Sunday, July 10, 2011

KEBAIKAN DAN KEADILAN PEMERINTAH : BERGANTUNG KEPADA KEBAIKAN DAN KEADILAN RAKYATNYA.

Kebaikan dan Keadilan Pemerintah Bergantung Kepada Kebaikan Dan Keadilan Masyarakatnya.


Isu berkenaan pemerintah menjadi isu yang sangat panas hari ini,pelbagai ulasan,komentar dan pandangan dilontarkan oleh pelbagai pihak.Isu kezaliman pemerintah,ketidak adilan,korupsi dan lain-lain sering menjadi perbualan hangat namun penulis menyeru agar kesemua masalah tersebut tidak diulas berdasarkan sentimen politik semata-mata,sebenarnya ianya hendaklah dilihat dari sudut pandangan seorang muslim yang berpandukan Al-Quran,As-Sunnah serta kefahaman Salafussoleh.

Dakwah Nabi sallallahu`alaihiwasallam adalah memperbetulkan Akidah dan akhlak bukan semata-mata inginkan kerusi politik.

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam diutuskan di tengah-tengah masyarakat yang sangat buruk agamanya ,masyarakatnya dan politiknya.Walaupun keberadaan baginda di tengah-tengah kaum yang sedemikian parah akidah,akhlak dan politiknya,ketika di Mekah,baginda tidak pernah berusaha untuk melakukan pemberontakan,penggulingan,protes,rampasan kuasa atau menggunakan cara-cara licik dan penipuan untuk menggulingkan pemimpin kaum musyrikin Makkah.Mengapa Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam tidak menggunakan cara tersebut? Jawapannya kerana cara tersebut bukanlah cara yang tepat.

Malah ketika Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah berdakwah secara terang-terangan dan banyak manusia mulai masuk Islam,kaum musyrikin Quraisy mengutus `Utbah bin Rabi`ah untuk menawarkan kepimpinan kepada baginda,`Utbah bin Rabi`ah berkata kepada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:

وإن كنت تريد شرفا سوّدناك علينا حتى لا نقطع أمرا دونك وإن كنت تريد ملكا ملّكناك علينا

Jika engkau mahukan kedudukan,maka kami akan menjadikan kamu sebagai pemimpin kami,sehingga kami tidak akan memutuskan sesuatu perkara tanpamu.Jika engkau mahukan kerajaan,maka kami akan menjadikan kamu sebagai raja kami.

[ Rujuk Sirah Ibnu Hisyam 1/293, Sirah An-Nabawiyyah Ibn Kathir 1/479, Subulul Huda Wa Rasyad 2/336 ]

Apakah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam menerima tawaran itu? Jawapannya,adalah tidak! Mengapa Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam tidak menerimanya? sedangkan jika beliau menerimanya tentulah beliau boleh berdakwah dengan lebih selesa menggunakan kekuasaannya.Jawapannya kerana cara tersebut bukanlah cara yang benar lagi tepat.

Sebagai bukti lain Raja Najasyi rahimahullah yang telah masuk Islam,walaupun beliau sudah berada di atas tampuk pemerintahan,kekuasaan beliau tetap tidak boleh digunakan untuk merubah masyarakatnya.

Hal ini berbeza sekali ketika Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berada di Madinah,pada waktu itu kaum muslimin sudah mempunyai kekuatan akidah dan iman yang sangat kukuh,sehingga dengan mudahnya Rasulullah mengatur dan memimpin mereka dan akhirnya membentuk sebuah pemerintahan Islam yang berdaulat di bumi Madinah - yang sangat diinginkankan oleh kaum muslimin hari ini.


Kebaikan dan Keadilan Pemerintah Bergantung Kepada Kebaikan dan Keadilan Masyarakatnya.


Sering kali apabila menyebut tentang kezaliman pemerintah,masyarakat akan menunding jari kepada pihak pemerintah akan kezalimannya,kita tidak nafikan hal tersebut namun sikap seratus peratus menyalahkan pemerintah adalah satu perkara yang tidak boleh diterima oleh akal dan nakal.Sedangkan hakikat ini telah disebutkan oleh Allah Ta`ala dalam firmanNya:

وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan demikianlah kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan. [ Al-An`aam:129 ]

Jika di kalangan rakyat dan masyarakat dipenuhi kezaliman,berupa kesyirikan,bid`ah,rasuah maksiat dan lain-lain keburukan maka sudah pasti mereka juga akan dikuasai oleh pemimpin yang sama tahap kezalimannya atau lebih teruk,hakikat ini disebut oleh Allah Ta`ala dalam firmanNya:

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kefasikan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. [ Al-Isra`:16 ]

Kata Ibnu `Abbas radiallahu`anhuma ketika menafsirkan kalimah "أَمَّرْنَا مُتْرَفِيهَا " iaitu kami membiarkan orang-orang jahat menguasai menguasai mereka lalu mereka melakukan maksiat padanya,maka apabila mereka lakukan kemungkaran kami musnahkan mereka dengan azab,sebagaimana firman Allah Ta`ala:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا
Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri pembesat-pembesar yang jahat agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu.( Al-An`aam :123)
[ Tafsir Ibnu Kathir 5/62 ]

Demikian juga firman Allah Ta`ala:

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِمْ مَوْعِدًا

Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka. [ Al-Kahfi: 59 ]

Lihat dan tadabburlah ayat-ayat di atas wahai saudaraku!!,kesemuanya menunjukkan sebab berlaku kezaliman dan kejahatan di dalam masyarakat adalah disebabkan kezaliman masyarakat itu sendiri,dan balasannya Allah membiarkan pembesar-pembesar serta pemimpin-pemimpin yang zalim menguasai dan menzalimi mereka dan akhirnya Allah akan memusnahkan mereka dengan azab yang pedih.


Dari `Abdullah bin `Amr Radhiallahu 'anhu berkata:

أقبل علينا النبي صلى الله عليه و سلم فقال: يا معشر المهاجرين خمس إذ ابتليتم بهن, وأعوذ بالله أن تدركوهن: لم تظهر الفاحشة في قوم قط حتى يعلنوا بها إلا فشا فيهم الطاعون, والأوجاع التي لم تكن مضت في أسلافهم الذين مضوا, ولم ينقصوا المكيال و الميزان إلا أخذوا بالسنين و شدة المؤنة و جور السلطان عليهم, ولم يمنعوا الزكاة إلا منعوا القطر من السماء, ولولا البهائم لم يمطروا, و لم ينقضوا عهد الله و عهد رسوله إلا سلط عليهم عدوهم من غيرهم و أخذوا بعض ما كان في أيديهم و ما لم يحكم أئمتهم بكتاب الله إلا ألقى الله بأسهم بينهم

“Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menghadap kepada kami, kemudian berkata:

“Wahai kaum muhajirin! Lima perkara jika kamu diuji dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga perkara ini tidak menimpa kamu:

1) Tidaklah nampak perzinaan pada suatu kaum sampai mereka terang-terangan melakukannya, kecuali akan tersebar pada mereka ta`un (wabak penyakit) dan kelaparan yang belum pernah ditimpakan kepada ummat sebelum mereka.

2) Tidaklah mereka mengurangi takaran dan timbangan kecuali akan ditimpakan atas mereka musim kemarau yang panjang, dan kekurangan bekalan makanan, dan kezaliman pemerintah.

3) Tidaklah mereka enggan menunaikan zakat harta mereka, kecuali akan ditahan hujan dari langit. Seandainya kalau bukan kerana binatang nescaya tidaklah diturunkan hujan atas mereka,

4) Tidaklah mereka melanggar perjanjian Allah dan RasulNya, kecuali Allah akanmenguasakan atas mereka musuh dari selain mereka, merampas apa yang mereka miliki.

5) Dan tidaklah para pemimpin mereka enggan berhukum dengan kitab Allah dan enggan memilih dari apa yang diturunkan oleh Allah, kecuali Allah akan jadikan keganasan di antara mereka."

[ HR Ibnu Majah no:4019, Al-Bazzar dalam Musnad no:6175, At-Tabarani dalam Mu`jam Al-Awsath no:4671, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 4/582, Hadith ini dinilai hasan oleh Syaikh Al-Albani]

Hadith ini menjelaskan kepada kita lima ujian yang akan menimpa umat Islam dan hakikatnya ia sudah pun menimpa mereka,cuba perhatikan pembohongan,korupsi,penyelewengan dan sebagainya yang berlaku dikalangan masyarakat akhirnya Allah akan menimpakan kepada mereka dengan kezaliman pemerintah.


Al-Walid At-Turtusi rahimahullah berkata:

Sampai sekarang masih terdengar orang ramai berkata: " Amalan-amalan kamu adalah pekerja-pekerja kamu,sebagaimana kamu seperti ini,maka seperti itulah kamu akan dipimpin."

Abdul Malik bin Marwan berkata:

" Wahai rakyatku!!,bersikap adillah kepada kami!,bagaimana mungkin kamu inginkan dari kami seperti pemerintahan yang dijalankan oleh Abu Bakr dan `Umar,sedangkan kamu tidak melakukan seperti apa yang mereka lakukan!!

[ Fiqh Siyasah As-Syari`ah Fi Dhau`Al-Kitab Wa As-Sunnah wa Aqwal Salafil Ummah hlm 171 ]

Maka saya katakan,mana mungkin kita akan mendapat pemimpin seperti Umar bin Abdul `Aziz jika sikap dan tindak tanduk kita tidak seperti rakyat dan masyarakat pada zaman beliau.

Maka diri yang dhoif ini mengajak agar bersama kita merubah diri,keluarga dan masyarakat.

Faqir ilallah,

Abul Hussein

credit to : Muhammad Fashan , July 6, 2011

No comments:

Post a Comment