita kita pada hari ini apa yang mereka wasiatkan kepada suaminya jika hendak keluar rumah?! Tak perlu pertanyaan ini dijawab karena aku yakin engkau lebih tahu jawabannya dari pada diriku.


Wasiat kelima: Baik dalam mengatur urusan rumah, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah istri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

Renungkanlah semoga Allah menjagamu, kisah seorang wanita, istri seorang tukang kayu… Ia bercerita: “Jika suamiku keluar mencari kayu (mengumpulkan kayu dari gunung) aku ikut merasakan kesulitan yang ia temui dalam mencari rezki, dan aku turut merasakan hausnya yang sangat di gunung hingga hampir-hampir tenggorokanku terbakar. Maka aku persiapkan untuknya air yang dingin hingga ia dapat meminumnya jika ia datang. Aku menata dan merapikan barang-barangku (perabot rumah tangga) dan aku persiapkan hidangan makan untuknya. Kemudian aku berdiri menantinya dengan mengenakan pakaianku yang paling bagus. Ketika ia masuk ke dalam rumah, aku menyambutnya sebagaimana pengantin menyambut kekasihnya yang dicintai, dalam keadaan aku pasrahkan diriku padanya… Jika ia ingin beristirahat maka aku membantunya dan jika ia menginginkan diriku aku pun berada di antara kedua tangannya seperti anak perempuan kecil yang dimainkan oleh ayahnya.”

Wasiat keenam: Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

Berapa banyak rumah tangga yang masuk padanya pertikaian dan perselisihan disebabkan buruknya sikap istri terhadap ibu suaminya dan tidak adanya perhatian akan haknya. Ingatlah wahai hamba Allah, sesungguhnya yang bergadang dan memelihara pria yang sekarang menjadi suamimu adalah ibu ini, maka jagalah dia atas kesungguhannya dan hargailah apa yang telah dilakukannya. Semoga Allah menjaga dan memeliharamu. Maka adakah balasan bagi kebaikan selain kebaikan?

Wasiat ketujuh: Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan duka cita dan kesedihannya.

Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu maka sertailah dia dalam duka cita dan kesedihannya. Aku ingin mengingatkan engkau dengan seorang wanita yang terus hidup dalam hati suaminya sampaipun ia telah meninggal dunia. Tahun-tahun yang terus berganti tidak dapat mengikis kecintaan sang suami padanya dan panjangnya masa tidak dapat menghapus kenangan bersamanya di hati suami. Bahkan ia terus mengenangnya dan bertutur tentang andilnya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi. Sang suami terus mencintainya dengan kecintaan yang mendatangkan rasa cemburu dari istri yang lain, yang dinikahi sepeninggalnya. Suatu hari istri yang lain itu (yakni Aisyah radliallahu ‘anha) berkata:

مَا غِرْتُ عَلَى امْرَأَةٍ لِلنَّبِيِّ؟ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيْجَةَ هَلَكَتْ قَبْلَ أَنْ يَتَزَوَّجَنِي، لَمَّا كُنْتُ أَسْمَعُهُ يَذْكُرُهَا

“Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seperti cemburuku pada Khadijah, padahal ia meninggal sebelum beliau menikahiku, mana kala aku mendengar beliau selalu menyebutnya.”11

Dalam riwayat lain:

مَا غِرْتُ عَلَى أَحَدٍ مِنْ نِسَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيْجَةَ وَمَا رَأَيْتُهَا وَلَكِنْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ ذِكْرَهَا

“Aku tidak pernah cemburu kepada seorangpun dari istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seperti cemburuku pada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya, akan tetapi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam banyak menyebutnya.”12

Suatu kali Aisyah berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam setelah beliau menyebut Khadijah:

كَأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ فِي الدُّنْيَا امْرَأَةٌ إِلا خَدِيْجَةُ فَيَقُولُ لَهَا إِنَّهَا كَانَتْ وَكَانَتْ

“Seakan-akan di dunia ini tidak ada wanita selain Khadijah?!” Maka beliau berkata kepada Aisyah: ‘Khadijah itu begini dan begini.’”13

Dalam riwayat Ahmad pada Musnadnya disebutkan bahwa yang dimaksud dengan “begini dan begini” (dalam hadits diatas) adalah sabda beliau:

آمَنَتْبِي حِيْنَ كَفَرَ النَّاسُ وَصَدَّقَتْنِي إِذْكَذَّبَنِي النَّاسُ رَوَاسَتْنِي بِمَالِهَا إِذْحَرَمَنِي النَّاسُ وَرَزَقَنِي اللهُ مِنْهَا الوَلَد

“Ia beriman kepadaku ketika semua orang kufur, ia membenarkan aku ketika semua orang mendustakanku, ia melapangkan aku dengan hartanya ketika semua orang meng-haramkan (menghalangi) aku dan Allah memberiku rezki berupa anak darinya.”14

Dialah Khadijah yang seorangpun tak akan lupa bagaimana ia mengokohkan hati Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan memberi dorongan kepada beliau. Dan ia menyerahkan semua yang dimilikinya di bawah pengaturan beliau dalam rangka menyampaikan agama Allah kepada seluruh alam.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang masyhur yang menjadikan Nabi merasakan tenang setelah terguncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali yang pertama:

وَاللهُ لا يُخْزِيْكَ اللهُ أَبَدًا إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَكْسِبُ الْمَعْدُوْمَ وَتُعِيْنُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ

“Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selama-lamanya. Karena sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, menutup kebutuhan orang yang tidak punya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran.”15

Jadilah engkau wahai saudari muslimah seperi Khadijah, semoga Allah meridhainya dan meridlai kita semua.

Wasiat kedelapan:
Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaanya.

Siapa yang tidak tahu berterimakasih kepada manusia, ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Maka janganlah meniru wanita yang jika suaminya berbuat kebaikan padanya sepanjang masa (tahun), kemudian ia melihat sedikit kesalahan dari suaminya, ia berkata: “Aku sama sekali tidak melihat kebaikan darimu…” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ فَقُلْنَ يَا رَسُولَ اللهِ وَلَمْ ذَلِكَ قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ

Wahai sekalian wanita bersedekahlah karena aku melihat mayoritas penduduk nereka adalah kalian.” Maka mereka (para wanita) berkata: “Ya Rasulullah kepada demikian?” Beliau menjawab: “Karena kalian banyak melaknat dan mengkufuri kebaikan suami.”16

Mengkufuri kebikan suami adalah menentang keutamaan suami dan tidak menunaikan haknya.
Wahai istri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat engkau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, hingga terasa ringan baginya kesulitan yang dijumpai dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu dalam hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hakmu. Namun di mana bandingan kesalahan itu dengan lautan keutamaan dan kebaikannya padamu.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لا يَنْظُرُ اللهَ إِلَى امْرَأَةٍ لا تَشْكُرُ زَوْجَهَا وَهِيَ لا تَسْتَغْنِيَ عَنْهُ

“Allah tidak akan melihat kepada istri yang tidak tahu bersyukur kepada suaminya dan ia tidak merasa cukup darinya.”17

Wasiat kesembilan: Menyimpan rahasia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya).
Istri adalah tempat rahasia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya (yang paling pribadi dari diri suami). Bila menyebarkan rahasia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapa pun maka dari sisi istri lebih besar dan lebih jelek lagi.

Sesungguhnya majelis sebagian wanita tidak luput dari membuka dan menyebarkan aib-aib suami atau sebagian rahasianya. Ini merupakan bahaya besar dan dosa yang besar. Karena itulah ketika salah seorang istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyebarkan satu rahasia beliau, datang hukuman keras, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersumpah untuk tidak mendekati isti tersebut selama satu bulan penuh.

Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat-Nya berkenaan dengan peristiwa tersebut.

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَى بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ

“Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang dari isteri-isterinya suatu peristiwa. Maka tatkala si istri menceritakan peristiwa itu (kepada yang lain), dan Allah memberitahukan hal itu kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepada beliau) dan menyembunyikan sebagian yang lain.” (At Tahriim: 3)

Suatu ketika Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam mengunjungi putranya Ismail, namun beliau tidak mejumpainya. Maka beliau tanyakan kepada istri putranya, wanita itu menjawab: “Dia keluar mencari nafkah untuk kami.” Kemudian Ibrahim bertanya lagi tentang kehidupan dan keadaan mereka. Wanita itu menjawab dengan mengeluh kepada Ibrahim: “Kami adalah manusia, kami dalam kesempitan dan kesulitan.” Ibrahim ‘Alaihis Salam berkata: “Jika datang suamimu, sampaikanlah salamku padanya dan katakanlah kepadanya agar ia mengganti ambang pintunya.” Maka ketika Ismail datang, istrinya menceritakan apa yang terjadi. Mendengar hal itu, Ismail berkata: “Itu ayahku, dan ia memerintahkan aku untuk menceraikanmu. Kembalilah kepada keluargamu.” Maka Ismail menceraikan istrinya. (Riwayat Bukhari)

Ibrahim ‘Alaihis Salam memandang bahwa wanita yang membuka rahasia suaminya dan mengeluhkan suaminya dengan kesialan, tidak pantas untuk menjadi istri Nabi maka beliau memerintahkan putranya untuk menceraikan istrinya.
Oleh karena itu, wahai saudariku muslimah, simpanlah rahasia-rahasia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau tampakkan kecuali karena maslahat yang syar’i seperti mengadukan perbuatan dhalim kepada Hakim atau Mufti (ahli fatwa) atau orang yang engkau harapkan nasehatnya. Sebagimana yang dilakukan Hindun radliallahu ‘anha di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Hindun berkata: “Abu Sufyan adalah pria yang kikir, ia tidak memberiku apa yang mencukupiku dan anak-anakku. Apakah boleh aku mengambil dari hartanya tanpa izinnya?!”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ambillah yang mencukupimu dan anakmu dengan cara yang ma`ruf.”

Cukup bagimu wahai saudariku muslimah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

إِنَّ مِنْ شَرِ النَّاسِ عِنْدَ اللهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ أَحَدُهُمَا سِرُّ صَاحِبَهُ

“Sesungguhnya termasuk sejelek-jelek kedudukan manusia pada hari kiamat di sisi Allah adalah pria yang bersetubuh dengan istrinya dan istri yang bersetubuh dengan suaminya, kemudian salah seorang dari keduanya menyebarkan rahasia pasangannya.”18

Wasiat terakhir: Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan-kesalahan.

- Termasuk kesalahan adalah: Seorang istri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya, padahal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang yang demikian itu dengan sabdanya:

لا تُبَاشِرُ مَرْأَةُ الْمَرْأَةَ فَتَنْعَتَهَا لِزَوْجِهَا كَأَنَّهُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا

“Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu ia mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya.”19

Tahukah engkau mengapa hal itu dilarang?!

- Termasuk kesalahan adalah apa yang dilakukan sebagian besar istri ketika suaminya baru kembali dari bekerja. Belum lagi si suami duduk dengan enak, ia sudah mengingatkannya tentang kebutuhan rumah, tagihan, tunggakan-tunggakan dan uang jajan anak-anak. Dan biasanya suami tidak menolak pembicaraan seperti ini, akan tetapi seharusnyalah seorang istri memilih waktu yang tepat untuk menyampaikannya.

- Termasuk kesalahan adalah memakai pakaian yang paling bagus dan berhias dengan hiasan yang paling bagus ketika keluar rumah. Adapun di hadapan suami, tidak ada kecantikan dan tidak ada perhiasan.

Dan masih banyak lagi kesalahan lain yang menjadi batu sandungan (penghalang) bagi suami untuk menikmati kesenangan dengan istrinya. Istri yang cerdas adalah yang menjauhi semua kesalahan itu.

Footnote:
1Riwayat Muslim dalam Al-Masajid: (bab Fadlul Julus fil Mushallahu ba’dash Shubhi wa Fadlul Masajid)
2Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dishahihkan oleh Al Albany, lihat “Irwaul Ghalil“, no. 1269 dan “Shahihul Jami’” no. 6149

3Lihat kitab “Kaif Taksabina Zaujak?!” oleh Syaikh Ibrahim bin Shaleh Al Mahmud, hal. 13

4Riwayat Ahmad dan Tirmidzi, ia berkata: Hadits hasan gharib. Berkata Al Albany: “Hadits ini sebagaimana dikatakan oleh Tirmidzi.” Lihat takhrij “Misykatul Masabih” no. 5019

5.Al Masyakil Az Zaujiyyah wa Hululuha fi Dlaw`il Kitab wa Sunnah wal Ma’ariful Haditsiyah oleh Muhammad Utsman Al Khasyat, hal. 28-29

6.Riwayat Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan Al Albany, lihat “Shahihul Jami`us Shaghir” no. 5294
7.Riwayat Thabrani dan Hakim dalam “Mustadrak“nya, dishahihkan Al Albany hafidhahullah sebagaimana dalam “Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah” no. 288

8.Lihat kitab “Al Kabair” oleh Imam Dzahabi hal. 173, cetakan Darun Nadwah Al Jadidah

9.Riwayat Ibnu Nuaim dalam “Al Hilyah“. Berkata Syaikh Al Albany: “Hadits ini memiliki penguat yang menaikkannya ke derajat hasan atau shahih.” Lihat “Misykatul Mashabih” no. 3254
10.Hadits lemah, diriwayatkan Hakim dan dishahihkannya dan disepakati Dzahabi. Namun Al Albany mengisyaratkan kelemahan hadits ini. Illatnya pada Ibnu Sukhairah dan pembicaraaan tentangnya disebutkan secara panjang lebar pada tempatnya, lihatlah dalam “Silsilah Al Ahadits Ad Dlaifah” no. 1117

11.Semuanya dari riwayat Bukhari dalam shahihnya kitab “Manaqibul Anshar“, bab Tazwijun Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Khadijah wa Fadluha radliallahu ‘anha.

12.Semuanya dari riwayat Bukhari dalam shahihnya kitab “Manaqibul Anshar“, bab Tazwijun Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Khadijah wa Fadluha radliallahu ‘anha.

13.Semuanya dari riwayat Bukhari dalam shahihnya kitab “Manaqibul Anshar“, bab Tazwijun Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Khadijah wa Fadluha radliallahu ‘anha.

14.Diriwayatkan Ahmad dalam Musnadnya 6/118 no. 24908. Aku katakan: Al Hafidh Ibnu Hajar membawakan riwayat ini dalam “Fathul Bari“, ia berkata: “Dalam riwayat Ahmad dari hadits Masruq dari Aisyah.” Dan ia menyebutkannya, kemudian mendiamkannya. Di tempat lain (juz 7/138), ia berkata: “Diriwayatkan Ahmad dan Thabrani.” Kemudian membawakan hadits tersebut. Berkata Syaikh kami Abdullah Al Hakami hafidhahullah: “Mungkin sebab diamnya Al Hafidh rahimahullah karena dalam sanadnya ada rawi yang bernama Mujalid bin Said Al Hamdani. Dalam “At Taqrib” hal. 520, Al Hafidh berkata: “Ia tidak kuat dan berubah hapalannya pada akhir umurnya.” Al Haitsami bersikap tasahul (bermudah-mudah) dalam menghasankan hadits ini, beliau berkata dalam Al Majma’ (9/224): “Diriwayatkan Ahmad dan isnadnya hasan.”

15.Muttafaq alaihi, diriwayatkan Bukhari dalam “Kitab Bad’il Wahyi” dan Muslim dalam “Kitabul Iman“

16.Diriwayatkan Bukhari dalam “Kitab Al Haidl“, (bab Tarkul Haidl Ash Shaum) dan diriwayatkan Muslim dalam “Kitabul Iman” (bab Nuqshanul Iman binuqshanith Thaat)

17.Diriwayatkan Nasa’i dalam “Isyratun Nisa’” dengan isnad yang shahih.

18.Diriwayatkan Muslim dalam “An Nikah” (bab Tahrim Ifsya’i Sirril Mar’ah).

19.Diriwayatkan Bukhari dalam “An Nikah” (bab Laa Tubasyir Al Mar’atul Mar’ah). Berkata sebagian ulama: “Hikmah dari larangan itu adalah kekhawatiran kagumnya orang yang diceritakan terhadap wanita yang sedang digambarkan, maka hatinya tergantung dengannya (menerawang membayangkannya) sehingga ia jatuh kedalam fitnah. Terkadang yang menceritakan itu adalah istrinya -sebagaimana dalam hadits dia atas- maka bisa jadi hal itu mengantarkan pada perceraiannya. Menceritakan kebagusan wanita lain kepada suami mengandung kerusakan-kerusakan yang tidak terpuji akibatnya.

(Sumber : Karya Mazin bin Abdul Karim Al Farih. Edisi Indonesia: Rumah Tangga Tanpa Problema; bab Sepuluh Wasiat untuk Istri yang Mendambakan “Keluarga Bahagia tanpa Problema“, hal. 59-82. Penerjemah: Ummu Ishâq Zulfâ bintu Husein. Editor: Abû ‘Umar ‘Ubadah. Penerbit: Pustaka Al-Haura’, cet. ke-2, Jumadits Tsani 1424H, dicopy dari http://akhwat.web.id)