Sunday, October 7, 2012

Syiah Dalam Parti Politik di Malaysia


Kewujudan Syiah di Malaysia bukan lagi rahsia. Gerakan ajaran sesat ini mula bergerak secara terancang dengan hasrat untuk menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Antara gerak kerja yang sedang dilakukan oleh mereka ialah dengan cuba menguasai parti-parti politik negara ini. Bila menyebut tentang parti politik, SJ maksudkan kepada semua parti politik yang melibatkan orang Islam-Melayu iaitu UMNO, PAS dan PKR.
Walaupun setakat ini belum ada maklumat tentang Syiah di dalam UMNO, namun SJ nasihatkan agar pihak parti berkenaan berhati-hati kerana tidak mustahil jika mereka turut menyelinap masuk ke dalam parti itu tanpa disedari oleh sesiapa. Jangan fikir kalian selamat dari golongan Syiah!
Dalam pada masa yang sama, kita memang mengetahui tentang kewujudan Syiah dalam Pakatan Rakyat dan hubungan erat Kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Syiah Iran bukanlah suatu rahsia lagi. Perkara ini pernah saya dedahkan menerusi satu artikel (klik di sini).
Ketika Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah mengarahkan supaya bahan-bahan berunsur Syiah diturunkan oleh pihak-pihak yang terbabit dengan ekspo berkenaan. Malangnya, arahan tersebut tidak dipenuhi sepenuhnya.
 

Ini menandakan bahawa penganut ajaran Syiah tidak gerun dengan Menteri Besar Kelantan itu berkemungkinan kerana mengetahui bahawa pihak PAS tidak akan mampu menghalang gerakan Syiah yang telah mula mendominasi parti tersebut.

Dikhabarkan pula bahawa Pengerusi Parti KeADILan Rakyat (PKR) Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman merupakan seorang penganut ajaran Syiah.

Hal ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sangat longgar dalam menegakkan ajaran Islam. Tumpuan serta cita-cita nafsu mengejar pangkat, jawatan dan kedudukan untuk menguasai arena politik tanahair telah mengaburi pandangan mata hati mereka hinggakan persoalan akidah tidak menjadi keutamaan.

Diketahui juga bahawa telah wujud Hauzah Syiah di negeri Perlis, dan ramai di kalangan masyarakat Kedah dan Perlis yang telah menganut ajaran Syiah.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) menerima zakat dari syarikat KoWahida, Penganut Syiah, Mohammad Faisol Abdul Rahman (Pengerusi PKR Perlis)

Anehnya, negeri yang para Muftinya asyik menyebut tentang soal bidaah itu dan ini sendiri tidak menyekat gerakan Syiah di Perlis.

Sejarah lampau membuktikan bagaimana Syiah menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam dengan cara menyelinap masuk melalui politik negara. bagaimana jatuhnya Kerajaan Islam Abbasiyah yang hancur akibat Syiah yang mengkhianati kerajaan ketika itu dengan bekerjasama dengan tentera Mongul demi menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Seharusnya peristiwa ini menjadi pengajaran buat kita agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Syiah sepatutnya di usir dari bumi Malaysia.

Jika ada yang memilih untuk menjadi Syiah, maka sepatutnya, kerakyatan mereka terbatal secara automatik. Jika ada yang mahu menganut ajaran Syiah, sewajarnya mereka harus berani untuk bertindak keluar dari Malaysia dan menetap terus di Parsi (Iran).

Umat Islam juga bertanggungjawab untuk mengusir mereka dari negara ini, memboikot syarikat-syarikat mereka dan tidak mengadakan sebarang urusan dengan puak Syiah. 

Ini kerana hasil wang tersebut akan akhirnya digunakan sebagai dana untuk menghapuskan umat Islam di Malaysia.
Ayuh wahai saudaraku, kita hapuskan gerakan mereka hingga tiada seinci tempat bagi Syiah di Malaysia.

No comments:

Post a Comment