KIRIM PAHALA KEPADA SI MATI: APA KATA ULAMAK BERMAZHAB SYAFI'E?
Al-Hafiz Ibnu Katsir asy-Syafi'e rahimahullah (770H) yang merupakan salah seorang ahli tafsir yang unggul bermazhab Syafi’e, ketika menafsirkan surah an-Najm, ayat 38-39:
أَيْ:
كَمَا لَا يُحْمَلُ عَلَيْهِ وِزْرُ غَيْرِهِ، كِذَلِكَ لَا يَحْصُلُ
مِنَ الْأَخْرِ إِلَّا مَاكَسَبَ هُوَ لِنَفْسِهِ. وَ مِنْ هَذِهِ
الْآيَةِ الْكَرِيْمَةِ اسْتَنْبَطَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ وَمَنِ
اتَّبَعَهُ أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَا يَصِلُ إِهْدَاءُ ثَوَابِهَا إِلَى
الْمَوْتَى، لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِهِمْ وَ كَسْبِهِمْ وَلِهَذَا
لمَ يُنْدُبْ إِلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أُمَّتَهُ، وَلَا حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلَا أَرْشَدَهُمْ إِلَيْهِ بِنَصٍّ
وَلَا إِيْمَاءٍ، وَلَمْ يُنْقَلْ ذَلِكَ عَنْ أَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ
رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ، وَلَوْ كَانَ خَيْرًا لَسَبَقُوْنَا إِلَيْهِ،
وَبَابُ الْقُرْباَتِ يُقْتَصَرُ فِيْهِ عَلَى النَّصُوْصِ، وَلَا
يُتَصَرَّفُ فِيْهِ بِأَنْوَاعِ الْأَقْيِسَةِ وَالْأَرَاءِ.
"Sebagaimana dosa seseorang tidak dapat dipindahkan kepada orang lain, maka demikian pula ganjaran (pahala) seseorang (tidak dapat dipindah/dikirimkan) kepada orang lain, melainkan diperolehi daripada hasil usahanya sendiri. Dari ayat yang mulia ini, Imam asy-Syafi’e dan orang yang mengikutinya beristinbat (mengambil dalil) bahawasanya pahala bacaan al-Qur’an tidak sampai kepada si mati dan tidak dapat dihadiahkan kepada si mati, kerana yang demikian bukanlah amal dan usaha mereka.
Tentang (mengirimkan pahala bacaan kepada si mati) tidak pernah Rasulullah menyunnahkan umatnya, tidak pernah mengajarkan kepada mereka dengan satu jua nas yang sah (sahih) dan tidak pula ada seorang sahabat pun yang melakukan demikian. Seandainya masalah membaca al-Qur’an di pemakaman dan menghadiahkan pahala bacaannya baik (menurut agama), semestinya merekalah (para sahabat) yang lebih dahulu mengerjakan perbuatan yang baik itu.
Tentang bab amal-aal qurbah (amal ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah) hanya dibolehkan berdasarkan nas (dalil/contoh) dari Rasulullah dan tidak boleh menggunakan qiyas atau pendapat (semata-mata)." - Tafsir Ibnu Katsir 4/272.
Imam al-Muzani asy-Syafi’e rahimahullah (264H), iaitu salah seorang ulamak besar Syafi’iyyah yang hidup sezaman dengan Imam asy-Syafi’e berkata mengenai ayat di atas sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab ها مش الام للشافعي jilid 7, ms. 269 :
فَأَعْلَمَ
رَسُوْلُ اللهِ مِثْلَ مَا أَعْلَمَ اللهُ مِنْ أَنَّ جِنَايَةَ كُلِّ
امْرِئٍ عَلَيْهِ كَمَا أَنَّ عَمَلَهُ لَهُ لَا لِغَيْرِهِ وَ لَا
عَلَيْهِ.
"Rasulullah telah memberitahu sebagaimana Allah juga telah memberitahu bahawa dosa setiap orang harus dia tanggung sendiri sebagaimana pahala amal kebaikan juga untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain."
Pendapat Imam asy-Syafi’e rahimahullah dan Imam al-Muzani rahimahullah di atas turut mendapat sokongan oleh jumhur (majoriti / kebanyakan) ulamak yang lain, khususnya mereka yang bermazhab Syafi’e. Hal ini diperakui sendiri oleh Imam an-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah (676H) sebagaimana katanya:
وأما قراءة القرآن وجعل ثوابها للميت و الصلاة عنه ونحوهما فمذهب الشافعى والجمهور أنها لا تلحق الميت.
"Adapun membaca al-Qur’an dan menjadikan pahalanya untuk mayat (si mati), juga semisal keduanya maka mazhab Syafi’e dan jumhur (kebanyakan) ulamak sependapat bahawa (pahalanya) tidak akan sampai kepada mayat (si mati)." [al-Minhaj Syarh Shahih Muslim 11/58]
Katanya lagi di dalam kitab الجمل الخازن 4/236 dan Syarh Shahih Muslim 1/90:
وَأَمَّا قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ فَالْمَشْهُوْرُ مِنْ مَذْهَبِ الشَّافِعِى أَنَّهُ لَا تَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّتِ.
"Adapun bacaan al-Qur’an maka pendapat yang masyhur di kalangan (para ulamak) yang bermazhab Syafi’e bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati."
Di dalam kitab الفتاوى الكبرى الفقهية Syaikh al-Haitsami asy-Syafi'e rahimahullah (973H) menjelaskan:
اَلْمَيِّتُ
لَا يُقْرَأُ عَلَى مَاأَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُوْنَ مِنْ أَنَّ
الْقِرَاءَةَ لَا تَصِلُهُ أَيْ الْمَيِّتَ لِأَنَّ ثَوَابَهَا
لِلْقَارِئِ وَالثَّوَابُ عَلَى عَمَلٍ لَا يُنْقَلُ عَنْ عَامِلِ ذَلِكَ
الْعَمَلِ، قَال تَعالَ: وَاَنْ لَيْسَ للاِنْسَانِ اِلَّا مَا سَعَى.
"Orang yang sudah mati tidak boleh dibacakan al-Qur’an berdasarkan pendapat dari para ulamak terdahulu, yakni bahawa bacaan al-Qur’an pahalanya tidak sampai kepada si mati kerana pahala bacaan tersebut hanya untuk si pembaca. Pahala amalan juga tidak akan dipindah-pindahkan dari orang yang mengamalkannya berdasarkan firman Allah: Dan tidak manusia memperoleh (pahala) selain apa yang diusahakannya sendiri."
Kesimpulan:
1. Pendapat yang mengatakan tidak sampai pahala bacaan al-Qur'an yang dihadiahkan kepada si mati bukanlah berasal daripada golongan yang ditohmah sebagai Wahhabi sahaja. Akan tetapi ia juga merupakan pandangan kebanyakan / majoriti ulamak termasuklah para ulamak bermazhab Syafi’e. Ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Nawawi rahimahullah.
2. Justeru, sesiapa yang menuduh Wahhabi mereka yang berpegang kepada pendapat tidak sampainya pahala bacaan al-Qur'an yang dihadiahkan kepada si mati, dia sebenarnya telah menuduh majoriti ulamak yang menjadi ikutan Wahhabi dalam persoalan ini juga Wahhabi.
Penutup:
Apa yang diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tatkala mendengar kematian orang Islam ialah mendoakan keampunan baginya sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Utsman bin ‘Affan radhiallahu ‘anhu:
اسْتَغْفِرُوْا لِأَخِيْكُمْ وَسَلُوا لَهُ بِالتَثْبِيْتِ فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ.
Mintalah keampunan untuk saudara kamu. Dan mohonlah keteguhan baginya kerana sesungguhnya sekarang dia sedang ditanya. [Sunan Abu Daud, no. 3221]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak berkata: “Bacalah surah al-Fatihah atau Yasin dan hadiahkanlah pahala bacaan kamu kepadanya....” atau apa-apa ayat seumpama.
Ada tak dalil yg jelas dari Nabi saw yg mengharamkan amalan ini?
ReplyDeleteشركة مكافحة الحمام بالدمام
ReplyDeleteشركة تنظيف مكيفات بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالبخار بالجبيل
شركة تنظيف مجالس بالبخار بالخبر
شركة تنظيف مجالس بالبخار بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالبخار بالاحساء
شركة مكافحة النمل الأبيض ببقيق
شركة مكافحة النمل الأبيض بالخبر
Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang anda selalu inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757
ReplyDelete