[ Al a'raf , 7: a.178 ]"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah , maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi ".
"Sebenarnya, Al-Qur‘ân itu adalah ayat-ayat yang NYATA(1) di dalam DADA(2) orang-orang yang diberi ILMU(3). Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zhalim … (Qs al-Ankabût/29:49).
أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ
Allah S.W.T berfirman :Maksudnya: “Adakah kamu beriman dengan sebahagian Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain”. [Al-Baqarah: 85].
Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)
"Truth stands out clear from Error: whoever rejects evil & believes in Allah has grasped the most trustworthy hand-hold that never breaks. And Allah hears & knows all things."
( Al-Baqarah, 2: 256)
Petunjuk(tambahan ) datang setelah bertidak mengikut ptunjuk :
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami niscaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan [menuju keridhaan] Kami. Dan sesungguhnya Allah akan bersama dengan orang-orang yang berbuat ihsan.” (QS. al-Ankabut: 69)
Dan pada sebahagian malam bertahajjudlah dengan membacanya(al Quran), sebagai ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Al-Israa' 17:79) |
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan hujah yang nyata(ilmu yang jelas ). Maha Suci Allah, tiadalah aku termasuk orang-orang yang musyrik".
Yusuf [12]:108
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (dan dipertanggunjgjawabkan ) tentang apa yang dilakukannya." (Al-Israa' 17:36)
Firman Allah Subhanahu Wa Taala:
"Bahawasanya orang yang memisahkan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) [lalau mengambil sebahagian daripadanya }dan (kerana itu )mereka menjadi berpuak-puak, tidaklah engkau (Muhammad) bersangkutan sedikit pun dengan (perbuatan)mereka. Sesungguhya urusan mereka terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan mengkhabarkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak) apa yang mereka telah lakukan (dan membalanya)." [QS Al-An'am ayat 159]
"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. (Taha 20:15)
"Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. (Taha 20:16)
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira( wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
( Surah al-Baqarah : 223 )
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)". (QS. Al-An'am, 116)
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak dintara mereka adalah orang-orang yang fasik." [QS Al-Hadid, 57:16]
berkenaan Sifat-sifat Allah..:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya: “Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat, Sifat, dan Pentadbiran) Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”- Asy-Syura, 42:11.وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [ at-Taubah : 100 ]
orang-orang yang buta Quran :
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. (Al-Baqarah 2:78)
ya'lamu :
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra'd 13:19) |
Katakanlah..perkataan yang...:
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), (Al-Ahzaab 33:70
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang lebih baik; sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ; sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (Al-Israa' 17:53)
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ
كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.(QS Al-Israa 36)
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. (QS An-Nisa 135)
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. (Faatir 35:10)
-----------------------------------------------
Kenapa perlu mengikuti jalan salaf dalam memahami al Quran(dan Sunnah )...?
DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN DAN HADIS [diambil daripada buku 15 Asas Jati Diri muslim cemerlang, Dr, Azwira Abdul Aziz, hal 119-127]Surah At-Taubah ayat 100:
"Golongan terdahulu yang terawal (memeluk islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah, dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sengai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. itulah kemenangan yang besar".
Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan keredhaan dan balasan syurga yang kekal bagi mereka yang mengikuti pegangan para sahabat dengan baik. Hakikat bahawa ikutan terhadap pegangan para sahabat menjadi faktor mendapat keredhaan dan balasan syurga daripada Allah subhanahu wa Ta'ala menunjukkan betapa ia adalah suatu tuntutan yang wajib diikuti oleh generasi umat islam terkemudian.
Surah al-Baqarah ayat 137:
"maka jika mereka beriman sebagaimana kamu beriman, maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk, dan jika mereka berpaling maka sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu)".
Dalam ayat ini Allah subhanahu wa Ta'ala menjadikan cara beriman Rasulullah dan para sahabatnya sebagai kayu pengukur bagi mengukur kebenaran iman menunjukkan kewajipan mengikuti pegangan mereka.
Surah an-Nisaa ayat 115:
"dan sesiapa yang menentang ajaran Rsul sesudah terang nyata kepadanya (kebenaran) petunjuk (yang dibawanya), dan dia mengikut pula jalan lain daripada jalan orang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) kami akan memasukkannya kedalam neraka, sedang ia (neraka itu) adalah seburuk-buruk tempat kembali".
Dalam ayat ini pula Allah Subhanahu wa Ta'ala menegaskan bahawa golongan yang menentang Rasul dan yang tidak mahu mengikuti 'jalan orang yang beriman' akan menjadi sesat, dan disebabkan kesesatan itu mereka seterusnya akan dibalas dengan balasan yang buruk. Tak syak lagi bahawa yang dimaksudkan dengan 'jalan orang yang beriman' itu ialah jalan para sahabat kerana merekalah generasi terawal yang beriman sebagaimana keimanan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.
Sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam riwayat Abi daud [no: 4607]:
"maka sesungguhnya sesiapa di antara kamu hidup selepasku dia akan melihat benyak peselisihan, maka hendaklah kamu pegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah geraham ia (sekuat hati) dengan gigi geraham..."
Sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis sahih li ghairih [silsilah al-Ahadis As-Sahihah no: 203 dan 1492]:
"golongan yahudi telah berpecah kepada 71 puak manakala golongan nasrani pula telah berpecah kepada 72 puak, sedangkan umatku akan berpecah 73 puak, kesemuanya dalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu (golongan) yang mengikuti (pegangan)ku pada hari ini (zaman baginda) dan juga mengikuti (pegangan) para sahabatku".
sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam riwayat al-Bukhari [no: 3650]:
"sebaik-baik umatku ialah kurunku, kemudian kurun selepas mareka, kemudian kurun selepas mereka, kemudian sesungghnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji tetapi tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman".
"maka sesungguhnya sesiapa di antara kamu hidup selepasku dia akan melihat benyak peselisihan, maka hendaklah kamu pegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah geraham ia (sekuat hati) dengan gigi geraham..."
Sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis sahih li ghairih [silsilah al-Ahadis As-Sahihah no: 203 dan 1492]:
"golongan yahudi telah berpecah kepada 71 puak manakala golongan nasrani pula telah berpecah kepada 72 puak, sedangkan umatku akan berpecah 73 puak, kesemuanya dalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu (golongan) yang mengikuti (pegangan)ku pada hari ini (zaman baginda) dan juga mengikuti (pegangan) para sahabatku".
sabda nabi sallallahu 'alaihi wasallam riwayat al-Bukhari [no: 3650]:
"sebaik-baik umatku ialah kurunku, kemudian kurun selepas mareka, kemudian kurun selepas mereka, kemudian sesungghnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji tetapi tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman".
-----------------------------------------------
Ulul al Bab :
فَبَشِّرْ عِبَادِ (17) الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ القَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ، أُولَئِكَ الَّذِيْنَ هَدَىهُمُ اللهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُوا الأَلْبَابِ (18) Sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku, iaitu yang mendengarkan perkataan lalu memilih dan mengikuti apa yang paling baik di antaranya (menepatikeperluan keadaan dan masa nya). Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka Itulah orang-orang yang berakal sempurna. ( Al-Zumar 39 : 17 – 18)
Penjelasan Ayat :
1. Topik ini saya rasa sangat perlu didedahkan, khasnya pada hari ini terdapat dalam masyarakat Asia Tenggara yang keliru dalam usaha mereka mencari Hidayah Allah, padahal Allah SWT telah memberi bimbingan dan panduan bagaimana cara yang paling tepat untuk mendapat Hidayah-Nya. Dalam ayat diatas Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW agar menyampaikan busyra (berita gembira) kepada umatnya yang mempunyai dua sifat utama, iaitu : 1. Suka mendengar perkataan, 2. Mengikuti apa yang paling baik diantaranya. Jika dua sifat tersebut dimiliki nescaya orang tersebut bukan saja layak mendapat busyra (berita gembira), malahan lebih dari itu Allah SWT akan memberi mereka hidayah-Nya (petuntuk) dan menggolongkannya sebagai ulul albab (orang yang berfikiran waras).
3. Sifat Kedua : Mengikuti apa yang paling baik. Ayat ini memberi isyarat bahawa bukan semua yang didengar itu wajib diamalkan atau diikuti.sentiasa ada ahsananya- (ittabi'u ahsana ma unzila ilaikum min rabbikum, wala tatabi'u min du nihi awliya-pilih yg terbaik dari yg paling baik, bukan yg selain apa yang diturunkan Allah ) Kita wajib menyaring atau memilih terlebih dahulu sebelum diikuti dan diamalkan[sesuai ke tidak, kena ke tidak -macam skru dan nut, perlu ada kesesuaiannya; berdasarkan petunjuk dan bimbingan yang ada ; yang mana nak diamalkan dalam satu-satu situasi, Islam itu sudah lengkap-sempurna ], manakah daripada beberapa pandangan atau pendapat itu yang paling baik [untuk diikuti pada satu-satu situasi .]. Ukuran pandangan yang paling baik itu bukanlah berdasarkan siapa yang mengatakannya, tetapi hendaklah berdasakan kekuatan hujah atau dalilnya,[ dan yang paling menepati kehendak syara']. Ini sebagaiamana ucapan Saidina Ali Bin Abu Talib ( اُنْظُرْ إِلَى مَا قَالَ وَلَا تَنْظُرْ إِلَى مَنْ قَالَ ) : Lihatlah pada apa yang diperkatakan, dan jangan kamu melihat pada siapa yang memperkatakannya. Secara tersirat ayat ini memberi isyarat bahwa Allah SWT sangat melarang sikap fanatic atau ta’assub mazhab atau tuan guru, tetapi ta’assublah dan fanatiklah kepada hujah atau dalil yang kokoh dari Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.
4. Setiap orang yang beriman wajib yakin bahawa perkataan yang paling baik adalah Kalam Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah Petunjuk Rasulullah SAW. Ini bersesuaian dengan sangat banyak Hadis Nabi SAW yang sahih, antaranya :
Baginda bersabda ( إِنَّ خَيْرَ الحَدِيْثِ كَلَامُ اللهِ وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى للهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ) :
Sesunnguhnya sebaik-baik ucapan adalah kalam Allah dan sebaik-baik petunjuk-bimbingan adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW.Dalam hadis lain baginda bersabda :
Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, selama kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, maka kamu tidak mungkin sesat buat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku.Allah berfirman :
Katakan (wahai Muhammad) ! Sekiranya kamu benar-benar kasih kepada Allah, maka ikutilah aku, nescaya pasti Allah kasih kepadamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. (Ali Imran : 31).[Sedang Kalam Allah itu sendiripun ada ahsananya , iaitu yang paling menepati keadaan dan keperluan semasa maupun setempat . ]
5. Berdasarkan keterangan ayat-ayat dan hadis-hadis diatas, nyatalah bahawa seseorang akan mendapat Hidayah Allah jika dia gemar mendengar pandangan dan panduan tanpa mengira ulamak manapun yang menyampaikannya (*), apakah ulama itu berasal dari negeri Arab atau India atau Malaysia atau Indonesia atau Habsyi Afrika sekalipun.[sebab itu perbuatan meletakkan label dengan maksud menjaukan manusia dari seseorang ulamak yang ikhlas- sebenarnya adalah perbuatan menghalang manusia dari Jalan Allah ]
Adapun tentang pandangan yang manakah yang wajib diikuti ? Bukan semua pandanagn itu wajib diikuti atau diamalkan. Kita wajib menyaringnya dan memilih manakah pandangan yang paling kokoh dan kuat dalilnya daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Pandangan inilah yang mesti diikuti. Ingat ucapan Saidina Ali Karramallu Wajhah di atas ! Ukuran kebenaran bukan berdasarkan siapa yang mengatakannya atau jubahnya atau serbannya, tetapi hendaklah berdasarkan kekuatan hujahnya.
Malahan kebenaran juga tidak semestinya berada pada pandangan mejoriti atau kerana banyak pengikutnya. Hakikat ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya :
Sekiranya kamu mematuhi kebanyakan manusia di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada Jalan Allah. (Al-An’am : 116)
6. Renung baik-baik ungkapan ini : Biasanya pandangan orang ramai adalah betul, tetapi jika anda berkesimpulan bahawa setiap pandangan orang ramai pasti betul, itu adalah kesimpulan yang tidak betul !!!!!. Berapa banyak kepercayaan dan amalan yang dulunya kita yakini dan amalkan kerana taqlid (ikut-ikutan) apa yang orang ramai yakini dan amalkan, tetapi hari ini setelah banyak mendengar dan mengkaji, lalu kita bertaubat dan meninggalkan keyakinan dan amalan tersebut kerana tiada hujah dan bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW ?
Jika disiplin ini dijaga dan dihormati – insya Allah – anda akan mendapat Hidayah Allah, malahan bukan hanya Hidayah, anda juga tergolong ke dalam kelompok Ulul-Albab yakni orang-orang berfikiran waras dan bijaksana.
Ayat di atas secara tersirat ingin memaklumkan bahawa mereka yang berpikiran tertutup dan enggan mendengar pandangan orang lain atau kalaupun mendengar terbatas hanya mendengar pandangan tuan gurunya saja dan fanatic pula, walaupun mengetahui ada pandangan lain yang lebih kuat hujahnya, maka manusia jenis ini akan sukar mendapat Hidayah Allah dan secara tidak langsung dia bukan jenis orang yang cerdik atau bijak, Na’uudzu Billah Min Dzaalik.
7. Saya menyadari, bahawa setiap kali saya menulis makalah nasihat seperti ini, pasti akan muncul makalah sesudahnya yang konter dan malahan menyesatkan serta memperlekeh pandangan yang saya dedahkan. Mengapa bersikap demikian ? Saya tidak pernah dan tidak gemarpun menghina pandangan orang lain. Kita sesama Ahlus Sunnah Wal Jamaah seharusnya saling hormat menghormati pandangan antara sesama kita. Kita masing-masing mempunyai kewajipan memberi kefahaman kepada masyarakat, terutama orang awam yang kurang berpeluang memahami agama pada masa mudanya. Marilah kita sama-sama menjual product masing-masing dengan hujah dan dalil yang kita miliki( secara "persaingan yang sihat ").
Marilah kita amalkan perintah Allah
( فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ ) :Berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan (Al-Baqarah : 148) ;
( وَتَعَاوَنُوا عَلَى البِرِّ وَالتَّقْوَى ) : Bertolong-tolonglak di atas kebaikan dan ketaqwaan (Al-Maidah : 2) ;
Jika product saudara sesama Islam ternyata lebih laku dan laris, jangan pula sampai hasad dan dengki.[merosakkan semuanya]. Nabi SAW bersabda :
Sesungguhnya hasad memakan amal kebaikan seperti api makan kayu api (HR Abu Daud dan Ibnu Majah).Oleh : Abdullah Yasin
******************
(*) antara perkara yang menghalang seseorang dari mendapat hidayah ialah tak beriman dan tak yakin dengan ayat-ayat Allah., Ayat-ayat Allah itu boleh jadi Al Kitab yang diturunkan kepada Rasul-Rasulnya maupun apa yang ada dan berlaku dalam diri maupun disekitarnya, termasuk diufuk-ufuk dunia yang dapat diperhatikannya... , seperti yg dijelaskan oleh ayat-ayat di bawah :
1.Tidak daspat melihat dan Tidak percaya dengan ayat-ayat Allah (bahawa sesuatu yang berlaku itu adalah atas kehendak dan izin Allah , dan bahawa kita perlu mengambil pengajaran daripadanya ) malah berpaling dan tidak mahu menerima kebenarannya, walaupun berlaku di depan mata :
Innallazina la yu'minuna
waka ayyin..min ayatin ...
sanuri him ayatina fil afaq wa fi..
begitu juga dengan ayat al Quran itu sendiri...beriman atau tidak..
allazina atainahumul kitab, yatlu nahu haqqa tilawatihi...
ataupun keadaannya hanyalah sebenarnya buta Quran sebagaimana sebahagian dari umat yahudi itu buta al Kitab(Taurat )... : wa min hum ummiyyuna la ya,lamunal kitab illa amaniyya ..., mereka tidak pergi betul-betul kepada al Kitab (belajar dan memahaminya) tetapi rasa cukup jika dinukilkan sahaja oleh para ulamak mereka ..tanpa mampu merujuk teks dan makna sebenar, jadi maklumat mereka tentang al kitab adala sekadar "cerita berkenaan al Kitab ", hearsay sahaja..bukannya first hand knowledge...
Yang dikehendaki ialah seperti yang dikatakan Al Quran , iaitu hendaklah kita sebagai orang yang "mahu ' beriman ialah ke tahap "Ya'lamu " sekurang-kurangnya (bukan "buta" Quran} : "afaman ya'lamu annama unzila ilaika min rabbikal alhaqqu kaman hua 'ama.." .Dalam ayat lain, orang yang di'itiraf oleh Allah sebagai .'telah diberikan ilmu ' - ialah mereka yang ayat-ayat al Quran itu Bayyinat-terang dan jelas di dadanya ":
"Bahkan sebenarnya, Al-Qur‘ân itu adalah ayat-ayat yang NYATA(1) di dalam DADA(2) orang-orang yang diberi ILMU(3). Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zhalim … (Qs al-Ankabût, 29:49)..
Dan semestinya, buta yang lebih parah itu bukan buta mata tapi buta hati( jantung rohani ) yang di dalam dada , yang menghalang dari dapat melihat , seterusnya percaya , beriman dengan ayat-ayat Allah ) : la ta'mal absor walakin ta'mal qulub...
tapi bagi mereka yang telah di "seal " mata hati, pendengaran dan penglihatannya ada tutupan kalau Allah jadikan dapat melihatpun, mereka tetap tidak akan beriman..
2.Telah dipalingkan Allah dari dapat mengambil manafaat dari aya-ayatNya akibat dari sifat takbur dan sombongnya di bumi tanpa haq (untuk sombong ) :
sa asrifu..
Sebab itu untuk mendapat Ilmu dan hidayah (yang tak dapat dipisahkan ), perlu ada sifat merendah diri : "Kamu yang sangat-sangat memerlukan Allah : antumul fuqarau ilallah.."
Sedang jika ada sedikit Ilmu pada dirimu itu....adalah pemberian Allah, tidak perlu membanggakan diri..., merasa pandai..dan : wa fauqa kullu dzi 'ilmin alieem - "di atas dari setiap yang mempunyai ilmu itu akan ada yang lebih alim." .dan yang paling tigginya ialah Allah SWT..maka atas sebab apa kamu nak menyombongkan diri (wahai insan)......
Apa yang dikehendaki Allah ..itulah yg berlaku..
[29] At-takwir
---------------------------------------------
golongan munafik :
Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan. (Muhammad 47:26)
Allah Maha mengetahui apa yang kamu nyatakan atau sembunyikan :
Malaikat pengawas :
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaaf 50:18)
Orang-orang yang benar lawannya ialah orang-orang yang munafik :
(Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 33:24)
Ayat-ayat Allah :
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53)
Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kebenaran Nabi Musa melainkan tanda itu adalah lebih terang dari yang terdahulu daripadanya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka kembali (bertaubat). (Az-Zukhruf 43:48)
mengadakan ganding-gandingan(sekutu ) bagi Allah akan diazab :
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Al-Baqarah 2:165)
Sifat-sifat orang yang bertakwa :
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li'Imraan 3:135)
Ada hikmah disebalik ujian/ujian :
" Surely those who invented this calumny are a band from among you. Do not deem this incident an evil for you; nay, it is good for you. Every one of them has accumulated sin in proportion to his share in this guilt; and he who has the greater part of it shall suffer a mighty chastisement. " -al Quran [24:11]
TAUBAT JUGA :
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 4:17)
Kepada kaum lelaki atau wanita :
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:32)
Allah taala bukan saja-saj nak azab kamu :
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka). (An-Nisaa' 4:147)
فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى
"Maka janganlah mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." (QS : Najm : 32)
Allah tak suka perkataan yang buruk di jaharkan :
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (An-Nisaa' 4:148
Orang beriman diperintah utk menegakkan kebenaran :
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Maaidah 5:8)
Allah mencela golongan yg menjadikan hawa nafsu mereka sbagai ilah(Tuhan) yg menghalalkan apa yg Allah haram dan sebaliknya,firmanNya:
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
[ Al-Jatsiyah:23 ]
Allah larang dari menyeru kepada selalin Allah ,walaupun sebagai wasilah (ii cara yg tidak diizinkan dalam mendekatkan diri kepadaNYa ):
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya". (Al-Israa' 17:56)
orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari wasilah ( jalan bagi mendampingkan diri) kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), manakah antara mereka orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (Al-Israa' 17:57) |
Allah lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalannya, dan siapa yang terpimpin :
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-An'aam 6:117)
generasi pewaris yang terpengaruh dengan dunia-
Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "Akan diampunkan kelak dosa kami" Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti? (Al-A'raaf 7:169)
Ketika Allah kasihkan dan bersamakamu (memberikan bantuanNya) ;
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfaal 8:17)
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". (A-li'Imraan 3:195
ketika di khianati ;
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat. (Al-Anfaal 8:58)
mereka yang berjuang beserta Rasulullah :
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Anfaal 8:75)
akan diuji _jihad, tidak mengambil selainlAlla, Rasul dan orang beriman sebagai teman rapat :
Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan. (At-Taubah 9:16)
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik". (Al-Baqarah 2:135) |
Pengetahuan Allah Meliputi segala sesuatu :
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah amat keras hukumannya." (Al-Hasyr: 7)
Allah l juga berfirman:
''Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu? ( Q.S Fushshilat ayat 53 )
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah" . Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
Prophet
(PBUH) identifies two important qualities of a true believer in Allaah:
gratitude and patience. It is a part of man’s nature to be
ungrateful, as Allaah said,
{ إِنَّ اْلإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ }
“Verily, man is ungrateful to his Lord.”
Soorah al-‘Aadiyaat (100):6
Therefore, one of the signs of a true believer is his conquest of
ingratitude. In fact, Allaah has given us a daily divine formula to
help us defeat this natural weakness. This formula is contained in the
first two words of Soorah al-Faatihah, which we are obliged to recite
with understanding in our prayers at least seventeen times daily:
Al-Hamdu lillaah, all thanks and praise belongs to Allaah alone. So,
if a believer is blessed by success, he automatically turns to Allaah
and thanks him because of his realization that it is all from Allaah.
This quality in turn defeats another major vice which often springs out
of material success: pride. Pride is the sister of ingratitude. The
ungrateful one feels that his success is due solely to his personal
efforts. He feels better than others, so he boasts and flaunts his
wealth in front of the less fortunate. These two negative qualities in
turn give birth to a third evil, greed, as he refuses to share his
success with others. Ingratitude, pride and greed blind him and he
fails to realize that success is only a test.
Only the true
believer can pass this test. His gratitude earns him a great reward,
and thus, success becomes a blessing for him in both this life and the
next.
ALLAH says:
"He released the two
seas, meeting [side by side]; Between them is a barrier [so] neither of
them transgresses. So which of the favors of your Lord would you deny?"
[Surah Ar Rahman, 55-19-21]
Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal. (Ayat 131 Surah Thaahaa)
“Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.” (49:9)