Tuesday, October 2, 2012

Jauhi Karya Sayyid Qutb : Fatwa al-Alamah Abdul Muhsin al -Abbad



 JAUHI KARYA SAYYID QUTB: FATWA AL-'ALLAMAH ABDUL MUHSIN AL-'ABBAD

Soalan: Apakah Nasihat kamu kepada kami berkaitan membaca Kitab Tafsir al-Zilal?

Jawapan:

تفسير الظلال للشيخ سيد قطب رحمه الله فيه خلط بين الغث والسمين، وهو من الكتاب في الحقيقة وليس من العلماء، والعلم لا يحصل من مثل هذا الكتاب، بل يمكن للإنسان أن يبتلى بشيء مما في الكتاب، أو يحصل له شيء مما فيه خطورة بسبب ما هو موجود في الكتاب من الأمور التي لا تليق ولا تنبغي.

Maksudnya: "Tafsir al-Zilal karangan Syeikh Sayyid Qutb rahimahullah padanya terdapat campur baur antara baik dan buruk dan dia pada hakikatnya adalah daripada kalangan penulis sahaja bukan daripada kalangan Ulama', sedangkan Ilmu itu tidak diambil daripada kitab seumpama ini bahkan seseorang mungkin boleh ditimpa bencana daripada apa yang ada dalam kitab ini atau berlaku padanya sesuatu yang merbahaya disebabkan dengan apa yang ada dalam kitab ini daripada perkara-perkara uang tidak layak dan tidak sepatutnya"

والإنسان لا يتسع عمره لأن يقرأ كل شيء، وهناك كتب سليمة، وفائدتها كبيرة، وهي كتب علمية، وأصحابها من أهل العلم الذين يعول عليهم سواء في المتقدمين أو المتأخرين، فكون الإنسان يقرأ في مثل تفسير ابن جرير، وتفسير ابن كثير، وتفسير الشيخ عبد الرحمن بن سعدي من المعاصرين يجد فيها الخير الكثير، ويجد كلام العلماء، ويجد نفَسَ العلم والعلماء، لا سيما مثل تفسير ابن سعدي رحمه الله، فهو تفسير نفيس مع وجازته، عباراته واضحة سلسة، وفيه استنباطات دقيقة، وهو كتاب يصلح للخواص والعوام، لو قرئ على العوام في المساجد حصلوا منه الفوائد وعرفوا معاني القرآن، ولو اطلع عليه الخواص لوجدوا فيه العلم ودقة الاستنباط، فإن الرجل أعطي فهماً في كتاب الله عز وجل، ووفق للاعتناء به، فمن يقرأ كتبه وتفسيره يجد العلم الغزير، ويجد كلام العالم، ولهجة العالم التي هي واضحة وجلية.

Maksudnya: "dan seorang insan itu tidaklah cukup umurnya untuk membaca semua benda maka di sana ada kitab-kitab yang sejahtera dan faedahnya besar dan ia merupakan kitab-kitab ilmiah dan penulisnya adalah daripada ahli ilmu yang dipegang atas mereka sama ada daripada kalangan mutaqaddimin mahupun mutaakhirin, maka seorang insan itu membaca seperti Tafsir Ibn Jarir, dan Tafsir Syeikh Abdul Rahman bin Si'di daripada kalangan ulama' masa kini maka dia mendapati pada (kitab-kitab ini) kebaikan yang banyak dan dia mendapatkan (padanya) perkataan Ulama' dan nafas ilmu dan Ulama' terutama seperti Tafsir Ibn Si'di rahimahullah, ia adalah tafsir yang amat berharga walaupun ringkas, ibaratnya jelas dan mudah, terdapat istinbat-istinbat yang terperinci, dan ia kitab yang sesuai untuk golongan khusus dan awam, jika dibaca untuk orang awam di masjid-masjid pasti akan memberikan faedah-faedah daripadanya dan mereka dapat mengenal makna-makna al-Quran, jika ditelaah oleh golongan khusus mereka akan mendapati padanya ilmu dan istibat yang halus, ini kerana beliau diberi kefahaman dalam Kitab ALLAH azza wa jalla, diberi taufiq untuk memberikan fokus berkenaannya, maka barangsiapa yang membaca kitab-kitab beliau dan tafsir beliau akan mendapat Ilmu yang amat banyak, akan didapati padanya kalam seorang 'alim dan lenggok bahasa seorang alim yang mana ia jelas dan terang".

وأما كتاب سيد قطب فإن فيه ما فيه، فعلى الإنسان أن يشتغل بما هو خير، وبما هو مأمون الجانب، وبما يأمن على نفسه العواقب منه من كتب نافعة، وأما مثل هذا الكتاب الذي فيه تخليط، وفيه جموح فكري، وإرخاء القلم بأن يكتب أموراً لا تنبغي ولا تصلح، كالكلام في بعض الأنبياء، بأن يقول عن موسى: إنه عصبي، ويقول عن عثمان رضي الله عنه في بعض كتبه: إن خلافته فجوة، وهذا حط من شأن عثمان، وأنه في خلافته أدركته الشيخوخة، وأنها فجوة.

Maksudnya: "Adapun Kitab Sayyid Qutb maka padanya terdapat apa yang terdapat padanya maka hendaklah seseorang itu menyibukkan dirinya dengan benda yang baik dan benda yang selamat dan dengan apa yang sejahtera atas dirinya daripada terjebak dalam kesan-kesan buruk daripada kitab-kitab yang bermanfaat, adapun seumpama kitab ini (Fi Zilal) yang terdapat padanya campur aduk, padanya terdapat pemikiran yang melampau dan melepaskan pena untuk menulis perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditulis dan tidak baik seperti perkataan berkenaan dengan sebahagian nabi dengan mengatakan bahawa Musa itu seorang Fanatik dan berkata berkenaan Usman radiallahu 'anhu dalam sebahagian kitabnya: bahawa khilafah beliau suatu lowong, ini merendah-rendahkan kedudukan Usman, dan berkata bahawa ketika khilafahnya beliau sudah tua dan ia merupakan satu lowong".

هذا كلام ساقط لا يصلح ولا يليق، بل أمير المؤمنين عثمان بن عفان رضي الله عنه حصل في زمنه الخير الكثير، وحصلت الفتوحات، وكان إلى نهاية حياته في عقله وفهمه وعلمه، ما حصل عنده شيء يجعل مثل هذا الشخص يقول: إنه أدركته الشيخوخة، وأن خلافته كانت فجوة.

Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang jelek tidak layak diucapakan bahkan Amirul Mukminin Usman bin 'Affan radiallahu 'anhu di zaman beliau telah berlaku banyak kebaikan, berlaku padanya pembukaan-pembukaan, dan adalah beliau sehingga ke akhir hayat berada dalam keadaan berakal, penuh kefahaman, dan keilmuan, tidak berlaku pada beliau sedikit pun perkara yang menyebabkan si lelaki ini (Sayyid Qutb) untuk berkata: Bahawa beliau menjawat jawatan Khalifah dalam keadaan sudah tua dan khilafahnya merupakan satu senggang".

هذا كلام ساقط خدمة لأعداء الإسلام والمسلمين الذين يريدون أن يأخذوا ممن ينتسب إلى السنة شيئاً يستدلون به على أهل السنة.

Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang jelek yang menjadi khidmat bagi musuh-musuh Islam dan kaum Muslimin yang hendak mengambil perkataan orang yang menisbahkan dirinya kepada Sunnah sesuatu yang boleh mereka gunakan untuk berhujjah atas Ahlus Sunnah".

والحاصل: أن مثل هذا الكتاب لا ينبغي أن يشتغل به، وإنما يشتغل بما هو مأمون الجانب، وبما فيه السلامة، وبما فيه العلم، والكتاب الذي يخرج بنتيجة وبسلامة، يخرج الإنسان منه بعلم وبسلامة، أما كتاب سيد قطب فإنه لا يحصل فيه علماً، وقد يخرج منه ببلاء.

Maksudnya: "Kesimpulannya: bahawa kitab seumpama ini tidak patut disibukkan dengannya, yang sepatutnya disibukkan dengannya adalah apa yang selamat, yang terdapat padanya keselamatan, yang ada padanya ilmu, kitab yang memberikan natijah yang baik dan sejahtera, dan seorang insan mampu memperoleh daripadanya ilmu dan kesejahteraan, adapun Kitab Sayyid Qutb maka tidak diperoleh daripadanya Ilmu dan boleh jadi yang diperolehi daripadanya adalah bencana".

وأما طعنه في عمرو بن العاص رضي الله عنه، فهو موجود في كتاب شخصيات إسلامية.
تكلم عن عمرو بن العاص ومعاوية قال: إنهم أصحاب غش ونفاق.

Maksudnya: "Adapun celaan dia terhadap Amru bin al-'As radiallahu 'anhu maka ia ada dalam Kitab Syakhsiat Islamiah (yakni kitab: Kutub wa Syakhsiat). Dia bercakap berkenaan Amru bin al-'As dan Muawiyah bahawa mereka ini golongan menipu dan munafiq.

هذا معاوية بن أبي سفيان كاتب الوحي عنده غش، فمعناه: أنه يدخل في القرآن شيئاً ليس منه، وهو كاتب الوحي، والرسول ائتمنه على كتابة الوحي! نعوذ بالله من الخذلان! وأبو زرعة الرازي يقول: من ينتقص أحداً من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه زنديق، وذلك أن الرسول حق، والكتاب حق، وإنما أدى إلينا الكتاب والسنة أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهم يريدون أن يجرحوا شهدونا ليبطلوا الكتاب والسنة، والجرح بهم أولى وهم زنادقة.

Maksudnya: Ini Muawiyah bin Abi Sufian, seorang penulis Wahyu di sisi dia (Sayyid Qutb adalah seorang penipu maka maknanya beliau memasukkan sesuatu ke dalam al-Quran apa yang bukan daripadanya, sedangkan dia penulis wahyu, Rasulullah –sallallahu 'alaihi wa sallam- telah mempercayai beliau untuk menulis Wahyu! Kami berlindung kepada ALLAH daripada kehinaan! Abu Zur'ah berkata: Barangsiapa yang mencela seseorang daripada Sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam maka sesungguhnya dia seorang Zindiq, ini kerana; Rasul adalah benar, al-Kitab adalah benar, sedangkan yang menyampaikan al-Kitab dan al-Sunnah kepada kita adalah para Sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, sebenarnya mereka ini (yang mencela Sahabat) hendak mencela saksi kita untuk membatalkan al-Kitab dan al-Sunnah, maka celaan atas mereka itu lebih layak kerana mereka itu kaum Zindiq".

[Sumber: Syarah Sunan Abi Daud, pelajaran ke-170; oleh Syaikh Abdul Muhsin al-'Abbad hafizahullah, Ulama' Besar Madinah Munawwarah]

~ by Muhammad Asrie Sobri on Thursday, June 28, 2012


https://www.facebook.com/notes/muhammad-asrie-sobri/jauhi-karya-sayyid-qutb-fatwa-al-allamah-abdul-muhsin-al-abbad/10151054056531745/

No comments:

Post a Comment