Tuesday, September 28, 2010

Aqidah golongan Salaf (ahli Hadis )

عقيدة السلف أصحاب الحديث (ASAH 5): Istiwa' Allah di Atas Arasy-Nya


Ahli Hadith berpegang dan bersaksi bahawa Allah subhanahu wa ta'ala berada di atas tujuh langit, di atas Arasy-Nya sebagaimana firmanNya;

(إن ربكم الله الذي خلق السموات والأرض في ستة أيام، ثم استوى على العرش، يدبر الأمر، ما من شفيع إلا من بعد إذنه)

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa`at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?" [QS Yunus (10): 3]

Dalam surah Ar-Ra'd ayat 2, Allah berfirman;

(الله الذي رفع السموات بغير عمد ترونها، ثم استوى على العرش...)
"Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas `Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan."

Dalam surah al-Furqan ayat 59, Allah berfirman;
(ثم استوى على العرش الرحمن، فاسأل به خبيرا)
"..kemudian dia bersemayam di atas Arsy , (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia."

Dalam surah as-Sajdah ayat 4, firman Allah;
(...ثم استوى على العرش...)
"..kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy . Tidak ada bagi kamu selain dari padaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa`at . Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"

Firman Allah dalam surah Faathir ayat 10;

"Kepada-Nyalah dinaikkan perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya ."

Firman-Nya;

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya.." [QS As-Sajdah (32): 5]

Dan firman-Nya;

"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?" [QS Al-Mulk (67): 16]

Allah subhanahu wa Ta'ala telah memberitakan tentang Fir'aun -yang dilaknat- berkata kepada Haman;

"Dan berkatalah Fir`aun: `Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta`. Demikianlah dijadikan Fir`aun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Fir`aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian." [QS Ghaafir (40): 36-37]

Sesungguhnya Fir'aun berkata sedemikian kerana dia telah mendengar kata Musa menyatakan bahawa Tuhannya berada di langit.

Ulama' ummah dan para imam yang terkemuka di kalangan salaf -semoga Allah merahmati mereka- tidak berselisih bahawa Allah taala di atas Arasy-Nya dan Arasy-Nya berada di atas langitNya. Mereka menyatakan yang demikian bagi Allah apa yang telah ditetapkan oleh Allah, mereka beriman dengannya dan membenarkan berita daripada Allah jalla jalaluh. Mereka menetapkan (tidak mentakwil) apa yang ditetapkan oleh Allah tentang istiwa'Nya di atas arasy, mereka melaluinya (ayat-ayat yang berhubung denganNya, nama-nama dan sifat Allah) dengan menetapkannya (tidak mentakwil dan tidak menolaknya) dan mereka menyerahkan ilmunya, tentang bagaimana sifat-sifat-nya; kepada Allah. Mereka menyatakan sebagaimana firman Allah;

(...آمنا به، كل من عند ربنا، وما يذكر إلا أولو الألباب...)

"Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur`an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur`an dan yang lain (ayat-ayat) mu-tasyaabihaat . Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta`wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta`wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: `Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.` Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal." [QS Ali-'Imran (3): 7]



Sebagaimana Allah Ta'ala mengkhabarkan tentang 'الراسخين' orang-orang yang mendalam ilmunya yang menyatakan demikian. Allah meridhai mereka dan memuji atas pernyataan mereka itu.

Telah mengkhabarkan Abul Hassan Abdurrahman bin Ibrahim bin Muhammad bin Yahya al-Muzakki kepada kami. (Dia berkata) Muhammad bin Daud bin Sulaiman az-Zahid telah menceritakan kepadaku. (Dia berkata) Ali bin Muhammad bin Ubaid Abul Hasan al-Hafiz daripada bukunya yang lama dia berkata; Abu Yahya bin Bisyr al-Warraq telah menceritakan kepada kami, dia berkata telah menceritakan kepada kami Muhammad bin al-Asyras al-Warraq Abi Abul-Mughirah al-Hanafi, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Qurrah bin Khalid daripada Al-Hasan daripada ibunya daripada Ummu Salamah dalam mentafsirkan firman Allah Taala;

(الرحمن على العرش استوى)
"(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas `Arsy ." [QS Thaaha (20): 5]

Ummu Salamah berkata; "Al-Istiwa' diketahui maknanya, mempersoalkan bagaimana istiwa' itu tidak diketahui, menyatakannya adalah wajib dan mengingkarinya adalah kufur."

Telah menceritakan Abul-Hasan bin Ishak al-Madani kepada kami, beliau berkata; telah menceritakan Ahmad al-Hadar Abul-Hasan As-Syafie kepada kami, beliau berkata; Telah menceritakan Syazan kepada kami, beliau berkata; telah menceritakan Abnu Makhlad bin Yazid al-Qashatani, beliau berkata; Telah menceritakan Ja'far bin Maimun kepada kami, beliau berkata; Ketika Malik bin Anas ditanya tentang firman Allah;

(الرحمن على العرش استوى)
"(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas `Arsy ." [QS Thaaha (20): 5]

Bagaimanakah Istiwa'? Beliau menjawab; "Istiwa' itu diketahui maknanya, bagaimana istiwa' itu tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, dan bertanyakan bagaimana Istiwa' adalah perbuatan bid'ah. Saya tidak memandangmu kecuali sesat (dengan pertanyaan lelaki tersebut). Beliau memintanya agar meninggalkan majlisnya."

Daripada Ja’far bin Abdullah, beliau berkata; Telah datang seorang lelaki menemui Malik bin Anas menanyakan firman Allah Ta’ala (iaitu pertanyaan bagaimana Istiwa’ Allah);
(الرحمن على العرش استوى)
"(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas `Arsy ." [QS Thaaha (20): 5]

Ja’far berkata; Saya tidak melihat kemarahan yang teramat sangat pada Imam Malik melainkan setelah beliau mendengar pertanyaan lelaki itu sehingga menyebabkan keluarlah keringatnya yang banyak. Mereka yang hadir ketika itu semuanya menundukkan pandangan mereka sambil menunggu-nunggu tindakan yang akan diambil oleh Imam Malik. Kemudian setelah keadaan beliau pulih seperti biasa, beliau pun berkata;
“Bagaimana Istiwa’ tidak dapat diketahui, Istiwa’ dimaklumi maknanya, beriman dengannya adalah wajib dan bertanya bagaimana Istiwa’nya Allah adalah perbuatan bid’ah. Sesungguhnya saya takut engkau adalah orang yang sesat. Kemudian beliau pun menyuruh mereka agar mengeluarkan lelaki itu dari majlisnya.

Ketika Abu Ali al-Husein bin Al-Fadl al-Bajali ditanya tentang Istiwa’ dan dikatakan kepadanya Bagaimana Dia (Allah) beristiwa’ di atas arasyNya? Maka beliau pun menjawab; “Saya tidak mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali apa yang telah dikhabarkan kepada kami mengenainya. Allah –jalla’- telah mengajarkan kami bahawasanya Dia beristiwa’ di atas arasyNya dan tidak pun Dia memberitakan kepada kami tentang bagaimana Dia beristiwa’.”

Telah mengkhabarkan (al-Hakim) Abu ‘Abdillah al-Hafiz kepada kami –semoga Allah merahmatinya- beliau berkata; Telah mengkhabarkan Abu Bakr Muhammad bin Daud Az-Zahid, dia berkata; Telah mengkhabarkan Muhammad bin Abdurrahman As-Saami kepada kami, dia berkata; Telah menceritakan Abdullah bin Ahmad bin Syabwaih al-Marwazi kepadaku, dia berkata; Saya telah mendengar Ali bin Hasan bin Syaqiq berkata; Saya telah mendengar Abdullah bin al-Mubarak berkata; “Kami mengetahui Tuhan kami di atas tujuh langit, di atas Arasy. Dia beristiwa’ tidak bersatu dengan makhluqNya. Kami tidak mengatakan sepertimana apa yang diucapkan oleh Jahmiyah di mana mereka mengatakan bahwa Allah di sana iaitu di bumi.” [Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad dalam bukunya “As-Sunnah” (1:111, 175, 307), Abu Said ad-Darimi dalam bukunya “Ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah (67, 162) dan al-Baihaqi dalam bukunya “Al-Asmaa’ wa as-Shifaat” (2:335) dengan sanad yang banyak daripada Ali dengan lafaz-lafaz yang sama maknanya. Isnadnya hasan.]

Saya telah mendengar al-Hakim Aba-Abdillah (al-Hafiz) di dalam bukunya (التاريخ) yang ditulisnya kepada penduduk Nisaabur dan di dalam bukunya معرفة الحديث yang mana kedua-dua buku ini hasil karangannya, belum ada ulama’ sebelumnya yang dapat mengarang seperti dua bukunya itu. Dia berkata di dalam bukunya, Saya telah mendengar Aba Ja’far Muhammad bin Shalih bin Hani, dia berkata; Saya telah mendengar Abu Bakr Muhammad bin Ishak bin Khuzaimah dia berkata; “Barangsiapa yang tidak menetapkan bahawa Allah –‘azza wa jalla- di atas ArasyNya di atas tujuh langitNya, maka dia adalah kafir terhadap TuhanNya. Halal darah ke atasnya. Dia diminta agar bertaubat. Sekiranya dia enggan, dia boleh dipancung lehernya dan mayatnya dilemparkan ke tempat pembuangan kotoran sehingga kaum muslimin dan المعاهدون (orang-orang yang bukan Islam yang telah membuat perjanjian damai dengan pemerintah Islam) tidak terkena kotorannya itu (kesesatannya) dan bau mayatnya. Adalah hartanya menjadi harta rampasan, tidak ada seorang pun kaum muslimin yang boleh mewarisi hartanya kerana seorang muslim tidak berhak untuk mewarisi harta seorang kafir sepertimana sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
" لا يرث المسلم الكافر ولا الكافر المسلم " رواه البخاري.
“Tidak boleh seorang Muslim mewarisi daripada seorang kafir dan tidak juga seorang kafir mewarisi daripada seorang Muslim. [Hadith riwayat Bukhari]

-Ringkasan dari kitab Aqidatus-Salaf (Ahlul Hadith) karya Syaikh Abu Uthman Ismail bin Abdur-Rahman Ash Shabun

-----------------------------------
( perbicangan )
    • Nurul Izzati Ishak
      Jgn sama sekali samakan Allah dengan makhluk. Allah tidak perlukan apa2, sedangkan Dialah yang maha pencipta. Ketika Dia memulakan penciptaan bumi dan langit-langit, ArasyNya telah wujud dan berada di atas air. Pernyataan ini t...urut dijelaskan dalam hadis-hadis sahih berikut:

      عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ ، رَضيَ اللهُ عَنْهُمَا ، قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، وَعَقَلْتُ نَاقَتِي بِالْبَابِ ، فَأَتَاهُ نَاسٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ ، فَقَالَ : اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا بَنِي تَمِيمٍ ، قَالُوا : قَدْ بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا ، مَرَّتَيْنِ ، ثُمَّ دَخَلَ عَلَيْهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ ، فَقَالَ : اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا أَهْلَ الْيَمَنِ ، إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُو تَمِيمٍ ، قَالُوا : قَدْ قَبِلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ ، قَالُوا : جِئْنَاكَ نَسْأَلُكَ عَنْ هَذَا الأَمْرِ ، قَالَ : كَانَ اللهُ ، وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ، وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَىْءٍ ، وَخَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ.فَنَادَى مُنَادٍ : ذَهَبَتْ نَاقَتُكَ يَا ابْنَ الْحُصَيْنِ ، فَانْطَلَقْتُ ، فَإِذَا هِيَ يَقْطَعُ دُونَهَا السَّرَابُ، فَوَاللهِ ، لَوَدِدْتُ أنَِّي كُنْتُ تَرَكْتُهَا .

      Maksudnya: Daripada Imran bin Husain radiallahuanhuma katanya: “Aku masuk menemui Nabi sallallahualaihi wa sallam dan aku ikat untaku di pintu lalu datang sekumpulan manusia daripada Bani Tamim lalu baginda bersabda: “Terimalah khabar gembira wahai Bani Tamim”. Kata mereka: “Engaku telah menggembirakan kami (Wahai Rasulullah) maka berikan kami (khabar gembira itu)”, mereka ucapkannya dua kali. Kemudian datang pula sekumpulan manusia daripada Yaman lalu baginda berkata: “Terimalah khabar gembira wahai Ahli Yaman yang tidak diterima Bani Tamim”. Mereka berkata: “Telah kami terima wahai Rasulullah”. Mereka berkata lagi: “Kami datang ini untuk bertanya berkenaan perkara ini (penciptaan alam)”. Jawab Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam: “Adalah Allah itu wujud dan tiada sesuatu pun selain Dia, dan adalah ArasyNya berada di atas air dan Dia menulis dalam al-Zikr (Lauh Mahfuz) semuanya (daripada takdir makhluk) dan dia mencipta langit-langit dan bumi”. Maka tiba-tiba seseorang menyeru memanggilku (Imran bin HusainThis emoticon has been enhanced by Facicons “Untamu terlepas wahai Ibn Husain!”.Maka aku dapati untaku melalui fatamorgana, demi Allah, aku suka jika aku biarkan saja untaku itu”. [al-Bukhari, Ahmad].

      Dalam lafaz yang lain menyatakan:

      كان الله ولم يكن شيء قبله

      Maksudnya: “Adalah Allah wujud dan tiada sesuatu pun (wujud) sebelumNya…”

      Lafaz ‘Qabla’ lebih tepat kerana sesuai dengan sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:a

      اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَىْءٌ

      Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah yang Awal maka tiada sesuatupun sebelum-Mu..” [Muslim, Abu Dauda, al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad].

      Hadis Kedua:

      عن وكيع بن حدس عن عمه أبي رزين قال قلت : يا رسول الله أين كان ربنا قبل أن يخلق خلقه ؟ قال كان في عماء ما تحته هواء وما فوقه هواء وخلق عرشه على الماء قال أحمد بن منيع قال يزيد بن هارون العماء أي ليس معه شيء

      Maksudnya: Daripada Waki’ bun Hudus (Udus) daripada ayah saudaranya Abu Razin radiallahuanhu katanya: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, di mana Tuhan kita berada sebelum Dia mencipta makhlukNya?” Jawab baginda: “Adalah Dia dalam al-Ama’, tiada di bawahnya udara dan tiada di atasnya udara dan Dia mencipta ArasyNya di atas air”. Kata Ahmad bin Mani’ (perawi hadisThis emoticon has been enhanced by Facicons Berkata Yazid bin Harun: “al-‘Ama’ yakni tiada suatupun bersamaNya”. [al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad-hasan-]

      Hadis Ketiga:

      عن العباس بن عبد المطلب قال : كنت بالبطحاء في عصابة . وفيهم رسول الله صلى الله عليه و سلم . فمرت به سحابة . فنظر إليها . فقال ( ما تسمون هذه ؟ ) قالوا السحاب . قال ( المزن ) . قالوا والمزن . قال ( والعنان ) قال أبو بكر قالوا والعنان . قال ( كم ترون بينكم وبين السماء ؟ ) قالوا لاندري . قال ( فإن بينكم وبينها إما واحدا أو اثنين أو ثلاثا وسبعين ستة . والسماء فوقها كذلك ) حتى عد سبع سماوات . ( ثم فوق السماء السابعة بحر . بين أعلاه وأسفله كما بين سماء إلى سماء . ثم فوق ذلك ثمانية أو عال . بين أظلافهم وركبهن كما سماء إلى سماء . ثم على ظهورهم العرش . بين أعلاه وأسفله كما بين سماء إلى سماء . ثم الله فوق ذلك . تبارك وتعالى )

      Maksudnya: Daripada al-Abbas bin Abdul Muttalib katanya: “Aku berada di al-Batha’ bersama beberapa orang lagi dan bersama mereka Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam lalu terdapat awan berarak dan baginda memandangnya seraya bersabda: “Apakah yang kamu namakan ini?”Jawab mereka: “al-Sahab” (Awan). Kata baginda: “al-Muzni”. Kata mereka: Ya, juga al-Muzni (Awan). Kata baginda: “al-Anan” kata mereka: Ya, juga al-Anan (awan)”. Kata baginda: “Agak-agak kamu berapakah jaraknya antara kamu dan langit?” Jawab mereka: “Kami tidak tahu”. Sabda baginda: “sesungguhnya antara kamu dan langit sama ada 71,72 atau 73 tahun perjalanan, demikian juga antara langit ke langit”. Baginda menyebut sehingga langit ketujuh lalu berkata: “Kemudian di atas langit ketujuh itu terdapat laut, antara atasnya ke bawahnya seperti jarak antara langit ke langit kemudian di atas laut itu terdapat 8 malaikat dalam bentuk Au’al, jarak antara kuku kakinya ke lututnya seperti jarak antara langit ke langit kemudian di atas belakang mereka terdapat Arasyh, jarak antara atasnya dengan bawahnya sama seperti antara langit ke langit kemudian Allah berada di atas Arasyh itu Tabaraka wa Taala”. [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah-sahih-]
    • Nurul Izzati Ishak
      Terdapat asar daripada Ibn Abbas radiallahuanhuma menyatakan:

      عن سعيد بن جبير قال: سئل ابن عباس عن قول اللهThis emoticon has been enhanced by Faciconsوكان عرشه على الماء) ، قال: على أي شيء كان الماء؟ قال: على متن الريح

      Maksudnya: “Daripada Said bin Jubair katanya: Ditanya Ibn Abbas ...berkenaan firman Allah: (maksudnya) ‘dan adalah ArasyNya di atas air’, air itu berada di atas apa pula? Jawab beliau: “Di atas angin”.

      Allah telah mencipta Arasy dan air demikian juga udara yang diletakkan air atasnya berdalilkan hadis:

      عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ - قَالَ - وَعَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ.

      Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amru bin al-As radiallahuanhuma katanya: “Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Allah telah menulis takdir makhluk sekaliannya sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak masa 50,000 ribu tahun”. Baginda berkata: “sedangkan ArasyNya ketika itu berada di atas air”. [Muslim].
    • Nurul Izzati Ishak
      Pengajaran:

      - Allah subhanahu wa Taala adalah Pencipta dan Pentadbir alam ini, maka Dia jualah satu-satunya zat yang berhak disembah.
      - Allah subahanahu wa taala bersemayam di atas ArasyNya dengan sebenarnya tanpa diketahui kaifiatnya.
      - Arasy... adalah makhluk yang mulia dan merupakan bumbung alam ini serta makhluk yang paling besar dalam alam ini.
      - Allah Taala mencipata makhlukNya kerana hikmah yang diketahuiNya tetapi Dia sama sekali tidak berhajat kepada makhlukNya sama ada Arasy atau lainnya.
      - Bukti Tauhid Rububiyah, Uluhiyah, dan al-Asma’ wal Sifat bagi Allah sangat jelas dan terang dan mereka yang ingkar akannya dan mentakwil sifat-sifat Allah adalah kaum yang membodohkan diri sendiri.

      Wallahu a'lam
    • CMohd Rafizi


      JAWAPAN : Dasar ...yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah firman Allah Taala:

      لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

      "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” [al-Syura: 11]."

      Sifat-sifat Allah yg Alah sendiri yg menyifatkan kepada-Nya adalah layak bagi-Nya.Istiwa Allah adalah layak bg Allah. Begitu juga sifat Allah Mendengar dan Melihat adalah layak bg Allah tanpa bertanya bagaimana Allah mendengar atau melihat.

    • CMohd Rafizi
      Berkata al-Imam asy-Syafie rahimahullah (204HThis emoticon has been enhanced by Facicons
      وَأَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ.
      Bahawasanya Allah turun pada setiap malam ke langit dunia berdasarkan khabar dari Rasulullah shallallahu ‘ala...ihi wasallam.

      al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (751H) dalam kitabnya, Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah ‘ala Ghazwil Mu’aththilah wa al-Jahmiyyah (tahqiq: Basyir Muhammad ‘Uyun), ms. 122 menukil perkataan al-Imam asy-Syafie rahimahullah, dia berkata:

      أَنَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ فِيْ سَمَائِهِ يَقْرُبُ مِنْ خَلْقِهِ كَيْفَ شَاءَ وَيَنْزِلُ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كَيْفَ شَاءَ.
      Bahawasanya Allah ‘Azza wa Jalla di atas ‘Arasy-Nya di langit-Nya, lalu mendekat kepada makhluk-Nya menurut sebagaimana yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah turun ke langit dunia menurut bagaimana yang Dia kehendaki.


    • (...kaifa? serah shj maknanya kepada Allah.)
    • Syamsul Alsabahi Al Kunaki
      salam ya saudariku sekalian...cukup dgn di bwh ..

      لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ...

      "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mel...ihat.” [al-Syura: 11]."
    • sumber : Nurul Izzati Ishak Note's

No comments:

Post a Comment