Tuesday, July 5, 2011

Perlu disedari bahawa : Fahaman Komunis Diterapkan Melalui Pemikiran

Menurutnya, cara pemakaian, pemikiran serta tingkah laku seseorang itu juga boleh menunjukkan mereka itu sudah melalui pemerosesan penjajahan minda jika apa yang dilakukan itu mirip kepada sesuatu pihak.

KUALA LUMPUR 27 Jun – Rakyat di negara ini perlu sedar bahawa fahaman komunis sudah mula menjalar dalam pemikiran rakyat negara ini melalui slogan yang dibawa oleh mereka yang berfahaman sosialis.

Ketua Jabatan Sejarah, Fakuti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr. Arba'iyah Mohd Noor berkata penularan itu sudah lama berlaku tetapi tiada yang menyedari perkara itu apabila diperjuangkan oleh mereka yang menggunakan politik sebagiai landasan untuk mengetengahkan perjuangan mereka.


"Perjuangan atau pemahaman sosialis adalah menyerupai apa yang diperjuangkan oleh komunis, mungkin hanya nama yang membezakannya, sehingga ramai di kalangan kita tidak menyedari perkara itu.


"Oleh itu kita perlu mengetahui sejarah, sosialis itu lebih kurang sama dengan komunis, perjuangan mereka adalah kehidupan sama rata tanpa mengira kedudukan, agama atau bangsa kerana mereka menganggap semuanya sama sahaja," katanya kepada UMNO-online.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan gerakan terancang pihak tertentu yang didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram.


Gerakan itu dikesan sedang giat menyebarkan propaganda antikerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat mengulingkan pemerintahan seperti di negara-negara Asia Barat.


Dr Arba'iyah berkata, kesedaran perlu ada di kalangan rakyat agar tidak mudah menerima apa sahaja yang dibawa oleh pihak tertentu yang kononnya inginkan perubahan kerana sebarang kesilapan memberi kesan mendalam kepada semua termasuk kestabilan serta keamanan yang dinikmati oleh rakyat selama ini.


"Kita jangan mudah terpedaya, sejak kebelakang ini pelbagai jenis penjajahan sedang berlaku, penjajahan minda atau penjajahan pemikiran adalah suatu penjajahan paling bahaya kerana jika tidak ditangani boleh memberi kesan kepada struktur kehidupan rakyat,' ujarnya.


Menurutnya, cara pemakaian, pemikiran serta tingkah laku seseorang itu juga boleh menunjukkan mereka itu sudah melalui pemerosesan penjajahan minda jika apa yang dilakukan itu mirip kepada sesuatu pihak.


"Cara kita berpakaian untuk boleh menunjukkan keperibadian kita, kita tidak memakai atau melakukan sesuatu perkara jika kita tidak menyukai atau menyokongnya, seperti kita pakai baju pasukan bola yang kita minati, pasti kita berbangga untuk memakainya," katanya.

-MediaUMNO
credit to :

Monday, July 4, 2011

Sejarah Hidup Imam al-Nawawi (631-676H) Oleh : Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali



Kajian riwayat hidup Imam al-Nawawi ini berdasarkan buku karangan Abdul Ghani al-Duqr yang berjudul al-Imam al-Nawawi Shaykh al-Islam wa al-Muslimin wa Umdah al-Fuqaha wa al-Muhadithin.


Al-Ghani al-Duqr memulakan dalam mukadimahnya dengan menyebutkan sifat Imam al-Nawawi yang memiliki ketakwaan yang tinggi.

Dia bukan hanya membataskan diri dengan perkara-perkara haram dan syubhat tetapi juga perkara-perkara mubah kerana dia berasa takut apabila dirinya menghampiri rasa tamak dengan sesuatu perkara mubah yang nantinya akan menjalar kepada yang syubhat dan akhirnya menjalar kepada yang haram.

Dia melindungi dirinya dari semua itu kerana takut kepada Allah. Beliau juga menjelaskan manhaj buku ini dengan mengambil dari sumber-sumber muktabar dari buku al-Tarajim atau al-Tabaqat dan menyusun semula dengan pendekatan semasa.

Nama sebenarya ialah Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri al-Nawawi. Gelarannya ialah Mahyuddin. Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan seorang peniaga kedai di Nawa. Beliau meninggal pada 685H iaitu sembilan tahun selepas kewafatan anaknya Imam al-Nawawi pada usia 70 tahun.

Al-Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram pada tahun 631H. Beliau telah belajar membaca dan menghafal al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.(Al-Daqr:2005:22)
Ketika di Damsyiq, beliau telah berjumpa dengan imam Masjid al-Umawi Syeikh Jamaluddin Abdul Kafi (m. 689) yang membawanya berjumpa Mufti Syam Tajuddin Abdul Rahman bin Ibrahim yang dikenali sebagai al-Farkah (m. 690H). Al-Nawawi berguru dengannya. Setelah dua tahun berada di Damsyik, beliau pergi menunaikan haji bersama bapanya pada tahun 651H.(al-Daqr:2005:28)

Beliau begitu gigih menuntut ilmu dan tinggal di madrasah al-Ruwahiyah. Al-Zahabi menceritakan tentang kegigihan al-Nawawi menuntut ilmu dengan menyebutkan : dan dijadikan contoh dalam ketekunannya menuntut ilmu siang dan malam, dia tidak akan tidur kecuali memang sudah tidak dapat ditahan lagi, dia mengatur waktunya untuk belajar, menulis, mengkaji atau mendatangi para guru-gurunya. Al-Badr bin Jama’ah (m.733H) menceritakan apabila dia bertanya mengenai tidur al-Nawawi.

Al-Nawawi mengatakan bahawa apabila dia tidak lagi berkuasa untuk menahan daripada rasa mengantuk maka dia menyandar kepada kitab sebentar dan kemudian akan terbangun. Dia banyak terjaga daripada tidur dan selalu tekun dalam menuntut ilmu dan amal. Setiap hari, beliau akan mempelajari 12 subjek daripada guru-gurunya dalam pelbagai bidang ilmu Islam. (al-Daqr:20005:30&36)

Antara guru-gurunya ialah seperti berikut :

Dalam bidang feqah:

i. Abu Ibrahim Ishaq bin Ahmad bin Uthman al-Maghribi (650H)
ii. Abu Muhammad Adul Rahman bin Nuh al-Muqaddasi (m. 654H
iii. Abu Hafs Umar bin As’ad bin Ali Ghalib al-Rabi‘i al-Irbili.
iv. Abu al-Hasan al-Sallar bin al-Hasan al-Irbili (m. 670H)

Dalam bidang Hadith:

i. Ibrahim bin Isa al-Muradi al-Andalusi- belajar Shahih Muslim
ii. Zainuddin Abu al-Baqa’Khalid bin Yusuf al-Nablisi (m.663H)
iii. Abdul Aziz bin Muhamad bin Abdul Muhsin al-Humawi (m.662H)
iv. Zainuddin Abu al-Abbas al-Muqaddasi
v. Abu al-Faraj Abdul rahman bin Abi Umar Muhammad al-Muqaddasi
vi. Immaduddin Abdul Karim bin Abdul samad al-Harastani (m.662H)
vii. Taqiuddin Abu Muhammad Ismail bin Abi Ishaq Ibrahim al-Tanukhi
viii. Jamaluddin Abdul Rahman bin Salim bin Yahya al-Anbari(m.661H)

Dalam bidang Usul:

i.Abu al-Fath Umar bin Ibn Umar al-Taflisi.(672H)

i.Ahmad bin Salim al-Masri (664H)
ii.Muhamamd bin Abdullah
ii.al-Fakhr al-Maliki al-Lam‘u li Ibn Jani.(al-Daqr:20005:39)


Al-Nawawi seorang tokoh feqah mazhab al-Syafi’i yang terkemuka. Beliau merupakan pemelihara mazhab, namanya disebut di seluruh pelusuk dunia dan kealimannya mencapai tingkatan yang tinggi.

Dia adalah Syeikh mazhab dan penjaga mazhab al-Syafi’i.

Keistemewaan al-Nawawi ialah kerana dalam dirinya terkumpul keluasan ilmu dalam bidang feqah dan hadith. Beliau telah meriwayatkan kitab-kitab hadith yang muktabar dengan sanad yang tinggi kepada para imam yang menulis kitab-kitab tersebut.

Ibn Attar menyebutkan Imam al-Nawawi adalah seorang yang hafiz dalam hadith Rasulullah s.a.w., mengerti dengan berbagai-bagai kategori daripada yang shahih, cacat, gharib dan istinbat feqahnya.

Al-Dhahabi menyebutkan Imam al-Nawawi dengan mujahadah dirinya yang tinggi, mencorakkan segala perhatian kepada ketakwaan dan keimanan, membersihkan diri dari segala kotoran maka dia menjadi seorang hafiz dalam hadith dengan segala ilmu, rijal dan ilatnya.

Dari segi aliran akidah, beliau adalah beraliran Asyaari.

Imam al-Nawawi juga seorang ahli nahu dan bahasa dan mengarang buku yang berkaitan dalam bidang tersebut. Buku yang dikarang olehnya iaitu Tahrir al-Tanbih dan Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah. Kedua-dua buku tersebut merupakan syarah terhadap lafaz-lafaz dalam kitab-kitab feqah yang besar dalam mazhab Syafi’i.(al-Daqr:2005:47)


Al-Nawawi di Dar Hadith al-Asyrafiah :

Al-Nawawi belajar dan mengajar di Dar Hadith al-Asyrafiah. Di antara syarat bagi orang yang menduduki kedudukan syeikh di situ iaitu apabila ada seseorang yang memiliki kumpulan riwayat dan seseorang yang memiliki kumpulan dirayat, maka akan didahulukan adalah yang didahulukan kumpulan riwayat.

Yang jelas bahawa seseorang yang memiliki kedua-dua kumpulan ilmu iaitu ilmu riwayat dan dirayat adalah lebih layak untuk menduduki kerusi syeikh di Dar al-Hadith.

Syeikh pertama Dar al-Hadith ialah Ibn Salah. Imam al-Nawawi menjadi syeikh pada tahun 665H sehingga dia meninggal pada 676h. Taj al-Subki menyebutkan bahawa al-Nawawi mengajar di Dar al-Hadith al-Asrafiyyah tetapi tidak mengambil satu sen pun daripadanya.(al-Daqr:2005:76)
Al-Nawawi berpendapat bahawa ibadat yang paling utama adalah mempelajari ilmu dengan keikhalasan yang akan memancarkan keberkatan.


Al-Nawawi terkenal sebagai seorang yang banyak beribadat. Seorang muridnya Ibn Attar menyebutkan bahawa al-Nawawi seorang yang banyak membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah. Beliau juga banyak bangun pada waktu malam untuk beribadat dan menulis.


Daripada kesolehannya bahawa dia tidak makan harta atau makanan daripada mana-mana datangnya dan tidak menerima sesuatu daripada seorang pun meskipun daripada hak-haknya sendiri.

Dia meninggalkan dari semua bidang duniawi, maka dia tidak mengambil dirham daripada seorang pun, dia tidak mengambil untuk kesenangan tetapi hanya digunakan untuk membeli kitab kemudian diwakafkan. Semasa beliau menjadi syeikh di Dar al-Hadith, beliau tidak mengambil sedikit pun daripada hasil ilmu, dia hanya cukup dengan kiriman daripada ayahnya yang cuma sedikit itu.(al-Daqr:2005:86)

Ramai ulama yang memberi sanjungan atas akhlak, karya-karya serta ilmunya. Al-Dhahabi menyebutkan al-Nawawi sebagai seorang yang mempunyai keluasan ilmu dalam bidang hadith, feqah, bahasa dan lain-lain.

Beliau juga terkenal dengan kezuhudan dan kesolehannya dalam mencari keredaan Allah dan amat bersederhana dalam berpakaian, makanan dan berbelanja, makanan dan berbelanja.

Penampilannya juga sederhana dan sesiapa yang tidak pernah berjumpa dan melihat tentu akan menyangka bahawa dia seorang seorang petani Nawa yang datang ke Damsyiq untuk berziarah kerana tidak ada tanda-tanda yang terlihat padanya sebagai seorang ulama zamannya yang menampilkan keagungan pada bentuk fizikal dan pakaian.(al-Daqr:2005:148)


Al-Nawawi tinggal di Damsyiq selama 28 tahun menurut muridnya Ibn Attar. Ini bermakna ketika dia datang ke Damsyik umurnya berusia 18 tahun. Beliau tidak pernah meninggal Damsyiq kecuali menunaikan haji, menziarahi imam al-Syafi’i dan pulang ke kampung di Nawa untuk menziarahi keluaraga. Selebihnya waktu itu dihabiskan di rumah kecil di Madrasah al-Rawahiyah untuk belajar dan mengajar serta menulis kitab-kitab sampai meninggal dunia.(al-Daqr:2005:156)

Nilai seorang ulamak adalah peninggalan karya-karyanya. Perkara yang luar biasa dan menghairankan adalah bahawa al-Nawawi hidup selama 46 tahun sedangkan beliau meninggalkan khazanah dan karya-karya yang banyak.

Menurut pengkaji, dia mula mengarang pada tahun 660H iaitu ketika berusia 29 tahun. Menurut al-Yafi’i bahawa tidak diragui lagi bahawa imam al-Nawawi telah mendapat keberkatan dalam hidupnya. Beliau memiliki pandangan yang indah daripada pandangan-pandangan kebenaran Tuhan. Keberkatan itu semakin terserlah setelah kematian dengan kitab-kitabnya yang diterima dan dimanfaat oleh umat Islam.

Al-Nawawi telah menulis buku-buku dalam pelbagai bidang ilmu seperti feqah, hadith, Syarah hadis, mustalah al-Hadith, bahasa dan tauhid. Keistimewaan buku-buku ialah penerangan yang jelas dan mudah difahami.

Buku-Buku karangan imam al-Nawawi :

i. Syarah Muslim. Buku ini ditulis pada tahun 674H iaitu dua tahun sebelum kematian. Buku merupakan buku yang terakhir ditulisnya dan mempunyai 11 jilid.

ii. Al-Rawdah al-Talilibin- Antara buku feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafi’i. Kitab ini merupakan ringkasan daripada buku syarah al-Kabir oleh al-Rafi‘i. Menurut Ibn Attar buku ini ditulis pada 25 Ramadan tahun 666H dan siap pada 669H. Buku ini mempunyai 8 jilid.
iii. Al-Minhaj- Buku ini merupakan buku feqah yang banyak digunakan oleh para ulamak dan penuntut ilmu. Kitab ini selesai ditulis pada 19 Ramadan tahun 669H.
iv. Riyadh al-Salihin - Buku ini merupakan himpunan hadith-hadith nabi yang berkaitan dengan adab, akhlak, pembersihan jiwa. Al-Nawawi hanya menyebutkan hadith-hadith yang sahih sahaja.
v. Al-Azkar- Buku ini merupakan himpunan zikir, doa-doa dan amalan bagi setiap orang muslim siang dan malam. Buku ini diselesaikan penulisannya pada 667H,
vi. Al-Tibyan fi adab Hamlah al-Quran- Buku ini berkaitan dengan adab-adab ketika berinteraksi denagan al-Quran.
vii. Al-Tahrir fi alfaz al-Tanbih- Buku merupakan karangan al-Nawawi dalam bidang bahasa yang merangkumi penerangan kepada lafaz-lafaz dan istilah feqah.
viii. Al-Idhah fi Manasik- Buku ini berkaitan dengan cara mengerjakan haji dan umrah- Buku ini telah disyarahkan oleh Ali bin Abdullah bin Ahmad (m. 911H) dan diberi komentar oleh Ibn Hajar al-Haitami (m.974H)
ix. Al-Irsyhad wa al-Taqrib- Buku ini dalam bidang mustalah hadith dan ringkasan dari buku Kitab al-Irsyhad Ibn salah. Buku ini disyarahkan pula oleh Imam al-sayuti dalam kitabnya Tadrib al-Rawi.(al-Daqr-160-176)
x. Al-Arba‘in al-Nawawiyah- sebuah buku kecil yang menghimpunkan 40 hadith yang diperlukan oleh setiap muslim. Buku ini merupakan yang paling banyak digunakan oleh umat Islam dalam memahami hadith-hadith nabi.
xi. Bustan al-‘Arifin-Karya yang mempunyai banyak manfaat kerana di dalamnya menghuraikan mengenai kezuhudan, keikhlasan dan sifat menghindar daripada perkara dunia.
xii. Manaqib al-Syafi’i- merupakan ringkasan daripada kitab al-Baihaqi yang mempunyai dua jilid dan al-Nawawi meringkaskannya menjadi satu jilid.
xiii. Al-Fatawa-dinamakan dengan al-Masa’il al-Manthurah. Himpunan fatwa yang dihimpunkan oleh muridnya Alauddin ibn al-Attar. Ia merupakan karya yang banyak manfaat.
xiv. Al-Adab al-Mufti wa al-Mustafta-Karya mengenai etika mufti dan syarat-syarat fatwa.
xv. Al-Majmu’ Syarah al-Muhadhab-Kitab ini merupakan kitab feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafi’i dan ia merupakan syarah kitab al-Muhadhab karangan Imam Abi Ishaq al-Syairazi. Imam al-Nawawi menyiapkannnya sehingga bab riba yang mengandungi sembilan jilid kemudian disambung oleh Taqi al-Subki dalam tiga jilid. Kitab ini disiapkan syarahnya oleh Syeikh al-Muti’i, Mufti Mesir.
xvi. Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah-Karya mengenai bahasa dan pengunaan istilah yang tepat. Buku ini tidak sempat disiapkan kerana dia telah meninggal dunia tetapi meninggalkannya sebahagian besar daripada penulisannya.

Ini merupakan sebahagian daripada penulisan Imam al-Nawawi. Beliau meninggal dunia pada 24 Rejab pada 676H di Nawa dan dikuburkan di sana.

Antara wasiatnya ialah beliau tidak membenarkan di bina atas kuburnya binaan dan kubah.

Apabila penduduk kampung ingin membina binaan atas kubur, beliau telah datang melalui mimpi kepada seorang wanita ahli keluarganya mealarang pembinaan atas kuburnya. (al-Daqr,2005:197)Penulis pernah menziarahi makam beliau di Nawa, Syria pada 22 November 2007.
Penjaga kuburnya telah menceritakan mengenai perkara tersebut dan setelah itu tumbuh pokok besar atas kuburnya. Menurutnya, semasa pokok itu subur terdapat pada helaian daun yang keluar itu ada kalimah Allah dan pada dahan-dahannya. Semasa penulis menziarahi, pokok itu tidak lagi mengeluarkan daun tetapi dahan pokok masih ada yang tertulis nama Allah.Subnallah itulah tanda karamah dan kemuliaan kepada orang yang menyebarkan ilmu dengan penuh ikhlas dan zuhud.

Sumber :mindamadani.my

Abu Talib: Mati Dalam Keadaan Beriman Atau Sebaliknya?









Abu Talib adalah salah seorang daripada bapa saudara junjungan kita Nabi s.a.w dan kisah tentangnya bersama Nabi s.a.w. sering dimomokkan semenjak bangku sekolah lagi. Namun apakah semua kisah yang dihebahkan itu benar menurut sumber sahih seperti al-Quran dan hadits atau adakah percanggahan yang menunjukkan ia adalah sebaliknya.


Artikel ringkas ini sedikit sebanyak mengajak kita sejenak berfikir dan merenung kembali kisah-kisah yang pernah kita dengari dengan pertimbangan neraca al-Quran dan hadits Nabi s.a.w.


Antara perkara yang telah diperbahaskan para alim ulamak adalah berkenaan kematian Abu Talib samada dalam Islam atau dalam kafir. Di sini ada beberapa hadits berkenaan saat kematian Abu Talib yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya:


[١٣٢] ٣٩)٢٤ –(و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الْوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلٍ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمِّ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ كَلِمَةً أَشْهَدُ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ وَيُعِيدُ لَهُ تِلْكَ الْمَقَالَةَ حَتَّى قَالَ أَبُو طَالِبٍ آخِرَ مَا كَلَّمَهُمْ هُوَ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبَى أَنْ يَقُولَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا وَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ } وَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِي أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }


Dan Harmalah bin Yahya al-Tamimi telah meriwayatkan kepada saya, katanya: ‘Abdullah bin Wahb telah menceritakan kepada kami, katanya: Yunus telah menceritakan kepada saya daripada Ibnu Syihab, beliau berkata: Sa`id bin al-Musayyab telah menceritakan kepada saya daripada ayahnya, beliau berkata: “Bila Abu Talib hampir mati[1] maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepadanya. Didapati ada bersamanya Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai pakcik! Katakan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah.” Abu Jahal bin dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah berkata: “Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama ‘Abd al-Muttolib?” Begitulah Rasulullah s.a.w. terus mengemukakan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ kepadanya dan dia pula mengulangi ucapan tadi sehingga Abu Talib berkata di akhir ucapannya ialah dia berada di atas agama `Abd al-Muttolib lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya.” Selepas itu Allah s.w.t menurunkan ayat:


{ مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ }


(Maksudnya: Tidaklah dibenarkan[2] bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka[3] )


Dan Allah s.w.t menurunkan berkenaan Abu Talib, Allah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w


{ إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }


(Maksudnya: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)[4])


Ayat ini menjadi dalil bahawa Abu Talib termasuk dalam kalangan mereka yang baik dan dikasihi oleh Nabi s.a.w. namun ia bukan sepertimana dakwaan Syiah yang mengatakan beliau mati di dalam Islam kerana keadilan Tuhan tidak akan membiarkan seorang yang amat baik sepertinya mati dalam kekufuran. Begitu juga dengan dakwaan yang mengatakan Nabi s.a.w. pernah berlindung di Syi`bi (lembah) Abi Talib sedangkan dalam riwayat yang lebih sahih menyebutkan ia bukanlah Syi`bi Abi Talib bahkan Syi`bi Bani Hasyim kerana maklum bahawa Abu Talib bukanlah seorang yang kaya.

Dengan sebab itu apabila Nabi s.a.w. sudah boleh berdikari baginda berbincang dengan `Abbas tentang kesusahan Abu Talib yang mempunyai ramai tanggungan di samping kecacatannya sebagai seorang yang tempang. Maka dengan sebab itu dia tidak boleh pergi jauh untuk berniaga. Antara riwayat lain yang dikaitkan dengannya bahawa beliau pernah membawa Nabi ke Syam dan kemudiannya bertemu dengan Buhaira di tengah perjalanan. Riwayat ini juga termasuk dalam riwayat –riwayat yang tidak sahih.

T

imbul khilaf berhubung kematian Abu Talib, adakah beliau mati dalam keadaan beriman atau sebaliknya?

i. Ada pendapat yang mengatakan Abu Talib mati dalam keadaan beriman kerana ada riwayat menunjukkan ketika beliau sudah hampir dengan mati maka Abbas (yang ketika itu masih belum memeluk Islam) melihat Abu Talib menggerak-gerakkan bibirnya lalu beliau meletakkan telinganya hampir dengan mulut Abu Talib dan beliau mendengar Abu Talib mengucap. Abbas pun memberitahu Nabi s.a.w: “Aku dengar dia ucapkan apa yang engkau suruh dia ucapkan.”

ii. Beliau mati dalam keadaan kafir berdasarkan riwayat ini dan riwayat yang menyebutkan menyebutkan bahawa Abu Talib berkata kepada Nabi s.a.w: “Kalaulah tidak kerana aku takut orang-orang Quraisy akan mencela aku, nanti mereka akan kata: Hanya mendorongnya mengucap itu kerana kegelisahannya hendak mati nescaya aku sejukkan mata engkau”.


Yang betul adalah Abu Talib mati dalam keadaan kafir. Dalilnya berdasarkan riwayat Bukhari yang juga terdapat dalam kitab-kitab lain ada disebutkan bahawa ada ‘Abbas, Abu Sa`id dan orang-orang lain bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang ‘apakah faedah yang Abu Talib dapat atas kebaikannya terhadap engkau?” Nabi s.a.w. menjawab: “Nerakanya setakat buku lalinya. Kalau tidak kerana aku maka ia pasti lebih berat. Setakat buku lali itu pun sudah menggelegak otaknya.” Ini menunjukkan beliau mati dalam keadaan kafir. Riwayat yang menunjukkan Abu Talib mati dalam keadaan kafir riwayat Bukhari dan Muslim manakala riwayat yang menunjukkan dia mati dalam Islam adalah riwayat Ibnu Ishaq selain itu riwayat tersebut adalah riwayat yang munqati`


[١٣٢] ٤٠ (..)- و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَا أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ح و حَدَّثَنَا حَسَنٌ الْحُلْوَانِيُّ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَا حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ صَالِحٍ كِلَاهُمَا عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّ حَدِيثَ صَالِحٍ انْتَهَى عِنْدَ قَوْلِهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ وَلَمْ يَذْكُرْ الْآيَتَيْنِ وَقَالَ فِي حَدِيثِهِ وَيَعُودَانِ فِي تِلْكَ الْمَقَالَةِ وَفِي حَدِيثِ مَعْمَرٍ مَكَانَ هَذِهِ الْكَلِمَةِ فَلَمْ يَزَالَا بِهِ


Ishaq bin Ibrahim dan `Abd bin Humaid telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: `Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, katanya: Ma`mar telah menceritakan kepada kami ح dan Hasan al-Hulwani dan `Abd bin Humaid telah meriwayatkan kepada kami, beliau berdua berkata: Ya`qub iaitu Ibnu Ibrahim bin Sa`ad telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Ayahku telah meriwayatkan kepada saya daripada Soleh, kedua-duanya meriwayatkan al-Zuhri dengan isnad dan matan seperti hadits ini cuma hadits Soleh berhenti setakat sabdanya فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ (maka Allah Azza Wa Jalla menurunkan) ... tetapi dia tidak menyebutkan dua ayat (al-Quran) tadi dan dia ada menyebutkan dalam haditsnya وَيَعُودَانِ فِي تِلْكَ الْمَقَالَةِ (mereka berdua mengulangi kata-kata itu) dan dalam hadits Ma`mar di tempat kalimah tadi فَلَمْ يَزَالَا بِهِ ‘mereka berdua terus berkata begitu’


[١٣٤] ٤١ (٢٥)- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا مَرْوَانُ عَنْ يَزِيدَ وَهُوَ ابْنُ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ عِنْدَ الْمَوْتِ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَبَى فَأَنْزَلَ اللَّهُ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ } الْآيَةَ


Muhammad bin `Abbad dan Ibnu Abi Umar telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Marwan telah meriwayatkan kepada kami daripada Yazid iaitu Ibnu Kaisan daripada Abi Hazim daripada Abi Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. berkata kepada bapa saudaranya ketika beliau hampir mati: “Ucapkanlah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ aku akan bersaksi untuk engkau dengan kalimah itu di hari kiamat nanti lalu Allah menurunkan { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ }


[١٣٥] ٤٢ (..)- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ الْأَشْجَعِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ لَوْلَا أَنْ تُعَيِّرَنِي قُرَيْشٌ يَقُولُونَ إِنَّمَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ الْجَزَعُ لَأَقْرَرْتُ بِهَا عَيْنَكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ }


Muhammad bin Hatim bin Maimun telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa`id telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Kaisan telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hazim al-Asyja`iy daripada Abi Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. berkata kepada bapa saudaranya: “Ucapkanlah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ aku akan bersaksi untuk engkau dengan kalimah itu di hari kiamat nanti.” Abu Talib berkata: “Kalaulah tidak kerana aku takut orang-orang Quraisy akan mencela aku, nanti mereka akan kata: Hanya mendorongnya mengucap itu kerana kegelisahannya hendak mati nescaya aku sejukkan mata engkau[5], lalu Allah menurunkan { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ }


Qarabah


النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ إِلَّا أَنْ تَفْعَلُوا إِلَى أَوْلِيَائِكُمْ مَعْرُوفًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا


Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang Yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. dan orang-orang Yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya Yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah - daripada orang-orang Yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. hukum Yang demikian itu adalah tertulis Dalam Kitab Allah. – [Al-Ahzab:6]


Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa Nabi itu dekat dengan orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu orang mukmin. Nisbah yang ditunjukkan adalah begitu rapat bukannya keturunannya sahaja bahkan orang-orang mukmin saemuanya.


Segolongan orang yang mendakwa mereka adalah keturunan dan keluarga Nabi s.a.w. bahkan segelintir dari mereka menganggap mulia lebih dari orang lain padahal tidaklah yang menjadikan seorang itu mulia dan dekat dengan Nabi s.a.w. melainkan iman dan taqwa seseorang itu.


وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ


Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, [Surah Qaf : 16]


وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لَا تُبْصِرُونَ


Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, [Surah al-Waqi`ah : 85]

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [Al-Baqarah:186]


Ini jelas menunjukkan Allah itu dekat dengan kita dan apa yang perlu kita adalah menadah tangan dan berdoa kepada-Nya. Kita tidak perlu menyampaikan kepadanya melalu orang lain kerana Allah sendiri yang menyuruh kita berdoa kepada-Nya. Sesungguhnya Dia amat dekat dengan kita.

Allah itu dekat maka tidak usah dicari tidak usah melalui perantaraan atau prosedure tertentu, birokrasi itu dan ini. Semuanya tiada bahkan kita dekat dengannya sedekat-dengannya. Sesiapa sahaja tidak terkecuali siapa pun. Apa yang perlu hanyalah menuruti segala perintahnya dan beraqwa yang mana akhirnya kembali kepada kita faedahnya.



[1] Dalam setengah riwayat menyebutkan peristiwa ini berlaku dua atau tiga hari sebelum Abu Talib nazak tetapi sudah kelihatan tanda-tanda beliau sudah hampir mati.

[2] Ya`ni tidak boleh beristighfar bagi pihak orang kafir kerana ia adalah hak orang Islam sahaja walaupun sanak saudara yang dekat setelah jelas kafirnya.

[3] At-Taubah : 113

[4] Al-Qashash :56

[5] Ya`ni aku puaskan hatimu


Sumber :sukahadis.blogspot.com

Sunday, July 3, 2011

Jika Titah Khas YDP Agong diENGKARi oleh BERSIH 2.0, maka...



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Istana Negara telah mengeLUARkan Titah Khas YDP Agong khusus mengenai perHIMPUNan haram BERSIH 2.0.. Agensi berita BERNAMA telah menyiarkan TEKS penuh Titah Khas tersebut seperti berikut ->KLIK<-

Sebagai rakyat JELATA, kita wajar mematuhi apa yang diTITAHkan oleh Baginda Tuanku di dalam Titah Khas tersebut.. Kita jugak menuntut pihak yang berKENAan agar mematuhi Titah Baginda sebagai pemerintah berDAULAT dan pemerintah terTINGGI negara ini.. Nyata sekali tindakkan meLAMPAU lagi kurang ajar pihak-pihak tertentu disebalik BERSIH 2.0 telah sampai kepada pengetahuan Baginda Tuanku.. Soalnya, apakah BERSIH 2.0 akan mematuhi Titah Khas DYMM SPM YDP Agong ini?

Di dalam Titah Khas tersebut, Baginda Tuanku antara lain menyatakan:-

"
Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin."

Jadik, apa nak kata lagi? Baginda Tuanku memBERIkan mandat kepada DS Najib selaku Ketua Kerajaan untuk menangani masalah yang diCETUSkan menerusi perHIMPUNan BERSIH 2.0 dengan sebaik mungkin.. SeLAYAKnya DS Najib sebagai Ketua Kerajaan yang SAH dan diPILIH secara demokrasi melalui pilihanraya oleh RAKYAT diberikan mandat sedemikian rupa..

Selanjutnya Baginda Tuanku berTITAH:-

"Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara..
"

Siapakah yang mahu menJATUHkan kerajaan dengan melakukan DEMONSTRASI di jalan-jalan raya menerusi BERSIH 2.0? Memang TEPAT sekali TITAH Baginda Tuanku yang meminta agar pihak yang berPOLITIK di sebalik BERSIH 2.0 supaya sedar bahawa mereka sudah 'Over LIMIT' dan dilihat akan menCETUSkan keKACAUan kepada negara..

Selanjutnya Baginda Tuanku berTITAH:-

"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."

Jelas sekali Baginda Tuanku menolak SENARIO berMUSUHan seperti yang kita sebagai RAKYAT dok SAKSIkan selama ini.. Baginda Tuanku jugak menolak POLITIK pecah-belah yang diAMALkan oleh banyak PIHAK.. Rasanya hasrat Baginda Tuanku ini sebenarnya telah pun diZAHIRkan apabila Baginda Tuanku menolak pilihanraya MASJID di Pulau Pinang.. Kalau pihak yang dok PERASAN jadik 'Khalifah' di sana tuh tak faham-faham jugak, mungkin RIBUan rakyat berHIMPUN di Komtar boleh kasi dia FAHAM kot?

Selanjutnya Baginda Tuanku berTITAH:-

"Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora."

Inilah yang sePATUTnya ada dalam pemikiran setiap ahli POLITIK di negara kita.. Bukannya berPOLITIK mengejar kepentingan PERIBADI seperti meMINTA bini sendiri menabalkan diri sendiri sebagai 'Manusia ANUGERAH Tuhan'! Hakikatnya, hanya satu PIHAK sahaja yang diLIHAT berUSAHA untuk meMAJUkan negara iaitu pihak Kerajaan Pusat di bawah DS Najib sedangkan Kerajaan Negeri seperti di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang lebih berUSAHA memecah-belahkan RAKYAT agar dapat mengekalkan KUASA..

Kita menunggu RESPON terhadap Titah Khas ini daripada pihak yang beria-ia nak adakan perHIMPUNan haram BERSIH 2.0.. Pada kita, samada mereka mematuhi Titah Khas Baginda Tuanku ini atau TIDAK, yang nyatanya BERSIH 2.0 telah diISHTIHARkan sebagai pertubuhan HARAM setaraf dengan Komunis dan HINDRAF.. Jika pihak BERSIH 2.0 ini RESPON terhadap Titah Khas Baginda Tuanku ini dengan cara yang NEGATIF, mereka kena berSEDIA menerima 'TSUNAMI' amukkan RAKYAT khususnya daripada orang Melayu/ISLAM.. Lebih baik mereka dalam BERSIH 2.0 berSEDIA dari segi FIZIKAL, mental dan peralatan jika berHASRAT ENGGAN mematuhi Titah Khas Baginda Tuanku dan tetap berHIMPUN pada 9 Julai ini..

Institusi KeSULTANan Melayu yang menjadi naungan kepada setiap RAKYAT di negara ini WAJIB diperTAHANkan.. Sultan-Sultan pada hari ini bukanlah Sultan-Sultan di zaman KOLONIALISME yang saling berebut TAKHTA dan bersengketa sesama kerabat.. Sultan-Sultan yang ada pada hari ini semuanya berPENDIDIKan tinggi dan tahu tanggung-jawab sebagai pemerintah terTINGGI..

Apabila BERSIH 2.0 mengundang campur tangan kuasa ASING melalui pengHANTARan wakil-wakil mereka ke negara ini dan jugak sumbangan DANA, ianya WAJAR diLIHAT sebagai usaha untuk mengubah geo-POLITIK negara ini termasuklah mengHAPUSkan jugak Institusi KeSULTANan Melayu dan jugak Perlembagaan Negara.. Kita PERCAYA Institusi KeSULTANan Melayu jugak menyedari keWUJUDan 'Tangan-Tangan GHAIB' yang cuba menimbulkan keROSAKkan terhadap negara menerusi tokoh-tokoh POLITIK tertentu dan jugak pengLIBATan NGO-NGO.. Seharusnya RAKYAT bersama dengan Sultan-Sultan memperTAHANkan keDAULATan negara ini demi kesejahteraannya sampai bila-bila..

Wallahualam..

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai #Bersih2




Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.


Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.


Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.


Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara- . — BERNAMA


Friday, July 1, 2011

Hukum Ulama Membisu Dari Kemungkaran

Hukum Ulama Membisu Dari Kemungkaran

Persoalan : ".....saya tidak puas hati dengan sebahagian yang bergelar ulama dalam masyarakat kita. Ramai yang mendapat jawatan dan gaji yang besar, tapi membiarkan berbagai kemungkaran berlaku. Mereka tidak berani dengan pihak yang melantik dan bayar gaji mereka. Bagi saya, mereka tidak buat tugas. Mereka memilih-milih isu untuk bercakap. Maaf kalau saya kata jaga periuk nasi. Apakah kerana mereka ulama, mereka tetap tinggi di sisi Allah? Sedangkan Nabi bersabda: “Orang yang diam dari bercakap benar adalah syaitan bisu”. Harap Dr Asri dapat ulas."

Jawapan Dr MAZA:

Terima kasih atas soalan dan keprihatinan saudara terhadap barah yang menimpa umat Islam dalam masyarakat. Hakikatnya, bukan sahaja golongan ulama, tetapi setiap individu muslim wajib menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran[berdasarkan kepada kemampuyan masing-masing ). Namun, bagi golongan ulama mereka mempunyai amanah yang lebih berat. Ini kerana ilmu yang ada pada mereka sepatutnya menjadikan mereka lebih ke hadapan dalam membela agama Allah.

Soalan saudara saya ulas seperti berikut:

1. Ungkapan “Orang yang diam dari bercakap benar adalah syaitan bisu” yang saudara sebut, bukanlah hadis yang sah. Walaupun ia terkenal, namun tiada riwayat yang sahih, ataupun daif dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkannya. Maka, berhati-hati dalam menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah S.A.W.

2. Allah Maha Adil. Islam tidak pernah menyatakan manusia dinilai berdasarkan gelaran mereka. Sebaliknya, berdasarkan tanggungjawab yang ditunaikan. Demikianlah juga para ulama. Bahkan Al-Quran tidak pernah menyamakan sesiapa pun dengan anjing melainkan ulama yang gilakan dunia sehingga membelakangkan ilmu agamanya. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Maka ulama tiada nilainya jika menyembunyikan kebenaran. Bahkan Allah samakan mereka dengan anjing!


3. Seseorang yang memenuhi poket dengan gaji yang besar tetapi menyembunyikan atau mendiamkan diri dari menegakkan kebenaran sedangkan dia mampu, itu adalah dosa yang amat besar.

Allah menyifatkan habuan dunia yang diperolehi itu sekadar memenuhi perut dengan neraka. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).


4. Beberapa buku sejarah menyebut satu kisah yang menarik untuk direnungi. Pada zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin ‘Abd al-Malik (meninggal 105H), gabenor Iraq ketika itu ialah ‘Umar bin Hubairah.

Gabenor tersebut telah memanggil dua orang tokoh ilmuwan besar umat ketika itu; ‘Amir al-Sya’bi dan al-Hasan al-Basri. Beliau bertanya mereka berdua mengenali arahan-arahan Khalifah Yazid bin ‘Abdul Malik yang datang kepadanya. Ada antaranya yang menyanggahi kebenaran.

Kata ‘Umar bin Hubairah: “Jika aku taatkan Khalifah, aku menderhakai Allah, jika aku mentaati Allah aku akan menderhakai Khalifah”. Apa pendapat kamu?”.

Jawab al-Sya’bi: “Engkau hanya menjalankan tugas, dosa ditanggung oleh Khalifah”.

Tanya ‘Umar bin Hubairah kepada al-Hasan al-Basri: “Apa pendapatmu pula?”.

Jawab al-Hasan: “Wahai Gabenor! Engkau telah pun mendengar pendapat al-Sya’bi tadi”.

Kata gabenor: “Aku mahu pendapatmu”.

Kata al-Hasan al-Basri:

“Wahai ‘Umar bin Hubairah, akan datang kepadamu malaikat Allah yang bengis lagi tidak menderhakai perintah Allah, dia akan mengeluarkan engkau dari istanamu yang luas ke kuburmu yang sempit. Jika engkau bertakwa kepada Allah, Dia boleh melindungimu daripada tindakan (Khalifah) Yazid bin ‘Abdul Malik, adapun Yazid bin ‘Abdul Malik tidak dapat melindungimu dari pada tindakan Allah. Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta (Allah). Wahai ‘Umar bin Hubairah! Engkau jika bersama Allah dalam ketaatan kepadaNya, Dia memeliharamu daripada bahaya Yazid bin ‘Abdul Malik. Namun jika engkau bersama Yazid dalam menderhakai Allah maka Dia serahkan engkau kepada Yazid “. Lalu menangislah ‘Umar bin Hubairah. Ditanya al-Hasan mengapakah beliau melakukan demikian? Jawabnya: “Kerana perjanjian yang Allah meterai untuk para ulama berkaitan ilmu mereka –seperti firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran 187-: (maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari mereka yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. (lihat: al-Mizzi, Tahzib al-Kamal, 6/113, Al-Zahabi, Tarikh al-Islam, 2/333, Ibn Manzur, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 6/97).

5. Masyarakat Islam hendaklah diberikan kesedaran bahawa tujuan pengajian agama bukan untuk mendapat habuan dunia tetapi untuk menegakkan ajaran Allah dan rasulNya. Jika pelajar agama atau ibubapa yang menghantar anak mempelajari agamadengan meletakkan dunia sebagai matlamat, maka ramailah ulama berkepentingan akan terus muncul dan rosaklah masyarakat.

Justeru, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang sepatutnya dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

6. Seorang tabi’in yang terkenal dengan soleh dan warak Salamah bin Dinar pernah berkata di hadapan Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik:

“Telah berlaku di mana para umarak (pemerintah) mencari ulama, lalu mengambil manfaat daripada mereka. Maka yang sedemikian kebaikan untuk kedua-dua pihak. Namun hari ini, ulama pula yang mencari umarak, lalu cenderung dan inginkan apa yang dimiliki oleh mereka. Lalu umarak menganggap: tentu apa yang ulama cari yang ada di tangan kita ini lebih baik daripada apa yang ada di tangan mereka”. (Ibn, ‘Asakir, Tarikh Dimasyq, 22/29).

Demikianlah, kita dapati sesetengah golongan agama boleh dijadikan dagangan politik. Puncanya, kerana menghina diri di hadapan orang berkuasa.

7. Dosa ulama yang menyembunyikan kebenaran, atau menyelewengkannya tidak dapat ditebus melainkan dengan menerangkan semula hakikat yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya):

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab (yang diturunkan), mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Marilah kita pohon perlindungan dengan Allah dari membelakangi agamaNya.

** Disiarkan dalam Sinar Harian pada 28 Mei 2010

BUKTI BERSIH DIDALANGI CIA~NED !!

Bukti BERSIH Didalangi CIA~NED !

AIDCNews -26/06/11 – Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi Amerika Syarikat itu menaja dan menyokong BERSIH di Malaysia.

“Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED”, lapor laman NDI, www.ndi.org.

NDI diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pernah menjadi penyokong utama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat UMNO pada 2 September 1998. Klik di sini dan sini

NDI adalah salah satu daripada empat cabang operasi NED.

Selain NDI, tiga cabang NED lagi adalah IRI (International Republican Institute), ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (Center for International Private Enterprise).

Allen Weinstein, pengubal dasar undang-undang NED mengesahkan operasi NED adalah seumpama operasi CIA yang pernah dilakukan sebelum ini.

Anwar Ibrahim dari Malaysia, merupakan salah seorang pemikir NED, badan yang bertopeng demokrasi didalangi Yahudi itu. Klik di sini, dan sini

Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar sebelum ini pernah menunjukkan bukti surat Ketua Umum PKR itu memohon dana daripada NED untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12.

Salah satu bengkel NDI kepada AJK BERSIH dan parti pembangkang di Kuala Lumpur

Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim dengan alamat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170 dihantar kepada NED beberapa bulan sebelum PRU-12. Klik di sini dan sini

Hal ini diperkukuhkan lagi bantuan demi bantuan dari salah satu cabang NED, NDI yang membantu memperkasakan parti-parti pembangkang dan NGO-NGO Malaysia pro Anwar Ibrahim.

“Pada bulan Februari 2005, NDI melancarkan program di Malaysia untuk menggalakkan perbincangan terbuka mengenai perkara-perkara perundangan dan kerajaan serta untuk menggalakkan parti-parti politik supaya lebih telus, demokratik dan komunikasi dalam hubungan mereka dengan orang ramai.

“Program ini memupuk dialog antara parti- parti politik dan masyarakat awam (civil society) berkenaan isu-isu reformasi ke arah memperbaiki parti konstituen, mesej pembangunan dan kemahiran berkomunikasi”, lapor cabang NED itu.

Nurul Izzah bersama Liew Chin Tong (bertanda bulat), Pengarah Eksekutif REFSA, satu NGO badan pemikir DAP

NDI mengakui pihaknya telah mengadakan bengkel-bengkel dengan kerjasama sebuah NGO Malaysia yang dinamakan REFSA, salah satu NGO yang menjadi anggota BERSIH untuk melatih kepimpinan dan pengurusan organisasi BERSIH itu.

Latihan NDI dijalankan secara berkala di Malaysia, mulai dari tahun 2005, 2006 dan 2007 untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Malaysia pada tahun 2008.

REFSA adalah nama singkatan kepada Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah NGO Malaysia yang beralamat di 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang dianggap badan pemikir DAP, diketuai oleh YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP, Bukit Bendera, Pulau Pinang. Klik di sini dan sini

Selain REFSA, badan-badan NGO yang menganggotai BERSIH adalah Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Aid Organisation (WAO), Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI), Majlis Peguam dan lain-lain.

Mohamad Sabu dan Syed Azman wakil dari PAS mengadakan perbincangan dengan Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0 dan Maria Chin Abdullah (EMPOWER)

Kebanyakan badan-badan NGO di atas disponsor oleh dana Yahudi, NED dan Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang Yahudi, George Soros. Klik di sini, sini dan sini

“Pada bulan Julai 2005, NDI menganjurkan bengkel peringkat kebangsaan kepada pemimpin parti untuk reformasi pilihan raya. NDI telah menjalankan bengkel-bengkel di seluruh Malaysia untuk menggalakkan reformasi pilihan raya dengan kerjasama REFSA (Research for Social Advancement), salah satu NGO yang menjadi urusetia BERSIH.

“Pada tahun 2006, NDI menjalankan bengkel untuk BERSIH yang memberi tumpuan kepada memperbaiki pelan tindakan setiap peserta atau parti politik organisasi tersebut .

“Pada tahun 2007, NDI dan BERSIH mengadakan beberapa siri bengkel di wilayah politik yang diabaikan di Sabah dan Sarawak untuk mendidik semula aspirasi berpolitik”, lapor laman NDI. Klik di sini

Sumber : Bukti BERSIH didalangi Cia~Ned !: ( http://www.anwaraidc.com/?p=13225 )