Tuesday, July 5, 2011

Perlu disedari bahawa : Fahaman Komunis Diterapkan Melalui Pemikiran

Menurutnya, cara pemakaian, pemikiran serta tingkah laku seseorang itu juga boleh menunjukkan mereka itu sudah melalui pemerosesan penjajahan minda jika apa yang dilakukan itu mirip kepada sesuatu pihak.

KUALA LUMPUR 27 Jun – Rakyat di negara ini perlu sedar bahawa fahaman komunis sudah mula menjalar dalam pemikiran rakyat negara ini melalui slogan yang dibawa oleh mereka yang berfahaman sosialis.

Ketua Jabatan Sejarah, Fakuti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr. Arba'iyah Mohd Noor berkata penularan itu sudah lama berlaku tetapi tiada yang menyedari perkara itu apabila diperjuangkan oleh mereka yang menggunakan politik sebagiai landasan untuk mengetengahkan perjuangan mereka.


"Perjuangan atau pemahaman sosialis adalah menyerupai apa yang diperjuangkan oleh komunis, mungkin hanya nama yang membezakannya, sehingga ramai di kalangan kita tidak menyedari perkara itu.


"Oleh itu kita perlu mengetahui sejarah, sosialis itu lebih kurang sama dengan komunis, perjuangan mereka adalah kehidupan sama rata tanpa mengira kedudukan, agama atau bangsa kerana mereka menganggap semuanya sama sahaja," katanya kepada UMNO-online.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan gerakan terancang pihak tertentu yang didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram.


Gerakan itu dikesan sedang giat menyebarkan propaganda antikerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat mengulingkan pemerintahan seperti di negara-negara Asia Barat.


Dr Arba'iyah berkata, kesedaran perlu ada di kalangan rakyat agar tidak mudah menerima apa sahaja yang dibawa oleh pihak tertentu yang kononnya inginkan perubahan kerana sebarang kesilapan memberi kesan mendalam kepada semua termasuk kestabilan serta keamanan yang dinikmati oleh rakyat selama ini.


"Kita jangan mudah terpedaya, sejak kebelakang ini pelbagai jenis penjajahan sedang berlaku, penjajahan minda atau penjajahan pemikiran adalah suatu penjajahan paling bahaya kerana jika tidak ditangani boleh memberi kesan kepada struktur kehidupan rakyat,' ujarnya.


Menurutnya, cara pemakaian, pemikiran serta tingkah laku seseorang itu juga boleh menunjukkan mereka itu sudah melalui pemerosesan penjajahan minda jika apa yang dilakukan itu mirip kepada sesuatu pihak.


"Cara kita berpakaian untuk boleh menunjukkan keperibadian kita, kita tidak memakai atau melakukan sesuatu perkara jika kita tidak menyukai atau menyokongnya, seperti kita pakai baju pasukan bola yang kita minati, pasti kita berbangga untuk memakainya," katanya.

-MediaUMNO
credit to :

No comments:

Post a Comment