Saturday, October 6, 2012

Benarkah Syiah Mengikuti Ahlulbait?

   

Benarkah Syiah Mengikuti Ahlulbait?

Syiah selalu menukil hadits tsaqalain, demi menegaskan wajibnya mengikuti ahlulbait. Tapi apakah syiah konsekuen dengan ucapannya sendiri? Ini yang perlu kita teliti. Mengikuti Al Qur’an adalah dengan mengikuti perintah yang ada di dalamnya, dan menjauhi larangannya. Itulah mengikuti. Begitu juga dengan mengikuti ahlulbait, dengan mengikuti perintah mereka, dan menjauhi apa yang mereka larang.

Al Qur’an ada di depan kita, dapat kita baca setiap hari. Dengan mudah kita mengakses perintah dan larangan. Tetapi ahlulbait,  mereka telah pergi meninggalkan kita. 11 imam telah pergi menghadap Allah, sementara yang ke 12 malah pergi bersembunyi, meninggalkan tugasnya untuk menjaga syareat, meninggalkan fungsinya sebagai penerus Nabi Muhammad SAWW.  Bagaimana caranya mengakses perintah ahlulbait?

Kitab syiah memiliki kitab-kitab yang memuat riwayat dari para imam mereka. Dengan kitab-kitab itulah mereka bisa mengikuti ahlulbait.

Tentunya tidak semua riwayat bisa diterima begitu saja, tapi harus ada proses penelitian mengenai validitas perawi, apakah cacat atau valid. Dari situ bisa diketahui mana riwayat yang shahih maupun yang dhaif.

Jika sebuah riwayat dari seorang imam terbukti shahih, maka harus diikuti, karena riwayat itu memuat sabda imam yang maksum –menurut syiah-, imam yang terbebas dari salah dan lupa. Sabdanya memiliki kekuatan hukum yaitu wajib diikuti. Inilah inti hadits tsaqalain, yaitu perintah untuk mengikuti ahlulbait.

Tetapi apa yang terjadi?
Ketika sebuah riwayat shahih dari imam maksum menyelisihi pendapat ulama syiah, mereka mengambil pendapat ulama syiah dan meninggalkan riwayat dari imam maksum. Seolah-oleh yang maksum di sini adalah para ulama syiah, bukan 12 imam ahlulbait. Ahlulbait tidak lagi maksum ketika ada sabdanya yang menyelisihi ulama syiah.
Al Isytahardi menyatakan dalam Taqrirat Fi Ushulil Fiqh- Taqrir Bahts Al Burjuwardi, hal 296 :
Dari sini terkenal sebuah kaedah, bahwa ketika sebuah riwayat semakin shahih, maka derajatnya semakin dhaif dan meragukan ketika riwayat itu ditinggalkan oleh ulama kami, dan sebaliknya, ketika riwayat semakin dhaif tapi diamalkan oleh ulama kami, maka akan semakin kuat, seperti dalam masalah yang ditunjukkan…

Kesimpulannya, ucapan para imam ditentukan oleh sikap ulama syiah terhadap riwayat itu. Ketika sabda para imam menyelisihi keinginan ulama syiah, maka yang harus diikuti adalah keinginan ulama syiah, bukan lagi sabda imam ahlulbait. Apakah berarti ahlulbait sudah keluar dari tsaqalain yang harus diikuti, dan digantikan oleh ulama syiah?

Mirza Al Qummi dalam Ghana’imul Ayyam jilid 1 hal 414 menyatakan :

Riwayat-riwayat ini, ketika semakin banyak jumlah, sanad dan dilalahnya, ketika ditinggalkan oleh kebanyakan ulama kami, maka akan semakin bertambah dhaif (lemah), apalagi ketika para ulama malah mengamalkan hadits yang jumlahnya lebih sedikit, sanadnya dan dilalahnya lebih sedikit.
Sementara Sayyid Al Kalbaikani dalam Durr al Mandhud jilid 1 hal 330-331 mengatakan:
Tetapi pendapat yang dikenal dan digunakan oleh kebanyakan ulama, dan kami pun memegang pendapat itu, yaitu sebuah riwayat tidak lagi digunakan karena hal tadi, dan telah masyhur bahwa ketika hadits semakin shahih sanadnya, maka akan bertambah lemah karena tidak digunakan oleh kebanyakan ulama, semakin sebuah hadits lemah sanadnya, maka akan semakin kuat karena diamalkan oleh kebanyakan ulama

Dalam Kitab At Thaharah jilid 3 hal 597, Sayyid Al Khomeini menyatakan:
Mencegah kita untuk memaksakan pendapat karena terpesona oleh riwayat yang shahih lagi banyak, dalam konteks ini dikatakan: semakin riwayat itu banyak dan shahih, maka semakin lemah

Dalam Muntahal Ushul  jilid 2 hal 154, Hasan bin Ali Asghar Al Musawi Al Bajnawardi menyatakan:



Dan begitu juga, ketika ulama mengabaikan dan tidak mengamalkan riwayat, maka ini membuat dalil itu tidak lagi dijadikan hujjah, meski riwayat itu shahih, sampai ulama syiah mengatakan : semakin riwayat itu shahih, maka semakin lemah, inilah maksud ucapan para ulama: ketika ulama meninggalkan sebuah riwayat, itu membuat sanad riwayat itu tidak dipercaya, dan mematahkan riwayat itu, meski riwayat itu sanadnya kuat.

Begitu pula dalam Al Yanabi’ Al Fiqhiyyah jilid 35 hal 441, Ali Asghar Marwarid mengatakan :
Al Murtadha mengatakan : riwayat ini shahih, tetapi ketenaran itu sendiri adalah riwayat dan fatwa, bahkan ijma’ pun menentang riwayat itu.

Lalu apa lagi gunanya adanya penelitian hadits, jika hadits yang shahih bisa digugurkan oleh ulama?
Sebenarnya siapa yang menjadi panutan syiah? Imam maksum atau ulama syiah yang tidak maksum?

Apa gunanya imam maksum jika ucapannya dapat digugurkan oleh ulama-ulama syiah yang tidak maksum?

Syiah selalu berdalil dengan hadits tsaqalain, namun di saat yang sama syiah membuangnya jauh-jauh.






http://hakekat.com/content/view/80/1/



Shiah Menjuarai Pendustaan Dan Pemalsuan Hadith



 

 

 

SHIAH MENJUARAI PENDUSTAAN DAN PEMALSUAN HADITH

Muhammad Hanief Awang Yahaya


Pada peringkat awal sejarah Islam, hadith-hadith begitu terpelihara daripada sebarang pemalsuan. Para ulama sangat bersungguh dalam menjaga hadith sehingga mereka meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya hadith yang diterima dan disampaikan dalam bentuk yang diyakini benar daripada Rasulullah saw.

Apabila berlaku fitnah dalam sejarah Islam sejak peristiwa pembunuhan ‘Uthman, muncul golongan Shi’ah yang cuba menonjolkan peribadi ‘Ali sebagai pengganti sebenar bagi Rasulullah saw. Kemudian lahirlah pula satu puak yang menentang ‘Ali iaitu Khawarij. Masing-masing mencipta hadith palsu demi kepentingan mereka. Ketaksuban mereka terhadap tokoh-tokoh tertentu mendorong mereka mencipta hadith palsu dan orang yang mula-mula merintis jalan ini ialah golongan Shi’ah. Kenyataan ini diakui sendiri oleh tokoh Shi’ah, Ibn Abi al-Hadid di dalam Sharh Nahj al-Balaghah. Katanya: “Ketahuilah punca pendustaan di dalam hadith kelebihan-kelebihan (fadhail) ialah golongan Shi’ah.” [1]

Pada masa itu, Iraq merupakan pusat penyebaran utama ajaran Shi’ah. Oleh itu kita dapati perawi-perawi Shi’ah kebanyakan mereka menisbahkan diri mereka dengan al-Kufi atau al-Basri. Persekitaran Iraq yang membahayakan menyebabkan ulama hadith begitu berhati-hati dengan riwayat yang disampaikan oleh penduduk Iraq. Imam al-Zuhri berkata: Hadith keluar dari sisi kami dengan sejengkal kemudian kembali kepada kami dari Iraq dengan sehasta.[2] Imam Malik menyebutkan Iraq sebagai negeri darb iaitu hadith-hadith ditempa di situ kemudian dikeluarkan kepada orang ramai seperti mana dirham ditempa dan dikeluarkan untuk urusan jual beli.[3] Hisham bin Urwah berkata: Apabila penduduk Iraq menceritakan kepada kamu seratus hadith hendaklah kamu campakkan sembilan puluh sembilan dan kamu raguilah yang tinggal satu lagi itu.[4]

Ulama hadith sangat berhati-hati dengan riwayat daripada golongan Shi’ah kerana merekalah yang paling banyak mereka-reka hadith. Hadith-hadith yang direka oleh mereka tidak lain hanya untuk memperbesarkan Ali dan ahli bait. Kata Ibn al-Jawzi: Hadith-hadith tentang kelebihan Ali sangat banyak namun golongan Rafidah tidak berpuas hati lalu mereka mencipta apa sahaja yang tidak sabit daripada Rasulullah saw.[5]
Kata Amir al-Sha`bi: Tidak ada seorang pun dari kalangan ummat ini yang paling banyak didustakan di atas namanya seperti yang berlaku kepada Ali ra.[6]

Ulama hadith menolak riwayat golongan Shi’ah kerana pendustaan yang menjadi amalan dan syiar puak mereka. Apabila ditanya tentang mereka, Imam Malik berkata: Jangan kamu bercakap dengan mereka, dan jangan kamu meriwayatkan daripada mereka kerana mereka selalu berdusta. Hammad bin Salamah berkata: Seorang alim Shi’ah menceritakan kepada saya bahawa apabila kami duduk berhimpun lalu kami merasakan sesuatu itu elok, kami jadikannya sebagai hadith.[7] Imam al-Shafi`e berkata: Tidak pernah saya melihat golongan yang mengikut hawa nafsu yang lebih berdusta daripada golongan Rafidhah. Yazid bin Harun berkata: Hadith boleh ditulis dari semua ahli bid`ah selagi mereka tidak menyeru kepada bid`ahnya kecuali golongan Rafidhah kerana mereka mencipta hadith-hadith palsu.[8]

Pendustaan yang dilakukan oleh golongan Shi’ah sangat jelas berbanding dengan golongan sesat yang lain. Ini kerana pembohongan sudah menjadi satu prinsip keimanan mereka yang asas. Berbeza dengan golongan Khawarij yang mengatakan berdusta boleh menyebabkan kufur kerana pada fahaman mereka melakukan dosa besar menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Kata Ibn Taymiyyah: Golongan Khawarij, walaupun mereka terkeluar dari Islam seperti terlepasnya panah dari busurnya dan walaupun Rasulullah saw memerintah supaya memerangi mereka, mereka bukanlah satu golongan yang sengaja berdusta. Malah mereka dikenali dengan sifat yang benar sehingga dikatakan hadith mereka adalah hadith yang paling sahih. Tetapi mereka jahil dan sesat di dalam bid`ah mereka. Tidaklah bid`ah mereka itu zindiq atau mulhid tetapi kerana kejahilan dan kesesatan dalam memahami makna al-Qur’an.[9]

Berbeza dengan Shi’ah atau Rafidah, punca bid`ah mereka ialah zindiq dan mulhid. Mereka sengaja berdusta dan mengakuinya sebagai tuntutan ajaran agama mereka dan dapat mendekatkan diri kepada Allah.
 


Beberapa Kaedah Periwayatan Daripada Shi’ah


Para ulama mempunyai beberapa pendirian yang tersendiri dalam meriwayatkan hadith-hadith daripada golongan Shi’ah. Ini kerana keadaan seseorang perawi Shi’ah itu berbeza dengan ahli bid’ah dan kumpulan sesat yang lain. Malah di kalangan mereka sendiri ada yang bersifat melampau dan ada yang tidak sampai ke tahap itu. Bagaimanapun setiap mereka tetap memiliki ciri khas Shi’ah iaitu berbohong dan memuja Ali dan keluarganya.

Dalam meriwayatkan hadith daripada golongan Shi’ah terdapat beberapa kaedah yang mesti dipegang. Ini mengambil kira kedudukan perawi dan kandungan riwayat tersebut. Seseorang perawi yang berfahaman Shi’ah dengan tidak melampau (seperti melebihkan Ali daripada Uthman) boleh diterima riwayatnya.

Selagi seseorang perawi Shi’ah tidak terbukti sebagai pendusta dan tidak mengemukakan riwayat-riwayat tentang kelebihan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin maka riwayat mereka boleh diambil. Oleh itu, riwayat perawi Shi’ah berkenaan dengan manaqib Ali, Fatimah, Hasan dan Husin serta mathalib ya’ni celaan terhadap para sahabat tidak boleh diterima.[10]

Riwayat perawi Shi’ah berkenaan dengan manaqib sahabat terutama Abu Bakar, Umar dan para isteri Rasulullah saw tidak boleh diterima kerana ia mempunyai unsur tabarra. Walaupun pada zahirnya menunjukkan mereka memuliakan sahabat tetapi terdapat penghinaan kepada mereka malah kadang-kadang berlaku penghinaan kepada Rasulullah saw.

Oleh kerana Shi’ah adalah ahli bid`ah, maka riwayat mereka tidak diterima kerana mereka dikafirkan kerana bid`ah mereka. Sekiranya bid`ah yang tidak membawa kepada kekufuran yang dilakukan oleh sebahagian golongan Shi’ah, maka riwayat mereka boleh diterima selagi tidak menyokong kepada fahaman mereka. Bagaimanapun sikap mereka yang suka berdusta di atas nama taqiyyah sudah cukup untuk menyebabkan mereka dituduh sebagi pendusta besar.
 


Jenis Hadith Rekaan Shi’ah


Apabila Shi’ah mendapati hadith daripada Rasulullah saw tentang kelebihan seseorang sahabat dalam sesuatu perkara, pasti mereka akan membawa juga hadith daripada mereka tentang kelebihan tersebut pada Ali.[11]

Shi’ah selalunya akan mencipta hadith berkenaan dengan kelebihan-kelebihan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Dengan berkata begini bukan bererti kita mengatakan setiap hadith yang menyebut kelebihan Ali dan keluarganya mawdu`. Hadith-hadith tentang keburukan Bani Umayyah juga menjadi rekaan mereka.




 


[1] Dinukilkan daripada al-Siba`i, al-Sunnah Wa Makanatuha fi al-Tashri` al-Islami, hal. 79.
[2] Ibid. hal. 82.
[3] Ibid.
[4] Habibur Rahman al-Kandahlawi, Tahqiq Umer `Aishah, hal. 16.
[5] al-Zahabi, al-Muntaqa min Minhaj al-I`tidal, hal. 48.
[6] al-Zahabi, Tazkirah al-Huffaz, jil. 1, hal. 77.
[7] Al-‘Asqalani, Lisan al-Mizan, jil. 1, hal. 11.
[8] Ibid, jil. 1, hal. 10.
[9] Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah , jil. 1, hal. 67-68
[10] Habibur Rahman al-Kandahlawi, Mazhabi Dastanin Aur Unki Haqiqat, jil. 4, hal. 86

Lobi Iran di Amerika







Hasan Daioleslam dilahirkan di Teheran pada 1957, mempunyai sejarah pendidikan yang amat menarik. Setelah menamatkan pengajian di sekolah rendah dan menengah, beliau memasuki politeknik Universiti Tehran pada 1974. Pada tahun 1979, setelah tamat revolusi Iran beliau menjadi pemimpin gerakan mahasiswa yang melancarkan penentangan terhadap penindasan dan pembunuhan beramai-ramai oleh kerajaan Khomeini. Beliau akhirnya meninggalkan Iran untuk menetap di Perancis. Sepanjang tahun 1980-an dan awal 1990-an, beliau bergerak aktif dalam gerakan sekular Iran, menjadi aktivis bagi gerakan hak asasi manusia dan melancarkan pembelaan terhadap tahanan politik Iran.
Hassan berpindah ke Amerika pada 2001, dan menumpukan perhatian terhadap penyelidikan politik. Bermula tahun 2005, beliau bekerjasama dengan wartawan bebas Iran dengan memusatkan perhatian terhadap penglobian rejim Iran di Amerika. Laporan-laporan beliau telah diterbitkan secara menyeluruh oleh website utama berbahasa Parsi dan beberapa jurnal di Amerika. Beliau sering kali diundang sebagai tetamu dalam rancangan Voice of Amerika TV dan media-media Parsi.
Berikut adalah suntingan dari temubual beliau dengan Majalah Frontpage yang bertajuk
“Iranian Lobby in U.S” :
Selama satu abad polisi Amerika terhadap Iran memang penuh dengan kekeliruan dan salah faham. Ini bukan secara kebetulan. Ini kerana faktor utama dalam membentuk polisi ini telah didalangi oleh kempen-kempon golongan pro-Iran di Amerika. Hasilnya salah faham ini telah melibatkan nyawa rakyat Amerika, jutaan ribu wang pembayar hasil Amerika dan yang lebih teruk adalah timbulnya ancaman-ancaman mullah Teheran sebagai super power nukear yang dominan di rantau itu. Kita mesti faham jaringan pengaruh Iran di Amerika. Ini adalah masalah keamanan negara.
Ada dua kumpulan yang berbeza amat aktif dan berkait rapat dalam memanipulasi polisi Amerika terhadap Iran.
Pertama ialah mereka yang saya panggil Iranian rejim lobby in US. Mereka ini hadir dalam media-media kumpulan ahli fikir dan gugusan kumpulan organisasi. kegiatan lobi mereka difokuskan di Kongres Amerika. Kumpulan ini mempunyai kaitan multi-level dengan Teheran.
Kedua ialah kumpulan yang lebih menumpu kepada ekonomi Amerika di mana mereka beroperasi selari dengan kepentingan perniagaan terutama industri petroleum. Kelompok ini mensasarkan kepentingan mereka ke atas ekonomi Iran. Dan mereka gusar bahawa polisi-polisi mereka yang tegas terhadap ulama’ akan merugikan kepentingan global mereka.
Sadegh Kharrazi, bekas wakil luar negeri Iran (1997-2003) yang menetap di Amerika merupakan perancang proses lobi ini. Dalam satu wawancara yang disiarkan di suratkhabar Suargh bertarikh 26 Mei 2006, beliau berbicara tentang strategi rejim Iran dan juga berulangkali untuk mengatasi lobi Israel di Amerika. Beliau juga secara terbuka mengaku wujudnya lobi Iran di Amerika, tetapi menekankan ia mestilah kekal sebagai non-govermental. Namun begitu kerajaan harus memberi sokongan mengadakan promosi dan dapat bergantung kepadanya.
Para pelobi ini wujud secara ilusi dan tidak didaftarkan, dalam melancarkan impian melobi di Washington. Tetapi yang disebut Kharrazi, terdapat satu badan lobi Iran wujud secara tidak rasmi di Amerika. Apa yang perlu dibandingkan ialah keperluan dan kehendak rejim Iran pada ketika tertentu dan aktiviti kumpulan ini. Selepas itu semuanya akan jelas.
Pada April 2007, saya telah menerbitkan tentang “Iran’s oil mafia, penetreating U’S Congress”. Artikel ini telah disiarkan di Frontpage, dan saya telah berbicara tentang NIAC, yang ditubuhkan oleh Trita Parsi, yang merupakan penasihat kepada Bob Ney (a convicted Congressman), selepas artikel itu diterbitkan, secara tersusun suratkhabar pro kerajaan Iran telah menyelamatkan NIAC dan menulis bahawa neocon dan pelobi Israel sedang menyerang pelobi Iran . seperti yang anda dapat lihat media-media Iran telah melabelkan NIAC sebagai pelobi Iran. [Lihat Ghods Daily, 21 April 2007]. Pada 28 Disember 2006, suratkhabar pro-pemerintahan Iran telah menyiarkan sebuat wawancara dengan Parsi. Dalam muqaddimahnya, editor telah menggariskan tentang peranan yang dimainkan oleh pelobi Iran. Di Amerika dan melabelkan mereka sebagai orang-orang mullah.
Pada tahun 1999, Trita Parsi yang tinggal di Sweden bersama dengan Siamak Namazi dari Teheran telah memperincikan kertas seminar dan membincangkan cara untuk mewujudkan penglobian Iran-Amerika di U.S. Menurut mereka “penglobian” ini perlu untuk mewujudkan keseimbangan saingan antara pelobi Timur Tengah. Tanpa penglobian ini, hentaman ke atas Iran akan menjadi popular semula di Kongres U.S. Mereka kemudian memperincikan fungsi AIPAC (kumpulan pelobi Israel) dan sepakat mengatakan bahawa kumpulan pelobi Iran harus mengikut jalan yang sama.
Siamak Namazi merupakan rakan kongsi Trita Parsi lebih dari satu dekad. Untuk memahami hubungan antara NIAC dan rejim Iran, pertama kita harus memahami posisi Namazi di Iran. Keluarga Namazi bersama Bijan Khajehpour dan Albrecht Frisechenslager, telah mengawal firma Atieh Bahar di Tehran. Jalinan hubungan ini adalah merupakan kerjasama secara langsung dengan rejim Iran. Khajehpour’s Qashehm Energy adalah kerjasama dengan pihak bertanggungjawab Qhesh (pemerintah). Frichenschlager pula mempunyai kerjasama dengan pemerintah wilayah. Ia juga bekerjasama dengan Hatami Yazd, seorang tokoh terkenal dalam organisasi mafia minyak Iran dan mantan tiga bank Iran yang penting. Semuanya di bawah kebenaran U.S. Babak Namazi juga salah seorang penggubal undang-undang foreign investment untuk kerajaan Iran. Atieh dan menteri minyak Iran bersama-sama merancang kegiatan yang berkait dengan minyak. Contohnya, dua daripada klien penting Attieh ; French Total Oil Company dan The Norway Statoil perlu merasuah sebanyak puluhan juta untuk menembusi pasaran Iran.
Untuk memastikan hubungan “Lobi Iran-Amerika” beberapa siri persidangan diadakan untuk menarik perhatian golongan muda yang naïf. Dalam konferen “Diaspora”, Babak Namazi dan Parsi terlibat bersama peserta yang aktif, Salah satu konferen yang dilaksanakan di Tehran pada 26 Januari 2006, Bapa Namazi – Bagher telah menjadi tuan rumah. Hubungan Namazi dan Parsi melangkaui perancangan penglobian.
Meninjau kepada website NIAC, hampir semua usaha mereka tertumpu kepada polisi U.S terhadap rejim Iran. Dalam artikel terkini NIAC, Parsi begitu jelas sekali mempromosikan agar U.S berkongsi memerintah Timur Tengah dengan Iran.
“Bolehkan Iran dan Amerika berkongsi di Timur Tengah?”.. fakta yang menunjukkan sebaliknya. Pengaruh regional Iran tidak dapat di sangkalkan lagi dan membelakangkan pengaruh di Lebanon, Iraq, Afghanistan dan Gazza tidak lagi realistik. Lambat laun Iran dan Amerika harus belajar untuk berkongsi wilayah. Secara terbuka, mejoriti orang Iran di Amerika membeci pemerintahan rejim Iran sekarang, dan juga tindak tanduk mereka yang barbaric ke atas penduduk Iran! Persoalannya bila NIAC akan mengambil perhatian kepada pendapat mereka. Rakyat Iran-Amerika amat mengambil berat ke atas pembunuhan kanak-kanak, pembunuhan secara besar-besaran, hukuman rejam mati, penindasan mahasiswa, kemasukan fundamentalism Islam di daerah-daerah, permainan nuklear mullah, yang tampaknya mampu memusnahkan negara islam, pencurian harta negara oleh elit mullah, mafia minyak dan ekonomi, serta pelbagai kekejaman. Bila NIAC akan prihatin terhadap masalah ini.Sebaliknya, program-program NIAC dan segala aktivitinya, menjurus isu-isu ini. Komuntiti Iran di Amerika adalah klumpulan yang berpengaruh dan berpendidikan. Tetapi semua ini terganggu oleh imej negative utama di Teheran. Langkah pertama untuk mengembalikan prestij Iran di Amerika ialah dengan menyatakan rejim ini tidak mewakili rakyat Iran. Tetapi NIAC bertindak sebaliknya. Mereka menunjukkan data yang bangsa Iran menyokong pemerintahan barbaric ini. Ini secara tidak langsung menghina rakyat Iran.
Pada tahun 2006 bila Ahmadinejad memulakan konfrontasi menerusi program nuklear Iran, satu kumpulan pelobi telah dilancarkan di Eropah dan Amerika. Kempen CASMII diselia oleh Abbas Edalat, seorang professor computer yang terbabit dengan orang-orang penting dalam rejim Iran. Separuh ahli pengarah CASMII adalah sayap kiri Iran yang anti-emperor yang melihat kepada laungan Ahmadinejad sesuatu yang progresif. Jika melihat kepada CASMII ialah banyak mempertahankan impian nuklear rejim Iran.
Amerika telah menyalurkan kritikan-kritikan mereka dan pemerintah Amerika sekarang untuk menyokong ciri-ciri paling radikal rejim Iran. Personaliti-personaliti dan kumpulan-kumpulan Amerika ini telah dengan terang-terang menunjukkan dengan sokongan mereka dan menjadi sekutu dengan pemerintahan diktator pada zaman moden ini. Tanpa menghiraukan perasaan rakyat Iran, yang merupakan mangsa utama diktator ini.
CASMII selalu menganjurkan lawatan ke Iran, unutuk sesuatu kumpulan di Amerika. Sebaik sahaja pulang CASMII akan mengaturkan satu sidang akhbar yang menyatakan betapa positifnya kedaan di Iran. Ini mengingatkan kepada era perang dingin Soviet Union di mana pelawatpelaewat akan memuji Stalin. tahun lepas apabila komuniti antarabngsa menyatakan bahawa hukuman gantung di khalayak ramai oleh pemerintahan mullah, phil wilayanto yang menerajui people peace delegation to Iran telah memberi respon terhadap ‘tuduhan’ ini. Menurut beliau memang benar Iran mempunyai hukuman mati tetapi tidak sekerap yang dilakukan seperti di Amerika. Kami tidak melihat kemarahan rakyat terhadap kerajaan Iran. Selepas temubual dengan orang awam Iran dari pelbagai lapisan, memang terdapat rungutan, tetapi lebih kepada sekatan yang dilaksanakan oleh Amerika.
Nampaknya kewujudan kalangan pemikir Amerika dan golongan akademik memberikan peluang yang unik untuk pegawai-pegawai Iran diangkat sebagai ahli akademik. Di Boston sebdiri tiga daripada bekas timbalan menteri luar Iran telah dilantik oleh tiga universiti yang berprestij. MJ Mahallati dan Farhad Atai, kedua mereka telah dilantik sebagai ahli akademik dan ahli pengarah di ILEX Fondation, Boston. Disamping itu terdapat ketua pelobi Iran, Abbas Maleki yang menjadi timbalan menteri Luar untuk lapan tahun yang merupakan juga penasihat kepada pemimpin agung telah memulakan kariernya di Harvad. Masyarakat sering bertanya soalan ini. Maleki tidak pernah menyembunyikan tujuan beliau sewaktu kunjungan beliau ke Iran baru-baru ini. Dalam ceramah, beliau telah gariskan cara-cara untuk mengatasi (ketuanan) kepimpinan Amerika. Dalam erti kata lain beliau telah cuba memperdaya dan mempengaruhi rakyat Amerika.
Kita perlu mempercayakan antara mereka yang ikhlas mempercayai wujudnya persahabatan dengan rejim Iran dan mereka secara sistematik dan sengaja memanipulasi penadapat rakyat Amerika dan sistem membuat keputusan. Impian mereka ialah agar tiada keputusan yang tegas ke atas rejim Iran. Mereka ini ialah kumpulan yang memonopoli industri minyak di Iran. Melalui media dan kumpulan pemikir mereka bekerja keras untuk melembutkan kepimpinan rejim Iran di dalam dan luar negara dan memburukkan pengkritik mereka. Mereka ini merupakan kumpulan yang membentuk ayatollah di Tehran untuk dekat yang lalu telah mengelirukan penggubal polisis-polisi Amerika dan membuatkan ia lebih sukar untuk menentang pemerintahan ulama’.
Tujuan mereka ialah untuk melindungi kelemahan rejim Iran. Untuk mengelirukan motif-motif mullah dan menidakkan ancaman Iran terhadap keselamatan dunia dan kepentingan nasional Amerika.
Kempen pro-tehran ini dilancarkan ketika pemerintahan Khatami. Tujuan utama adalah untuk menyembunyikan bahawa Khatami tiada kaitan dan tiada kuasa dan untuk mewakili kerajaan baru sebagai satu trend yang tidak boleh di ‘undo’ yang mana kerajaan Amerika perlu ikuti.
Seperti negara-negara di sekeliling Iran yang masih mengalami transformasi.. Secara perlahanlahan, kerajaan mullah telah dipaksa untuk menerima sistem pemerintahan sekular dan menurunkan kuasa kepada rakyat Iran. Dalam prosos ini Iran telah mula memberi sumbangan kepada penyebaran publics empowerment di seluruh dunia [ Suzanne Malony]. Pilihanraya 2006 telah member bukti kukuh bahawa sistem ini semakin berkembang ke arah demokrasi. [Ray Takeh] selepas ini institusi akan jatuh ke tangan penggerak reformasi ialah bidang penghakiman. Perubahan bidang kehakiman ini akan mengurangkan lagi kuasa pemerintah yang konservatif. Dalam dekad yang akan datang, Nampak gayanya kedudukan pemerintahan akanmengalami transformasi kerana kekuasaan sepenuhnya pemerintah akan dicabar dalam kedua-dua corak pemerintahan ulama’ dan sekular.
Pada julai 2004, satu Council untuk hubungan luar negara telah menerbitkan Task Force Report Iran , di mana Suzanne Malony telah menjadi pengarah projeknya. Laporan ini telah menyarankan pendekatan dengan rejim Iran. Satu polisi yang sama seperti yang diwar-warkan sejak tujuh tahun yang lalu. Tetapi uniknya laporan ini telah menganalisis kuasa rejim Iran selepas kekalahan kumpulan reformasi di dalam dua pilihanraya 2003 & 2004. Ingat, laporan CFR ini telah dikeluarkan pada masa ketika di mana kebanyakan penganalisis Iran menganggap ia sebagai titik perubahan di dalam Republik Iran. Ketika sejumlah besar para penganalisis Iran, para cendekiawan dan cerdik pandai memberi amaran kepada rakyat Iran dan komuniti antaranbangsa mengenai kebangkitan satu paksi radikal yang mewakili Revolutionary Guards. Laporan CFR langsung tidak menyentuh ia telah menemui satu ascending pragmatic faction di Iran. Iran sedang mengalami satu proses perubahan dalaman yang akan secara perlahan-lahan melahirkan kerajaan secara responsif terhadap kehendak rakyat dan lebih bertanggungjawab dalam pendekatan kepada komuniti antarabangsa.
Peningkatan berlaku bermula pada tahu 2003, bila beliau menjadi warga Tehran. Pada tahun 2003-2005 sejumlah pakar Iran sibuk mengumpul imaginary pragmatic faction, bersedia untuk memenuhi kehendak exigencies antarabangsa (Suzanne Malone 2004)
Realitinya situasi selepas perang di Iraq dan kemunculan kuasa Amerika di sepanjang sempadan Iran telah mengukuhkan polisi rangka pragmatik konsertvatif yang mencari penyelsaian praktikal kepada peningkatan situasi yang buruk. Di bawah banner pemikiran baru kumpulan ini memiliki ruang waktu menyusun semula kepentingan domestik Iran dan hubungan antarabangsa (MPJ 2000, Nov) .
Kemudian pada tahun 2005 Ahmadinejad telah mengambil tampuk kepimpinan dan miraj pragmatik hilang perlahan-lahan. Ray Takeh dan rakan-rakannya telah memulakan kempen baru
‘mengelirukan’. Pertama mereka telah cuba melembutkan ancaman rejim Iran. Disebalik keperihatinan yang ditunjukkan presiden baru tidak menunjukkan minat untuk mengubah bentuk polisi antarabngsa Iran dan juga kuasa utama negara, iaitu pemerintah agung.. tetapi pendapat yang mengatakan polisi luar negara Iran sedang melalui satu perubahan radikal yang amat berlawanan dengan polisi Republik Iran dan sentimen-sentimenya.
Bila kejanggalan perbalahan ini menjadi realiti, cerdik pandai Iran telah cuba untu mempromosi pemimpin yang pragmatik baru Iran, yang mengawal keadaan.
Takeyh dalam testimoni di Senate Foreign Relations Committee 19 September 2006, Kehadiran Presiden Ahmadinejad di arena antarabangsa dengan imejnya yang lantang tidak merubah kenyataan bahawa dia tidak berlkuasa ke atas hubungan luar Iran. Salah satu satu daripada watak penting dan berkuasa di Iran hari ini ialah Ali Larijani, Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan Kebangsaan. Beliau mempunyai pengaruh kuat ke atas hubungan luar Iran, dan menanyakan seorang pemerintah generasi baru yang berkembang dalam intelijen komuniti 1990. Menerusi kewujudan mereka dalam institusi, penting, dan hubungan dengan golongan ulama’ tradisional dan hubungan istimewa dengan pemimpin agung, kumpulan ‘realist’ ini telah menguasai hubungan luar negara. Kerajaan Iran telah mengenakan kawalan ketat dan melancarkan satu siri raly oleh kumpulan militia untuk menyokong program nuklear. Pihak Amerika mula memperkatakan program iran ini telah disokong oleh majoriti rakyat Iran.
Kempen ini telah diketuai oleh Robin Wright, beliau telah menulis dalam Washington Post, 14 November 2004, rakyat Iran berbelah bagi tentang politik, ekonomi, fungsi agama dalam kerajaan dan juga kod pakaian untuk wanita, tetapi kesemua golongan setuju bahawa Iran memerlukan kuasa nuclear walaupun mereka mempunyai kekayaan minyak dan gas. Dunia tidak sepakat menghalang mereka daripada teknologi walaupun dia dapat digunakan untuk membangunkan senjata. Artikel Wright telah dicetak oleh akhbar pro-kerajaan Iran.
Persoalannya siapa yang memberitahu kepada Wright tentang Iran? beliau ada menyebut Abbas Maleki ketua institut penyelidikan Caspian di Teheran.. namun juga Maleki juga bekas timbalan menteri luar Iran dan penasihat kepada pemimpin agung. Wright menekankan tidak penting mengupas cerita ini. Bila Iran dirujukkan kepada Majlis keselamatan PBB dan tindakan telah dikenakan terhadap Iran. Terdapat suara yang menyokong ‘censorship’ rejim Iran dan menolak program nuklear. Wartawan yang sama menonjolkan demonstrasi Basiji, sebagai tanda sokongan untuk impian nuklear Ayatullah telah mengabaikan realiti akan penentangan terhadap rejim. Ribuan cerdik pandai, ketua-ketua pelajar wartawan dan ulama’ telah membangkang program, tetapi kami tidak dapat menjejaki mereka di dalam media.
Semua orang termasuk mullah di Iran mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan meyakinkan orang lain. Saya tidak langsung bermaksud untuk menidakkan hak sesiapa. Tetapi saya yakin akan berlaku kemusnahan hakiki yang berpunca daripada usaha-usaha yang berunsur politik yang dibayangi oleh cita-cita akademik, aktiviti cerdik pandai dan ‘empowering’ orang ramai.keadaan ini yang saya cuba perangi kerana ini akan menghasilkan kekeliruan, dan ini amat bahaya.



Lobi Iran di Amerika
www.tenteradajjal.blogspot.com
terjemahan dan suntingan oleh Pn. Siti Hawa Ramly.

http://www.scribd.com/doc/22646449/Lobi-Iran-Di-Amerika

Tuesday, October 2, 2012

Jauhi Karya Sayyid Qutb : Fatwa al-Alamah Abdul Muhsin al -Abbad



 JAUHI KARYA SAYYID QUTB: FATWA AL-'ALLAMAH ABDUL MUHSIN AL-'ABBAD

Soalan: Apakah Nasihat kamu kepada kami berkaitan membaca Kitab Tafsir al-Zilal?

Jawapan:

تفسير الظلال للشيخ سيد قطب رحمه الله فيه خلط بين الغث والسمين، وهو من الكتاب في الحقيقة وليس من العلماء، والعلم لا يحصل من مثل هذا الكتاب، بل يمكن للإنسان أن يبتلى بشيء مما في الكتاب، أو يحصل له شيء مما فيه خطورة بسبب ما هو موجود في الكتاب من الأمور التي لا تليق ولا تنبغي.

Maksudnya: "Tafsir al-Zilal karangan Syeikh Sayyid Qutb rahimahullah padanya terdapat campur baur antara baik dan buruk dan dia pada hakikatnya adalah daripada kalangan penulis sahaja bukan daripada kalangan Ulama', sedangkan Ilmu itu tidak diambil daripada kitab seumpama ini bahkan seseorang mungkin boleh ditimpa bencana daripada apa yang ada dalam kitab ini atau berlaku padanya sesuatu yang merbahaya disebabkan dengan apa yang ada dalam kitab ini daripada perkara-perkara uang tidak layak dan tidak sepatutnya"

والإنسان لا يتسع عمره لأن يقرأ كل شيء، وهناك كتب سليمة، وفائدتها كبيرة، وهي كتب علمية، وأصحابها من أهل العلم الذين يعول عليهم سواء في المتقدمين أو المتأخرين، فكون الإنسان يقرأ في مثل تفسير ابن جرير، وتفسير ابن كثير، وتفسير الشيخ عبد الرحمن بن سعدي من المعاصرين يجد فيها الخير الكثير، ويجد كلام العلماء، ويجد نفَسَ العلم والعلماء، لا سيما مثل تفسير ابن سعدي رحمه الله، فهو تفسير نفيس مع وجازته، عباراته واضحة سلسة، وفيه استنباطات دقيقة، وهو كتاب يصلح للخواص والعوام، لو قرئ على العوام في المساجد حصلوا منه الفوائد وعرفوا معاني القرآن، ولو اطلع عليه الخواص لوجدوا فيه العلم ودقة الاستنباط، فإن الرجل أعطي فهماً في كتاب الله عز وجل، ووفق للاعتناء به، فمن يقرأ كتبه وتفسيره يجد العلم الغزير، ويجد كلام العالم، ولهجة العالم التي هي واضحة وجلية.

Maksudnya: "dan seorang insan itu tidaklah cukup umurnya untuk membaca semua benda maka di sana ada kitab-kitab yang sejahtera dan faedahnya besar dan ia merupakan kitab-kitab ilmiah dan penulisnya adalah daripada ahli ilmu yang dipegang atas mereka sama ada daripada kalangan mutaqaddimin mahupun mutaakhirin, maka seorang insan itu membaca seperti Tafsir Ibn Jarir, dan Tafsir Syeikh Abdul Rahman bin Si'di daripada kalangan ulama' masa kini maka dia mendapati pada (kitab-kitab ini) kebaikan yang banyak dan dia mendapatkan (padanya) perkataan Ulama' dan nafas ilmu dan Ulama' terutama seperti Tafsir Ibn Si'di rahimahullah, ia adalah tafsir yang amat berharga walaupun ringkas, ibaratnya jelas dan mudah, terdapat istinbat-istinbat yang terperinci, dan ia kitab yang sesuai untuk golongan khusus dan awam, jika dibaca untuk orang awam di masjid-masjid pasti akan memberikan faedah-faedah daripadanya dan mereka dapat mengenal makna-makna al-Quran, jika ditelaah oleh golongan khusus mereka akan mendapati padanya ilmu dan istibat yang halus, ini kerana beliau diberi kefahaman dalam Kitab ALLAH azza wa jalla, diberi taufiq untuk memberikan fokus berkenaannya, maka barangsiapa yang membaca kitab-kitab beliau dan tafsir beliau akan mendapat Ilmu yang amat banyak, akan didapati padanya kalam seorang 'alim dan lenggok bahasa seorang alim yang mana ia jelas dan terang".

وأما كتاب سيد قطب فإن فيه ما فيه، فعلى الإنسان أن يشتغل بما هو خير، وبما هو مأمون الجانب، وبما يأمن على نفسه العواقب منه من كتب نافعة، وأما مثل هذا الكتاب الذي فيه تخليط، وفيه جموح فكري، وإرخاء القلم بأن يكتب أموراً لا تنبغي ولا تصلح، كالكلام في بعض الأنبياء، بأن يقول عن موسى: إنه عصبي، ويقول عن عثمان رضي الله عنه في بعض كتبه: إن خلافته فجوة، وهذا حط من شأن عثمان، وأنه في خلافته أدركته الشيخوخة، وأنها فجوة.

Maksudnya: "Adapun Kitab Sayyid Qutb maka padanya terdapat apa yang terdapat padanya maka hendaklah seseorang itu menyibukkan dirinya dengan benda yang baik dan benda yang selamat dan dengan apa yang sejahtera atas dirinya daripada terjebak dalam kesan-kesan buruk daripada kitab-kitab yang bermanfaat, adapun seumpama kitab ini (Fi Zilal) yang terdapat padanya campur aduk, padanya terdapat pemikiran yang melampau dan melepaskan pena untuk menulis perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditulis dan tidak baik seperti perkataan berkenaan dengan sebahagian nabi dengan mengatakan bahawa Musa itu seorang Fanatik dan berkata berkenaan Usman radiallahu 'anhu dalam sebahagian kitabnya: bahawa khilafah beliau suatu lowong, ini merendah-rendahkan kedudukan Usman, dan berkata bahawa ketika khilafahnya beliau sudah tua dan ia merupakan satu lowong".

هذا كلام ساقط لا يصلح ولا يليق، بل أمير المؤمنين عثمان بن عفان رضي الله عنه حصل في زمنه الخير الكثير، وحصلت الفتوحات، وكان إلى نهاية حياته في عقله وفهمه وعلمه، ما حصل عنده شيء يجعل مثل هذا الشخص يقول: إنه أدركته الشيخوخة، وأن خلافته كانت فجوة.

Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang jelek tidak layak diucapakan bahkan Amirul Mukminin Usman bin 'Affan radiallahu 'anhu di zaman beliau telah berlaku banyak kebaikan, berlaku padanya pembukaan-pembukaan, dan adalah beliau sehingga ke akhir hayat berada dalam keadaan berakal, penuh kefahaman, dan keilmuan, tidak berlaku pada beliau sedikit pun perkara yang menyebabkan si lelaki ini (Sayyid Qutb) untuk berkata: Bahawa beliau menjawat jawatan Khalifah dalam keadaan sudah tua dan khilafahnya merupakan satu senggang".

هذا كلام ساقط خدمة لأعداء الإسلام والمسلمين الذين يريدون أن يأخذوا ممن ينتسب إلى السنة شيئاً يستدلون به على أهل السنة.

Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang jelek yang menjadi khidmat bagi musuh-musuh Islam dan kaum Muslimin yang hendak mengambil perkataan orang yang menisbahkan dirinya kepada Sunnah sesuatu yang boleh mereka gunakan untuk berhujjah atas Ahlus Sunnah".

والحاصل: أن مثل هذا الكتاب لا ينبغي أن يشتغل به، وإنما يشتغل بما هو مأمون الجانب، وبما فيه السلامة، وبما فيه العلم، والكتاب الذي يخرج بنتيجة وبسلامة، يخرج الإنسان منه بعلم وبسلامة، أما كتاب سيد قطب فإنه لا يحصل فيه علماً، وقد يخرج منه ببلاء.

Maksudnya: "Kesimpulannya: bahawa kitab seumpama ini tidak patut disibukkan dengannya, yang sepatutnya disibukkan dengannya adalah apa yang selamat, yang terdapat padanya keselamatan, yang ada padanya ilmu, kitab yang memberikan natijah yang baik dan sejahtera, dan seorang insan mampu memperoleh daripadanya ilmu dan kesejahteraan, adapun Kitab Sayyid Qutb maka tidak diperoleh daripadanya Ilmu dan boleh jadi yang diperolehi daripadanya adalah bencana".

وأما طعنه في عمرو بن العاص رضي الله عنه، فهو موجود في كتاب شخصيات إسلامية.
تكلم عن عمرو بن العاص ومعاوية قال: إنهم أصحاب غش ونفاق.

Maksudnya: "Adapun celaan dia terhadap Amru bin al-'As radiallahu 'anhu maka ia ada dalam Kitab Syakhsiat Islamiah (yakni kitab: Kutub wa Syakhsiat). Dia bercakap berkenaan Amru bin al-'As dan Muawiyah bahawa mereka ini golongan menipu dan munafiq.

هذا معاوية بن أبي سفيان كاتب الوحي عنده غش، فمعناه: أنه يدخل في القرآن شيئاً ليس منه، وهو كاتب الوحي، والرسول ائتمنه على كتابة الوحي! نعوذ بالله من الخذلان! وأبو زرعة الرازي يقول: من ينتقص أحداً من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه زنديق، وذلك أن الرسول حق، والكتاب حق، وإنما أدى إلينا الكتاب والسنة أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهم يريدون أن يجرحوا شهدونا ليبطلوا الكتاب والسنة، والجرح بهم أولى وهم زنادقة.

Maksudnya: Ini Muawiyah bin Abi Sufian, seorang penulis Wahyu di sisi dia (Sayyid Qutb adalah seorang penipu maka maknanya beliau memasukkan sesuatu ke dalam al-Quran apa yang bukan daripadanya, sedangkan dia penulis wahyu, Rasulullah –sallallahu 'alaihi wa sallam- telah mempercayai beliau untuk menulis Wahyu! Kami berlindung kepada ALLAH daripada kehinaan! Abu Zur'ah berkata: Barangsiapa yang mencela seseorang daripada Sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam maka sesungguhnya dia seorang Zindiq, ini kerana; Rasul adalah benar, al-Kitab adalah benar, sedangkan yang menyampaikan al-Kitab dan al-Sunnah kepada kita adalah para Sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, sebenarnya mereka ini (yang mencela Sahabat) hendak mencela saksi kita untuk membatalkan al-Kitab dan al-Sunnah, maka celaan atas mereka itu lebih layak kerana mereka itu kaum Zindiq".

[Sumber: Syarah Sunan Abi Daud, pelajaran ke-170; oleh Syaikh Abdul Muhsin al-'Abbad hafizahullah, Ulama' Besar Madinah Munawwarah]

~ by Muhammad Asrie Sobri on Thursday, June 28, 2012


https://www.facebook.com/notes/muhammad-asrie-sobri/jauhi-karya-sayyid-qutb-fatwa-al-allamah-abdul-muhsin-al-abbad/10151054056531745/

Letter from a Mother to a Daughter:



***Story Of The Day ***
Letter from a Mother to a Daughter:♥

"My dear girl, the day you see I’m getting old, I ask you to please be patient, but most of all, try to understand what I’m going through. If when we talk, I repeat the same thing a thousand times, don’t interrupt to say: “You said the same thing a minute ago”... Just listen, please. 
 
 Try to remember the times when you were little and Iwould read the same story night after night until you would fall asleep. When I don’t want to take a bath, don’t be mad and don’t embarrass me. 
 
Remember when I had to run after you making excuses and trying to get you to take a shower when you were just a girl? When you see how ignorant I am when it comes to new technology, give me the time to learn and don’t look at me that way... remember, honey, I patiently taught you how to do many things like eating appropriately, getting dressed, combing your hair and dealing with life’s issues every day... the day you see I’m getting old, I ask you to please be patient, but most of all, try to understand what I’m going through.
 
 If I occasionally lose track of what we’re talking about, give me the time to remember, and if I can’t, don’t be nervous, impatient or arrogant. 
 
Just know in your heart that the most important thing for me is to be with you. And when my old, tired legs don’t let me move as quickly as before, give me your hand the same way that I offered mine to you when you first walked. 
 
When those days come, don’t feel sad... just be with me, and understand me while I get to the end of my life with love. 
 
I’ll cherish and thank you for the gift of time and joy we shared. With a big smile and the huge love I’ve always had for you, I just want to say, I love you... my darling daughter. "
 

Monday, October 1, 2012

"Nasihat Gadis Melayu yang pernah terperangkap dengan lelaki Syiah".



"Nasihat Gadis Melayu yang pernah terperangkap dengan lelaki Syiah".

Assalammualaikum...

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya bertunang dengan lelaki Syiah. Semasa mempunyai hubungan, dia mengajar saya berselawat, nikah muta’ah, solat 2 waktu dalam 1 masa, serta cara dan bacaan dalam solat, contoh solat 2 waktu yang dimaksudkan ialah zohor+asar / maghrib+isyak, ia sama seperti kita melaku
kan solat jamak, tapi golongan syiah ini mereka lakukannya setiap hari. Cara solat yang dia ajarkan kepada saya tangan tidak seperti biasa tapi disisi, bacaan mereka juga lain daripada yang biasa kita baca dalam solat.

Selawat yang diajar oleh dia pada saya “Allahumma Solli ‘Ala Muhammad Wa ‘Ali Muhammad”. Katanya pada saya jangan percaya sahabat-sahabat nabi tapi percaya ahli keluarga nabi Muhammad S.A.W sahaja.

Nikah muta’ah pula cuma kami berdua tiada saksi dan wali, mahar dan tempoh ditetapkan oleh saya, begitu juga lafaz cerai, dalam tempoh muta’ah saya tidak dibenarkan berhubungan dengan lelaki lain dan dalam masa yang sama dia boleh nikah dengan mana-mana perempuan.

Bab pemakanan, mereka tidak makan makanan seperti siput sedut, sotong, ketam, kerang dan pari, katanya kotor sebab lumpuh, sotong pula ada racun.

Lagi 1 yang saya ingin kongsikan mereka ni tak pergi Solat Jumaat dan Solat Tarawih. Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan.
Kepada wanita-wanita diluar sana atau yang sedang membaca, saya harap anda selidik dahulu siapa bakal pasangan anda sebelum hubungan pergi lebih jauh dengan mereka, perhatikan cara mereka solat dan tidak makan makanan yang saya senaraikan tadi.

*Pihak admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada wanita yang ikhlas berkongsi pengalamannya.


Ruhy Masjid is the largest Masjid in Central Asia


‎"Turkmenbashi Ruhy Masjid" or "Gypjak Masjid" is a Masjid in the village of Gypjak about 7 kilometres west of the centre of Ashgabat, Turkmenistan.

The Masjid was constructed by the French company Bouygues, was built in the Turkmenistan former president late Saparmurat Niyazov's home town. It opened on October 22, 2004 by Niyazov .

Ruhy Masjid is the largest Masjid in Central Asia. Twenty thousand men and woman can pray at the same time. The floor of the Masjid is covered in handmade Turkmen praying mats and an enormous eight-sided carpet decorates the very center of the Masjid. It consists of two floors – on the first floor men pray; on the second, women. It has four minarets and a golden dome sits the central upper part of the Masjid. The height of each minaret is 91m, and the dome is 50 m high, covered in gold. The Masjid is surrounded by extravagant fountains and gardens.