Friday, July 22, 2011

Fatwa DAn Hadis Tentang NisFu Syaaban




Hadith sahih fadhilat nisfu sya’ban :

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)


Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur’an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya’baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa’ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa’ban.

Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya’baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya’ban.


Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya’ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya’ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.

TETAPI

Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya’ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya’baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.

Tiada amalan-amalan khusus pada nifsu sya’ban


Tiada amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam tersebut.Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan khusus pada malam nifsu sya’baan dan ia ditambahkan lagi dengan hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam tersebut.


Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya’baan:


Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada( malam nisfu syaaban )untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in).

Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan.

Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).


Wahai pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta ketas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah :

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya’baan

(1)
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra

(Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar)

ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani,

Dhaif Ibn Majah.

(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra :

(Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).

ULASAN : Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata:

(Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya).

ULASAN :Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.


Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.

Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.


Ulasan tokoh-tokoh Hadith

Al-Hafiz al-Iraqi berkata:

(Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.
al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).


Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:

(Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu). (Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)


Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.

Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:

(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Muscom.iluvislam.com

Thursday, July 21, 2011

Keberuntungan dan Kebahagiaan



Keberuntungan dan Kebahagiaan

Siapa gerangan yang tak hendak mendapatkan untung? Siapa pula yang tak ingin meraih bahagia? Semua orang tentu mennginginkan keberuntungan sekaligus kebahagiaan.
Namun banyak orang menyangka keberuntungan dan kebahagiaan itu dapat diraih bila seseorang berhasil mendapatkan dunia berupa harta, pangkat, jabatan, dan kedudukan. Karena pandangan seperti itu, mereka pun menghabiskan waktu, umur, dan tenaga mereka guna meraih apa yang menurut mereka sebagai sebab (faktor) keberuntungan dan kebahagiaan.

Padahal, sungguh mereka telah salah dan tidaklah mereka di atas petunjuk. Lihatlah Qarun yang hidup di zaman Nabi Musa q, Allah l memberikan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya saja harus dipikul oleh sekelompok lelaki yang kuat. Namun apa akhirnya kisahnya? Karena kedurhakaannya, ia ditenggelamkan ke dalam bumi bersama hartanya, sebagaimana Allah l kabarkan dalam Al-Qur’an:

“Kami pun membenamkan Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi, maka tidak ada suatu golongan pun yang menolongnya selain Allah (dari azab-Nya).” (Al-Qashash: 81)

Sampai pula kabar kepada kita tentang Fir‘aun si durjana yang binasa dengan kerajaan dan kekuasaannya. Demikian pula umat-umat terdahulu yang memiliki kekuatan hebat dan kekuasaan yang besar, namun ingkar kepada Rabb semesta alam.

“Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Rabbmu telah berbuat terhadap kaum ‘Ad, (yaitu) penduduk Iram yang memiliki bangunan-bangunan yang tinggi, yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah. Dan kaum Fir’aun yang mempunyai tentara yang banyak, yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri, lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu. Oleh sebab itulah Rabbmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. Sesungguhnya Rabbmu benar-benar mengawasi.” (Al-Fajr: 6-14)

Lalu, apakah kemajuan teknologi dalam berbagai bidang yang di zaman ini dikuasai oleh orang-orang kafir merupakan sebab keberuntungan dan kebahagiaan mereka? Sekali-kali tidak!

Ketahuilah wahai saudariku, bila iman tidak menjadi pegangan dan akidah yang shahihah tidak menjadi landasan, akan rusak binasalah dunia dan jadilah seluruh amalan tiada berfaedah. Allah l berfirman mengabarkan tentang amalan orang-orang kafir:

“Dan amal-amal orang-orang kafir adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapati apa-apa....” (An-Nur: 39)

“Permisalan amalan-amalan orang-orang yang kafir kepada Rabb mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikit pun dari apa yang telah mereka usahakan di dunia. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” (Ibrahim: 18)

Kehidupan orang kafir di dunia ini –dengan segenap harta yang ada pada mereka berikut kekuasaan, kekuatan, dan teknologi– Allah l namakan dengan perhiasan sementara, yang akan berakhir dengan kerugian dan api neraka.


“Janganlah sekali-kali kamu teperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka adalah Jahannam dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.” (Ali ‘Imran: 196-197)

Sebagian kaum muslimin yang lemah imannya teperdaya manakala melihat orang-orang kafir diberi keluasan dan kelapangan dalam kehidupan dunia. Akibatnya ia kagum dan mengagungkan mereka di dalam hatinya.

Sebaliknya, bila ia melihat kelemahan yang menimpa kaum muslimin dan terbelakangnya kehidupan mereka, ia menyangka semua itu gara-gara Islam. Islam berikut pemeluknya pun jadi hina di dalam jiwanya.


Ketahuilah, kebangkrutan dan kerugian orang kafir di dunia dan di akhirat merupakan suatu kemestian, karena mereka telah kehilangan penegak keberuntungan dan kebahagiaan. Di antara yang paling inti adalah iman kepada Allah l dan hari akhir.

Keberuntungan hanyalah bagi orang-orang beriman dan bertakwa, sebagaimana firman Allah l:

“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak wanita yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa yang mencari di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat yang dipikulnya dan janjinya, dan orang-orang yang menjaga shalat mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yaitu) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (Al-Mu’minun: 1-11)

“Alif laam miim. Kitab (Al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. (Yaitu) mereka yang beriman kepada yang gaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami anugrahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu dan beriman kepada kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat. Mereka itulah yang tetap beroleh petunjuk dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 1-5)


Sebab-sebab keberuntungan yang bisa kita sebutkan di sini di antaranya:


• Bertaubat dari dosa-dosa, beriman kepada Allah l dan beramal shalih. Allah l berfirman:

“Adapun orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal shalih maka semoga ia termasuk orang-orang yang beruntung.” (Al-Qashash: 67)

• Terus-menerus berzikir kepada Allah l sebagaimana firman-Nya:

“Berzikirlah kalian kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya agar kalian beruntung.” (Al-Anfal: 45)

• Menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji dan menjauh dari sifat-sifat tercela. Allah l berfirman:

“Berinfaklah dengan infak yang baik untuk diri kalian. Barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (At-Taghabun: 16)

Dalam surah yang lain, Allah l berfirman:

“Sungguh beruntung orang yang menyucikan dirinya. Dia ingat nama Rabbnya kemudian ia mengerjakan shalat.” (Al-A’la: 14-15)

Demikianlah wahai saudariku... Akan datang suatu hari kelak di mana jelas nampak bagi seluruh manusia siapa yang beruntung dan siapa yang merugi.

Hari yang pasti itu adalah hari ditimbangnya seluruh amalan. Allah l berfirman:

“Timbangan pada hari itu ialah kebenaran. Maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami.” (Al-A’raf: 8-9)

Sebelum datang hari itu, masih terbuka kesempatan bagi kita. Selama hayat masih dikandung badan, (masih ada kesempatan) untuk berbenah diri sehingga kita mengatur amalan kita, memperbaiki apa yang rusak dari amalan kita dan memperbanyak amal kebaikan agar berat dalam timbangan pada hari kiamat kelak. Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.

(Disarikan dari Al-Khuthab Al-Minbariyyah fil Munasabat Al-’Ashriyyah, Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan, 2/183-186)

(Miutiara Kata edisi 51)

April 2011

asysyariah.com

Wednesday, July 20, 2011

BERSIH: Pergerakan Dibiayai Dana Luar Merealisasikan Agenda Asing




Tony Cartalucci, Land Destroyer Report, Thailand – Tiada siapa yang waras dapat menafikan kemuliaan usaha menerapkan ketelusan serta kredibiliti supaya sesebuah kerajaan bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan tindakan yang diambil.

Bagaimanapun, apabila sekelompok rakyat melancarkan demonstrasi jalanan yang disokong, dibiayai kuasa asing dan lebih buruk lagi apabila ia dipimpin oleh mereka yang menghambakan diri kepada kepentingan luar, nyata ia telah diperalatkan bagi mengeksploitasi agenda tertentu untuk menunggang sentimen segelintir masyarakat yang kecewa.

Dalam hal demikian pergerakan tersebut akhirnya akan gagal mencapai matlamat yang di dokong, dan seterusnya membuka ruang kepada rasuah dan kezaliman yang tidak dapat dibayangkan pengikutnya.


Satu contoh fenomena ini berlaku dalam konteks senario politik Malaysia apabila sebuah pergerakan yang menamakan diri mereka “BERSIH” atau “Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih” telah menawan minda serta imaginasi kelompok muda dan progresif di negara ini dan di serata dunia.


Walaupun pemimpin BERSIH, Ambiga Sreevenasan dengan kenyataan tidak masuk akal mendakwa “kami berjuang untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih,” namun beliau tidak memberitahu pengikutnya bahawa pergerakan tersebut juga dibiayai dan menerima latihan daripada kerajaan Amerika Syarikat serta beberapa buah yayasan yang dibiayai syarikat korporat asing.


The Malaysian Insider melaporkan pada 27 Jun lalu bahawa pemimpin BERSIH Ambiga Sreevenasan “mengaku menerima wang daripada dua buah organisasi Amerika – the National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) untuk membiayai projek-projek lain yang menurutnya tidak mempunyai kaitan dengan perhimpunan 9 Julai.”

Paparan laman web NDI sebelum perkataan BERSIH dikeluarkan

Dalam laman web NDI, apa yang diakui Ambiga terbukti adalah benar, tetapi maklumat tersebut kemudian diubah dan digantikan dengan informasi yang lebih lembut tanpa menyebut perkataan BERSIH.

Dalam usaha menjelaskan kononnya pengakuan Ambiga tidak memberikan kesan negatif, tindakan NDI yang tergesa-gesa menukar maklumat itu membuktikan pertalian BERSIH dengan NDI pada laman web itu telah menimbulkan syak wasangka.

Lebih meragukan lagi tentang agenda sebenar BERSIH, ialah pembabitannya dengan gerombolan pembangkang Pakatan Rakyat apabila beberapa orang pemimpin berjanji akan membawa beratus ribu orang penyokong untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.


Pakatan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim bersama gabungan parti-parti pembangkang yang mempunyai susur galur sejarah panjang dengannya.

Diambil sewaktu majlis penganugerahan “Democracy Award 2007” tajaan NED di Washington. Anwar Ibrahim (kiri) mengambil bahagian sebagai ahli panel pemilihan. Tidak menghairankan bagaimana NED menajanya untuk meraih kembali kuasa di Malaysia


Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998, selain menjadi pensyarah di School of Advanced International Studies John Hopkins University, perunding Bank Dunia, dan ahli panel pemilihan “Democracy Award” dan ahli panel pembiaya dana rangkaian neocon yang ditaja National Endowment for Democracy (NED), iaitu organisasi yang secara kebetulan membiayai dan menyokong BERSIH, ketara mensahihkan syak wasangka terhadap agenda tersirat mereka.

Realitinya, pemimpin BERSIH bersekongkol dengan Anwar bersama para penaja luar dalam usaha mengeksploitasi keresahan rakyat Malaysia bagi meletakkan dirinya di persada kuasa.


Walaupun ramai yang merasakan “perjuangan” menuntut “pilihan raya adil dan bersih” sebagai matlamat asas BERSIH dan Anwar, dan menyatakan pembiayaan Amerika melalui dana NED/NDI berserta Open Society yang dimiliki petualang kewangan antarabangsa, George Soros sesuatu yang tidak berbahaya[?], namun secara realiti, jika diteliti struktur dan modus operasi badan-badan tersebut dalam konteks BERSIH, jelas apa sebenarnya agenda yang tersirat di sebalik penajaan itu.


NED, NDI, IRI & Freedom House Operasi Imperialis Pencetus Perang


Kita perlu perhalusi wajah kesemua organisasi ini dengan melihat kepada keahlian lembaga pengarah NED, badan induk yang membiayai NDI.


Dengan berpandukan misi kononnya menyokong “kebebasan di serata dunia,” ia sepatutnya dilantik dari kalangan pemenang-pemenang Hadiah Keamanan Nobel, dan para diplomat terkemuka yang bergerak di atas contoh-contoh kepimpinan demokrasi tersohor.


Tetapi di sebaliknya, kita mendapati tokoh-tokoh seperti John Bohn, seorang ahli perbankan antarabangsa yang mempunyai 13 tahun pengalaman, dan kini berkhidmat dengan firma perunding dan penasihat, GlobalNet Partners untuk membantu syarikat-syarikat luar membolosi pasaran China dengan mudah.


Tidak dapat dinafikan kemampuan Bohn untuk memanipulasi lanskap politik China menerusi aktiviti-aktiviti licik NED dan persisian pinggirnya jelas membuktikan konflik kepentingan. Bagaimana pun, “konflik kepentingan” sentiasa berlaku dalam pergerakan NED dan Freedom House.


Turut berkhidmat bersama Bohn, adalah Rita DiMartino yang pernah bertugas dengan Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat (CFR), sebagai ahli korporat AT & T, sebagai “Naib Presiden Perhubungan Kongres Amerika” dan sebagai ahli CFR.


Turut serta termasuk Kenneth Duberstein mewakili senarai Fortune 500, ahli lembaga pengarah Boeing, syarikat petroleum ConocoPhilips dan Mack-Cali Realty Corporation. Duberstein pernah berkhidmat sebagai pengarah syarikat Fannie May hingga 2007. Beliau juga ahli CFR.


Selepas mengenali tokoh-tokoh yang disebutkan di atas, kita perlu pula mempertimbangkan kedudukan beberapa orang penghasut peperangan yang berada dalam lembaga pengarah NED, termasuk Francis Fukuyama, Zalmay Khalilzad, Will Marshall dan Vin Webber.


Kesemua mereka merupakan penyokong dasar pro-peperangan, pro-korporat dan kegilaan untuk merealisasikan Project for a New American Century (PNAC).


Tersirat dalam dokumen-dokumen yang dihasilkan “badan pemikir” itu termasuk rayuan kepada beberapa orang presiden Amerika supaya berperang dengan negara-negara berdaulat di dunia, selain menambahkan bilangan tentera Amerika di negara-negara yang sedang dikuasai tentera Amerika.


Agenda yang sama juga ketara dalam dokumen ala-Hitler sepanjang 90 muka surat berjudul “Rebuilding America’s Defenses” (Membina Semula Pertahanan Amerika), yang merupakan usaha Amerika untuk mewujudkan hegemoni global.


Kita akan melihat kemudian, bagaimana badan pemikir yang berpendirian sebagai penghasut peperangan ini juga bertindak sebagai pusat penghubung yang dipaut kepada “pejuang hak asasi” Freedom House.


“Penyata Prinsip” yang ditandatangani barisan pengerusi NED seperti Francis Fukuyama, Zalmay Khalilzad dan Vin Weber mengakui prinsip mereka yang berbunyi seperti berikut:

“Kita perlu bertanggungjawab kepada peranan unik Amerika dalam usaha memelihara dan memperluaskan orde antarabangsa yang mesra dengan keselamatan, kejayaan dan segala prinsip negara ini (Amerika).”

Tentu sekali apa yang mereka maksudkan dengan “orde antarabangsa” adalah campur tangan di luar sempadan Amerika Syarikat. Ungkapan tersebut digunakan sekadar merujuk kepada imperialisme global.


Petualang – pertualang lain yang memperturunkan nama dalam penyataan tersebut termasuk Paula Dobriansky dari Freedom House, Dan Quayle, Donald Rumsfeld, Paul Wolfowitz, Dick Cheney, Eliot Cohen dan Elliot Abrams.


“Penyata Pasca Perang Iraq” dari Project for a New American Century (PNAC) mengenai sokongan padu ciri-ciri pembangunan negara diperkukuhkan dengan pembabitan pengerusi NED, Will Marshall, Frank Carlucci (Freedom House 2002) dan James Woolsey bersama Martin Indyk (ahli lembaga Lowy Institute dan pengarang bersekutu laporan “Which path to Persia?), William Kristol dan Robert Kagan – kedua-duanya merupakan penghasut peperangan yang aktif dalam Inisiatif Dasar Luar Amerika.

Perlu diingat, Inisiatif Dasar Luar (Foreign Policy Initiative, FPI) sebenarnya penjelmaan terbaru PNAC.


Baru-baru ini FPI telah mengemukakan surat terbuka kepada seluruh ahli Republikan Kongres Amerika yang menyeru supaya dibelakangi kehendak rakyat Amerika dan meneruskan perang terhadap Libya.


Surat FPI itu juga mengatakan bahawa resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan perang ke atas Libya sebenarnya mengikat tangan Amerika.


Justeru itu, FPI menyarankan supaya sikap agresif Amerika diperluaskan demi untuk “membantu pihak pembangkang di Libya.”

Sepucuk surat PNAC yang tidak bertajuk dan dialamatkan kepada Presiden Amerika, George Bush mengenai saranan am supaya digalakkan hasutan peperangan dengan pantas dipersetujui oleh Ellen Bork (Freedom House), Ken Adelman (bekas pelobi Thaksin Shinawatra melalui Edelman), dan James Woolsey.

Turut menyokong, petualang-petualang neo-con itu seperti Richard Perle, William Kristol, Robert Kagan dan tokoh popular yang sentiasa prejudis kepada Islam, Daniel Pipes.


Berpandukan semua ini maka bolehlah dianggap NED tidak berminat sama sekali untuk “menyokong kebebasan di serata dunia,” atau pun untuk memperjuangkan agenda “pilihan raya adil dan bersih” di Malaysia,” tetapi sebaliknya menggunakan segala ideal ini bagi menubuhkan oligarki (kerajaan diktator/proksi) korporat global untuk kepentingan sendiri.


Di kalangan PNAC dan komponen-komponennya seperti FPI dan Foundation for Defense Democracies, kesemua badan petualang yang bertopengkan“demokrasi dan hak asasi manusia” telah mencipta dan mempromosikan kesinambungan bab-bab paling zalim dan lucah melalui pembunuhan beramai-ramai, pencerobohan, penjajahan dan peperangan yang tidak putus-putus sepanjang sejarah manusia.

Penunjuk perasaan Thai di hadapan Kedutaan Malaysia, Bangkok bagi pihak penunjuk perasaan BERSIH yang ditangkap sebelum perhimpunan haram 9 Julai di Kuala Lumpur. Peristiwa ini mendapat liputan Prachatai yang dibiayai NED dan menggunakan ahli-ahli “People’s Empowerment Foundation” yang bergiat bagi pihak BERSIH Malaysia

Sebagai konsep membalas sokongan yang diberikan, NED sebuah organisasi yang Anwar Ibrahim bergiat aktif, turut membiayai pula pelbagai cabang dan komponen propagandanya, termasuk Freedom House, International Republican Institute (IRI) dan National Democratic Institute (NDI) yang terbukti jelas menyalurkan bantuan kewangan kepada pergerakan BERSIH di Malaysia.


Dalam hal ini, kumpulan-kumpulan penghasut peperangan seperti Freedom House telah sejak sekian lama berkempen menyokong BERSIH.


“Laporan-laporan” terpilih mereka boleh dibaca di bawah. Kesemuanya disebut dan dipetik oleh media korporat antarabangsa untuk memantapkan kesahihan BERSIH yang tidak pernah wujud.

Sokongan retorik Freedom House untuk BERSIH:

“Tangkapan Sebelum Perhimpunan Menuntut Reformasi Pilihan Raya di Malaysia menimbulkan Kebimbangan”
“Tindakan Keras Kerajaan Malaysia Melanggar Hak Asasi”
“Kebebasan Berpersatuan Terancam: Tindakan Autoritarian melanggar Masyarakat Sivil”
“Surat Kepada Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton Mengenai Tindakan Ganas Kerajaan Malaysia”

Council on Foreign Relations (CFR)

Council on Foreign Relations (CFR) atau Majlis Perhubungan Luar, adalah sebuah badan pemikir Amerika yang mewakili pelbagai kepentingan dan agenda syarikat-syarikat Fortune 500 juga turut membabitkan diri dalam pergerakan BERSIH Malaysia.

CFR berbangga dengan kejayaan memecahbelahkan masyarakat Malaysia.

Juga perlu diingat bahawa CFR memuji liputan menyeluruh dan terperinci mengenai BERSIH oleh blog New Mandala yang dikendalikan ahli akademik palsu Australian National University, Andrew Walker.

Walker sebelum ini didedahkan sebagai terbabit dengan aktiviti Lowy Institute. Beliau seorang daripada puluhan ahli akademik, wartawan dan pakar dasar palsu yang dibayar oleh Fortune 500.

George Soros & Open Society Institute (OSI)

Open Society Institute (OSI) yang dimiliki George Soros bukan hanya satu-satunya dana yang disebut pemimpin BERSIH Ambia Sreevenasan sebagai pembiaya pergerakan tersebut.

Organisasi itu turut membiayai beberapa kumpulan “demokrasi dan hak asasi manusia” yang memperjuangkan kepentingan korporat selain sokongan retorik oleh media korporat bagi memberikan kesahihan kepada BERSIH.

Open Society juga membiayai organisasi sekutu NDI “Transparency International” yang turut menerima bantuan daripada syarikat ExxonMobil, General Electric, Shell, Pfizer, British Petroleum, HSBC Holdings dan Proctor & Gamble.

Sementara itu, Open Society turut membantu Amnesty International (muka surat 10) dan Human Rights Watch (HRW) – kedua-duanya tergesa-gesa tampil membela BERSIH sebelum dan selepas perhimpunan jalanan BERSIH pada 9 Julai.

Sokongan Human Right’s Watch yang dibiayai Soros untuk Pergerakan BERSIH Malaysia:

“Malaysia: Siasat Tindakan Ganas Ke atas Perhimpunan Pro-Demokrasi”
“Malaysia: Hentikan Keganasan Ke atas Tunjuk Perasaan Aman”
“Malaysia: Bebaskan 30 Aktivis Politik Aman”
“Surat Bersama Kepada Perdana Menteri Mengenai Pencabulan Ke atas BERSIH 2.0”

Surat bersama itu ditandatangani Amnesty International yang juga dibiayai Soros dan kumpulan syarikat-syarikat Fortune 500, termasuk NED, dan International Federation for Human Rights (FIDH) yang dibiayai Tides Foundation.


Sokongan Amnesty International Kepada BERSIH:

“Malaysia: Maklumat Lanjut: Penindasan Berterusan Selepas Perhimpunan Reformasi”
“Malaysia: Polis Menggunakan Taktik Ganas Ke atas Tunjuk Perasaan Aman”
“Malaysia: Ratusan Peserta Tunjuk Perasaan Aman di Tangkap”
“Malaysia: Aktivis Malaysia ditahan di lokasi rahsia”
“Malaysia: Ahli Parlimen, aktivis ditahan kerana menyertai tunjuk perasaan”
“Malaysia: Hentikan Penindasan Ke atas Aktivis Pro-Reformasi”
“Malaysia: Surat Terbuka Bersama: Pencabulan hak Asasi manusia ke atas BERSIH 2.0”

Kesimpulan

Jika terdapat pihak yang masih sangsi mengenai wajah sebenar NED, Open Society dan pelbagai bentuk ‘pejuang’ yang menyokong agenda global Amerika, mengenai siapa yang diberikan sokongan dan mengapa, buktinya jelas terpampang pada dokumen pengakuan yang dikeluarkan Project for a New American Century (PNAC) yang menggesa dipercepatkan penguasaan Amerika ke atas dunia.

Seperti mana Empayar British dan Empayar Rom sebelum ini yang turut menggunakan konsep mengembangkan konsep “masyarakat bertamadun” sebagai topeng kepada aspirasi penjajahan ke atas mereka yang jahil, sama jugalah peranan oligarki pembiaya korporat Anglo-Amerika menggunakan konsep menyebarkan “hak asasi manusia,” “demokrasi,” dan “kebebasan” bagi menjajakan agenda mereka, iaitu “orde antarabangsa.”

Rangkaian imperialis moden yang membina orde antarabangsa pembiayaan korporat Anglo-Amerika

Orde tersebut digambarkan oleh petualang neocon, Robert Kagan sebagai usaha memenuhi “keperluan Amerika Syarikat dan sekutunya.”

Apa yang ditaja bukanlah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan demokratik seperti yang disangka.

Petikan daripada HistoryWorld.Net:

“Matlamatnya ialah untuk membiasakan mereka dengan kehidupan aman dan tenteram melalui penyediaan pelbagai kelengkapan. Berpandukan objektif ini beliau menghulurkan bantuan bagi membina rumah berhala, medan orang ramai dan sebagainya. Beliau memberikan pendidikan sastera kepada anak-anak pemimpin tempatan dan mempengaruhi mereka supaya lebih mengutamakan cara hidup menurut acuan British berbanding kemahiran orang Gaul.

Semua strategi tersebut menghapuskan kebencian kepada bahasa Latin dan sebaliknya memupuk semangat untuk menggunakan bahasa itu dengan berkesan. Pendekatan itu sama dengan cara pemakaian toga (pakaian rasmi orang Rom) dipopularkan. Dengan cara demikian seluruh masyarakat yang dijajah semakin dijinakkan dengan godaan dan tarikan melekakan seperti berpelesiran di arked, pusat-pusat mandi wap dan urut serta kehidupan yang narsisistik. Justeru itu, tanpa disedari minda orang British yang ditakluki empayar Rom sentiasa sebati dengan konsep ‘tamadun’ walhal apa yang sebenarnya berlaku, bangsa mereka ditawan dan diperhambai.

- Daripada Pengisahan Oleh Tacitus Mengenai Empayar Rom yang diterjemahkan
oleh Michael Grant, Penguin (1975), muka surat 72.

Oleh itu, apa yang diwar-warkan sebagai “pilihan raya adil dan bersih” yang dicadangkan kepada Malaysia oleh NED dan Freedom House melalui jentera BERSIH hanyalah bagi merealisasikan perhambaan rakyat Malaysia.


Untuk membayangkan bentuk masa depan Malaysia yang dilakarkan mereka itu, lihat saja kepada pergolakan yang berlaku di Mesir baru-baru ini – pergolakan yang digunakan sebagai sumber inspirasi perjuangan mereka dalam BERSIH.


Dalam usaha rakyat Mesir bersatu untuk “membebaskan” diri, mereka telah menjatuhkan kerajaan kebangsaan sendiri dan meraikan pelantikan Mohamad ElBaradei yang sebenarnya boneka Amerika Syarikat melalui campur tangan licik International Crisis Group (ICG), yang berkait rapat dengan Presiden Rejim Zionis Shimon Peres, Gabenor Bank of Israel, Stanley Fischer dan penyibuk geopolitik Amerika, Zbigniew Brzezinski.


Baru-baru ini Senator John McCain, Pengerusi International Republican Institute (IRI), sebuah NGO yang dibiayai NED, dan yang pernah direkodkan sebagai dalang “kebangkitan Arab” sekarang ini, telah membawa beberapa orang wakil syarikat-syarikat korporat Fortune 500 untuk melawat Bandaraya Kaherah yang baru “dibebaskan semula”.

Agenda mereka tidak lain tidak bukan untuk “liberalisasi ekonomi” dan integrasi negara yang sebelum ini berdaulat ke dalam empayar Anglo-Amerika.


Seperti bangsa British zaman silam, generasi muda Mesir masa kini terlalu sebati dengan cara hidup Barat dan konsep demokrasi liberal baru yang diserapkan melalui tangan-tangan tersembunyi yang didalangi oligarki global dan diketuai oleh seorang agen Barat yang amat dikenali.


Malaysia menghadapi persimpangan yang serupa. Rakyatnya kini perlu memutuskan sama ada inginkan perubahan secara sendiri melalui pendekatan pragmatik, dan aktivisme akar umbi bebas atau membuka jalan kepada penjajah.


Dilema seperti ini lumrah berlaku di negara-negara berdaulat. Oleh itu jika mereka mengikuti agenda politik yang jelas merugikan diri sendiri – agenda yang di manipulasi dan didalangi kuasa-kuasa asing bagi memecahbelahkan rakyat dan menggugat negara, maka akan mudahlah kuasa-kuasa luar meletakkan boneka mereka sebagai pemimpin dan sekali lagi menghumban Malaysia ke dalam kancah penjajahan.

sumber:AIDC
artikel berkaitan :

Tuesday, July 19, 2011

Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala


Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi" bahawa di dalam sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh-tokoh utama di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.

Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya kepada pendapat orang-orang pada zaman mereka masing-masing.


Pendapat tokoh-tokoh dari kalangan sabahat dan tabi'in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat-riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam "Ansabu Al Asyraf" mengatakan bahawa, "
Bila Yazid dilantik menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata :
" Sesungguhnya anaknya Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat-tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya" (Ansabu Al Asyraf, jilid 4, m.s. 4).

Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia kepada para Khulafa' Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata-kata Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ' Amirul Mukminin'.

Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas terhadap orang-orang yang menyokong pemberontakan yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai'ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata,
" Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang yang curang (membatalkan bai'ahnya) pada hari kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada kita berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah dan RasulNya, kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai'ah kepadanya dan turut serta di dalam pemberontakan ini, maka terputuslah perhubungan di antaraku dengannya". (Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan)

Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian.

Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak cerita-cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh musuh-musuh Islam. Tentu sekali orang yang membunuh menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang-dibelai oleh Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan dan keutamaan-keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya seorang soleh, budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam.

Kerana itulah cerita-cerita seperti Yazid sering kali minum arak, seorang yang suka berfoya-foya, suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan penari-penari, begitu juga beliau adalah orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera, terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.

Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?

Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa soal selidik yang mendalam dan teliti, maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang paling malang.

Tetapi bagaimana jika yang membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan kita bawakan segala tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu ?

Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada, sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar.

Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat dan kukuh daripada sumber-sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip-prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah, kita akan terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam.

Sekarang marilah kita pergi ke tengah-tengah medan penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala bersama-sama dengan sekian ramai ahli keluarganya.

PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH

Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :

(1) Bukti-bukti utama

(2) Bukti-bukti sokongan

I. BUKTI-BUKTI UTAMA

Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata,
" Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita "
Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud,
" Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Al Baqarah :54)
Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab'ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh.

Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :

" Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami ". (Jilaau Al' Uyun, ms 391).


Beliau juga berkata kepada Syiah:

"Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab? " (Ibid).

Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:

"Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami ". (Ibid)

Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata-katanya:
"Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya". (Mulla Baqir Majlisi-Jilaau Al'Uyun, m.s. 409).

Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan bahawa:

(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam menerusi penulisan sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar, Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong semata-mata kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala bukannya datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan Syiah Kufah.

(ii) Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan-kerajaan Islam di sepanjang sejarah membuktikan termakbulnya doa Sayyidina Husain di medan Karbala ke atas Syiah.

(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai, pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat Syiah.

Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara yang seperti ini dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.

(iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau.
Itulah dia golongan yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu golongan ini meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10 Muharram?

Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).


Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau,
" Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".

Sayyidatina Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah.
Katanya,
" Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).

Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.

Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas segedupnya,
" Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".

Beliau juga berkata,
" Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)

Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata,
" Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih ".

Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.

Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya sudah mencukupi untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita simpulkan beberapa perkara :

1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak adalah Syiah.

2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.

3. Sayyidina Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam rombongannya terdiri daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka.

4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.

Mahkamah di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang tersebut tadi sebagai bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain itu ?

II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN

Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :

1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu.

Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali. Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina Utsman di Mesir dan berpura-pura mengasihi Sayyidina Ali. Dia pernah berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di Madinah dan Kufah.

Di dalam Jilaau Al' Uyun disebutkan bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir. Dia juga telah berbai'ah dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata kepada Sayyidina Hasan, " Bahawa aku telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau maafkan aku, aku akan pergi membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya". (Jilaau Al U'yun, ms 218)

Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan perancangan mereka semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali dan Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang merupakan musuh-mush Islam yang menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak selamat apabila perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku. Maka segolongan dari mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali dan mereka menjadi golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap berada bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini sebanarnya satu taktik mereka untuk mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang jahat itu dan untuk berselindung di sebalik beliau daripada hukuman kerana pembunuhan Khalifah Utsman.

Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh golongan Syiah pehanya sehingga tembus kemudian mereka menunjukkan pula kebiadapannya terhadap Sayyidina Hasan dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sejadah yang diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain melainkan kerana Sayyidina Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan pihak Sayyidina Muawiyah. Bahkan bukan sekadar itu saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang yang menghinakan orang-orang Islam dan sebagai orang yang menghitamkan muka orang-orang Mukmin.

Kebiadaban Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang sangat setia kepada Imam Jaafar As Shadiq iaitu Rabi' menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya kehadapan Khalifah Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi' telah memerintahkan anaknya yang paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As Shadiq dengan kudanya. Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al ' Uyun karangan Mulla Baqir Majlisi.

Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan kisah pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan di sisi Syiah, bahawa beliau telah dibunuh oleh Sabih Dailamy, seorang Syiah kental dengan perintah Al Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas dibunuh itu Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak ada langsung kesan-kesan pedang di tubuhnya.

Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk membunuh Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan golongan yang sampai begini biadapnya terhadap Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas kasihan di medan Karbala.

Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana mungkin pengikut-pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali dengan 'syiah' boleh bertindak kejam pula terhadap Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup mempertahankan nyawa demi mempertahankan Iman-imam mereka? Secara ringkas bolehlah kita katakan bahawa 'perasaan kehairanan' yang seperti ini mungkin timbul dari dalam fikiran Syiah, yang tidak mengetahui latar belakang kewujudan Syiah itu sendiri. Mereka hanya menerima secara membabi buta daripada orang-orang terdahulu. Adapun orang-orang yang mengadakan sesuatu fahaman dengan tujuan-tujuan yang tertentu dan masih hidup ketika mana ajaran dan fahaman itu mula dikembangkan tentu sekali mereka sedar maksud dan tujuan mereka mengadakan ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka menunjukkan taat setia dan kasih sayang kepada Imam-imam itu, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.

2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala, bahkan golongan Syiahlah yang bertanggungjawab membunuh beliau bersama dengan ramai orang-orang yang ikut serta di dalam rombongan itu, ialah adanya hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Umayyah, selepas berlakunya peperangan Siffin dan juga selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala.

Tidak mungkin orang-orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul Bait akan berkahwin dengan orang-orang yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuh-pembunuh atau orang-orang yang bertanggungjawab di dalam membunuh ayah, datuk atau bapa saudara mereka Sayyidina Husain. Hubungan ini selain daripada menunjukkan pemerintah-pemerintah dari kalangan Bani Muawiyah dan Yazid sebagai orang yang tidak bersalah di dalam pembunuhan ini, ia juga menunjukkan mereka adalah golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalinkan ikatan kasih sayang di antara mereka dan Ahlul Bait.

Di antara contoh hubungan persemendaan ini ialah:

(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan. (Ibn Hazm-Jamharatu Al Ansab, m.s. 80)

(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69)

(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman. (Jamharatu An Ansab, m.s. 68). 'Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina Ali.

Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu:-

1. Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan.

2. Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Zainab ini adalah di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri.

3. Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban. Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al Husain.

4. Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah.

5. Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin Abdul Malik.

6. Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi sebelum sepupunya Hammaadah.

Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat.

Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu-individu dari keluarga Bani Umaiyah, antaranya ialah:-

(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan. Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. (Jamharatu Al -Ansab)

(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman.

Sementara anak cucu kepada saudara-saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain-lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga Umaiyah. Di antaranya yang boleh disebutkan ialah:-

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam pertempuran di medan Karbala .

Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli -ahli sejarah dari Abu Mukhnaf, Hisyam dan lain–lain tentang kezaliman Yazid di Karbala yang dikatakan telah memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun air walaupun kepada kanak–kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain itu sehingga mereka mati kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara cucu kepada Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid. Apakah kekejaman–kekejaman yang tidak ada tolak bandingnya seperti yang digambarkan di dalam sejarah boleh dilupakan begitu mudah oleh anak – anak cucu orang–orang yang teraniaya di medan Karbala itu? Apa lagi jika dilihat kepada zaman berlakunya perkahwinan mereka ini, bukan lagi di zaman kekuasaan keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa pada ketika itu ialah keluarga Marwan. Di sana tidak terdapat satu pun alasan untuk kita mengatakan perkahwinan itu berlaku secara kekerasan atau paksaan.

Perkahwinan mereka membuktikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain itu cerita–cerita rekaan oleh Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.

Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali (yang terkenal dengan Muhammad bin Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan Said bin Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah. Ayah kepada Lubabah ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai imam oleh Syiah Kaisamyyah .

Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan hubungan persemendaaan yang berlaku di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim terutamanya dari anak cucu Sayyidina Ali, Hasan dan Husain. Hubungan persemendaan di antara mereka sangat banyak terdapat di dalam kitab-kitab Ansab dan sejarah. Maklumat lebih lanjut boleh dirujuk dari kitab–kitab seperti Jamratu Al Ansab, Nasbu Quraisy, Al Bidayah Wa An Nihayah, Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain–lain .
sumber:
http://syiahmalaysia.blogspot.com/2010/12/

artikel berkaitan : 1)Menjwab Hadis Ghadir Khum (runtuhnya tembok Aqidah Syi'ah )
2)PUSAKA UNTUK KELUARGA NABI : fitnah-syiah-terhadap- abu-bakar.